25 February 2019

ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON ; LARI DARI HUTAN BATU UNTUK KETENANGAN LAUT

Kalau melalui Lebuhraya Utara – Selatan dan tak singgah Port Dickson memang belum lengkap perjalanan, mana tidaknya Port Dickson memiliki 1001 kecantikan alam dan hiburan yang tak dapat dinafikan.

hotel murah di Port Dickson

Ibarat rutin selang setiap tiga atau empat bulan, Port Dickson tetap menjadi pilihan kakak sekeluarga untuk berehat atau sekadar mengambil angin bagi melepaskan penat lelah bekerja. Anak-anak kakak memang suka lah. Hee~


ANCASA RESIDENCE, PORT DICKSON


Ancasa Residence terletak hanya 90 minit dari Kuala Lumpur dan 60 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) ini terletak betul-betul di tepi pantai yang menekankan dekorasi etnik dan alam semulajadi.




Bila dah pasang niat nak berehat, kakak memang malas nak berjalan-jalan dan kalau boleh biarlah semuanya ada kat satu tempat sebab tu lah kakak pilih menginap kat Ancasa Residence yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Pantai Teluk Kemang dan tak payah nak drive semata-mata nak lepak pantai. Mempunyai empat bangunan yang keseluruhannya sangat sesuai untuk percutian tak kiralah apa skala pun, dorang ada kelengkapan penuh. Kira sangat okay lah kan kalau bercuti dengan keluarga sekali-sekala. Kalau untuk kami sekeluarga memang dah habis lengkap dah sebab semua ada kot.


homestay murah di Port Dickson dekat dengan laut

Apartment satu bilik dengan kelengkapan asas seperti sofa, meja makan, televisyen, peti sejuk, bilik yang lengkap dengan perabot, bilik mandi ada water heater dan pemadangan kehijauan saujana mata. Hee~ Nak apa lagi ?

homestay murah dekat dengan pantai Teluk Kemang, Port Dickson

hotel murah dekat dengan pantai Teluk Kemang, Port Dickson

ancasa hotel port dickson

Kalau nak melengkap kan kehendak anak-anak, memang cukup bila dorang dapat lepak mandi kat swimming pool. Walaupun tak besar tapi sampai kecut jugak la dorang mandi.

hotel murah dekat dengan pantai Port Dickson

aktiviti cuti sekolah 2019

Nak kata mahal pun tak jugak sebab kakak memang suka try satu persatu hotel yang menarik di sekitar Port Dickson dan harga yang dorang tawarkan serendah RM 182.00 untuk apartment satu bilik dengan keluasan yang selesa. Kalau family korang besar, boleh jek bawak toto dan tidur bergelimpangan. Best kan ? Macam balik kampung, tido ramai-ramai. Hee~ Kat bawah ni kakak ada sediakan link untuk memudahkan pencarian korang.

ALAMAT : 8 1/2 Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

homestay murah dekat dengan pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Mana lah tau, kot kot korang memang sejenis perangai kakak suka kan laut dan pantai lebih dari segalanya. Wah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

19 February 2019

AVILLION LEGACY MELAKA ; TARIKAN SENIBINA KOLONIAL PADA ZAMAN MILENIAL

YEAY !! Finally, wishlist untuk tahun 2019 tertunai lagi. Hee~ Memang teringin sangat nak menginap barang semalam dua kat Avillion Legacy Melaka ni. Al maklum lah, zaman belajar dulu mampu tengok je dari luar.

Hotel murah Melaka 2019

Kalau korang menggunakan Jalan Hang Tuah sebagai penghubung perjalanan, mesti korang perasan ada bangunan klasik kat belah kanan. Mesti terpegun dan menarik perhatian sebab ciri-ciri bangunan hotel ni memang tak sama dengan reka luaran hotel-hotel yang ada kat Melaka – kebanyakan hotel kat Melaka dah mula menerapkan ciri-ciri moden seiring dengan perubahan zaman. Kalau ada pun bukan bertaraf 4 bintang macam Avillion Legacy Melaka ni.




AVILLION LEGACY MELAKA


Menampilkan sentuhan senibina zaman kolonial yang mengadunkan pengaruh dari Portugis, Belanda dan Inggeris membuatkan hotel yang mempunyai 228 bilik ini unik dengan gaya penginapan klasik kontemporari mencetuskan mood yang berbeza.

Pakej Perkahwinan Murah Melaka 2019

Ah ! Tak payah nak cakap banyak lah pasal keterujaan korang tu, sebab kakak sendiri dah rasa sebaik sahaja menjejakkan kaki untuk check in bilik. Nah !! Satu permandangan yang kakak rasa terbaik yang ada kat hotel ni. Dome besar berwarna-warni menjadi pengalas bumbung dengan sentuhan ukiran klasik. Cantik gile !!

Tapi kakak tau itu baru sikit. Hahahaha~ Mempersembahkan bilik kamiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Besar - cantik - bersih dan yang penting ada dua tv.

Hotel murah Melaka 2019
Kengkonon ruang tamu lah ni. Hee~ Tapi puas hati sebab besar gile !!
Disebabkan kami hanya berempat, kakak tak de lah nak amik katil banyak-banyak sebab kakak tau katil king dorang pun dah cukup besar dan selesa. Kata family time kan, sesekali berhimpit apa salahnya – seronok ape.

Cheap hotel in Malacca

Hotel murah melaka 2019

Bilik air memang takde diskaun besarnye. Hahahaha~ Memang best lepak sambil menikmati pemandangan bandar Melaka dari tingkat 11. Phewww-- Tak mandi kat swimming pool pun tak pe, sini pun dah habis puas hati ha.

Hotel di Jalan Hang Tuah Melaka

Buffet Ramadhan di Avillion Legacy Melaka

Hotel di Melaka

Lengkap kan ? Ada ironboard, ada iron, ada pengering rambut - dah tak payah kejap-kejap nak call room service mintak itu mintak ini.

Hotel yang dekat dengan Jonker Street
Ini kalau tak de, kakak pun serabut kepala. Hee~
 Kalau korang tengok sendiri gambar yang kakak share ni, nampak dah jenis perabot dorang jenis klasik dan elegan sekaligus membentuk bilik yang eksklusif. Haish-- Ada yang kata kakak lambung pihak Avillion Group sebab tu adanya entri ni. Hahahaha~ Jahat korang kan ?

Jujurnya ini adalah pengalaman kakak dan keluarga menginap 2 hari 1 malam di Avillion Legacy Melaka dan semuanya smooth dari awal sehingga kami check out. Mungkin rezeki kakak lebih sikit kot.


COFFEE HOUSE, AVILLION LEGACY MELAKA


Memang tak sah lah kalau dah singgah di Melaka tapi tak rasa pelbagai makanan Peranakan. Peh ! Satu kerugian rasanya. 

Budget hotel near Melaka Raya

Di coffee house Avillion Legacy Melaka menjanjikan setiap hidangan akan berakhir dengan senyuman mana tidaknya bila hidangan panas-panas dengan kepelbagaian menu sudah tentu menarik perhatian pengunjung. Tidak melepaskan peluang, kakak turut serta sekadar membasahkan tekak mencuba pelbagai hidangan yang terhidang disediakan oleh chef berpengalaman – sudah pastinya.

Wedding Package Melaka
Buffet Ramadhan murah Melaka 2019
Dia memang takkan lepaskan peluang ! Asal manis, dia okay. Hee~


KEMUDAHAN LAIN


Kalau nak diikutkan memang tak terkejar nak memenuhi hasrat hati meneroka keseluruhan hotel gah yang terletak di susur Jalan Hang Tuah ni, tapi sempatlah kakak bersembang dengan pekerja yang sentiasa bermanis muka dan bicara. 

hotel mewah 4 bintang melaka



”Hujung minggu memang macam ni lah puan, ada yang datang dengan keluarga,
ada yang datang dengan kawan-kawan. Kalau ikut apa yang pihak hotel tawarkan,
memang berbaloi sebab kami ada semuanya dan lokasi kami pun mudah akses antara
jalan-jalan utama di Melaka..”




Melaka High Tea 2019

Ha ? Apa lagi yang ada ? Hee~ Hampir lengkap sebab Avillion Legacy Melaka ada swimming pool, kafe, gym, bilik seminar, ballroom untuk pelbagai majlis, parking berbumbung, penyambut tetamu 24 / 7 dan juga perkhidmatan dry-cleaning – macam duduk kat rumah, semua ada.

Ada rezeki lagi, sudah pastinya kakak dan keluarga akan ulang inap di Avillion Legacy Melaka yang menjanjikan penginapan lebih selesa seperti di rumah sendiri. Nah !! Kalau korang pun mencari penginapan dan selera korang sama macam kakak, mungkin Avillion Legacy Melaka boleh menyelesaikan masalah.

INSTAGRAM : http://www.instagram.com/AvillionHotelGroup


LOVE ;
ATIE ADNAN

12 February 2019

PRESTASI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT – MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN ( PPZ-MAIWP ) UNTUK TAHUN 2018

Mengambil tanggungjawab untuk menyerahkan hak pada setiap dari mereka yang layak menerima zakat, sekali lagi PPZ-MAIWP berjaya mencapai sasaran lebih dari jangkaan pada kutipan keseluruhan tahun 2018 yang lepas.

pungutan ppz-maiwp 2018

Pengumuman secara lansung diadakan baru-baru ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya telah dilakukan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ( Agama ) ; Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof, turut ditemani oleh Pengerusi MAIWP ; Dato’ Sri Syed Hussein Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP ; Tuan Hj. Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP ; Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Telah memegang amanah, PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat yang menguruskan kutipan zakat manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) dan Baitulmal – MAIWP akan membuat agihan secara lansung mahupun tidak lansung.


REKOD KUTIPAN ZAKAT PPZ-MAIWP 2018


Bil Perkara 2017 ( RM ) 2018 ( RM ) Kenaikan 2017 / 2018
1 Kutipan Zakat 615,199,108.06 651,228,032.94 + 6%
Bil Perkara 2017 2018 Kenaikan 2017 / 2018
1 Jumlah Orang Membayar Zakat 169,372 180,958 + 7%

Melalui 28 skim bantuan zakat yang telah disediakan untuk membantu lapan golongan asnaf termasuklah mereka yang fakir, miskin, muallaf dan al-gharimin dengan keperluan sehari-hari seperti keperluan asasi, perumahan, Pendidikan, perniagaan dan kebajikan yang dipergiatkan sepanjang tahun tanpa henti.




Kesemua kutipan zakat yang diterima akan diagihkan seperti berikut :

  • bantuan kewangan bulanan
  • bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa
  • bantuan pelajaran kepada anak-anak
  • bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
  • bantuan perniagaan sekiranya mereka menjalankan perniagaan kecil-kecil

Manakala bagi menjamin kelansungan Pendidikan untuk semua pihak, Baitulmal juga menyediakan kemudahan seperti :

  • Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri
  • Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz ( SMISTA )di Bandar Tun Razak
  • SMA – MAIWP di Labuan
  • Institut Kemahiran Baitulmal ( IKB ) di Kampung Pandan
  • Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan
  • Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda
  • Darul Ilmi di Sungai Penchala
  • Pondok Model al-A’Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak
  • Ma’alim al-Sunan Lidirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah
MAIWP 2018
Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian agama Islam berkonsepkan pondok moden yang dibuka oleh MAIWP   |    sumber :  MAIWP

Bagi institusi perlindungan dan kebajikan seperti :

  • Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak
    • khusus untuk anak-anak yatim
  • Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh
    • khusus untuk pemulihan akhlak wanita yang pernah terjebak dengan gejala sosial
  • Darul Hidayah
    • perlindungan untuk muallaf

PERANCANGAN PPZ-MAIWP UNTUK TAHUN 2019


Sesuai dengan slogan PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat – sasaran mereka pada tahun 2019 untuk mengutip bayaran zakat lebih dari tahun-tahun sebelumnya untuk membantu lebih ramai golongan asnaf yang memerlukan bantuan. Dengan itu, PPZ-MAIWP telah menyusun beberapa perancangan aktiviti sepanjang tahun 2019 :

  • mengadakan program-program untuk mendekatkan PPZ-MAIWP dengan pembayar baharu
  • memperluaskan Kempen Potongan Gaji
  • mempergiatkan kempen bersama VVIP dan VIP di sector awam dan swasta
  • menjalankan program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan
  • menambahbaik program khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada
  • menaiktaraf pembangunan sistem baharu untuk menyokong kutipan zakat
  • melantik ejen kutipan zakat baharu di university
  • meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat
  • mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat ( wakalah )
  • merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan
  • mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan
  • menambahbaik saluran bayaran zakat
  • penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat
  • berkempen di syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan
  • kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat
  • pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran yang berkesan
  • kempen Skim Thohir di sector awam
  • kolaborasi bersama pihak luar
  • program-program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan

PERMOHONAN ZAKAT DI BAITULMAL – MAIWP


Walaupun Baitulmal-MAIWP mempunyai Skuad Jejak Asnaf yang bertujuan untuk menjejaki golongan asnaf kalau-kalau ada yang tercicir atau terlepas pandang keperluan korang, mungkin korang boleh terus ke Pusat Agihan Zakat ( PAZA ) yang telah dibuka di Sembilan lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan juga Labuan.




kutipan zakat PPZ-MAIWP 2018

KLIK SINI --> KALKULATOR ZAKAT


Selain itu, jikalau ada pertanyaan berkaitan bayaran, mungkin link kat bawah ni memberi manfaat buat kalian.



LOVE ;
ATIE ADNAN

3 February 2019

BERBALOI ATAU TIDAK BERAKTIVITI DI BANGI WONDERLAND ?

YEAY !! Dah berjaya hafal sifir 2 – 9 makanya ke sini lah kami berempat !! Bangi Wonderland !!

harga_tiket_bangi_wonderland_2019


Hahahahah~ Kelakar tau sepanjang proses nak ke sini sebab memang bukan style kakak untuk sewenang-wenangnya tunaikan permintaan ( demand !! ) dari anak-anak yang bukanlah satu kewajipan pada kehidupan sehari-hari dorang. Walaupun ambil sedikit masa untuk dorang hafal dan suara kakak pun kejap ada kejap tidak, akhirnya they made it !! Confirm lah kakak bangga – serius bangga !!




Dan untuk #duanurjenjalan edisi theme park, memang Bangi Wonderland termasuk dalam carta dorang.


HARGA TIKET BANGI WONDERLAND


Memang kakak dah survey dulu dah—Lagi-lagi sepanjang bukan Januari hingga Jun 2019 ni ada promosi KAWTIM GILER yang mana harga dorang memang berbaloi. Serius.

thempark malaysia


Promosi untuk dua dan lima orang ni boleh campur-campur samada dewasa ( 130 cm ke atas ) dan kanak-kanak ( 90cm – 130cm ) tak kisah lah berapa pun ketinggian korang. Kira ni flatrate lah sebab kalau harga biasa tak dapat camni tau.


BERBALOI ATAU TIDAK ?


Untuk edisi themepark ni memang kami fokus lebih kepada permainan yang telah disediakan dan keadaan sekeliling disamping fesiliti untuk kemudahan kami. Nah !! Kami suka sebab Bangi Wonderland merupakan taman tema compact mesra kanak-kanak. Dan memang berbaloi lah lagi-lagi bila tengok dua ketul NUR ni menyengih jek.

aktiviti_cuti_sekolah_untuk_anak-anak

bangi wonderland, bangi, selangor

bangi wonderland 2019

tarikan di bangi, selangor

Kalau tanya keseluruhannya, memang kami puas hati sebab :

  • taman tema dorang tak besar sangat dan memang tak penat lah kalau kami habis main semua permainan pun
  • tak ramai orang gaisssssss
    • kami pergi hujung minggu dan lepas gaji kot, pun tak ramai orang dan secara rambangnya kami andaikan Bangi Wonderland tak cukup pendedahan dari segi promosi. Hahahaha~ Rambang sangatkan ?
  • parking banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
  • disebabkan kami tak makan ( dah makan sebelum masuk Bangi Wonderland ) kami tak siasat pun harga makanan kat sana, intai pon tidak sebab dah kenyang
  • bersih dan selamat
    • mana-mana korang pergi pun korang akan nampak lifeguard, YA !! Ramai gile lifeguard dorang
    • tong sampah pun banyak dan memang korang tak nampak sampah lansung ya ( kalau time korang pergi tetiba ada sampah tu bukan salah kakak lah ye. Hee~ Masa kakak pergi memang bersih termasuklah ruang rehat dorang )

HARGA LOKER DAN TUBE


Fahammmmmmm--

Kalau sejenis memang harta benda nak dihangkut kemana pergi, memang memerlukan ruang simpanan sebaik mungkin dan kat Bangi Wonderland ni ada jek loker untuk korang sewa. Tak de hal lah sebab harga dorang pun serendah RM 10.00 untuk loker kecik dengan deposit RM 10.00. Nanti dorang akan bagi gelang ( pengganti kunci ) untuk korang pakai – scan untuk buka loker korang.




Kalau memang tak de stok pelampung pun tak de hal. Kat sana ada jek pelampung besar untuk korang sewa dengan harga cuma RM 14.00 ( deposit RM 10.00 ) tapi sebolehnya kalau ada anak kecik tu bawa lah pelampung sendiri, tak berat pun kan dan mengelakkan anak-anak korang merengek nak beli pelampung yang warna-warni dorang jual kat sana. Rabak lah poket kalau adegan tu berlaku ya.

Nah !! Video dua ketul NUR yang memang menyengih je. Hahahaha~ Tapi mula merengek bila ajak balik. Eh !! Dorang ingat ibu ayah dorang ada saham kat Bangi Wonderland gamak nye sampai tak reti nak balik ye.




Okay !! Next mana plak ? Hee~ Tunggu eh !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

2 February 2019

8 GOLONGAN ASNAF LAYAK TERIMA ZAKAT

Pernah menggemparkan sosial media di negara kita apabila golongan sonsang ( LGBT ) turut termasuk dalam senarai layak terima bantuan zakat dibawah kategori Al-Riqab iaitu HAMBA yang digunapakai hanya di negeri Selangor namun sehingga ke hari ini, kakak tak de dengar desas desus yang pernah hangat diperkatakan ni lagi. Jadi !! Kita fokus pada lapan yang wajib terima dan telah termaktub dalam perlembagaan zakat sedia ada.


kewajipan_menunaikan_zakat


Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 60 bermaksud :

“sesungguhnya sedekah-sedekah ( zakat ) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yangdijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk ( dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir ( yang keputusan ) dalam perjalanan”

ADAKAH SAYA LAYAK TERIMA ZAKAT ?


Layak jek kalau korang termasuk dalam kategori berikut :


1. FAKIR
  • seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. MISKIN
  • seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. AMIL
  • mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.



4. MUALLAF
  • mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam ( tetapi belum kukuh Islamnya ) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
    • beragama Islam
      • baru memeluk agama Islam
      • ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
      • ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya
      • orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh
    • bukan beragama Islam
      • boleh dipujuk supaya masuk Islam
      • boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

5. AL-RIQAB
  • memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. AL-GHARIMIN
  • golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
kadar_bayaran_zakat_fitrah_2019


7. FISABILILLAH
  • mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. IBNU SABIL
  • mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

Kalau mungkin bukan korang pun, mungkin ada orang sekeliling korang yang mungkin tersenarai dalam lapan golongan layak terima zakat ni. Sebarkan dan sampaikan maklumat ini supaya mereka terima hak mereka dan dibantu sebaik mungkin.


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 February 2019

RAWATAN UNTUK PESAKIT KEKURANGAN G6PD DAN CARA PENCEGAHAN

Yeay !! Nur Aina masuk darjah satu dah ; lega – seronok – sebak – terharu – risau dan ada sejuta perasaan lagi yang tak mampu kakak ungkapkan dengan kata-kata. Kalau kata risau sudah tentulah kakak risaukan tentang G6PD dia tu ha. Memang kena pantau lebih sikitlah takut dia tersalah makan ke kan. Hee~ Tipikal mak mak yang ada anak G6PD ni memang begini, tak pelik pon.

rawatan untuk pesakit G6PD

Apa nak buat kalau rezeki anak korang merupakan salah seorang yang menghidap G6PD ? Ha !! Tak Payah buat pape lah, layan je kerenah dorang disamping kawal pengambilan ubat-ubatan dan juga pemakanan sehari-hari dorang. Macam kakak sendiri, memang tak de kawal ketat sangat tapi sampai lah satu haritu badan Nur Aina naik bintik-bintik macam alahan.




SIMPTOM KEKURANGAN G6PD


Kalau pada Nur Aina memang ketara yang dia cepat penat ( keletihan ) walaupun baru je keluar bermain. Tapi pelan-pelan kakak ‘paksa’ Nur Aina untuk terus beraktiviti walaupun sekadar aktiviti ringan. Selagi dia okay dan tak sesak nafas, kakak percaya G6PD Nur Aina tak de lah teruk mana. Untuk kes yang lebih serius, hemolysis ( anemia haemolitik – penghapusan sel darah merah ) mungkin berlaku. Nah !! Kakak sertakan juga simptom-simtom kekurangan G6PD yang mungkin boleh jadi rujukan korang :

  • kulit pucat
    • kalau kulit gelap, periksa bibir dan lidah untuk melihat tahap kepucatan
  • mudah letih
  • sesak nafas ( susah untuk bernafas )
  • jantung berdegup kencang
  • prolong jaundis
    • kulit dan mata menjadi kuning dalam tempoh yang lama – terutamanya dikalangan bayi yang baru lahir
  • air kencing berwarna gelap ( mungkin kuning pekat / cokelat )
G6PD deficiency


Walaupun kesemua simptom tersebut bergantung pada jenis bahan yang terdedah kepada pesakit, ia tetap memainkan peranan penting untuk di – ambil – tahu oleh orang dewasa agar tiada kes-kes berat yang berlaku. Kalau anak korang menunjukkan simptom seperti yang kakak bagitau tu, cepat-cepat bawak pergi klinik / hospital untuk dapatkan rawatan tau. Jangan tangguh-tangguh.


MAKANAN DAN UBAT-UBATAN YANG MENCETUS HEMOLYSIS


Pencetus ini mungkin dalam bentuk :

  • penyakit mudah berjangkit
    • mungkin seperti jangkitan bakteria atau virus
  • sesetengah ubat tahan sakit dan ubat demam
  • sesetengah antibiotik
    • terutamanya yang mempunyai sulf
  • sesetengah ubat anti malaria
    • terutamanya yang mempunyai quine
  • sesetengah bahan kimia dan sebatian seperti menthol dan ubat gegat
  • sesetengah makanan dan minuman yang mengandungi kacang fava, legume dan soya

senarai ubat yang perlu dielakkan oleh pesakit G6PD


Setakat hari ni, tak de la kakak block sungguh Nur Aina dari makan kacang sebab dia masih makan nasi dengan kicap dan kalau dia makan roti canai mesti nak ada kuah kacang dhal. Yang memang betul-betul major tu yang kakak sekat supaya tiada kemudaratan berlaku pada kesihatan Nur Aina. Alhamdulillah. Semua nampaknya okay.


BOLEHKAH G6PD DIRAWAT ?


Dari apa yang kakak borak kan dengan doktor yang biasa rawat Nur Aina, YA !! G6PD memang tak boleh dirawat dan ia adalah masalah kesihatan sepanjang hayat. Tapi !! Kakak dah jumpa ramai jek yang menghidapi G6PD menjalani kehidupan yang aktif dan sihat selagi dia tidak terdedah dengan bahan-bahan yang boleh mencetuskan simptom-simptom kekurangan G6PD.

G6PD


“nanti bila Aina dah besar sikit, kita buat ujian darah untuk pastikan samada Aina dalam
koeadaan major atau minor.. tapi kalau tengok cara dan tingkah laku Aina,
saya nampak dia okay je..”

– Doktor Hanie ; Klinik Perdana, Taman Puncak Jalil



Kakak memang dedahkan Nur Aina dengan pelbagai aktiviti lasak. Hee~ Tak terhad dan selagi dia boleh buat, kitorang okay. Bukan kakak dan encik suami je yang kena belajar pasal G6PD tapi Nur Aiman pun kami didik supaya dia faham keadaan adik dia yang sorang ni. Tak susah sebab Nur Aina mudah faham kenapa TAK BOLEH itu dan ini, kenapa perlu itu dan ini. Sabar ? Memang lah--

LOVE ;
ATIE ADNAN