LOLA BABA ; KARNIVAL KANAK-KANAK TERBESAR DI MALAYSIA 2018

bila sebut zaman kanak-kanak mesti terbayang pelbagai permainan dan keletah comel si manja mencipta kenangan dengan pelbagai aktiviti menarik.. tapi !! tu dulu la.. sebelum pelbagai gadget dan permainan online mula menjadi pilihan utama ibu bapa untuk anak-anak.. jom la !! keluar dan bermain sambil belajar dan mencungkil bakat terpendam anak-anak kita pada Lola Baba Festival 2018 nanti..

lolababa_largest_kids_festival_in_malaysia

bukan aktiviti untuk kanak-kanak jek tapi pelbagai slot ilmu keibubapaan juga ada sepanjang tiga hari berlansungnya festival tersebut.. awesome kan ? ye la.. asyik main jek, kena la juga ada input positif bagi meningkatkan ilmu.. agitteeww--


LOLA BABA FESTIVAL


pertama dan seumpamanya, Lola Baba Kids Festival yang dianjurkan oleh Entious Global Sdn. Bhd. dengan kerjasama Binsabi Event Solution menyasarkan kehadiran lebih 500,000 pengunjung termasuk ibubapa bersama anak-anak yang berusia 18 tahun ke bawah untuk sama-sama memeriahkan karnival kanak-kanak terbesar di Malaysia ni.. pelbagai aktiviti telah disusun rapi oleh pihak penganjur bagi mencipta kegembiraan antaranya :

  • persembahan kebudayaan
  • pencarian bakat cilik
  • forum keibubapaan
  • persembahan seni mempertahankan diri
  • pertandingan catur
  • pertunjukan fesyen bayi
  • perjumpaan pasangan kembar Malaysia
  • buih gergasi
  • belon udara panas
  • sand art
  • permainan virtual
  • bouncing castle
  • petting zoo
  • pony ride
  • memanah
  • paintball

dan banyakkkkkk lagi..

paling kakak teruja bila Pak Nil yang juga akan turun padang untuk menyampaikan slot motivasi untuk anak-anak.. nah !! kakak terbayang aura yang beliau miliki masa dengar beliau berucap.. lain gaissss.. lain.. beliau memang dilahirkan untuk ‘memukau’ pendengar.. lagi-lagi nama Pak Nil memang famous dikalangan anak-anak kita.. kan ?

Lola Baba Team

bakal menampilkan beberapa figura terkenal di Malaysia seperti karekter animasi Omar Hana dan Didi & Friends sebagai penyeri, Lola Baba Kids Festival juga telah menyediakan pelbagai aktiviti bersama selebriti seperti Khai dan Rosma, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan juga Amir Raja Lawak bagi menambah havoc sepanjang tiga hari berlansungnya karnival tersebut..

KLIK SINI –> KAKAK DAH READY !!

beberapa penaja bersama telah diumumkan iaitu Champs, Pipipau, Grolier dan Siti Khadijah.. manakala rakan strategik Lola Baba pula – Tateh, Yons, Eiman Kids, Nedya, Kids Project, Susu Irfan, El Zahraa Kids, pantangPlus, Little Dariena, So Chomel Lily, Chak2baby, House of Kambing, Dhaka Teh Ais, Aiskrim Kedadih, Coway, Bondahaven, Laman Khaira, Axpic, Villapria, HAS Production, HF Consultant, Mibsstudio, EduAsia, Ampac, SFA, Siffra, Ansara, Grolier, Zawra, Kenny Rogers Roaster, Universiti Putra Malaysia ( UPM ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )..


LOLA BABA CLUB


turut turun bekerjasama bagi merealisasikan agenda Lola Baba, pengacara versatile pertama Malaysia iaitu, Datuk Aznil Hj. Nawawi sebagai Duta Rasmi Lola Baba Kids Festival sekaligus mengangkat aura beliau yang sinonim dengan pelbagai rancangan kanak-kanak yang telah dikendalikan oleh beliau sejak berbelas tahun yang lepas.. nah !! sebut jek Pak Nil, mesti anak-anak kita kenal.. kan ?

duta_rasmi_karnival_lola_baba_2018

dulu..

ada jugak kita dengar pelbagai kelab kanak-kanak kat Malaysia ni tapi sekarang macam dah diam kan ? haa.. menghidupkan kembali zaman kanak-kanak yang aktif dengan pelbagai aktiviti, Lola Baba telah melantik Firdaus Hariz yang juga merupakan anak kepada Pak Nil sebagai Presiden Lola Baba Club.. nah !! bergabung – meletoppppppp.. sambil-sambil menghidupkan kembali memori yang telah lama ditinggalkan, Lola Baba Club turut menyajikan pelbagai aktiviti dan suai – mesra bersama presiden.. Nur Aiman dan Nur Aina confirm join ni sebab dorang sendiri teruja untuk turun padang dan melasak sambil menimba pelbagai ilmu..

simpan butiran :
TARIKH : 26 – 27 – 28 OKTOBER 2018
LOKASI : MAEPS, SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN


RUANG NIAGA UNTUK DISEWA


macam yang kakak share kat Instagram, ada 412 jumlah keseluruhan tapak niaga yang telah disediakan dan masih ada slot yang kosong.. haa.. kalau korang merupakan founder produk ataupun peniaga tegar yang mahukan pelanggan dalam kapasiti yang ramai ( dijangka lebih 500,000 orang akan mengunjungi karnival ini.. hee~ ramainyeeeeeee.. ) masa ni lah korang nak ketengah.. sebab.. pihak penganjur telah menyediakan :

lola_baba_malaysia_2018

  • Zon A – 260 ruang niaga dilengkapi dengan penyaman udara
  • Zon B – 152 ruang niaga ( khemah Arabian )
  • Zon C – food truck dan pelbagai gerai makanan
  • Zon D – outdoor activities


in shaa Allah, kakak dan dua ketul NUR pun akan ada kat sana nanti.. hee~ kalau terserempak ke, jangan lupa tegur-tegur ya.. dan sementara nak tunggu hari kejadian, apa kata korang explore perkembangan Lola Baba Kids Festival nih dulu..



blogger_malaysia

3 comments:

  1. mesti ramai orang ni...meriah gitu. kalau ada kat msia, harus terjah ni..but kami kan diperantauan..baca update jer la..

    ReplyDelete
  2. kalau ada Pak Nil mmg meriah sangat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.