3 November 2018

FILEM RAMPANT PENUH DENGAN DARAH MANUSIA

Bila ada kelapangan, memang kakak tak lepaskan peluang untuk habiskan quota me-time. Ah !! Sudah tentulah seorang diri sebab taknak diganggu. Hee~ Ada terbaca tentang filem terbaharu yang bermandikan darah untuk setiap scene – Rampant bukan Train To Busan. Titik.

rampant_zombie_movie_2018

Filem yang dimiliki penuh oleh Next Entertainment World yang juga merupakan pengeluar filem zombie viral iaitu Train To Busan turut diarahkan oleh pengarah yang sama iaitu Kim Sung-hoon dikatakan tidak lagi relevan dengan genre zombi. Ye lah. Zaman sekarang ni orang nak tengokkan kelainan yang memberi impak. Haa. Tu yang korang kena ambil tahu sedikit dan kalau korang memang peminat pelbagai penerbitan dari Korea Selatan pastinya korang faham bahawa kualiti yang dibawa bersama barisan pelakon yang hebat.

Eh !!
Bukan maksud kakak penerbitan tempatan tak hebat tapi HEBAT itu sendiri berada dalam kategori subjektif. Hee~


RAMPANT 2018



Memberi komitmen kira-kira lima bulan dengan barisan pelakon seperti Hyun Bin, Jang Dong-gun, Jo Woo-Jin yang dipercayai mampu memberi impak luar biasa – Rampant menceritakan tentang seorang putera ( Lee Chung )  kerajaan Joseon yang telah diberikan ke kerajaan Dinasti Qing sebagai tebusan politik pulang semula ke Joseon atas permintaan mendiang abangnya ( Lee Young ) untuk membawa isteri abangnya yang sedang hamil keluar dari Joseon. Kehadiran beliau tidak disukai oleh Menteri Perang yang berniat untuk merampas takhta kerajaan Joseon dan menjadi klimaks apabila rakyat tempatan berhadapan dengan penularan jangkitan yang mengubah manusia menjadi jembalang ( zombie ).

rampant_korean_movie

Kebiasaannya kalau filem / drama Korea yang berlatarbelakang kan zaman-zaman lama ni confirm ada perebutan kuasa samada adik-beradik, sepupu sepapat, pembesar istana dan scene yang macam tu memang adakala membosankan sebab kakak nak kan kelainan tapi pasal Hyun Bin kakak redha jek la tanpa bersuara. Hahaha~ Kalau dalam Rampant ni ada scene dimana Menteri Perang membeli senjata dari lanun untuk menggulingkan kerajaan sedia ada untuk mencipta kerajaan baharu.

Dari mana datangnya ramai-ramai jembalang ( zombie ) dan bagaimana boleh merebak ??

review_filem_rampant

Itu korang kena fokus kat jalan cerita semasa sesi jual – beli antara utusan Menteri Perang dengan lanun semasa di atas kapal. Hee~ Taknak lah kakak spoil kan semua. Kalau part ni korang tercicir, nanti korang tak tau dari mana punca wabak tersebut.



Apa yang menyebabkan filem Rampant ini kekurangan aura yang gah kerana jalan cerita 
filem ini telah dibayangi oleh babak-babak di dalam filem Train To Busan. 
Lebih mudah untuk difahami ialah latar zaman dan tempatnya berbeza tetapi cara 
isi-isi nya disampaikan adalah sama. Babak manusia bertukar menjadi zombie dipertontonkan 
dengan cara yang sama dan kalau ada berbeza sedikit pun ialah zombie di dalam 
Rampant ini boleh melompat terbang jauh sedikit. - Hans Hanis



Bercanggahan pendapat dengan kakak, sebaliknya Kim Sung-hoon dapat blend karakter zombie dan karakter lain dengan baik - tiada bayangan sedikit pun tentang zombie dalam Train To Busan. Dah kalau memang sifatnya zombie bermula dari gangguan toksik dalam badan dan bermula dengan menggigit, mengunyah, berselirat urat biru, mata menjadi kelabu dan sebagainya – ia adalah faktor sifat yang tidak boleh diubah. Buatlah lapan puluh filem / drama genre yang sama, zombie tetaplah sama begitu. Hee~

Pengakhiran kisah zombie yang ramai-ramai tu akhirnya dibakar kat istana. Nah !! Banyak plot twist kat sini, korang kena fokusssssssss sampai lebam. Yang Menteri Perang tu pun jadik zombie gaissss. Mati jugak lah dia kat istana yang konon dia nak rampas tuh - merasa gak lah dia duduk atas takhta Raja masa di hampir-hampir nak mati tuh.

Tapi !! Kakak tak nafikan karakter Hyun Bin mempunyai persamaan dengan Gong Yoo yang pada awalnya acuh tak acuh tetapi memikul beban untuk menyelamatkan yang lain dari terus menjadi mangsa zombie.


trailer-rampant-is-zombies-in-period-korea-696x464

Cuma !!
Hero kena lah hidup dengan macho - nya, mana boleh mati.


KLIK SINI –> UNTUK MENCARI KEKURANGAN RAMPANT !!


Jujur dan ikhlas, kakak bagi 9.5 / 10 jekkkkk. Mana lagi 0.5 ? Haa. Sebab dorang tak macam filem omputih yang tergamak buat darah memancut-mancut masa cantas kepala orang. Hahahaha~ Ni tak. Darah dorang simple jek, tak de yang WOW kat situ. Kalau ada yang memancut, mengalir macam air paip tu lain cerita lah. 

Kalau korang memang sejenis kakak yang tak berapa minat untuk kepelbagaian plot cinta / flirting sana sini, Rampant boleh masuk dalam jadual MESTI TONTON korang sebab kedua-dua main cast dorang adalah lelaki ( bukan gay !! ). Yang sorang adalah hero dan sorang lagi adalah orang jahat. Dua-dua hensem tapi bukan itu tujuan utamanya. Hahahaha~ Kedua-duanya mampu menjayakan scene aksi dengan baik termasuklah menghayun pedang hampir enam kaki.

2 jam 10 minit pastinya korang lupa untuk menguap !

Disclaimer : Kalau korang takutkan darah, tobatlah tak payah pergi tengok ya ! Nanti mengganggu penontong yang lain.


LOVE ;
ATIE ADNAN


No comments:

Post a Comment