25 September 2018

MIVAS 2018 – MENGHIMPUNKAN HAMPIR 1 JUTA PENGGUNA VAPE

Menjadi yang pertama dan buat julung kalinya, Malaysia International Variety Summit ( MIVAS ) membawa lebih 100 jenama vape terkemuka di Malaysia untuk menyampaikan kesedaran dikalangan pengguna vape di seluruh Malaysia. Nah !! Untuk rekod terbaik dengan menghimpunkan hampir 1,000,000 pengunjung – ia boleh dikategorikan berjaya !!


Malaysia kini yang pesat membangun juga dikenali sebagai hub perniagaan yang semakin berkembang menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan jenama ke seluruh dunia. Bukan setakat menyasarkan 100 ribu ataupun 200 ribu malahan yakin mencapai jutaan pengunjung, MIVAS mengutamakan kualiti hasil kerja berbanding kuantiti.


MALAYSIA INTERNATIONAL VAPE SUMMIT 2018


MIVAS yang juga penganjur Malaysia International Vape Summit 2018 telah menghimpunkan lebih 100 peniaga dalam dan luar negara bersama 300 ( mungkin lebih !! ) jenama pada minggu lalu telah menarik hampir satu juta pengunjung yang rata-ratanya pengguna vape. Waa. Bukan satu angka yang kecil kalau nak dibandingkan dengan pameran biashe biashe nih. Hee~

vapempire
Penaja Utama – Vapempire
Pada Oktober 2016, Jemaah Menteri telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape dikawalselia oleh tiga kementerian iaitu :

  • Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK )
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI )

BACA SINI –> TAKLIMAT DAN PENJELASAN ISU ROKOK ELEKTRONIK DAN VAPE


Majlis penutup MIVAS 2018 turut dirasmikan oleh YB. Dr. Afif Bahardin ( Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang ) diiringi YB. Hilman Idham ( ADUN Gombak Setia ) turut memberi pendapat bahawa vape merupakan inisiatif bagi mengurangkan gejala merokok dikalangan masyarakat.


"Saya bercakap tentang inisiatif bebas asap rokok di Pulau Pinang dan bagaimana 
menjadi perokok yang bertanggungjawab juga mempunyai kesedaran.." 

"Jika keburukan adalah isu, gula juga tidak baik untuk kesihatan.
Dalam kes vaping, apa salahnya memupuk nilai tanggungjawab sebagai perokok
dan sedar akan kehadiran orang yang tidak merokok."

- YB. Dr. Afif Bahardin


mivas_2018_pwtc
free recoil !!
Apa yang menariknya, dari A – Z tentang vape ada kat sini termasuklah servis-servis yang biasanya korang boleh dapat kat kedai. Antara yang dorang tawarkan :

  • Set MOD serendah RM 65.00
  • E-liquid ( pelbagai rasa !! )
  • Tank dari yang besar sampailah yang kecik
  • Bateri import
  • Pelbagai merchandise
  • Cotton
  • Siap boleh recoil dengan percuma ( tapi ada syarat lah.. )

vapor_boy


e-liquid_flavour_liquid_vapor_murah


mod_vape_murah

Dan banyak lagi !! Maklum lah, event dua hari kan kena lah bawak macam-macam untuk tarik pelanggan. Ehem. Sempat kakak interview satu brand nih, katanya total sales untuk dua hari cecah ratus ribu ringgit !! Kentangggggggg !!

Ni kira nak bagitau MIVAS 2018 success la nih. Hee~


FAKTA : HAMPIR SATU JUTA PENGUNJUNG MENGUNJUNGI MIVAS 2018


PENAJA UTAMA MIVAS 2018


Memonopoli industri vape, Vapempire dan juga Dejavu [ DJV ] sama-sama bersatu menjadi penaja utama sempena MIVAS 2018 bagi memupuk semangat kekeluargaan dikalangan pengguna selain mewujudkan kesedaran dalam mendidik orang awam untuk menjadi pengguna vape yang bertanggungjawab ( Ya !! Sama macam merokok, vape juga diletakkan di bawah akta sama seperti rokok.. ) telah dipilih sebagai KEDAI VAPE TERBAIK, anugerah tersebut bukan sahaja sekadar nama sebaliknya peranan yang harus dimainkan oleh jenama selari dengan misi untuk mengurangkan pengambilan rokok terhadap masyarakat.



vapempire_malaysia_2018
“mana boleh buat O kak, aircond ni.. angin..”
Memang havoc !!

Tak sangka sambutan pertama exhibition MIVAS macam ni sekali punya best. Semua bawah satu bumbung dari pembekal, pengeluar seterusnya ke end user membuktikan penerimaan masyarakat tentang vape pada masa kini semakin terbuka..

Semoga berjodoh pada MIVAS 2019 !!


malaysia_blogger

21 September 2018

WAYS TO UPGRADE YOUR PROPERTY TO SUCCESSFUL RENTING


Ways-to-upgrade-your-property-to-successful-renting

It doesn’t matter which property you’ve own (condominium, shop-lots houses or landed houses), a good maintenance it’s always crucial to secure your income as a landlord. A good maintenance may lengthen your properties’ life, securing quality tenants and also increasing the reputation of your property. As rentals are uprising gradually in 2018, there is elevated demand of affordability and quality of rented properties. Landlords often need to bear the prices and stress to maintain owns property, in order to achieve: maximum rent, increasing in resale price and minimizing the operating expenses. Here some tips for you as a landlord in OUG Parkland can do to achieve these.


WALLS PRESENTATION


Apart from floors, walls in a house are the most space presented to the tenants, clean and fresh walls provide the impression of quality and reliable living place to the tenants. When your formal tenant leaves, you may re-paint the walls not only to give your house a fresh start, also you may create different moods to your house depends on your target tenant. For female tenants, natural and soft colours will be favourable as they look cozy; male tenants normally would not have any particular choices in wall colours, however it is still best to keep every wall looks fresh and clean. As a landlord, avoid purchasing badly-mixed paint in stores, invest some quality paints that will not peel off in a long-term. Neutral colours semi-gloss paints are the safest paint choices to re-paint your property. Neutral colours such as white, green, light sage or off-white in your property can provide impression of spacious and bright to your tenants; semi-gloss paint can wipe off stains such as crayons, scuffs if your tenants have children, this type of paint will have the least maintenance effort so you would not have to re-paint them so frequently. For outdoors painting, be sure to choose paints that can withstand harsh outdoors conditions such as storms and wind. If you would wish to have difference in impression than indoors, you may consider texture painting, while same colours will bring different moods to your walls. If you are not a fan of painting in indoor rooms, you may purchase textured wallpapers or even peel-and stick wall panels if you wish to change them from time-to-time. Wallpapers or peel-and stick wall panels come in different texture such as faux bricks or woods that might help you unleashing your creativity on your walls but not overdoing it.


APPLIANCES


Appliances such as stoves, washing machine, drying machine or even dishwasher will be the major concern of most potential tenants when they are looking at a potential home. Home appliances bring much more convenience to tenants and often as important as location of your property. Do invest on high-quality appliances with good brand reputations. Appliances such as refrigerators nowadays comes in electricity-conserving characteristic that will save you lots in terms of electricity bill. Old and deformed appliances may cost you a fortune to repair them and often consume more electricity than they should be. LED lights at home also play a role in electricity-saving as the old conventional lightbulbs are much more electricity-consuming and shorter life-span. Although they are cheaper than LED lightbulbs, however LED lightbulbs will pay it off in a longer term. You should take into account styles of your potential tenants, prices of appliances, tenant’s family size and whether or not there are children in the family while you are planning to purchase appliances in your property. Stainless steel would be the safest category in term of presentation, long-lasting and durable. Just bear in mind that there is a warranty provided for each appliances you purchased.


RENOVATIONS


Renovations are often good when it comes to property upgrade however they are often expensive and time-consuming. Mini renovations in property will be the best choice to give your property a fresh look and upgrade. The kitchen is one of the most time-spent room in a house, thus you may resurface the old and stained kitchen countertops to provide a cleaner surface or make it easier to be cleaned. Normally this resurfacing may just need to cost 2 days depends on the damage on the previous countertop. Liquefied resin with appropriate mixed pigments is the easiest yet affordable resurfacing the kitchen countertops. The countertop will have a glossy finish and scratch-proof. You may also purchase pre-made and attachable countertops ranging from different materials such as granite or plastic laminates, depends on your tenant’s usage in the kitchen. Additionally, do not forget about resurfacing your old, scratched kitchen cabinets. You may either re-paint them or attach cabinet surface stickers to give them a new look. For old tiles in the bathrooms, you may also refurbish them to eliminate mold, mildew, and decay. You may also re-paint the tiles with tile paints to protect them from decay and mold yet new look. When a tenant leaves, they may leave holes in the walls as they may hang pictures. Holes that are leftover may need a re-patch to restore its condition to be presented to the next tenant.



18 September 2018

RAHSIA GINSENG MERAH DALAM SHO UNTUK KECANTIKAN WANITA ASIA

menjadi wanita dan sentiasa menitik beratkan soal kecantikan serta kesihatan kulit, kakak tak terlepas dari menjadi mangsa pelbagai produk yang tidak berkualiti.. fufff—payah rasanya nak repair balik kulit yang dah breakout menjadi elok seperti sebelumnya.. dengan inovasi ginseng merah, kakak yakin semua akan okay – cuma dengan SHO lah..

sho_red_ginseng

bila borak-borak dengan kengkawan, ada yang rekomen produk dari Special Homecare Origin ( SHO ) yang memang diterbang khas dari Korea.. wah !! bila dalam kondisi terdesak nak repair masalah kulit, kakak memang yakin dengan saranan pakar..

kakak mula explore tentang SHO..


SPECIAL HOMECARE ORIGIN ( SHO )


sedia kita tahu ginseng merah memang sangat bagus untuk kesihatan kerana mengandungi zat aktif iaitu ginsenosides dan juga beberapa kandungan mineral baik untuk kesihatan..

dan terdapat pelbagai jurnal kajian mengenai ginseng merah untuk kesihatan dan diperakui bahawa ginseng merah adalah ginseng yang terbaik.. walaupun diamalkan untuk kesiharan dalaman, ia tidak terhad di situ kerana kandungan ginseng merah memang mempunyai pelbagai manfaat termasuklah dari sisi kecantikan dan awet muda..

menyedari betapa pentingnya sisi kecantikan, Sooin Cosmetics memberi fokus penuh dalam menambah nilai kecantikan dan kesihatan kulit wajah kepada pengguna.. tak kira lelaki atau wanita – sama.. dan !! kakak dah cuba peroduk terbaharu dorang yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan selamat untuk ibu hamil sekali pun !! super bestttttttttt..


SHO RED GINSENG AMPOULE


mempunyai kandungan aktif yang dijadikan solusi yang efektif untuk merawat masalah kulit, SHO Red Ginseng Ampoule didatangkan dalam botol bersaiz 50ml.. comel dan mudah bawa.. hee~ yang menariknya, ampoule ni mengandungi 42% ekstrak ginseng merah yang dirumus khusus untuk membekalkan nutrien ke dalam kulit disamping memulihkan kerosakan kulit secara lembut.. kira pelbagai fungsi, ampoule ni pun boleh melembapkan kulit..

sho_red_ginseng_ampoule

ekstrak ginseng merah dapat menjana sel kulit baharu dan menyingkirkan sel kulit mati.. ehem.. kan kakak selalu pergi event dengan tepekan makeup hampir tiga inci ( hahahaha~ sesekali melaram kan.. ) membuatkan kulit muka kakak kering dan tak menentu – adakalanya terlampau berminyak dan terlampau kering.. dengan titisan ampoule ginseng merah dari SHO ni, kakak tak risau dah.. sebab ?

  • minyak bunga camellia
    • mencerahkan kulit dengan sekata
  • ekstrak akar paeonia suffruticosa
    • membaikpulih tekstur kulit
  • ekstrak akar morus alba
    • mengurangkan faktor penuaan pada kulit
  • ekstrak biji koko ( theobroma )
    • tinggi antioksidan dan sangat baik untuk kulit

red_ginseng_ampoule_sho
walaupun mempunyai tekstur yang likat, ampoule dari SHO sangat mudah meresap lembut ke dalam kulit tanpa meninggaklan kesan melekit.. wah !! serius memang selera kakak lah nih.. hee~ boleh berjimat sebab pakai sikit-sikit jek pun boleh rasa kulit lebih segar dan awet muda.. gitteww—oh !! kesan boleh dirasai seawal tiga hari !!!!!


TIPS : KAKAK BLEND FOUNDATION DENGAN SHO RED GINSENG AMPOULE 
UNTUK KESAN MAKEUP TAHAN LEBIH LAMA



SHO AGING RED GINSENG AMPOULE MASK


bila perlu rehatkan kulit, kakak memang jadikan mask sebagai salah satu rutin kecantikan.. ya !! betul !! bukan untuk cantik jek tapi untuk awet muda jugakkkkk.. hahaha~ sejenis belum boleh terima kenyataan tahun ni usia semakin menginjak jauh meninggalkan alam remaja.. gitteww--

sho_red_ginseng_mask
pakai 15 – 20 minit jekkkkk--
sama seperti aturan pemakaian mask yang lain, korang boleh pakai selama 15 – 20 minit, tanggalkan dan urut lembut supaya ekstrak ginseng merah meresap jauh ke dalam kulit.. e—masa menaip ni pun kakak terbayang BEST dia cemana.. hee~


APA BEZA KANDUNGAN AMPOULE DAN MASK ?


tak de beza.. untuk kesan yang lebih efektif, korang boleh gunakan kedua-duanya dalam satu rutin.. nah.. ini pun kakak biasa buat nih.. lepas bersihkan kulit muka dari kotoran, kakak akan pakai toner – kira wajib dah ni.. hee~ lepas tu baru pakai ampoule dan massage lah sikit supaya ampoule tadi meresap perlahan ke dalam kulit.. dah puas hati boleh lah pakai mask..

sho_aging_red_ginseng_mask

untuk mendapatkan kulit yang lebih lembap dan segar, kakak gabungkan kedua-duanya.. memang tak menghampakan.. korang boleh try jugak nanti untuk rasakan efek ginseng merah nih.. memang cepat dan berkesan gaissssss..

nah !!
maklumat lanjut, korang boleh explore semua link kat bawah nih..

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/shomalaysia

tak pun.. walk in jek kat mana-mana butik kecantikan SASA !!

oh !!

lupa kakak nak bagitau.. kakak memang tak pakai produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya tauuuu.. maklum lah, kulit muka nak pakai lama kot.. nasiblah produk dari SHO nih memang tak de chemical.. selamat digunakan pelbagai peringkat umur termasuklah ibu yang sedang hamil..

haa.. siapa cakap nak cantik susah ? senang jek kalau korang jumpa produk yang betul..

malaysia_blogger

12 September 2018

KEBAIKAN MINYAK EVENING PRIMROSE ( EPO ) UNTUK KESIHATAN WANITA

berlambak kat pasaran dengan pelbagai jenama Evening Primrose Oil ( EPO ) tapi tak tau apa kebaikan Evening Primrose Oil nih kan ? ada yang kata untuk kecantikan, ada yang kata boleh mengawal ketegangan.. tak kurang juga overclaimed mengatakan mampu mengawal masalah kencing manis.. haa.. betul kehhhhhh ?

kebaikan_primrose_oil

diperkenalkan ke Eropah pada awal abad ke – 17 sebagai tanaman hiasan dan sesekali di dapur, Evening Primrose telah digunakan lebih 100 tahun oleh suku probumi di Amerika Utara dengan menggunakan tumbuhan ini sebagai tanaman, makanan dan ubat-ubatan.. hampir semua bahagian evening primrose boleh dimanfaatkan secara perubatan atau kosmetik termasuklah akar – daun – bunga – tunas bunga – biji..


PRIMROSE OIL


juga dikenali sebagai OENOTHERA BIENNIS yang berasal dari Timur Tengah Amerika Utara, dari Newfoundland Barat ke Alberta, tenggara Florida dan barat daya Texas selain tempat di kawasan yang sederhana dan subtropika.. ia dihasilkan dari tumbuhan yang mengandungi asid lemak yang dapat membantu mengurangkan keradangan yang berkaitan seperti arthritis dan ekzema.. ada testimoni mengatakan, kalau korang sakit / tak selesa pada payudara pun boleh consume Evening Primrose Oil nih.. hee~ best kan ?

evening_primrose

mempunyai jangka hayat selama dua tahun, tumbuhan ini hanya mencapai ketinggian 12 inci hingga 59 inci sahaja dengan bentuk daun seperti pisau.. mekar berkembang dari akhir musim bunga hingga akhir musim panas menjadikan ia cukup sempurna menyerap khasiat..

sinonim dengan dunia kecantikan wanita ( lelaki jugak.. hee~ ) Evening Primrose Oil mampu mengawal penyakit kulit akibat virus dan bakteria seperti ekzema, psoriasis dan jerawat.. ia juga digunakan untuk masalah arthritis rheumatiod, osteoporosis, sindrom Raynaud, sklerosis, kanser, masalah kolesterol, sakit jantung, dyspraxia, alzheimer, skizofrenia dan sakit kaki yang disebabkan oleh pembuluh darah..

sesetengah pengguna menggunakan Evening Primrose Oil untuk sindrom keletihan ( CFS ), asma, kerosakan saraf yang berkaitan dengan kencing manis, neurodermatitis, ADHD, obesiti, batuk kokol dan penyakit ulser peptik..

selain untuk kesihatan dalaman, Evening Primrose Oil juga digunakan oleh wanita mengandung untuk mencegah tekanan darah tinggi ( pra – eklampsia ) disamping memanfaatkan kelebihan Evening Primrose Oil untuk mengawal sindrom pramenstruasi ( PMS ).. tetapi !! kini !! ia juga digunakan sebagai ramuan makanan sihat sebagai sumber asid lemak penting..

disebalik GAH nya pelbagai jenama primrose yang ada di pasaran, ada juga yang berpendapat ( melalui kajian dan testimoni ) mengatakan bahawa Evening Primrose Oil MUNGIN bertindak :

  • secara keseluruhannya, Evening Primrose Oil adalah selamat diambil tetapi mungkin ada kesan sampingan lain seperti mual, cirit-birit dan sakit kepala..
  • elakkan pengambilan Evening Primrose Oil semasa hamil.. walaupun tiada kajian khusus tentang penafian, mungkin korang yang hamil boleh fokus pada supplement wajib sahaja bagi mengelakkan komplikasi..
  • ya !! kalau tengah menyusu boleh jek amalkan Evening Primrose Oil nih tapi minta saranan dari doktor ya.. jangan memandai..
  • ada beberapa hasil pembacaan kakak mengatakan, terdapat kes-kes kekejangan selepas mengambil Evening Primrose Oil secara konsisten.. kalau korang ada sejarah penyakit berkaitan, elakkan okay ?
  • Evening Primrose Oil mungkin meningkatkan peluang pendarahan semasa atau selepas pembedahan.. sebaiknya stop pengambilan Evening Primrose Oil sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan..

TIPS KECANTIKAN DENGAN EVENING PRIMROSE OIL


mempunyai kulit, rambut dan kuku yang cantik sudah pastinya idaman setiap wanita.. ya !! lelaki juga.. hee~ korang tau tau Evening Primrose Oil nih banyak kelebihan dari segi kecantikan ? haa.. tak tau lettew—jom !!

1. mencantikkan kulit

  • selain menjadi pelembap yang hebat, EPO juga membekalkan nutrien penting dan lemak yang sihat menjadikan kulit kelihatan lebih muda.. dengan ciri-ciri anti radang ia juga membantu mengurangkan bengkak, kemerahan, gatal-gatal dan ruam pada kulit..
tips_kulit_Cantik_wanita_asia

2. merawat masalah jerawat dan ekzema

  • juga dikenali sebagai minyak hormon, EPO juga membantu merawat ketidakseimbangan hormon di dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah jerawat dan ekzema.. tak kisahlah pengambilan dalam bentuk minyak atau kalsul, pastikan rutin tidur malam korang ditemani titisan EPO ni.. dan tengoklah hasilnya dalam seminggu..

3. menguatkan kuku

  • asid lemak ( LA dan GLA ) yang terkandung dalam EPO juga membantu menguatkan kuku dan menghalang dari terjadinya kuku retak dan rapuh..

4. memudarkan bintik-bintik gelap

  • yaaaaaaaa !! EPO memang membantu memudarkan parut jerawat dan cela yang terdapat pada kulit.. hee~ amalkan dua kali sehari dalam bentuk kapsul.. mudah dan praktikal kan ?

5. mencantikkan rambut

  • EPO mengandungi nutrien yang membantu menguatkan rambut bagi mengelakkan masalah rambut gugur dan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu disamping memelihara kesihatan kulit kepala.. masalah kelemumur ? nah !! korang dah jumpa penawar kerana EPO akan menjaga dari hujung ke akar rambut..

kesan sampingan ?

Evening-Primrose

sudah tentulah ada tapi manfaat pun sama besarnya.. langkah selamat adalah dengan mengikuti dos pengambilan yang telah disyorkan..

kalau korang masuk drugstore, mesti rambang mata dengan pelbagai jenama dan janji-janji manis pada label botol.. kan ? hee~ jangan khuatir, dapatkan nasihat dan pandangan dari pharmacist yang ada kat sana.. ye la.. korang melabur untuk sihat dan cantik kot.. kena la dapat full guidelines.. jangan mengada-ngada nak consume supplement tanpa info kukuh ya.. nanti pape jadi, tak tau.. ayokkkkkk..

header_atiehilmi.com

11 September 2018

KEKAL AKTIF DAN TANGKAS DENGAN SUSU ANLENE UHT

menjadi wanita pada zaman serba pantas dan memerlukan lebihan tenaga bagi memastikan kehidupan lebih sempurna pastinya memenatkan.. fuff—apatah lagi wanita zaman sekarang mempunyai pelbagai tanggungjawab setanding lelaki..

susu_anlene_UHT

kalau nak bercakap tentang 24 jam / 7 hari seminggu, ya !! semua sama rata tapi rutin sehari-hari yang berbeza.. kan ?


ANLENE UHT


biasa kita tengok pek susu tepung Anlene kan ? haa.. tapi !! baharu dari Fonterra Brands ( M ) Sdn. Bhd. telah memperkenalkan Anlene UHT yang mudah bawa – didatangkan dalam bentuk kotak kecil bagi membantu menjaga kesihatan tulang bagi golongan dewasa..

anlene_malaysia

didatangkan dalam perisa asli dan cokelat, kakak dah rasa dan memang kakak suka !!! ye la.. bila minum susu dalm pek kecik ni sekaligus mengubah persepsi kakak terhadap RASA yang memualkan tu.. hahaha~


KEKAL AKTIF DAN TANGKAS


kaya dengan 50% lebih mineral ( kalsium + magnesium + zink ) dan vitamin B7 serta vitamin B juga mengandungi kolagen, protein dan kalsium yang tinggi sesuai dengan keperluan wanita zaman kini bagi membantu kesihatan tulang, sendi dan otot.. sama macam kakak, bila usia meningkat ke 30 tahu memang ketara rasa perubahan fizikal sekaligus menjadikan Anlene sebagai benteng penjagaan dalaman supaya kekal cergas dan aktif sepanjang hari..


ANLENE ON-THE-GO


baru-baru ni juga Anlene telah melancarkan kempen minum susu dan kekal aktif yang turut disertai oleh barisan media / blogger / instafamous bersama dengan Wanita Lincah Malaysia ; Stacy Anam.. bertempat di beberapa lokasi, Anlene menawarkan maklumat untuk pengetahuan orang awam betapa pentingnya kesihatan tulang untuk wanita..

kempen_susu_anlene_stay_active_stay_agile

kempen telah dijalankan hampir sebulan bermula dengan Anlene On-The-Go RM 1.00 Breakfast Pack ( susu Anlene UHT + 7 Days Croissant ) di stesen LRT dan KTM yang terpilih dari 27hb Ogos hingga 31hb Ogos.. memang kalau kakak tengok pun, ramai orang kita tak sempat bersarapan sihat mengambil inisiatif untuk sama-sama menjayakan kempen ini..




haa.. sambil nak pergi kerja tu sambil menyinggah.. mudah kan ? dan kalau kita nak sihat pun, sarapan adalah aspek penting untuk menjaga kesihatan.. senang bila ada susu kotak Anlene nih.. hee~

anlene_uht_susu_kotak


ya !! sambutan hangat membuatkan Anlene melangkah laggiiiiiii bagi membantu ramai untuk bersarapan dan menjadikan ia satu habit setiap pagi.. dengan penglibatan Roving Truck Anlene di sekitar Lembah Klang juga membuatkan orang awam lebih peka tentang kepentingan pengambilan kalsium.. nahhhhhhh.. dapat minum susu Anlene secara PERCUMA tau !! hee~ tak boleh hagak sebab kakak pun terjebak sama jadikan susu Anlene sebagai rutin..

pemilihan Stacy Anam sebagai DUTA Anlene sekaligus membuka mata masyarakat tentang had bekerja dan tahap kemampuan seorang wanita kini setanding malah lebih hebat berbanding lelaki.. hahahah~ bukan nak overclaimed tau.. kalau tengok kelincahan Stacy Anam sudah pastinya terlopong semuanya.. menjadi ibu, penyanyi, penari, usahawan, isteri, idola – sudah tentunya penat dan tidak punyai masa rehat yang cukup..

tapi !!

jika bekalan kalsium dan sumber vitamin serta mineral seimbang, tiada apa yang mustahil..




WANITA DAN KALSIUM


dahhhh—bila bercakap tentang kalsium, isu kesihatan tulang / kuku / gigi juga membimbangkan.. mana kan tidaknya, aktiviti sehari-hari dan makanan yang diambil juga menjadi risiko utama hakisan kalsium tanpa disedari.. peka dengan kesihatan, kakak mengambil susu Anlene – mudah – bawa sebagai bekalan kalsium secara konsisten.. nah !! lepas ni kalau nampak handbag kakak, korang akan tau lah apa kandungannya.. hee~ ya !!

susu_kotak_anlene

apa yang menghalang untuk kekal cergas dan sihat sepanjang hari ?

TIADA !!

haa.. ada yang bertanya kat kakak “mana nak beli susu nih sisssssss ? kita dah cari tapi tak jumpa..”

susu_UHT_anlene

korang boleh beli susu Anlene UHT ni kat gedung beli-belah dekat dengan korang eh.. dengan harga dari RM 4.65 hingga RM 5.65 jek untuk korang topup keperluan kalsium badan korang.. senangkan ? mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang dapatkan maklumat lanjut..


janji kita ??
ya !! untuk kekal sihat dan cergas sepanjang hari !! hee~

header_atiehilmi.com



10 September 2018

5 SEBAB KORANG KENA BELI MIN’Z SAMBAL HITAM PAHANG DI POTBOY GROCERIES

food lover ? ya !! kemari dekat !! hee~ lagi-lagi yang kuat makan pedas dan tak sempat nak masak sedap-sedap tapi selalu laparrrrrrrrrr.. ini entri untuk korang !!

min'z_sambal_hitam_original_pahang_potboy_groceries

mengangkat martabat makanan tradisional negeri Pahang Darul Makmur, Minz’ Sambal Hitam yang telah menakluki pasaran makanan sedia dimakan meluaskan strategi pemasaran bagi memudahkan pelanggan dari seluruh negara mencuba dan merasa keunikan makanan negeri Tok Gajah..

kalau tanyakan kakak yang memang sedia beranak tekak kan makanan pedas, Min’z Sambal Hitam sudah pastinya menjadi teman makan.. lagi-lagi waktu serba sibuk dengan rutin harian menguruskan keluarga dan kerjaya.. wah !! pitam jugak nak membahagikan masa untuk menyediakan masakan sedap-sedap..


MIN’Z SAMBAL HITAM PAHANG


sinonim dengan warna kuning – jingga dan satu-satunya pengeluar sambal hitam berinovasi baharu dengan memperkenalkan tiga jenis variasi sambal iaitu :

  • sambal hitam ikan talang
    • ada kepingan ikan talang
  • sambal hitam ikan bilis basah
    • lebih lembab dan berminyak
  • sambal hitam ikan bilis kering
    • kering seperti serunding ikan bilis

sambal_hitam_pahang_sedap

telah mendapat tempat dihati penggemar makanan sedia dimakan.. nah !! tekan jek #sambalhitamikantalang, confirm keluar berjela iklan tentang rangkaian sambal hitam dari pengeluar MINIonlicious Enterprise yang juga merupakan pengusaha Bumiputera 100%.. tetiba kakak bangga.. hahahah~ dah la cukup rasa, dan bila sampai ke tahap INI membuktikan perniagaan Bumiputera tidak lagi dipandang sebelah mata malahan pelbagai pihak cuba membantu disamping menawarkan pelbagai inisitif..

samalah seperti laman beli-belah barang dapur terkemuka tuuuuuu..


POTBOY GROCERIES


peruncit dalam talian yang berpangkalan di Lembah Klang menawarkan keperluan isi rumah dengan perkhidmatan penghantaran secara PERCUMA pada harga berpatutan.. ye la.. macam dah trend kan.. semua pun boleh beli online lagi-lagi kalau korang memang sibuk bekerja sampai tak sempat nak menyediakan keperluan masak-masak nih.. hee~

sambal_hitam_original_raub_pahang

sebab tu dengan kerjasama antara POTBOY Groceries dan Min’z Sambal Hitam Pahang membuka lembaran bahagia buat orang macam kakak.. hahahah~ mana tak nya !! banyak manfaat dan BEST kotttttt.. benda best takkan lah kakak nak tolakkkkkk.. ni yang kakak share dengan korang nih..


KENAPA KENA BELI DARI POTBOY GROCERIES ?

1. PENGHANTARAN PERCUMA

  • siapa tak suka perkataan PERCUMA ? meh !! cubit dia.. hee~ ya !! korang boleh beli Min’z Sambal Hitam Pahang dari Potboy Groceries dan dapatkan penghantaran secara percuma !! dah jimat tak payah nak keluarkan kos parking / kiriman parcel semua tu lah.. jimat ? ya !! duit tu boleh masuk tabung haa..


  • macam kakak cerita kat atas lah.. Min’z Sambal Hitam Pahang ada tiga variasi rasa ( ikan talang + ikan bilis basah + ikan bilis kering ) dan setiap satunya berharga RM 23.00 + RM 18.00 + RM 18.00 tapi kalau korang beli kombo ni terus dapat harga special = RM 48.00 !! banyak jimat kan ? RM 11.00 tu korang boleh simpan dalam tabung lagi.. nampak ? kakak memang suka jimat, kalau korang tak tau lah..

sambal_hitam_sedap_potboy_groceries

3. LAMANWEB DAN APLIKASI MUDAH AKSES

  • ntah lah wak.. kakak ni sejenis yang kalau bukak website / aplikasi tapi lembab macam siput, banyak iklan ntah dari mana memang kakak tak bukak dah.. haa.. nasiblah Potboy Groceries punya website laju macam halilintar dan aplikasi pun ringan.. hahaha~ tak payah nak tunggu buffer segala.. klik sana klik sini – siap dah.. kurang stress dan hidup pun aman bahagia..

4. JADIKAN SAMBAL HITAM SEBAGAI RENCAH MASAKAN

resepi_sambal_hitam_original_pahang

masak pakai bahan perasa ? adoi.. penat nye nak menyediakan bawang besar lah bawang putih lah, lepas tu asam keping lagi.. em.. kat situ jek dah habis 5 – 10 minit kan ? tu belum lagi nak menahan pedih mata sebab potong bawang.. haa.. kakak sendiri gunakan sambal hitam ikan bilis kering sebagai bahan tumis kalau nak masak kangkung goreng.. eh !! bukan tu jekk sebab korang boleh pelbagaikan resepi :

    • nasi goreng sambal hitam ikan talang
    • spaghetti goreng sambal hitam ikan bilis basah
    • onigiri sambal hitam ikan bilis kering
    • sandwich cheese sambal hitam ikan bilis basah

      eh !! ikut selera korang lah !! hee~

5. RETURN AND REFUND

  • Min’z Sambal Hitam Pahang dibotolkan dengan kemas dan teliti menggunakan botol kaca bagi memastikan ketahanan jangka hayat sambal dalam tempoh yang lama.. ya !! ada sesetengah pelanggan menjadikan sambal hitam keluaran MINIonlicious Enterprise sebagai bekalan perjalanan jauh.. bila menggunakan botol kaca yang telah disteril kira boleh mengelakkan dari berkulat la gitu.. tapi !!!!!! di Potboy Groceries juga mementingkan hak pelanggan.. sebaik mungkin mereka akan menghantar sambal hitam korang dalam keadaan yang selamat dan confirm sedap.. hee~ dan sekiranya ada sebarang kerosakan, korang boleh maklumkan pada info@potboy.com.my dalam masa TIGA hari dari tarikh penerimaan barang..


minz_sambal_hitam_pahang_original_potboy_groceries

cakap banyak pun tak reti, semua sebab musabab dah bagi dah tu dan kalau korang terliur maksudnya korang kalah.. hahahaha~ benda makan ni korang kena try sendiri sebab SEDAP tu satu nikmat yang subjektif.. begittewwww—memang kakak paksa korang try jugak lah ni sementara harga kat Potboy Groceries pun tengah murah tu, memang ngam lah..


tahniah Min’z Sambal Hitam Pahang !! eh !! kalau nak walkin kat kedai pun boleh tauuuuu.. sangat dialu-alukan..

ALAMAT : Min'z Sambal Hitam Pahang Original
FACEBOOK : https://www.facebook.com/minionlicious
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/minz_sambal_hitam

header_atiehilmi.com

6 September 2018

TIPS KEMPISKAN PERUT TANPA BERLAPAR DENGAN ZERO BELLY FRUITEA

ya !! kakak pernah berada pada tahap gigih diet sekat makan dan pengambilan gula tapi berat tetap sama malahan pernah naik.. hee~ stress jugak sebenarnya.. dah macam-macam tips kakak gunapakai dan hampir nak putus asa sampailah ada yang rekomen Zero Belly Fruitea sebagai inisiatif..

cara_kurus_tanpa_bersenam

kalau korang follow Instagram kakak, measti korang perasan kakak stress sebab nak turunkan berat badan untuk beberapa program jangka masa panjang.. al maklum lah.. usia dah menginjak ke 30 – an, insecure terhadap bentuk tubuh badan makin menjadi-jadi haa.. hahaha~ lagi-lagi tang perut dan paha yang mengembang dengan meriahnya..


ZERO BELLY FRUITEA


berhadapan dengan masalah berat badan sekali gus membuatkan ramai di luar sana mengalami masalah perut buncit dan paha selebar bonet kereta.. hahahah~ tak !! bukan itu jekkkkk.. sembelit, kulit muka kusam, rambut gugur, badan berbau – merupakan implikasi dari permasalahan yang sama.. selesa ke ?



kalau korang Google dan mencari jalan penyelesaian untuk menurunkan berat badan disamping menjaga kesihatan, confirm korang akan jumpa pelbagai produk dan pelbagai testimoni.. sama macam jenama dari Imaan Suci World ni.. berterabur kat Instagram haa.. sampai tergugat iman kakak lalu terjebak mencuba..

tips_kurus_mudah_tanpa_bersenam

selain menjaga pemakanan dan mengurangkan pengambilan gula dalam diet setiap hari, Zero Belly Fruitea juga membantu kakak untuk mencapai target dengan lebih cepat dan mudah.. satu uncang teh direndam dalam air suam, untuk dua kali guna dan diminum pada waktu malam sebelum tidur..
rasanya ?

zero_belly_imaan_world
teman buat kerja malam-malam.. segar semacam.. hee~
eh !! kalau tak sedap, kakak tak minum lah.. hee~ rasa teh hijau – masam – masam – sedap.. sikit pun tak payau dan loya macam sesetengah teh kurus yang ada kat pasaran ( ya !! kakak dah try banyak jenama gaisssss.. ini paling sedap.. ) rupa-rupanya Zero Belly Fruitea ni diperbuat dari campuran buah markisa + durian belanda + mulberry + daun gelenggang + daun teh yang memang berfungsi untuk detox dan mencuci usus selain mengurangkan rasa lapar..


FAKTA TENTANG ZERO BELLY FRUITEA


diproses secara natural dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya, Zero Belly Fruitea bleh dikategorikan sebagai antara teh yang paling sedap yang berada dipasaran.. mempunyai GMP & SO ( 9001 / 22716 ) dan telah mendapat pensijilan daripada Melaka Biotech Corp yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )..




semua boleh minum Zero Belly Friutea ni tapi dah nama pun untuk kempiskan perut dan menurunkan berat badan, fokusnya sudah tentulah untuk :

  • pesakit diabetes
  • pesakit gastik
  • mereka yang mempunyai masalah sembelit
  • mereka yang kerap demam / selesema / batuk
  • mereka yang ingin mengurangkan berat badan
  • TIDAK SESUAI untuk wanita hamil

testimoni_zero_belly_fruitea_imaan_suci_world

tips pengambilan :

  • setiap uncang boleh digunakan sebanyak dua kali
  • bagi mereka yang mengalami masalah sembelit boleh mengambil satu atau dua uncang setiap hari
  • bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan boleh mengambil dua uncang dua kali sehari ( pagi dan malam )
  • bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan boleh mengamalkan sebanyak tiga kali seminggu

dengar cerita Zero Belly Fruitea ni tengah ada promosi.. hee~ korang nak turunkan berat badan atau ada masalah berkaitan mungkin boleh cuba sementara harga tengah murah ha.. takkan dah biar masalah berat badan kronik baru nak start.. walaupun tak mustahil, tapi lambatttttttt lah pulak..




eh !!
lupa nak bagitau.. hee~ kakak dah start sarung seluar jeans hantaran kahwin – sembilan tahun yang lepas tauuuuu.. semoga kakak lebih istiqomah untuk menjaga kesihatan dan kurus bukan untuk cantik jek tapi untuk mudah bergerak dan beribadat.. kan ?

header_atiehilmi.com

5 September 2018

TIPS SHOPPING KOREAN SKINCARE DARI ALTHEA TANPA MENGELUARKAN DUIT

warrrgggghhhh—tak boleh move on lagi ni.. hee~ masih teruja dengan pek PINK dari lubuk kosmetik terkenal ; Althea !! serius memang awesome sebab kakak tak keluarkan duit satu sen pun.. haa.. gile kan ?


Beauty Blogger Malaysia


walaupun lambat sikit kakak amik mood nak unboxing, ternyata berbaloi dengan produk – harga dan servis terus dari Korea nih.. haish.. kalau lah boleh bungkus Ji Chang Wook sekali, memang kakak mintak Althea bungkuskan beliau jugak.. hahahaha~


PINK IS BAE



sebelum unboxing, kakak peluk cium dulu parcel nih sebab dia kaler pink dan jumlahnya bernilai RM 400.00 !! gile tak peluk ciommmmmm ? tapi tu la tu.. kakak tak keluarkan sesen pun untuk Althea Haul kali ni sebab memang Althea belanja sempena ulangtahun Althea yang ke – 3 !! dia punya harijadi, dia bagi kita hadiah.. kohadeeeeee ?


kalau korang follow Youtube Channel kakak, mesti korang dah tengok video kakak membebel sambil unboxing pek PINK IS BAE nih.. belom ?





kakak tanak cerita lah dari mana kakak beli sebab korang dah tau pun kan tapi kakak nak cerita apa yang kakak beli dan tips untuk korang ikut jejak langkah kakak shopping kat Althea tanpa mengeluarkan duit.. syurgaaaaaaaaaa wey..


SKINCARE HAUL FROM ALTHEA



sebelum kenal Althea, kakak pun macam korang jugak.. keluar masuk drugstore semata-mata nak dapatkan produk kesihatan kulit pada harga promosi.. memang tak terkejar tau tapi nak cantikkan kulit punya pasal, redah.. penat ? jangan cerita tu belum lagi kira tak de stok bagai haa.. nganga jek la.. hahaha~


lepas dah kenal Althea, memang kakak berubah terus.. jarang dah masuk drugstore sebab barang kat Althea lebih murah dan selalu ada promosi.. ha’ah.. pos terus dari Korea dan FREE POSTAGE gaissssss.. mana nak dapat lagi ?


untuk sesi ulangtahun Althea yang ke – 3 nih, kakak siap ‘rembat’ stok skincare bernilai RM 400.00 dan macam-macam kakak dapat ha.. nak dibandingkan dengan harga kat luar, memang lebih.. haishh.. malas la nak buat perbandingan.. nanti korang frust.. jom !! antara killer produk yang kakak perlukan sesangatttttttttt..


LIP MASK + LIP SCRUB



Lip Scrub Murah Malaysia


disebabkan kakak pernah cuba beberapa jenama temaptan tapi tak menjadi, kakak beli terus kat Althea dua jenis lip mask dan lip scrub.. hee~ tamak kan !!! lantak janji puas hati..




MAKEUP REMOVER + SKIN TONER



Best Maakeup Remover

nih sebelum kakak beli memang kakak baca review habis-habis sebab main dengan kulit muka kan.. dah la memang kulit muka kakak tengah breakout nih kalau salah pakai mau hancur.. hee~ jadiiiiii.. kakak try skincare viral nih..




100% PURE COTTON PADS



ini memang kes mengada nih.. hahahah~ cotton pads pun beli kat Althea sebab dia 100% pure cotton.. malas nak keluar mencari satu jenama tu sebab dia pun 100% pure cotton cuma mahal sket la.. ini murah jek dan ada 100 pieces.. boleh la padankan dengan cleansing water dan toner tu.. haishhhhh.. bahagia rasa nye..


Face Cotton Pad From Korea

NATURAL PURE COTTON ( 100 PIECES )



tak kan lah INI jek totalnya RM 400.00 kot kan.. eh !! tak !!!!!!!! banyak lagi yang kakak sauk haritu.. tak percaya ? nah !!


Althea Korean Skincare


jumlah keseluruhannya adalah 14 barang termasuk :



TIPS MEMBELI DI ALTHEA TANPA MENGELUARKAN DUIT



ya !! itu yang kakak buat tu.. hee~ pada pembelian pertama dan setrusnya, setiap produk yang korang beli ada point mengikut jumlah ringgit tau.. kira korang kumpul point lepas tu boleh belanja balik.. jangan risau lah kalau point selalu tak cukup sebab Althea memang rajin buat promosi untuk ahli dan macam-macam diskaun code yang dorang akan belanja nanti.. haa.. ingat kakak nak keluarkan ke duit segedebuk camni untuk beli skincare ? memang tak laa..


yeay !!


seronok tauu.. hee~ nih pun kakak ada point berbaki yang tak sempat nak beli haritu sebab tak tau nak beli ape.. rasa macam semua ada.. tapi tak kisah pun sebab nanti-nanti boleh guna.. dan setiap pembelian dua ( 2 ) barang dan ke atas, kakak dapat FREE POSTAGE dari Korea tau.. memang eksyen habis la tiap kali parcel dari Althea nih sampai.. hahahah~


nah !! mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang dapatkan produk mekap atau skincare yang memang korang cari..





LOVE ;
Atie Adnan