24 October 2018

APLIKASI CANNIS BERSEDIA UNTUK MASUK SENARAI NASDAQ PADA 2021

Menerajui aplikasi multi – fungsi yang membuka ruang lapang untuk Cannis terus berkembang dengan pesat apabila suku pertama penglibatannya mendapat sambutan luar jangkaan oleh penguna memberi kelebihan untuk Cannis mengukuhkan lagi perjalanan dengan merekod nama di NASDAQ.

cannis_malaysia

NASDAQ merupakan pasaran dagangan sekuriti ekuiti berskin elektronik terbesar di Amerika Syarikat yang mempunyai kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan – bursa ini menikmati jumlah dagangan yang terbanyak dikalangan semua bursa saham di dunia. NASDAQ merupakan singkatan daripada National Association of Security Dealers Automated Quotation telah beroperasi lebih 47 tahun mempunyai jaringan saham dari pelbagai jenama terkemuka dunia.


CANNIS


Merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis dalam membina jaringan media sosial dengan mempelbagaikan fungsi aplikasi secara menyeluruh disamping mewujudkan persekitaran ekologi yang sesuai bagi peminat bagi mengumpulkan pangkalan data pengguna. Menggabungkan TUJUH fungsi dalam satu aplikasi iaitu :

cannis_7_in_1_nasdaq

  • e – Dagang
  • Live Broadcast
  • Media Sosial
  • Diskaun Membeli-belah
  • Permainan Dalam Talian
  • Video
  • Pembayaran Secara Online ( e – wallet )

telah mencatat lebih 100,000 pengguna dalam tempoh 2 bulan dan kira-kira 10,000 pengguna dalam masa 24 jam sejak dari tarikh pelancarannya beberapa bulan yang lepas.




Memperluaskan pasaran dengan pesat dikebanyakan negara Asia Tenggara bersama rakan strategik mereka, Cannis yang telah melabur dalam pelbagai industri dijangka akan tersenarai di bursa NASDAQ untuk membuka ruang kepada para pelabur menerima manfaat yang maksimum. Dengan aktiviti muat naik yang komprehensif pada setiap Suku Ketiga, setiap tahun memberi keuntungan apabila setiap muat naik aplikasi menerusi laluan muat naik ( App Store dan Google Play Store ) mengalami kenaikan sebanyak 10% dari yang sebelumnya dengan kiraan melebihi 29 bilion.

cannis_nasdaq_2021
Rakan-rakan strategik yang hadir memberi sokongan.
Aplikasi Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovasi tetapi juga melabur dalam jumlah yang besar secara selektif dalam industri luar talian dengan jangkaan menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian. Kelebihan untuk ahli Cannis yang boleh menggunakan diskaun dalam talian termasuklah pembelian di kedai-kedai runcit serta rakan kongsi dengan menikmati pelbagai kelebihan lain seperti memenangi hadiah-hadiah yang disediakan secara bermusim.



"Cannis mempunyai ketajaman idea terhadap perkembangan trend, melalui analisis 
pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. 
Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan 
ke seluruh dunia, bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan. 
Sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan, persembahan 
mereka sangat luar biasa.."

- Tan Sri Datuk Sri Tee Keat ; Konsul Kehormat Republik Slovakia



Turut menegaskan bahawa platform Cannis mampu berkembang secara aktif, Ketua Pegawai Operasi Cannis iaitu Encik Mohammad Mustaqim bin Abdullah memberitahu bahawa strategi komprihensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian supaya gedung sedia ada tidak lagi dibatasi oleh sekatan ruang serantau. Melalui mod Cannis e – commerce dan keutamaan berbelanja, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah.

cannis_mou_nasdaq


“The Upcoming Greatest Star in NASDAQ” bersama 3000 peserta Cannis bahawa 
perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini seperti teknologi digital, 
pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, pengambaran dan perfileman, 
ubat-ubatan preventif, industri kecantikan, teknologi terkini dalan pertanian dan banyak lagi. 
Kami berharap perkongsian strategik dengan industri-industri tersebut 
dalam memenangi kepercayaan pengguna dan meningkatkan pengalaman pengguna..”

- Dato’ Ching Eu Boon ; Ketua Pegawai Eksekutif



tahniah Cannis !!
tahniah Jutawan Cannis !!

untuk maklumat lanjut tentang Cannis, mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang :

LAMAN WEB : https://cannis.app
FACEBOOK : https://www.facebook.com/cannisapp
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/cannisapp
malaysia_blogger

23 October 2018

DUTCH LADY BREAKFAST CHALLENGE – PERMULAAN HARI YANG CERDAS DENGAN PROTEIN DARIPADA SUSU

menjadi keutamaan seorang ibu untuk menyediakan sarapan yang berkhasiat untuk anak-anak apatah lagi dengan usia anak-anak yang beru nak kenal dunia dengan pelbagai aktiviti sekolah.. sibuknya mengalahkan orang yang sudah bekerja.. hee~ jadi !! kakak mewakili DUA NUR, menyahut cabaran Sarapan Pagi bersama Dutch Lady bagi melengkapkan nutrisi seharian mereka..

dutch_lady_breakfast_challenge

kebiasaan mereka sudah tentu bersarapan dengan paling kurang pun segelas susu atau sekotak susu dari jenama terkemuka iaitu Dutch Lady.. bukan tak pernah mencuba jenama lain tapi dorang tak boleh nak telan.. hee~ dan khasiatnya pun tak – sama – dengan Dutch Lady ni..


PERMULAAN HARI YANG CERDAS DENGAN DUTCH LADY


memandangkan Dua Nur memerlukan permulaan yang mantap pada waktu pagi, ibu menyediakan pelbagai menu sarapan yang dipadankan bersama susu Dutch Lady PureFarm.. ye la.. lepas tidur semalaman ( tempoh sama seperti berpuasa.. ), badan kita memerlukan banyak khasiat dan sebab itulah sarapa yang bernutriri sangat penting untuk permulaan hari kerana sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan untuk melakukan aktiviti seharian..

HARI 01 : MEE GORENG

breakfast_challenge_dutch_lady_malayisa


HARI 02 : NASI GORENG DAGING

dutch_lady_malaysia_breakfast_challenge


03 : WHOLEMEAL BREAD WITH PEANUT BUTTER

cabaran_sarapan_sihat_dengan_dutch_lady

ya !! bukan mudah untuk mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dalam satu hidangan tetapi dengan minum susu, ia dapat membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan.. lagi-lagi budak tengah nak membesar.. lagi banyak lah nutrisi yang diperlukan.. hee~





"sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk 
membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat.. 
selama 55 tahun, kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan 
susu bersama keluarga mereka.. nutrien daripada susu membantu membina keluarga 
yang lebih kuat dan sihat.. keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu 
sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama.. yakni, kedua-duanya adalah sama 
penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat.."

Ramjeet Kaur Virik
Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia



04 : NASI LEMAK SAMBAL AYAM

sarapan_bersama_dutch_lady


05 : TELUR OMEGA SEPARUH MASAK

quick_breakfast_with_dutch_lady

protein dalam susu bertindak sebagai pembina otot, tulang, rambut dan kuku yang memainkan peranan penting dalam proses biokimia termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita.. ada kajian yang menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 ASID AMINO PENTING ( EAA ) yang lebih mudah dihadam berbanding sumber protein yang lain.. sebagai susu NOMBOR 1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm mengandungi :

  • protein yang membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan dapat berfungsi dengan baik
  • kalsium yang merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang serta gigi yang kuat untuk kanak-kanak disamping membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif
  • vitamin A membolehkan mata berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus
  • vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein
  • vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium serta fosforus

dutch_lady_breakfast_challenge_nuraina
klik SINI kalau korang nak tengok perjalanan sarapan Nur Aina !!

ya !!

kakak dan keluarga memilih susu Dutch Lady PureFarm untuk sarapan.. dan.. apa plihan korang ? hee~ kalau sama, jom sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybrekfastchallenge di media sosial korang dan korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik !!

untuk maklumat lanjut, mungkin korang boleh rujuk link kat bawah ni :


sambil sarapan sambil try kot memang..
mana tau rezeki kan..

malaysia_blogger

17 October 2018

MANA YANG LEBIH MAHAL ANTARA iPHONE XS, iPHONE XS MAX ATAU iPHONE XR ?

bila bercakap pasal TREND, memang ramai berebut nak jadi yang pertama.. hee~ kakak seronok bila tengok perkembangan isu semasa dari pelbagai golongan termasuklah topik saban tahun iaitu harga terbaharu iPhone yang menjadi topik perbualan netizen..

new_iphone

walaupun pengeluar utama belum mengesahkan bila akan masuk ke pasaran Malaysia, tapi dorang dah keluarkan harga dan specs khusus yang ada pada ketiga-tiga siri ni !! hee~ kalau korang memang menunggu, inilah masanya !! cuma sanggup dengan tidak jek lah..


iPHONE XS


  • skrin HDR 5.8 inci
  • berat 177 gram
  • chipset Bionik ( A12 ) + Neural Engine
  • kamera 12MP f / 1.8 sudut lebar + 12MP f / 2.4
  • keupayaan bateri 30 minit lebih lama berbanding iPhone X
  • konfigurasi Nano – SIM + eSIM
    ( yang ni tak sure kat pasaran Malaysia ada ke idokkkkk )
  • sistem operasi bermula dari iOS 12
  • terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu Emas, Perak, Kelabu
  • harga bermula dari :
    • RM 4,999.00 ( 64GB )
    • RM 5,699.00 ( 256GB )
    • RM 6,649.00 ( 512GB )

harga_iphone_malaysia


iPHONE XS MAX


  • skrin HDR 6.5 inci
  • berat 208 gram
  • chipset Bionik ( A12 ) + Neural Engine
  • kamera 12MP f / 1.8 sudut lebar + 12MP f / 2.4
  • keupayaan bateri 1 jam 30 minit lebih lama berbanding iPhone X
  • konfigurasi Nano – SIM + eSIM
    ( yang ni tak sure kat pasaran Malaysia ada ke idokkkkk )
  • sistem operasi bermula dari iOS 12
  • terdapat dalam tiga pilihan warna iaitu Emas, Perak, Kelabu
  • harga bermula dari :
    • RM 5,399.00 ( 64GB )
    • RM 6,099.00 ( 256GB )
    • RM 7,049.00 ( 512GB )

harga_iphone_xr


iPHONE XR


  • skrin LCD 6.1 inci
  • berat 194 gram
  • chipset Bionik ( A12 ) + Neural Engine
  • kamera 12MP f / 1.8 sudut lebar + 7MP f / 2.2
  • keupayaan bateri 1 jam 30 minit lebih lama berbanding iPhone 8 Plus
  • konfigurasi Nano – SIM + eSIM
    ( yang ni tak sure kat pasaran Malaysia ada ke idokkkkk )
  • sistem operasi bermula dari iOS 12
  • terdapat dalam enam pilihan warna iaitu Biru, Putih, Hitam, Merah, Kuning dan Emas
  • harga bermula dari :
    • RM 3,599.00 ( 64GB )
    • RM 3,849.00 ( 128GB )
    • RM 4,299.00 ( 256GB )

iPhone_XR_Malaysia_price

nahhhhhhhhh--

menggigil ke tidak ? hee~ tapi ada yang kata tak berbaloi nak beli sebab boleh beli sebijik motosikal semata-mata untuk mendapatkan kesan bokeh yang vasssssssss.. eh !! eh !! mampu tu subjektifkan.. kalau korang mampu nak beli iPhone dan motosikal belilah.. tak de sape paksa pun..

sebenarnya kakak pun tak perasan sejak bila terjebak dengan iPhone ni ( walaupun tau memang pembawakan dari Encik Suami.. hee~ ) sebab kakak memang buta teknologi.. tapi tu lah.. dah melayan Encik Suami berborak, sekaligus rasa nak tau tu ADA.. ini lah natijah nye..

kakak ?
korang nak sponsor ke ? kalau tak nak, dendiam.. jangan tanya.. menjejes airliur tau tak ? hahahahaha~

malaysia_blogger

11 October 2018

FLEUR KINI DIKENALI SEBAGAI FLERR MELANCARKAN PEWANGI KERETA VERSI MALAYSIA

Kalau sebelumnya pasaran pewangi kereta dimonopoli dengan pelbagai jenama dari luar negara, kini Flerr berani mengambil bahagian dalam memperkenalkan variasi pewangi kereta citarasa Malaysia yang dikenali sebagai Le’ Clipse.

agent_pewangi_kereta_fleur_flerr

Asalnya, Flerr yang telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2016 di bawah syarikat Disa Synergy Sdn. Bhd. lebih dikenali sebagai FLEUR hanya mengeluarkan lima pilihan bau dan kini mempunyai lebih 20 bauan eksklusif.


DARI FLEUR KE FLERR


Telah mengambil alih pasaran pada empat bulan pertama dengan jualan sebanyak 80,000 unit – Flerr mempunyai lebih daripada 2000 wakil pengedar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan lapisan umur bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat saban tahun. Optimis dengan pencapaian hari ini, Flerr mahu melahirkan lebih ramai usahawan berdaya - saing yang mampu menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan.




Secara khususnya, pewangi kereta Flerr menggunakan cecair yang diimport khas dari Eropah dan dibungkus kemudian di edar ke seluruh Malaysia berjaya menambat hati pengguna selepas hasil jualan sepanjang dua tahun mencapai target luar biasa dengan jumlah keseluruhan penjualan lebih dari 3.1 juta botol menjadikan sistem penjualan melalui ejen pilihan yang terbaik bagi melonjakkan angka jualan tersebut.

pencapaian_terbaik_flerr_fleur_malaysia
Flerr telah berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara termasuk Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina
Flerr mengambil tanggungjawab memberikan kualiti dengan mengeluarkan minyak wangi berkualiti tinggi dan tidak mengandungi metanol yang boleh menjejaskan kesihatan dan setiap bau dihasilkan dengan teliti dan hanya yang berkualiti serta selamat akan dipilih bagi mewakili jenama Flerr menjadikan Flerr unik dan berbeza dari bauan pewangi kereta yang lain.

pengasas_flerr_minyak_wangi_kereta_malaysia

Walaupun Flerr telah melangkah jauh dengan pewangi dalam kereta berpenutup kayu, tidak menyekat pelancaran Le’ Clipse yang lebih elegan dan tahan lebih lama sekitar 30 hari – 45 hari ( bergantung kepada cara penggunaan ) sekali gus berkembang dengan meletakkan jenama Malaysia setanding dengan jenama Antarabangsa.


“Pewangi kerta yang lama ( penutup kayu ) masih dikekalkan walaupun Flerr telah melancarkan Le’ Clipse dengan harga RM 15.90..”
- Mohd. Suhaimi Saiful ; Ketua Pegawai Eksekutif Flerr


pewangi_kereta_flerr


PEWANGI KERETA LE’ CLIPSE


Telah melalui pelbagai saringan Antarabangsa bagi memastikan TIADA bahan terlarang yang boleh membahayakan pengguna, produk keluaran Flerr yang tebaharu iaitu Le’ Clipse adalah 100% wangian dari Perancis yang telah didaftar serta mempunyai kod tersendiri menjadikan setiap satu darinya eksklusif dan unik.

1. AMETHYST
  • diinspirasikan dari bauan bunga Lavender yang lembut dan menenangkan

2. AURORA
  • bauan ice peach tea yang mampu membangkitkan mood

3. CITRINE
  • aroma segar sitrus yang segar seperti musim buah

4. EMERALD
  • semerbak bau epal yang manis dan ranum

5. SAPPHIRE
  • menyegarkan seperti ocean breeze yang romantik

flerr.com

Jutaan tahniah buat warga kerja Flerr yang mampu ‘pergi’ sejauh ini dengan membawa identiti tersendiri disamping membuka ruang untuk berkongsi rezeki bersama. Untuk maklumat lanjut, mungkin pautan di bawah boleh membantu anda.

LAMAN WEB : www.flerr.com
EMAIL : admin@fleur.my
HOTLINE : +603 3359 7044

malaysia_blogger

8 October 2018

FENOMENA UFORA® SKINCARE MEMBANTU MENYIHATKAN KULIT ORANG ASIA

salah satu produk kecantikan dan kesihatan yang telah lama berdiri sama tinggi dengan jenama lain, UFORA® SDN.BHD sekali lagi bangkit memperkenalkan produk terbaharu mereka yang berfungsi menyeluruh untuk kesihatan kulit para pengguna..

ufora_skincare

baru-baru ni kakak sempat menghadiri majlis pelancaran produk terbaharu dari jenama Ufora® yang selama ni kakak kenal dari pelbagai testimoni kolagen yang berjaya membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih sihat dan merawat masalah penuaan sebelum tiba masanya.. nah !! kalau hasil kolagen pun meletop, memang strategi pihak Ufora® dengan mengeluarkan skincare super terbaik lah..

kolagen membantu dari dalam..
skincare membantu dari luar..


MAJLIS PELANCARAN UFORA® SKINCARE


telah diformulasikan khusus untuk membantu pengguna merawat masalah penuaan kulit sebelum usia, Ufora® Skincare dapat membantu merawat masalah kulit dari luar dengan memperkenalkan tiga langkah yang mudah dan ringkas.. dengan rutin harian yang padat, memang tak sempat nak membelek kulit muka.. nah !! tiga langkah yang santai, semuanya dalam kawalan..

pengasas_ufora_beauty_skincare
gandingan usahasama suami – isteri menaikkan nama Ufora® ; Encik Nik Mohd Hilman dan Puan Supia Saupi
majlis_pelancaran_ufora_skincare

menjelaskan tiga langkah mudah yang merangkumi penggunaan pada waktu siang dan malam, formula antipenuaan yang terkandung dalam Ufora® Skincare mampu membuatkan kulit pengguna lebih anjal dan awet muda dengan memberi kesan berkilat pada kulit setanding dengan produk penjagaan kulit Antarabangsa.. cuma tiga produk - semua masalah seperti jerawat, parut, kulit muka berlubang, tona kulit tidak sekata, mengecilkan liang pori dan faktor penuaan sebelum usia dapat dihapuskan sekelip mata.. haa.. siapa tak nak cantik dan kulit yang sihat kan ?



pengasas_ufora_skincare

korang kena jelas ya.. penggunaan apa-apa jenama produk kesihatan kulit perlulah disiplin dan mengikut urutan yang betul untuk mendapatkan kesan yang lebih positif.. walaupun kenyataannya bergantung pada kulit masing-masing, perubahan dapat dilihat seawal dua minggu selepas penggunaan Ufora® Skincare.. tapi korang kena lah cari agent yang boleh guide cara penggunaan yang betul dan sesuai dengan masalah kulit ya..


UFORA® SKINCARE


set penjagaan kulit yang telah berada dipasaran ini ibarat meledaknya bom kecantikan untuk pengguna lebih peka betapa pentingnya memiliki kulit yang lebih sihat bukan sekadar cantik dengan tepekan alat kosmetik.. dengan pelbagai testimoni yang positif bertebaran di pelbagai media sosial, tidak mustahillah misi Ufora® untuk memberi kesedaran terhadap pengguna boleh berjaya..

ufora_skincare_merawat_masalah_kulit
tawaran terhad !! dapat FREE beauty blender !!

hanya TIGA langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda bermula dengan :

FACIAL FOAM

  • kaya dengan ekstrak cranberry, ekstrak buah betik dan juga vitamin C yang bertindak membersihkan juga menyegarkan kulit disamping menanggalkan sel kulit mati..
  • facial foam ini juga mampu mencerahkan kulit dan mengembalikan seri wajah..

SUNSCREEN

  • kaya dengan vitamin E yang membantu mencerah dan memberi kesan tona yang sekata disamping melindungi dari sinar UV..
  • dengan cuaca Malaysia yang tidak menentu, penggunaan Sunscreen dari Ufora® – mengandungi SPF 50 berfungi 50 kali jauh lebih baik untuk melindungi kulit dan mampu melindungi kulit lebih dari lima jam di bawah panahan UV..

NIGHT SERUM

  • mengandungi ekstrak aloevera yang bertindak merawat pelbagai masalah kulit berkaitan jerawat serta jeragat, menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda..
  • mudah menyerap dan tidak melekit, Night Serum Ufora® sangat sesuai untuk pelbagai jenis kulit dan lapisan umur..

dengan jumlah ‘ahli keluarga’ yang semakin membesar, Ufora® Skincare turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan sampingan sama seperti pemenang hasil jualan tertinggi yang mencapai 62,000 unit dalam tempoh lima bulan.. wah !! bukan sikit tu !!

kalau korang memang ada masalah kulit dan rasa tak selesa, mungkin KINI adalah masa yang sesuai untuk korang perbaiki.. buat masa ni korang boleh dapatkan produk Ufora® Skincare yang berharga RM 139.00 di :

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/uforaskincare_hq



tahniah dan semoga maju jaya buat Team Ufora® !!

malaysia_blogger

4 October 2018

RUANGAN EKSKLUSIF UNTUK MUSLIMAH BERHIJAB DI HA’LABO HAIR & SCALP MANAGEMENT

ibarat mengiyakan pepatah yang sering digunakan berkurun lamanya “rambut adalah mahkota wanita” ; tidak mengira umur – bangsa – agama mahupun cara penampilan kita, rambut harus dijaga rapi supaya kekal sihat dan cantik..

rawatan_rambut_gugur_kl_selangor

penting ke jaga kesihatan rambut ?

nak jaga yang mana dulu ? rambut atau kulit kepala ?

rambut gugur teruk berpunca dari akar atau kelemumur ?

nah !! rasanya terlampau banyak persoalan yang bermain dibenak fikiran kita dengan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah rambut yang dihadapi.. kan ? hee~ ya !! kakak pun tak terlepas dari menghadap masalah yang sama.. saban tahun dari zaman remaja sampailah dah berusia 30-an ni.. dan mungkin rezeki kakak baik sebab kakak diperkenalkan dengan Ha’labo Hair & Scalp Management yang terletak di The Boulevard, Mid Valley..


HA’LABO HAIR & SCALP MANAGEMENT


menjadi wanita yang lebih lama mengenakan tudung bagi memenuhi tuntutan kerja sehari-hari membuatkan rambut kakak kerap gugur dalam kuantiti yang banyak.. memang stress lah.. kalau dulunya rambut kakak tebal – hitam dan lebat tapi sekarang.. alahai.. sedihnya.. hahahah~ rasanya dah tinggal secekak jekkkkkk..

rawatan_untuk_rambut_gugur
ya !! kakak membaca weyyyyyy.. risau lah !!
dah cuba pelbagai jenis syampu dan rawatan yang kononnya membantu tapi masih sama weyyyy.. tak pe lah.. dah alang-alang ada masalah, kakak cubalah dekat Ha’Labo Hair & Scalp Managemant ni.. mana tau ada rezeki, rambut lebat balik..

tapi !!

kakak pergi bukan dengan tangan kosong jekkkk.. sudah tentulah kakak study tentang proses yang disediakan oleh Ha’Labo Hair & Scalp Management, taknak lah nanti kakak dah melabur sekian nilai tapi tak berbaloi.. tak ke sakit hati ? haa.. melalui pembacaan kakak, Ha’Labo Hair & Scalp Management merupakan pakar penjagaan kulit kepala dengan 17 tahun pengalaman yang dibiayai oleh Institut Penyelidikan KEbangsaan dengan menggabungkan TIGA peringkat rawatan iaitu :

  • herba tradisional
  • teknologi biokimia
  • ekosistem kulit kepala

yang membantu menyuntik nutrisi untuk menembus jauh melalui epidermis, dermis dan tisu subkutaneus bagi menyihatkan kulit kepala disamping menggunakan Teknologi PElepasan Esensi Berkala ( GERT ) yang mampu menjana sistem regenerasi sel kulit kepala..


HERBATECH REVIVAL SYSTEM


kalau kat luar sana ada pelbagai teknologi yang digunakan untuk merawat masalah rambut, tapi di Ha’Labo hanya menggunakan EMPAT langkah selamat untuk menjana pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan cantik..

halabo_hair_scalp_management

1. RESTORE

  • membersihkan dan menyingkirkan kekotoran dari kulit kepala
  • menghapuskan sebum yang berlebihan
  • mengawal keseimbangan kesihatan kulit kepala dan rambut

2. REBUILD

  • Ha’Labo menggunakan teknologi multi-layer cell awakening technology yang berfungsi menyuntik nutrisi dan oksigen terus ke kulit kepala
  • memberi ketahanan nutrien yang lebih lama di kulit kepala

salun_rambut_muslimah_kl_selangor

3. RENEW

  • menembusi tisu subkutaneus secara mendalam untuk mengaktifkan folikel rambut dan meningkatkan kekuatan akar rambut
  • membolehkan pertukaran nutrien secara berperingkat tanpa mengganggu kesihatan kulit kepala

4. REBORN

  • memberi fokus untuk meremajakan kulit kepala dan melahirkan sel-sel baharu
  • menggalakkan peredaran darah terus ke kulit kepala
  • mengelakkan keradangan

secara tak lansungnya, EMPAT langkah ini mampu memberi kebaikan terhadap kesihatan kulit kepala sekaligus menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat.. hee~ teruja ? okay.. itu baru sikit tu..


RUANG RAWATAN KHUSUS UNTUK MUSLIMAH


sama macam kakak, kalau nak buat rawatan kecantikan di luar benda yang pertama kakak akan pening adalah ruangan untuk WANITA MUSLIMAH yang berhijab.. dah lah terhad lepas tu dengan kakitangan yang bekerja memberi perkhidmatan pula bukan wanita asli.. haa.. faham kan ? memang membantutkan niat..

salun_rambut_muslimah_2019

tapi !!

di Ha’Labo kakak tak perlu risau.. hee~ sebab kakak dilayan oleh pekerja wanita dan terdapat kelebihan lain untuk kakak.. best sangat bila dilayan seperti VVIP dengan ruangan tertutup dan hanya ada kakak dan pekerja WANITA.. tiada pekerja lelaki atau seumpanaya diruangan muslimah..

halabo_hair_treatment



sangat mementingkan kandungan produk supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada esok hari, kakak yakin Ha’Labo hanya menggunakan bahan terbaik yang berasaskan herba bagi memenuhi keperluan rawatan dan tidak mengandungi bahan kimia terlarang termasuklah zat / lemak dari haiwan.. nah !!! sebab tu kakak tertarik hati nak ‘berkampung’ kat Ha’Labo semata-mata untuk dapatkan kembali kulit kepala yang sihat dan rambut ikal..

tiada bebanan !!

tak de pakej tertentu yang kakak perlu sign tau.. jadi.. kalau kakak ada bajet, kakak pergi jek la buat treatment.. kalau tak de bajet, cari lah duit sampai cukup.. hahahaha~ mana tak nye, untuk sesi percubaan korang hanya perlu bayar RM 18.00 jekkkkkkkk.. nanti korang pergi lah mana-mana outlet dan tanya ya.. cakap kakak rekomen.. hee~

halabo_hair
walaupun mengambil masa untuk mendapatkan semula rambut idaman kakak, tak pe !! kakak okay jek sebab Ha’Labo memainkan peranan penting dalam menjaga kecantikan rambut kakak sekarang ni.. hee~ kalau korang pun ada rasa risau macam kakak, mungkin korang boleh singgah di outlet Ha’Labo berdekatan dengan korang..

Ha’Labo Hair & Scalp Management ( KL )
No. 13-G, Ground Floor The Boulevard,
Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur

Ha’Labo Hair & Scalp Management ( Selangor )
No. 49, Lorong Batu Nilam 21B,
Bandar Bukit Tinggi 2, 41200 Klang, Selangor

Ha’Labo Hair & Scalp Management ( Selangor )
G26H (i), Ground Floor, Subang Parade,
No. 5, Jalan SS 16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan


malaysia_blogger

3 October 2018

APLIKASI MMSOS – KAWAN BAIK KETIKA BERADA DALAM KECEMASAN

semakin hari, dunia kita semakin tidak dapat kita duga dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa kalau kita cuai ataupun berpunca kecuaian dari orang lain.. kan ? tapi kini ada aplikasi MMSOS mungkin dapat mengurangkan kerisauan korang..

aplikasi_mmsos

aplikasi MMSOS dicipta oleh pasukan MM Synergy Sdn. Bhd. bertujuan untuk melindungi individu dan masyarakat dari pelbagai kes jenayah dan kecelakaan yang mungkin terjadi pada waktu yang tidak terduga.. dengan kolaborasi daripada badan-badan berwajib sekaligus membentang 1001 jalan untuk pengguna lebih berasa selamat apabila dilindungi 24 / 7..


MMSOS


aplikasi yang pertama seumpamanya di Malaysia, MMSOS ( Most Momentum SOS Assist ) menggabungkan bantuan dari unit ambulan, polis, bomba, hospital, bengkel kereta, kaunseling yang mudah diakses untuk memberi bantuan kepada pengguna turut beroperasi 24 jam tanpa henti – tujuh hari dalam seminggu – bagi memenuhi 365 hari sepanjang tahun..




nah !!

sebaik sahaja korang dah install aplikasi MMSOS, korang layak untuk mendapatkan kelebihan sebagai ahli iaitu :

  • percuma Personal Accident Insurans bernilai RM 50,000.00
  • percuma pemeriksaan kesihatan bernilai RM 365.00
  • diskaun 70% untuk car tinted
  • diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island ( pakej untuk 2 orang – 3D2N ; all in )
  • special rate untuk memperbaharui insuran kereta
  • special rate untuk penyelenggaraan kereta
  • ambulance fees
  • percuma towing
    ** tertakluk pada terma & syarat

hubungi_mmsos_ketika_kecemasan
menurut Pengasas Syarikat MM Synergy Sdn. Bhd. ( MM Synergy ) menyasarkan keahlian bakal mencecah satu juta orang menjelang lima tahun akan datang dengan cara mempergiatkan promosi di seluruh negara..


melalui aplikasi MMSOS, pelanggan kini tidak perlu menghubungi talian kecemasan 999
kerana perkhidmatan yang disediakan syarikat dapat membantu mereka dengan mudah,
cepat dan berkesan

- K.L.Lim
Pengasas Syarikat MM Synergy Sdn. Bhd. ( MM Synergy )




MMSOS juga menyediakan dua jenis perkhidmatan untuk kegunaan orang ramai iaitu :

  • melanggan aplikasi secara percuma
  • keahlian berbayar ( RM 365.00 / tahun )

untuk perkhidmatan percuma, orang ramai boleh memuatturun aplikasi MMSOS dan menggunakan 12 butang kecemasan bagi membolehkan pengguna menekan mana-mana butang bersesuaian dengan kes yang dihadapi..




untuk maklumat lanjut, mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang !!

LAMAN WEB : http://mmsos.my

boleh install melalui link kat bawah ni !!

GOOGLE PLAY STORE : https://play.google.com/mmsos


mmsos_365_care_support

bukti kakak sudah ada !!

al maklum lah.. memang sekarang ni kakak selalu keluar sorang-sorang untuk menghadiri jemputan event.. nah !! bila ada aplikasi ni rasa selamat sikit dan suami kakak pun kurang rasa risau.. hee~ betapa pentingnya korang masukkan butiran yang betul dan lengkap bagi memudahkan pihak MMSOS menyimpan data korang..

malaysia_blogger

2 October 2018

RARA LEKOR RELEVAN DIANGKAT SEBAGAI PEWARIS ASLI LOSONG

sesekali mencelah masuk ke area Bangi semata-mata nak cari benda makan rare dan sedap.. tak kisah lah mahal sikit asalkan berbaloi.. hee~ tapi kalau dapat yang murah dan sedap, memang serius happy setahun gayanya..

keropok_lekor_rara_bandar_baru_bangi

bila berjalan time hi-tea, seronok jugak kalau dapat keropok lekor dengan teh o suam.. pehhhh.. kalau kena dengan rasa sos masam – manis – pedas, memang tak pandang yang lain dah la.. duduk dendiam sampai habis.. kan ?

biasa kalau pergi pasar malam, keropok lekor biasa sangat dari segi rasa dan sos.. yang luar biasa adalah harganya.. hahahaha~ urut dada tapi okay la.. buat kunyah-kunyah sambil tengok tv.. cuma tu la tu.. lambat sikit makan, keropok lekor bertukar jadi getah paip.. liat memang tak boleh nak bincang.. spoil mood betul jadinya..


RARA LEKOR


dah alang-alang ke Bangi, kakak singgah lepak kat Rara Lekor.. memang niat nak rasa sikit-sikit jek buat bilas tekak sementara nak makan malam kan.. tapi tu lah tu.. habis jugak lima pinggan pelbagai jenis keropok lekor dan sata.. hahaha~ perangai ni kalau dah sedap memang tak boleh control.. nasib tuan kedai tak halau balik..

rara_keropok_lekor_asli_terengganu
memang betul-betul tepi jalan utama kampung – boleh parking tepi jalan
mula beroperasi pada awal bulan April 2018, Rara Lekor telah mempunyai beberapa produk atas jenama mereka sendiri termasuklah :

  • keropok lekor goreng – RM 8.00 ( 20 batang – vakum )
  • keropok lekor rebus – RM 8.00 ( 5 batang – vakum )
  • keropok lekor cheese – RM 12.00 ( 20 biji – vakum )
  • keropok keping ikan tamban – RM 15.00 ( 450 gram )
  • sata
  • ketupat palas
  • sos
** divakum untuk penyimpanan yang lebih lama.. sesuai lah kalau korang nak buat stok ke ape..

yang hampir semuanya dikeluarkan terus dari dapur Rara Lekor.. nah !! bukan mudah nak mudah kan ? hee~ dah alang-alang bawa nama Losong, Terengganu sudah tentunya expectation tinggi dari pelanggan.. kan ?

pembekal_keropok_lekor_bangi


rara_lekor_bangi

sempatlah kakak masuk dapur Rara Lekor nih untuk tengok rahsia keropok lekor dorang yang sedap tu.. ya !! semuanya homemade dan handmade -sebab tu sedap dan tak de rasa 'mesin'.. 

tekak kakak memang cerewet nauzubillah.. tak terungkap dengan kata-kata.. tapi kalau tak sedap, kakak bagitau korang dan kalau sedap memang kakak puji melambung.. hee~ sama macam keropok lekor keluaran Rara Lekor nih la.. cukup rasa dan lembut walaupun dah sejuk.. eh !! ada tu memang tak sempat sejuk, dah habis.. maksudnya ?

keropok_lekor_cheese_asli_terengganu_bandar_baru_bangi
variasi ; rebus - goreng - cheese yang siap divakum

keropok_keping_asli_terengganu_bangi
kegemaran !!
pelahap ?

maksudnya sedap lah !! korang nih pun.. hee~ kalau sebelum ni korang makan keropok lekor rasa tepung.. kan ? di Rara Lekor, kualiti dan pemantauan rapi dilakukan supaya rasa setiap keropok adalah sama dan sedap.. sudah tentulah rasa ikan selayang yang dijadikan bahan utama mengatasi rasa tepung.. nah—


"sedap, tekstur pun nampak mewah - tak keras.. memang tak sedar dah habis sepinggan.. ni pun rasa nak repeat lagi..”
 – Encik Hilmi a.k.a suami kakak yang sejuta lebih cerewet bab makan


sempat juga kakak borak kosong dengan owner Rara Lekor, Kak Rahmah dan Abang Azrul tentang hala tuju dan masa depan Rara Lekor.. wah !! nampak.. jangan pandang rendah terhadap usahawan Bumiputera tau.. misi dan visi memang tersedia dalam perancangan..

sata_sedap_dan_murah_bandar_baru_bangi
wajib cuba !!

“in shaa Allah.. memang kami ada perancangan nak renovate sikit kedai ni bagi cantik ala-ala cafe.. nanti pelanggan boleh duduk lepak, oder keropok lekor dan air.. dan saya rasa nak buat juga sotong goreng tepung yang femes kat Terengganu tu..”

menarik kannnnnnnn ?

dah tak payah nak redah jem Lebuhraya Pantai Timur semata-mata nak makan keropok lekor asli Terengganu.. hee~ singgah sekejap kat Bangi, dan makan lah sepuas hati.. korang memang kena datang dan cuba sendiri untuk sah kan apa yang kakak cakap ni bukan sekadar sembang..

ALAMAT : Lot 1469, Jalan Pawang,
               Kampung Teras Jernang,
               43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
HOTLINE : 012 – 6479769
WAKTU BEROPERASI : 9.00 pagi – 7.00 petang

pembekal_keropok_lekor_asli_terengganu
berpanas silau sekejap..
semata-mata nak eksyen yang kakak dah sampai port keropok lekor sedap kat Bangi.. hahahah~


malaysia_blogger