27 August 2018

ANAK PINTAR CENTRE – PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TERBAIK DI MELAKA

saban tahun, isu yang sama akan muncul.. hee~ hampir buntu mencari pusat pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak yang menekankan ke semua aspek perkembangan minda dan sahsiah disamping yuran berpatutan..

tadika_anak_pintar_melaka

manakan tidaknya, kebanyakan pusat pendidikan yang ada nama yuran tahunan mencecah ke ribuan ringgit.. ya !! sudah tentulah kakak bercakapkan tentang pengalaman kakak sendiri.. hee~ tapi.. kalau ada yang lebih murah dengan skop pelajaran setanding nama mahal tu, dah kira BONUS besar lah kan..


ANAK PINTAR CENTRE


Taska Anak Pintar dan Pusat Jagaan Anak Pintar merupakan sebuah institusi yang telah beroperasi lebih 11 tahun kini mempunyai kakitangan seramai 47 orang dan kira-kira 500 orang pelajar di kesemua 10 cawangan yang terletak di sekitar negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.. mendapat sokongan yang baik daripada ibubapa membuatkan pengasasnya iaitu Encik Awang Redzuan dan Puan Nor Raidah bekerja keras mengembleng tenaga bagi merealisasikan objektif organisasi..

silibus_pelajaran_di_anak_pintar_centre

di Anak Pintar Centre, mereka menekankan :

  • perkhidmatan yang terbaik di antara yang terbaik
  • membentuk kanak-kanak yang holistik dan seimbang
  • menerapkan akhlak dan sahsiah yang mulia
  • melahirkan pelajar yang berintelektual tinggi
  • menggunakan dwi bahasa bagi melahirkan pelajar yang fasih berkomunikasi

anak_pintar_centre
menyeimbangi antara rohani dan jasmani bagi melahirkan generasi yang lebih berkaliber
ye..

sebagai ibuayah memang risau lah kan dengan silibus yang ada kat sekolah, nak tau jugak la apa anak-anak akan belajar nanti.. haa.. jangan risau sebab kat Anak Pintar Centre mengediakan silibus yang bersesuaian mengikut umur dan kemampuan pelajar.. tiada tekanan dan tenaga pengajar semuanya terlatih..


APC READINESS GLOBAL SDN. BHD.


berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Encik Mohd. Redzuan Hasan @ Awang Redzuan merupakan lulusan Bachelor of Human Resource Management with Honours - OUM 2016 dan Diploma Pengurusan Teknologi UTM pada tahun 2005.. sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan sepenuhnya, beliau memulakan carier di International Bank selama beberapa tahun dan dalam lingkungan 11 tahun bersama dalam industri banking banyak membantu beliau membina jaringan kenalan disamping banyak mendedahkan diri kepada beberapa program keusahawanan serta kemahiran dalam menuntut ilmu..

pengasas_anak_pintar_centre


selain itu juga beliau terlibat secara tidak langsung ke beberapa sektor perniagaan seperti insurans ( Gen dan Life ), tekstil , pendidikan awal kanak-kanak, produk kesihatan dan syarikat percetakan.. adalah satu perkara yang sangat mencabar malah perlu perancangan yang lebih teliti, dan beliau tekad disamping membantu istri dalam menguruskan hal-hal perniagaan.. kecekalan serta tidak pernah berputus asa, serta semangat yang tidak pernah luntur, hari ini beliau fokus kepada bidang percetakan sepenuhnya.. terlibat dalam percetakan ini sejak 2010 lagi apa bila beliau menguruskan beberapa mesin indusri percetakan dan juga menguruskan urusan trade daripada luar negara..

bekerjasama dengan beberapa institusi pendidikan bagi membantu mendedahkan pelajar Bumiputera dalam Latihan Industri, pusat Percetakan Kenanga Sdn. Bhd. juga memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang terbaik di pasaran malahan servis di syarikat percetakan milik APC Readines Global Sdn. Bhd. merupakan antara yang termurah di Malaysia..


menjalankan perniagaan cenderamata, pakaian, uniform, baju sukan sekolah serta percetakan banner, bunting dan flyers secara serius memandangkan permintaan tinggi di kalangan pelanggan selain menjadi pembekal utama kepada syarikat APC - Anak Pintar Centre syarikat yang dipelopori oleh isteri, Puan Nor RaĆ­dah binti Jalil.. secara keseluruhannya, Anak Pintar Centre mempunyai 12 cawangan taska, tadika serta Pusat Jagaan Kanak-kanak sekitar negeri Melaka, Seremban dan Kajang, Selangor..


usaha tidak terhenti disitu, perancangan untuk meluaskan jaringan perniagaan sentiasa diperhalusi dengan teliti bagi mempertingkatkan ekonomi bumiputra selain memberi peluang kepada usahawan lain dengan konsep “harga kami lebih murah” menjadikan mereka mempunyai ramai rangkaian seluruh negeri termasuk Brunei..

tadika_terbaik_di_melaka

kalau korang memang dah mula survey tadika / taska terbaik untuk anak-anak, mungkin korang boleh masukkan Anak Pintar Centre sebagai pilihan utama.. hubungi mereka untuk bertanyakan apa jua informasi yang korang mahukan..

HOTLINE : 06-2339944 / 06-2892344 / 06-7986035
ALAMAT :
  • HQ 5476-A Kompleks MITC, 
    Jalan Konvensyen Ayer Keroh, 
    75350 Melaka.

blogger_malaysia

24 August 2018

SARINGAN KESIHATAN YANG TEPAT SEMASA SIHAT DI UMBI WELLNESS

kalau sihat apa yang nak dirisaukan ? kan ? dah nama pun sihat sudah tentulah tak de pape penyakit yang mengganggu kesihatan.. eh !! ye ke ? confident – nye lahai kan ? hahahah~ sesungguhnya, saringan kesihatan semasa sihat adalah sangat penting..

ujian_kesihatan_di_umbi_wellness_ukm_cheras

memang kakak tak de sakit apa pun tapi ada sedikit masa lapang dan mempunyai kesedaran untuk menjadi lebih sihat, tak pe lah.. kakak serah diri jek la kat UMBI Wellness ( Institut Biologi Molekular UKM ) yang terletak di Cheras beberapa minggu yang lepas.. nervous ??? hahahah~ kakak tak suka jumpa doktor dan rakan seangkatan dengan mereka..


UMBI WELLNESS


ditubuhkan untuk memenuhi permintaan masyarakat bagi melengkapi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti pada harga berpatutan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang terletak di Cheras telah mengambil inisiatif untuk membina UMBI Wellness untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan pelanggan..

semak_berat_dan_ketinggian_normal_untuk_wanita_malaysia

komited untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan yang berkualiti disamping harga yang berpatutan dengan tenaga kerja yang berwibawa, UMBI Wellness menawarkan banyak ujian yang personal.. dari awal penyediaan perkhidmatan pemeriksaan bagi menangani masalah kesihatan yang kronik, UMBI Wellness juga menggalakkan pelanggan menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh tetapi mereka juga akan memastikan pelanggan menjalani kehidupan yang lebih baik..

antara pemeriksaan yang boleh dilakukan di UMBI Wellness :

pakej_ujian_kesihatan_UMBI_wellness

ya !! sebab tu kakak tekankan tentang pemeriksaan awal.. sebab ? melalui pemeriksaan awal kita dapat lah mengesan penyakit-penyakit yang mungkin kita tak tau dah lama ada dalam badan kita dan kalau ADA, dapatlah kita mencari inisiatif rawatan yang sesuai lagi-lagi bila kita memang ada sejarah keluarga yang menghidapi pelbagai masalah kesihatan.. bukan mendoakan tapi mungkin selepas buat saringan kita lebih berhati-hati..

kakak sempat berbual dengan pegawai perubatan kat sana.. maklum lah.. wartawan pencen.. hee~ kakak tanya la peratusan orang Melayu yang buat saringan kesihatan nih sebab sepanjang kakak kat UMBI Wellness haritu memang ke semua pelanggan sebelum dan selepas kakak adalah mereka yang berbangsa Cina..


"ye puan.. memang orang Melayu kita tak ramai nak buat ujian kesihatan ni..
takut kot.. kalau bangsa Cina memang ramai.."




SARINGAN AWAL KESIHATAN


macam haritu, kakak amik pakej RM 150.00 tu jek.. hee~ nak tau apa lah nasib organ dalaman kakak haa lepas tu baru lah amik tindakan untuk rawatan berkala plak.. dan alhamdulillah.. semuanya smooth dan berfungsi dengan baik.. cuma tu la tu.. tekanan darah kakak masih dibawah aras normal ( ni memang dah lama sangat ) dan kakak kurang pengambilan protein.. adoiiiiii.. segan rasa.. diet beriya tapi ada je yang kakak tak tahu..

kat sana juga kakak diberi penjelasan tentang kesihatan dan bagaimana untuk kakak kekal sihat dan menjaga kesihatan organ dalaman.. well.. kadang-kadang kita rasa kita tahu tapi bila pegawai perubatan bagi info baharu, dan dan masa tu lah tercengang.. ye lah.. organ tersorok kottttt, kita tak tau apa nasib dorang kat dalam tu haa.. baik korang buat semakan cepat.. hahahaha~

ujian_darah_di_umbi_wellness_cheras

untuk korang yang memang tak pernah buat ujian saringan kesihatan, kakak cadangkan SEKARANG ni lah masa yang sesuai untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang kesihatan korang.. bukan nak menakut-nakutkan tapi setidaknya korang boleh peka dan berhati-hati dalam pengambilan makanan / minuman / supplement.. kalau boleh cegah, kita dapat lah cegah dengan lebih awal.. tak de lah dah kronik baru nak bertindak..

kan ?

nah !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang mendapatkan maklumat lanjut tentang UMBI Wellness nih..

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/umbi.wellness

ALAMAT :

  • UKM Medical Molecular Biology Institute ( UMBI )
    UKM Medical Centre,
    Jalan Ya'acob Latiff, Bandar Tun Razak,
    56000 Cheras, Kuala Lumpur
  • 03 9145 9040 / 6321

mungkin saringan awal boleh menyelamatkan nyawa.. mungkin.. kan ?



blogger_malaysia

20 August 2018

APLIKASI CANNIS MENAWARKAN TUJUH FUNGSI DALAM SATU PERANTI

buat julung kalinya, Nimpmos Sdn. Bhd. yang juga merupakan platform blockchain e-dagang secara lansung memperkenalkan aplikasi Cannis yang mampu mengumpul lebih 10, 000 pengguna dalam tempoh 24 jam..

cannis

menggabungkan kesemua aspek penting dalam industri e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara lansung dan blockchain APP Cannis juga meliputi asas harian seperti industri makanan, minuman, hiburan, pakaian dan meransang model perniagaan bagi memacu gelombang aplikasi baharu..


APLIKASI CANNIS


Tan Sri Dato Ong Tee Keat yang juga merupakan Naib Pengerusi Cannis berkata, pertumbuhan pesat pengguna media sosial di China telah menembusi dengan kadar peningkatan yang ketara dengan kebangkitan blockchain disamping menggabungkan kebijaksanaan dan internet antara tiga teknologi teratas yang sedang diperkukuhkan oleh China..


“live stream telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016 dan skala siaran lansung
dalam talian China telah mencapai hampir 58 billion yuan.. analisa domestik China
menjangkakan industri siaran lansung akan melebihi 100 billion yuan pada 2018..
hari ini, siaran lansung menjadi fenomena sosial sama seperti produk komersial..

- Tan Sri Dato Ong Tee Keat ; Naib Pengerusi Cannis


cannis_team


percaya dan yakin bahawa ekonomi live stream, belanja dalam talian dan blockchain yang dianggap teknologi terbaharu yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa – sedikit sebanyak ia akan meransang gelombang baharu model perniagaan dan Cannis akan menjadi era baharu penggunaan internet, aplikasi dan telefon pintar..

Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data.. ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukan yang mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat..


“YOU THINK, WE BUILD IT..”


merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis dalam membina media sosial dengan pelbagai fungsi aplikasi yang paling menyeluruh dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat bagi mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama..


“aplikasi Cannis menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih 
termasuk siaran lansung dalam talian, e-dagang secara lansung, permainan dalam talian, 
video pendek, media sosial, diskaun membeli-belah dan pembayaran secara digital.. 
ia akan mengumpulkan lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam..”


7_in_1_cannis_application

banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blockchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India dan Rusia telah menghadiri persidangan besar pelancaran Aplikasi Cannis baru-baru ini yang bertempat di Setia City Convention Centre..

cannis_aplication_from_malaysia

memperkukuhkan lagi platform dengan mencipta rekod sejak Mac lalu, Cannis berjaya mengambil alih syarikat-syarikat teknologi berkaitan internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih dan perkongsian data.. dalam masa yang sama, Cannis juga telah menjadi rakan rasmi Google seterusnya meningkatkan kebolehan keselamatan aplikasi Cannis..


"Cannis boleh digunakan di 140 buah negara di seluruh dunia terutamanya di
Asia Tenggara sekaligus memudahkan pengguna..

- Dato' Azman Ching ; CEO Cannis



aplikasi Cannis boleh dimuat turun secara PERCUMA di peranti pintar anda !!


LAMAN WEB : https://cannis.app

blogger_malaysia

18 August 2018

KEMUDAHAN LENGKAP DI PUSAT KONVENSYEN BANGI DAN AVENUE GARDEN HOTEL UNTUK MAJLIS LEBIH BERMAKNA

ditubuhkan sebagai ‘taman dalam bandar’, Pusat Konvensyen Bangi Avenue ( BACC ) yang dimiliki oleh Avenue Garden Hotel dijangka menjadi HIT dengan permintaan pelbagai majlis keraian terutamanya majlis perkahwinan.. dinobatkan sebagai pusat konvensyen terbesar di Lembah Klang Selatan, BACC menawarkan kemudahan lengkap untuk pelbagai acara di bawah satu bumbung..

bangi_avenue_convention_centre

terletak di lokasi yang strategik di kawasan pembangunan moden di Bangi Avenue, BACC menawarkan perkhidmatan terbaik untuk para pelanggan yang tercari-cari persekitaran yang mampu memuatkan tetamu dalam kapasiti yang besar.. nah !! kalau nak all in untuk 1000 pax dalam satu masa, memang sesuai sangat lah..


APA YANG ADA DI BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE


lengkap dengan infrastruktur mewah dalam satu kawasan, BACC mempunyai beberapa bahagian iaitu :

1 : UNICORN SQUARE

  • taman hijau yang subur dilengkapi dengan air pancut buatan manusia yang canggih sudah tentunya menjadi pilihan majlis dalam taman.. wah !! curlasss kan kalau dapat buat majlis di tempat terbuka dengan persekitaran hijau dan bunga-bunga segar mekar indah.. memang macam dalam fantasi.. hee~

garden_wedding_bangi

menekankan aspek elegan pada setiap sudut, BACC mengambil inisiatif untuk sama-sama membantu pasangan pengantin untuk memudahkan urusan.. kiranya di BACC lengkap dari A – Z dan pihak keluarga pengantin hanya perlu datang dan melayan tetamu dengan senyuman.. hee~ tak payah nak berpenat-penat sinsing lengan sental periuk belanga.. kan ?

garden_wedding_selangor

menyedari permintaan yang sering diilhamkan melalui media sosial tentang majlis perkahwinan idaman dan ideal untuk mencipta kenangan indah, pihak BACC yakin dengan tawaran harga yang bersesuaian mengikut bajet pasangan pengantin semuanya akan diuruskan oleh pakar terbaik mereka..


“pasukan kami akan memastikan BACC menawarkan ruang dengan latarbelakang
taman yang menakjubkan sambil memenuhi ke semua keperluan praktikal pelanggan..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue



2 : GRAND BALLROOM

  • keluasan lantai grand ballroom - 27, 000 kaki persegi
  • keluasan keseluruhan – 88, 585 kaki persegi
    • termasuk boulevard luaran dan tertutup

grand_ballroom_bangi_avenue_convention_centre

bukan untuk majlis perkahwinan jekkkkkk tapi BACC turut menawarkan ruang yang fleksible untuk pelbagai majlis yang dilengkapi dengan pralatan dan kemudahan professional bertaraf 5 bintang dengan efek pencahayaan yang canggih sangat sesuai untuk pelbagai acara dari skala kecil sehinggalah besar seperti mesyuarat, seminar, persidangan, pameran, pelancaran produk dan sebagainya.. haa.. semua pun boleh jalan serentak tanpa mengganggu atucara yang lain..

BACC_floor_plan_ballroom
besarkannnnnnnnnn ?

“sebagai salah satu pusat konvensyen terbesar di negara ini, kami memanfaatkan
ruang tanah yang luas bagi membolehkan kami memberikan pakej yang mampu milik,
dinamik, luas dan selesa dan semua tempat dalam satu kawasan..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue


tiga balloon-less ballroom yang bervariasi mengikut saiz untuk memenuhi keperluan ruang untuk majlis mampu menampung sehingga 2, 200 orang tetamu untuk temapt duduk meja bulat ( gaya jamuan ) atau sehingga 3, 300 orang dalam suasana teater..


  • biasalah – bila buat majlis tentunya ada tetamu jemputan dari jauh dan dekat.. kan ? nah !! sebelah BACC ada hotel yang sangat cantik..

avenue_hotel_bangi

bila korang tertanya “hotel mana yang patut aku pilih untuk company trip yang lengkap semuanya tanpa perlu keluar dari kawasan..” atau pun.. “nak bawa family bercuti tapi ada hiburan dan aktiviti untuk anak-anak juga dan kalau boleh biarlah hotelnya dekat dan tidak perlu memandu keluar dari kawasan..” – korang kena ingat Avenue Garden Hotel selalu tauuuuuu..

dengan dekorasi yang selesa dan bergaya, Avenue Garden Hotel mempunyai 178 bilik secara keseluruhannya dengan pecahan :

  • 123 Deluxe Twin
  • 39 Deluxe King
  • 10 Deluxe Family
  • 6 Junior Suites

bangi_garden_hotel_price

kalau korang nak tau, Avenue Garden Hotel ni dekattttttttttt sangat dengan Bangi Wonderland tau.. haa.. kalau korang ada plan untuk bawa keluarga bercuti di taman tema Bangi Wonderland, hotel ini adalah yang paling strategik tau.. kalau korang nak menginap kat sini ada juga pakej bilik sekali dengan tiket masuk ke Bangi Wonderland.. hee~





“Bangi Avenue adalah kawasan perniagaan yang sedang pesat membangun dengan
kawasan perumahan dan taman tema air.. kami berhasrat untuk melengkapkan pertumbuhan
komuniti dengan penubuhan empat lagi hotel dengan jumlah kapasiti 1000 bilik pada
tahun-tahun akan datang dan menjadikan Bangi Avenue sebuah bandar moden..”

- Encik Loo Yung Wai ;
Pengarah Urusan Avenue Garden Hotel dan Pusat Konvensyen Bangi Avenue


semua dah lengkap kan ?

eh !!

makanan tertinggal lah !! hee~ mana boleh tak de makanannnnnnnnnn ? dah tu ? takkan nak diet plakkk.. bila ada majlis sudah tentunya ada makanan yang super sedap.. kan ? di BACC, mereka mempunyai pelbagai pilihan untuk tetamu dan sudah tentunya hasil air tangan chef terkemuka tempatan antaranya masakan Cina, Melayu Tradisional ataupun kemewahan sisi makanan hidangan Barat.. mengikut situasi dan selera sudah tentunya BACC akan memastikan kepuasan pelanggan..

makanan_Sedap_di_bangi_avenue

jemputan majlis yang ramai ? jangan risau.. ada tempat letak kereta bertingkat yang mampu menampung kapasiti sebanyak 1, 000 buah kenderaan dalam satu-satu masa.. memang terbaiklah.. semua ada kat satu tempat kotttttttt.. tak payah nak bergerak jauh ataupun keluar dari kawasan, ibarat bawah satu bumbung sudah tentu BACC merupakan lokasi yang strategik untuk pelbagai majlis..


NOTA PELANCONGAN


  • jalan kaki untuk ke Bangi Wonderland
  • 5 minit ke Stesen KTM Bangi
  • 14 minit ke LEKAS Highway ( access to Kajang and Semenyih )
  • 22 minit ke IOI City Mall, Putrajaya
  • 25 minit ke Bukit Broga
  • 25 minit ke Sate Hj. Samuri, Kajang
  • 26 minit ke OUTBAC Broga
  • 29 minit ke Cyberjaya
  • 30 minit ke KLIA / KLIA 2 ( via interchange Nilai )
  • 31 minit ke SAK Dato Tample
  • 31 minit ke Putrajaya
  • 32 minit ke Seremban
  • 37 minit ke Rabbit Fun Land
  • 38 minit ke KLCC
  • 60 minit ke tol Ayer Keroh, Melaka

okay ? ngam ? hee~ tak pe la, pergi explore dulu baru buat keputusan.. nah !! link kat bawah ni mungkin bermanfaat untuk korang..

HOTLINE : 03 8929 9999

blogger_malaysia

17 August 2018

PENGHANTARAN BUNGA SEGAR SETIAP HARI UNTUK YANG TERSAYANG DARI FLOWER CHIMP

wah !! sebagai peminat bunga, kakak sangat teruja bila dapat tau ada perkhidmatan penghantaran segar setiap hari dari penggubah bunga terkenal di Malaysia ni dan Flower Chimp juga menawarkan harga serendah RM 89.00 jekkkkk--

surprise_delivery_kuala_lumpur

dengan kepesatan industri e-dagang sekarang ni, perkhidmatan penghantaran bunga pun jadi lebih mudah dan lebih efisyen.. kalau dulu kena walk in kedai-kedai untuk pilih jambangan bunga yang berkenan di hati, tapi sekarang ni semua dipermudahkan – semuanya dihujung jariiiiiii..


FLOWER CHIMP MALAYSIA


daripada pemilihan bunga sehinggalah bagaimana anda mahu ianya dibentuk hanya melalui katalog di laman web yang telah disediakan.. wah !! sangat membantu kan ? hee~ ye.. dek kesibukan sehari-hari dengan urusan kerja dan tanggungjawab sehingga terlupa untuk mempersiapkan tanda ingatan buat yang tersayang..

kini !!

promosi_surprise_planner_kuala_lumpur
Flower Chimp selalu buat promosi !!
Flower Chimp mempermudahkan urusan korang !! ye la.. pelbagai sambutan hari peringatan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu, ulangtahun perkahwinan dan tanda ingatan sempena harijadi ; mana boleh buat-buat lupa kan ? dengan menawarkan harga serendah RM 89.00, Flower Chimp membuat penghantaran ke seluruh negara yang meliputi 80 daerah termasuk Sabah dan Sarawak !! maksudnya !! hampir seluruh negara !!


KLIK SINI –> RATU BUNGA SEGALA BUNGA


risau terlupa lagi ?

eh !! schedule kan penghantaran korang dan nikmati penghantaran secara PERCUMA tanpa pembelian minimum.. kiranya kalau korang beli satu bouquet pun tetap lah FREE penghantaran.. tapi kena semak lah lokasi penghantaran ke mana tau..

surprise_delivery_murah_kuala_lumpur_selangor

promosi_flower_chimp
klik gambar untuk tengok benda BEST !!

“walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, 
Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri.. 
dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam 
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan 
Flipina dengan rekod pertumbuhan lima kali ganda berbanding tahun lepas..”

- Maximilian Lotz ; Pengasas Flower Chimp


flower_chimp

berikutan prestasi yang memberansangkan dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group ( AVG ), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran yang unik..


"kami mensasarkan perkembangan rangkaian kami di Singapura menjelang
pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara termasuklah Vietnam,
Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019.."


Lotz dan rakan kongsi beliau, Niklas Frassa berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina disamping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memberi manfaat kepada pelanggan dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara lansung bagi setiap pesanan..


“dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara 
berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan 
kami yang mencari sesuatu bersesuaian dengan keperluan mereka.. dengan kuasa pemasaran 
dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan 
menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak 
mengendalikan perkata berkaitan teknologi..”

- Niklas Frassa ; Ketua Pegawai Operasi


Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran PERCUMA membuatkan lonjakan permintaan semakin hari semakin positif.. pelbagai penyelidikan dan pembangunan perniagaan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga kepada pasaran yang semakin berkembang dan target mereka adalah memonopoli Asia Tenggara dengan BUNGA.. hee~



cool kan ?


DISEBALIK FLOWER CHIMP


siapa kata wanita jek suka ‘main’ dengan bunga ? haa.. jangan tak tau disebalik Flower Chimp, ada lelaki yang bekerja keras bagi menjayakan setiap misi memuaskan hati pelanggan..

flower_chimp_founder


MAXIMILIAN LOTZ – KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF FLOWER CHIMP

beliau mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam industri e-dagang menerusi penglibatan dalam perniagaan alat bantu pendengaran ; hear.com bertanggungjawab memonopoli kesemua aspek perniagaan Flower Chimp.. berpengalaman luas dalam bidang pelaburan perbankan dan permodalan.. berkelulusan B. Sc. dalam Pentadbiran Perniagaan dari Maastricht University ( Belanda ) dan Bocconi University Milan ( Itali ) membuatkan Flower Chimp berdiri gah dengan enam negara jajahan..


NIKLAS FRASSA – KETUA PEGAWAI OPERASI FLOWER CHIMP

berlatar belakang dalam perundingan pengurusan yang berperanan bertindak sebagai pemimpin projek untuk firma perundingan pengurusan terkemuka di Jerman, Niklas bertanggungjawab mengawasi segala operasi Flower Chimp di seluruh dunia.. berpengalaman dalam e-dagang di Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan syarikat terkemuka iaitu Zalora.. berkelulusan M. SC. ( CEMS ) dalam Pengurusan Antarabangsa dari Sekolah Pengurusan Rotterdam ( Belanda ) dan B. SC. dari WHU – SEkolah Pengurusan Otto Beisheim ( Jerman )..

flower_arrangement_for_business

meletakkan penanda aras baharu dalam bidang perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, mereka yakin mampu menakluki Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain selepas Malaysia, Indonesia dan Filipina..

untuk memudahkan korang, kakak sediakan link kat bawah ni.. hee~ mana la tau kan korang nak standby..


blogger_malaysia

13 August 2018

#DUANURJENJALAN ; FARM IN THE CITY, SERI KEMBANGAN

saban minggu mesti kakak kelam kebut menyusun pelbagai agenda untuk Nur Aiman dan Nur Aina mengisi masa lapang.. memang banyak je aktiviti kat KL ni tapi keluar – masuk semua hutan batu sampai dorang dah komplen minta aktiviti yang lebih mencabar.. hee~ masih dikelilingi ‘hutan batu’, kakak pilih Farm In The City yang terletak di Seri Kembangan..

farm_in_the_city

berkonsepkan petting zoo ditengah bandar, Farm In The City adalah pilihan terbaik untuk anak-anak mengenali pelbagai haiwan jinak dengan lebih dekat.. ya !! boleh pegang dan peluk kalau berani.. hee~


FARM IN THE CITY


tak lena tidur malam dua beradik ni sebab teruja nak memulakan pengembaraan, dah siap pilih baju dan susun kasut yang nak dipakai keesokan harinya.. kelakar tapi tak pe la, sesekali suntik semangat untuk dorang lebih bersemangat..

farm_in_the_city_seri_kembangan

seawal 10.00 pagi kami dah sampai dan disambut dengan berbiji-biji bas rombongan.. wah !! rupanya Farm In The City juga menjadi pilihan sekolah-sekolah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk menerapkan ilmu tentang haiwan.. manakan tidaknya, boleh pegang hampir semua binatang dalam tu secara live kottttt—pengalaman baharu untuk anak-anak tu..




sebelum ke sini, kakak ada la buat survey tentang harga tiket dan ramai yang mengatakan harga tiket sedikit mahal.. haa.. jangan tak tau, kalau beli tiket satu persatu memang lah mahal tapi kalau korang beli pakej yang disediakan, harga untuk seorang jatuh tak sampai RM 30.00 punnnnnn.. siap korang dapat diskaun untuk makan dan pelbagai cenderahati dan juga sijil untuk anak-anak.. ya !! kakak amik pakej tu lah.. jimat !!

harga_tiket_farm_in_the_city_2018
dia takut tapi buat-buat berani ni.. hee~
kebanyakan haiwan di sini dibiarkan bebas dan pengunjung boleh bagi makan.. ada beberapa mesin yang menjual makanan di setiap seksyen haiwan.. kalau tak tau haiwan tu makan apa, boleh la tanya kat setiap ranger yang bertugas.. jangan risau, ke semua ranger adalah terlatih dan mempunyai pengalaman dalam pengurusan haiwan.. dan jangan lupa untuk kutip setiap maklumat dari ranger !!


FAKTA : KURA-KURA TERTUA DI FARM IN THE CITY BERUSIA 36 TAHUN.. LEBIH TUA DARI KAKAK..


Nur Aiman tergelak masa seorang ranger menerangkan tentang burung..


“hati-hati ya, nanti terpijak burung sebab kat sini banyak burung yang jinak-jinak..
jadi anda semua kena jalan berhati-hati.. jangan panjat batu nanti jatuh..”


pendekatan yang digunakan untuk membuat pengunjung berasa selesa dan kanak-kanak mudah serasi dengan keadaan apabila peranan ranger sebagai pemandu pelancong membuatkan pengembaraan kami lebih bermakna..

waktu_beri_burung_makan_di_farm_in_the_city
ya !! jinakkkkk.. sampai naik atas kepala.. nasib baik tak wowok.. hee~
menurut ranger yang bertugas, sekarang ni musim burung merak mengawan.. haa.. teruja kami tengok ekor burung merak kembang sepanjang hari.. hahahah~ turun sekejap lepas tu naik balik.. sebab yang kakak tau ( dan confident bagitau Nur Aiman dan Nur Aina ) bila ekor burung merak kembang bermaksud dia tengah marah atau tak selesa.. ye la.. pengungjung ramai, mungkin dia rasa terancam.. hee~

spesis_burung_di_farm_in_the_city

monyet_paling_kecil_di_farm_in_the_city
monyet paling kecil di dunia !!
fufff--

FAKTA : JIKA ADA ULAR YANG BERTELUR, PIHAK FITC AKAN MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENJAGA SEHINGGA TELUR MENETAS

secara keseluruhannya, Farm In The City mempunyai 19 stesyen yang menarik untuk diterokai :

  • Ostrich Farm
  • Turtle & Tortoise Farm
  • Reptiles Cavern
  • Passion Fruits Garden
  • Free-flight Bird Aviary
  • Savannah
  • Vegetables and Fruits Farm
  • Kampung Kiosk
  • Pet Village
  • Longkang Fishing

longkang_fishing_farm_in_the_city
peluang yang kanak-kanak bandar tak dapat.. hee~ tangguk ikan di longkang..
  • Fish Feeding
  • Jungle Walk
  • Twilight Creatures
  • Mood’s lake
  • Exhibition Hall
  • Kampung Mahmood
  • Horse stable
  • Pelican Quay
  • Desert House

farm_in_the_City_petting_zoo

pony_Ride_selangor
sejenis yang minat dengan pony.. jenuh juga nak minta bersabar untuk ride.. haduh.. dah naik tak nak turun plak.. hee~
fitrah kanak-kanak adalah bermain dan di Farm In The City, jangan harap lah anak korang akan diam dan hanya mengikut kata.. dengan konsep yang terbuka ; penungjung boleh memegang haiwan, bermakna anak-anak akan KOTOR.. hahaha~ jangan risauuuuuuuuu.. di setiap stesyen telah disediakan sinki dan siap dengan sabun, ajarlah anak-anak untuk menjaga kebersihan diri sendiri.. ingat.. ibu ayah jangan lepas tangan, mainkan peranan dalam membentuk sahsiah yang baik untuk anak-anak..

kids_attraction_selangor_kuala_lumpur
ada orang merengek nak bawak balik rabbit.. hee~
habis satu round meneroka Farm In The City sekitar dua jam yang sangat berbaloi tapi tak puassssss.. Nur Aiman dan Nur Aina banyak belajar benda baharu tentang kehidupan haiwan dan habitatnya.. kakak sebagai ibu mereka turut berpeluang belajar benda yang sama tapi ketara seronok bagi pihak mereka lah.. hee~

petting_zoo_selangor

secara keseluruhan, Farm In The City adalah pusat riadah yang santai dan bermanfaat untuk anak-anak pelajari perkara yang mungkin mereka tidak tahu sebelumnya seperti apa makanan rakun, bagaimana ular mengeram telurnya dan kenapa ekor burung merak sentiasa kembang.. walaupun zaman serba canggih, tidak bermakna 24 / 7 anak-anak perlu dimanjakan dengan gadget.. keluar dan kotor kan tangan sambil menimba ilmu..


HARGA TIKET FARM IN THE CITY


harga biasa :
  • dewasa : RM 55.00
  • kanak-kanak / warga emas : RM 45.00

diskaun dengan MYKAD :
  • dewasa : RM 37.00
  • kanak-kanak / warga emas : RM 30.00

** tiket kanak-kanak adalah bawak 11 tahun
** kemasukan percuma untuk kanak-kanak 90cm dan ke bawah
** warga emas adalah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas

peta_farm_in_the_city
ranger kamiiiiiiiii--


PAKEJ KELUARGA FARM IN THE CITY


dengan harga keseluruhan = RM 125.00 ; termasuklah :

  • tiket masuk untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak
  • 2 keping voucher ‘buy 1 adult FREE 1 child’ untuk Mini Zoo di Menara KL
  • 2 unit cenderahati Farm In The City
  • 2 kotak makanan haiwan
  • 2 sijil untuk kanak-kanak
  • plastik bag special edition
  • discount voucher RM 5.00 untuk perbelanjaan RM 30.00 di Happy Farm Souvenir Shop
  • discount voucher RM 10.00 untuk set keluarga di kafe

TEMPAT MAKAN DI FARM IN THE CITY


sudah tentu risau bila anak-anak lapar dan tak enjoy bila beraktiviti.. kan ?

tempat_makan_di_farm_in_the_city_seri_kembangan

jangan risauuuuuuu—perut korang confirm penuh dengan hidangan yang ada di kafe seperti set nasi goreng ayam untuk satu keluarga nih.. haa.. sebab tu kakak sarankan korang amik pakej sekeluarga ( dua dewasa + dua kanak-kanak ) sebab korang akan dapat diskaun sebanyak RM 10.00 untuk set hidangan keluarga ni.. puas makan dan kenyang.. hee~ lepas tu ? kami sambung perjalanan.. perut kenyang, hati senang lah nak beraktiviti..

dan !! sepanjang bulan Ogos ini, Farm In The City telah menyediakan aktiviti menarik untuk kanak-kanak iaitu bermesra dan bermain bersama guinea pig atau lebih dikenali sebagai tikus belanda.. terokai habitat, makanan dan rutin sehari-hari guinea pig di Farm In The City.. menarik kan ?

ni kalau Nur Aiman dan Nur Aina tau ada aktiviti lagi ni, mau diseretnya kakak dan encik suami repeat untuk membuat lawatan.. hee~

farm_in_the_city_review

terima kasih Farm In The City untuk pengalaman yang menyeronokkan !! Nur Aiman dan Nur Aina dah frame kan pun sijil dorang.. kenangan katanya.. dan untuk maklumat lanjut, korang boleh explore link kat bawah ni..

LAMAN WEB : https://fitc.com.my

ALAMAT :
  • Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat,
    Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
MASA BEROPERASI :
  • weekdays : 10:00 am - 6:00 pm
  • weekend : 09:30 am - 6:00 pm
  • tutup setiap hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah
blogger_malaysia