10 May 2018

MENIFESTO PAKATAN HARAPAN BAGI MERINGANKAN BEBAN RAKYAT DALAM MASA 100 HARI PERTAMA PENTADBIRAN

alhamdulillah.. akhirnya penantian selama beberapa bulan tentang keputusan Pilihanraya Umum ke – 14 terjawab dengan berpihak kepada Pakatan Harapan berjaya menawan kerusi utama kerajaan Malaysia.. alhamdulillah dan juta juta juta tahniah buat pucuk pimpinan dan penyokong kuat Pakatan Harapan..

pilihanraya_umum_ke14

kakak tertarik merungkai dan membaca dengan lebih teliti tentang Menifesto Pilihanraya Umum ke-14 dari Pakatan Harapan yang sefaham kakak memang akan membantu meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran.. wah !! nampak tak betapa pentingnya suara rakyat dan adalah tepat sekali apabila pucuk pimpinan lebih peka dengan permasalahan rakyat..

jom !!

kita explore !!


MENIFESTO PAKATAN HARAPAN


merangkumi 5 teras utama, Buku Harapan yang telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam turut dihadiri lebih 1,000 pemimpin yang telah mendapat sebulat suara dari PPBM, DAP, PKR dan Amanah..



“matlamat PH ialah berganding bahu memacu reformasi berterusan untuk 
membentuk masa depan lebih baik untuk semua – maju, makmur dan bahagia – 
menerusi asas-asas seperti nilai bersama, budaya ilmu, kebebasan, kebenaran, 
keadilan sosial dan ekonomi, maruah, ketamadunan, keamanan, perpaduan, kemakmuran, 
demokrasi dan meritokrasi..”



Pakatan Harapan akan melaksanakan 4 perkara yang menyasatkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk surirumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah ( B40 ) :

  • menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda
  • memperkenalkan skim caruman KWSP untuk surirumah
  • menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM 4,000.00 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam
  • memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM 500.00 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40

buku_harapan_pakatan_harapan

dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang telah menimbulkan kontroversi termasuk isu 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963..

  • menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat
  • menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar
  • menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum

tidak dilupakan !!

dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi :

  • menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji serta merombak semula struktur kepimpinan mereka
  • menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963
  • melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing

menifesto_pakatan_harapan_PRU14


MEMBINA NEGARA MEMENUHI HARAPAN


menerusi buku bertajuk Membina Negara Memenuhi Harapan ini, gabungan pembangkang turut menggariskan 60 janji untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dengan 5 iltizam..



“kalau kita kalah, janji-janji ini tidak dapat dilaksanakan..
walaupun kita yakin menang tapi hari ini kita belum menang dan kita 
perlu berusaha mencapai kemenangan.. ketepikan perkara lain, ketepikan kepentingan 
peribadi, kita akan menang..”
Dr Mahathir



harapan kakak tak banyak, cukup setakat kepimpinan yang baharu mampu mencorak masa depan yang lebih baik untuk rakyat dengan jaminan pelbagai kemudahan dan insfrastruktur yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.. hee~ termasuklah jaminan masa depan buat anak-anak yang masih kecil..

Selamat Hari Malaysia Baharu !!

blogger_malaysia

1 comment:

  1. Moga ada sinar baru buat Malaysia. Tqq sharing kak atie

    ReplyDelete