31 March 2019

KOLEKSI TUDUNG MUDAH BENTUK DARI BIDADARI HOUSE DAN NIKMATI DISKAUN 10%

Disebabkan kakak memang seorang yang lasak, kakak memerlukan semua benda yang mudah dan menyenangkan termasuklah pemilihan fabrik tudung dengan pilihan warna yang pelbagai bagi memudahkan kakak menyuaipadankan dengan pakaian sedia ada.

Tudung Bawal Mudah Bentuk

Bukanlah cerewet mana tapi kalau melibatkan keselesaan, memang kakak memilih sikit – lah. Hee~


TUDUNG BAWAL SELESA SENANG BENTUK


Menjadi peminat fabrik bawal dari zaman anak dara membuatkan kakak sedikit skeptikal dengan material pengeluar sekarang ni. YA !! Tepat ! Tak semua kain yang digunakan merupakan kain yang berkualiti dan menepati kriteria tudung Muslimah yang tepat. Bukan sahaja mengambil berat tentang jenis kain, malah kakak juga menekankan tentang saiz dan ketebalan kain yang digunakan.

Pembekal Tudung Bawal Bidang Besar

Mata kakak tertancap tepat apabila diberi peluang merasai sendiri kualiti kain dan jahitan produk jenama Bidadari House yang sinonim dengan tudung bawal berbidang besar. Nah !! Habis semua kakak belek ya sampai lah ke seni menjahit label. Tak nak lah nanti overclaimed sedangkan kualiti tidak seberapa. Hee~

Memenuhi kehendak pasaran fesyen yang semakin pesat dengan pesaing, kakak boleh meletakkan jenama Bidadari House pada satu tangga kualiti yang dijamin. Dengan ketebalan fabrik serta mutu jahitan sudah pastinya pelanggan yang banyak songeh macam kakak pun boleh terdiam bila mencari kesalahan tapi tak jumpa. Jadi. Kakak isytiharkan produk mereka antara yang terbaik dalam kelas tersendiri.

Tutorial Tudung Bawal

Mempertaruhkan tiga jenis koleksi :

Kalau tengok macam tudung bawal biasa je kan ? Hee~ Tapi itu dari pandangan mata kasar korang lah, sebab korang memang kena sentuh sendiri kain dia dan merasai tekstur yang ada pada kain. Tak perlu nak gosok beriya sebab Turkish Cotton memang sedia mudah digosok tanpa perlu mengeluarkan peluh jantan. Mempunyai 45 pilihan warna yang menarik dari kod terang hingga lah ke gelap sudah pastinya kalian rambang mata, sama macam kakak. Haish. Kena beli lagi ni.

    • 100% Polyster
    • Turkish Chiffon
    • Bidang 50 ( 120 cm x 120 cm )
Mula-mula pegang pun dah tak percaya dengan kuliti yang best ni. Dah la ada 32 pilihan warna, kakak sempat sambar satu je dan lepas ni berniat nak ada lagi 31 helai tu. Hee~ Didatangkan dalam bidang 50 yang boleh digayakan mengikut kesesuaian. Dah terbayang terok dah kakak nak pakai tudung ni dengan kebaya batik waktu Raya nanti. Aiseh—Anggun confirm !

Orang kata susah nak lilit shawl sebab nanti melurut dan tidak mengikut bentuk yang diinginkan. Haish. AYLA Shawl ni memang senang nak bentuk sebab kain nya tak terlampau lembut dan ringan. Tak nipis sehingga menampakan leher ya. Ngam cantik elok terletak dan nampak beralun. YA !! Akan jadi kegemaran kakak lah nanti ni.

Tudung Bawal Akel Bidang 60

Susah sebenarnya kakak nak pilih tudung yang kena dengan bentuk muka dan jenis kain yang memang-kakak-nak tapi rasanya dah boleh jadi pelanggan setia Bidadari House nih. Dah kalau sehari suntuk kat luar rumah menguruskan pelbagai kerja dan ada kalanya kakak kena keluar untuk jumpa orang atas urusan kerja, memang memerlukan kakak nampak presentable. Nampaknya Bidadari House akan mengambil tanggungjawab selayaknya. Kan ?

Kalau korang #gengbawal #gengshawl korang memang kena try menggunakan material dari dorang ni. Pilihan kemain banyak sudah pastinya harga pun berbaloi. Nak lagi murah dan seronok untuk shopping ? Hee~ Ni kakak belanja korang DISKAUN 10% tapi korang kena guna promo kod :



bidadari-atie10
( guna huruf kecil semuanya ya !! )



Dorang bukan jual sehelai-sehelai je tau, tapi kalau korang nak sedondon – beli lah borong. Kan seronok bila ramai-ramai nak jadi BIDADARI. Bukan senang !

Untuk maklumat lanjut dan tempahan terus, korang boleh ke :


Jangan lupa kongsikan OOTD korang dengan menggayakan koleksi Bidadari House di Instagram dan tag terus Bidadari House ya !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

30 March 2019

IJM LAND HALF MARATHON 2019 MENYASARKAN 10,000 PELARI DARI TIGA KATEGORI

Lapan tahun berturut tanpa gagal dan kini, IJM Land sekali lagi mempersembahkan IJM Land Half Marathon 2019 dan menyasarkan 10,000 orang peserta dengan tagline ; “Run Together, Bond Stronger”

Fun Run 5km 2019

Mempertaruhkan hadiah keseluruhan bernilai RM 18,500.00, IJM Land Half Marathon 2019 membuka tiga kategori iaitu :

  • 21 km ( half marathon ) – lelaki dan wanita berumur 18 tahun ke atas
  • 12 km – lelaki dan wanita 18 tahun ke atas + remaja 13 tahun ke atas
  • 5 km ( fun run ) – lelaki dan wani 18 tahun ke atas

IJM LAND HALF MARATHON 2019


Mengulas mengenai program tahunan IJM Land Seremban, Dato’ Hoo Kim See – Pengurus Besar Kanan IJM Land Zon Tengah berkata program seumpama ini merupakan platform yang sesuai untuk mewujudkan kesedaran tentang gaya hidup yang aktif dan sihat disamping memotivasikan diri untuk menjaga diri dengan lebih baik.



“Setiap tahun kami beharap penganjuran IJM Land Half Marathon dapat melihat 
pelari keluar dari zon selesa mereka dengan mencabar diri sendiri untuk melangkah 
lebih jauh dari halangan sebelumnya dan sudah pasti ianya 
satu pengalaman yang menarik..”



Sejak tahun 2012, IJM Land mendedikasikan setiap kesempatan untuk bersama-sama komuniti – berlari ke arah gaya hidup yang positif dengan mencipta detik-detik indah bersama. Sokongan yang diterima bukan sahaja dari penduduk tempatan, malahan pelari dari luar negara turut memeriahkan aktiviti tahunan ini. Genap empat tahun pada program yang sama, IJM Land Half Marathon 2019 turut menyalurkan RM 5.00 dari setiap yuran pendaftaran peserta ke Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan ( Hospice ) dan Persatuan Penyakit Lysosomal Malaysia ( MLDA ) sekaligus memberi ‘saham’ kepada pelari dan membantu mereka yang memerlukan.


Marathon 2019

Turut bekerjasama dengan Allianz Malaysia, IJM Land Half Marathon 2019 percaya acara tahunan pada tahun ini akan mendapat sambutan luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya apatah lagi apabila Owen Yap yang juga merupakan Pengacara TV dan pembaca berita turut sama-sama turun padang dan berlari untuk acara 21 km.

Owen Yap
Dato’ Hoo Kim See, Senior General Manager ( Zon Tengah ) IJM Land Berhad menyerahkan t-shirt larian kepada ( second from left ) Mr. Owen Yap, Hos TV dan tetamu IJM Land Half Marathon 2019 semasa sidang media. Turut sama ( dari kanan ) Mr Sean Wang, Chief Operations Officer of Allianz Malaysia Berhad and Penaja Platinum IJM Land Half Marathon 2019 dan ( left ) Mr. Eugene Chan, Group Managing Director EC Pixels.
IJM Land Half Marathon 2019 turut ditaja oleh Emas TDK, Penaja Emas Multicare, BMW Millenium Welt Seremban ( kenderaan rasmi ), 100 Plus, Ice Mountain, Ultron ( pakaian rasmi ), Sin Chew Daily, The Press China, Columbia Hospital Asia Seremban ( rakan perubatan ), EC Pixel, Mydin, McDonald’s, Spoon Health, Nestle Milo, Nestle Fitnesse, Gatsby, Eprotape. Ada juga pelbagai gerai termasuklah Befrienders Seremban sebagai sebahagian daripada program kesedaran dan memberi sokongan pada hari perlumbaan.

Seremban Half Marathon 2019
Penaja dan partners untuk IJM Land Half Marathon 2019.
Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2019 dan jika berminat untuk mendaftar boleh terus ke Pejabat IJM Land Seremban 2 ataupun terus ke :

LAMAN WEB : www.ijmlandrun.com

IJM Run 2019

Kakak dah siap register untuk 5 km - fun run. Hee~ Tak berani nak lari jauh sebab buku lali masih belum sembuh sepenuhnya. Oh !! Pendaftaran awal boleh dapat special price ya !! Baik korang daftar cepat sebelum 30 April 2019 ni.

Jumpa kakak kat sana pada hari kejadian !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

28 March 2019

MAJLIS PERASMIAN THE BALLROOM, KAMPUS MAHSA BANDAR SAUJANA PUTRA

Bila menyebut lokasi untuk mengadakan majlis, sudah pastinya rumah atau kediaman tetap bukan lagi menjadi pilihan utama. Kan ? Dan kebanyakan majlis yang dilakukan pastinya lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memudahkan tetamu yang hadir.

event space Selangor

Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, MAHSA ‘melahirkan’ The Ballroom yang terletak di Kampur Bandar Saujana Putra baru-baru ini.


MAHSA EVENTS


Dalam majlis yang gilang gemilang sempena hebahan tentang The Ballroom kepada media dan tetamu terhormat, Dato’ Dr. Anita ; Ahli Lembaga Pengarah MAHSA berkata – majlis pelancaran yang diadakan bertujuan memperkenalkan satu lagu jenama MAHSA iaitu MAHSA Events. Kalau sebelum ini Kumpulan MAHSA memberi tumpuan sepenuhnya terhadap industry penjagaan kesihatan dan pendidikan tetapi mereka telah mengambil langkah untuk memperkembangkan jenama MAHSA khususnya.


THE BALLROOM, MAHSA EVENTS


Menawarkan dewan berkeluasan 15,500 kaki persegi, The Ballroom mampu memuatkan 1,000 orang tetamu untuk set meja bulat, 2,000 orang tetamu untuk set duduk teater dan 4,000 orang untuk konsert ( berdiri ) dalam satu-satu masa membuktikan penglibatan MAHSA dalam industri pengaturcara majlis membuka ruang yang lebih baik untuk pelbagai pihak terutamanya pelanggan yang mencari semua kemudahan bawah satu bumbung.

dewan majlis kahwin untuk di sewa di Selangor

Dengan kapasiti pengunjung, The Ballrom sangat sesuai untuk pelbagai majlis seperti konvokesyen ataupun gradusi, seminar korporat, pameran, konsert mini, hari terbuka dan juga majlis perasmian.
The Ballroom turut menyediakan kelengkapan lain seperti :

  • surau lelaki dan perempuan ( berasingan )
  • bilik audio
  • bilik mekap
  • conference room
  • tandas
  • 700 unit parkir

pakej perkahwinan murah di Selangor 2019
Memuatkan 1,000 orang dalam satu-satu masa untuk set banquet.
dewan kahwin murah selangor
Bilik audio
best event planner selangor 2019
Surau lelaki dan surau perempuan di tingkat 1 ( ada kemudahan lif ).

Yang pastinya dapat memudahkan pengguna dan menjadikan majlis lebih mudah dan selesa.

Kalau korang masih mencari lokasi untuk mengadakan majlis, apa kata cuba-cuba intai MAHSA Events dan beritahu berapa peruntukan korang dan majlis bagaimana yang mahu diadakan. Nah !! Mungkin link kat bawah nib oleh membantu.

#mahsaevents #mahsauniversity #mahsabemore #mahsalaunchparty #eventspacekl #eventspacemalaysia #eventspaceselangor

19 March 2019

TERKINI !! SENARAI CAR BOOT SALE DI SELANGOR 2019

Kalau kat luar negara mungkin terma yang lebih terkenal adalah GARAGE SALE, kan ? Tapi kat Malaysia sangat terkenal dengan konsep jualan melalui bonet kereta ( carbootsale ) yang lebih mudah dan tidak memerlukan modal tapak beribu-ribu. Nah !!

Senarai Carboot Sale 2019

Alhamdulillah. Dia macam satu BONUS bila entri yang ko tulis memberi manafaat kepada pembaca dan bagi menunaikan permintaan seorang peng-komen di entri kakak sebelum ni mengenai SENARAI CAR BOOT SALE DI SELANGOR dan beliau meminta kakak update senarai TERKINI !! Hee~ Serius. Sambil menaip ni kakak tersenyum jek. Maka dengan itu, terhasil lah entri ni. Jom senyum sesama !!


SENARAI CARBOOTSALE SELANGOR


1. CBS LEMBAH KERAMAT
HARI : Ahad
JAM OPERASI : 7.00 Pagi – 1.00 Petang
HUBUNGI : 017 3452460
LOKASI : AU5, Lembah Keramat


2. CBS PRIMA SRI GOMBAK
HARI : Ahad
JAM OPERASI : 7.00 Pagi – 3.00 Petang
HUBUNGI :  014 3325291 (Encik Faisal )
LOKASI : Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves


3. CBS KOTA DAMANSARA
HARI : Ahad
JAM OPERASI : 7.00 Pagi – 11.00 Pagi
HUBUNGI :  013 321 1554 ( Encik Azri )
LOKASI : Belakang Gulam Mee, Jalan Teknologi 3/9, 47810 Petaling Jaya, Malaysia


4. CBS SEKSYEN 8, BANGI
HARI : Jumaat
JAM OPERASI : 7.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI :  019 203 4501
LOKASI : Jalan 8/1, 43650 Bandar Baru Bangi


5. CBS BANDAR BARU SALAK TINGGI
HARI : Selasa
JAM OPERASI : 6.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI :  012 3750571 ( Cik Zaza )
LOKASI : Medan 88, Berhadapan Maybank BBST


6. CBS SERDANG
HARI : Sabtu
JAM OPERASI : 7.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI :  019 2242849
LOKASI : Belakang McDonald’s, Jalan 18/30, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan


7. CBS SAUJANA UTAMA
HARI : Sabtu
JAM OPERASI : 6.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI : 019 2708385 ( Encik Suhaimi )
LOKASI : Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh


8. CBS KUALA SELANGOR
HARI : Jumaat, Sabtu, Ahad
JAM OPERASI : 5.00 Petang – 11.00 Malam
HUBUNGI : 014 3626774 ( Puan Sally )
LOKASI : Lot Parkir, TESCO Kuala Selangor


9. CBS TAMAN PUNCAK JALIL
HARI : Ahad
JAM OPERASI : 7.00 Pagi – 12.00 Tengahari
HUBUNGI : 019 3321562 ( Encik Zainuddin )
LOKASI : Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil


10. CBS SUBANG BESTARI
HARI : Jumaat, Sabtu, Ahad
JAM OPERASI : 5.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI : 019 3057992
LOKASI : Jalan Nova U5/M Subang Bestari, 40150 Shah Alam, Malaysia


11. CBS D’PULZE CYBERJAYA
HARI : Sabtu
JAM OPERASI : 2.00 Petang – 8.00 Malam
HUBUNGI : 010 2597946
LOKASI : DPULZE Shopping Centre, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor


12. CBS TERAS JERNANG
HARI : Sabtu
JAM OPERASI : 6.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI : 018 6675855
LOKASI : Jalan BG 3B/1 Gateway 3B, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor


13. CBS TESCO SHAH ALAM
HARI : Sabtu, Ahad
JAM OPERASI : 4.00 Petang – 11.00 Malam
HUBUNGI : 011 22007730 ( Encik Farhan )
LOKASI : Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam ( Tesco Bulatan Kayangan - Sebelah Akuatik,Shah Alam )


14. CBS BANDAR BARU BANGI
HARI : Sabtu, Ahad
JAM OPERASI : 7.00 Pagi – 12.00 Tengahari
HUBUNGI : 019 2580860
LOKASI : Taman Tasik Cempaka, Bangi


15. CBS BANDAR TUN HUSSEIN ONN
HARI : Ahad
JAM OPERASI : 7.00 Pagi – 12.00 Tengahari
HUBUNGI : 013 4284706
LOKASI : Jalan Suarasa 8/4, Tun Hussein Onn, 43200 Batu 9 Cheras, Selangor


16. CBS DENGKIL
HARI : Isnin
JAM OPERASI : 6.00 Petang – 11.30 Malam
HUBUNGI : 016 3631353
LOKASI : Dengkil Walk, Jalan Kenanga 2, Taman Dengkil Jaya, 43800 Dengkil, Selangor


17. CBS BATANG KALI
HARI : Ahad
JAM OPERASI : 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari
HUBUNGI : 012 2784816
LOKASI : Tapak letak kereta JRD Batang Kali, Pusat Perdagangan Ara JRD Batang Kali, 44300 Batang Kali


18. CBS LANGAT MURNI
HARI : Isnin
JAM OPERASI : 6.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI : 017 6593448 ( Pak Wan )
LOKASI : Tapak Pasar Malam, Langat Murni


19. CBS LAMAN LAKEFIELDS
HARI : Sabtu
JAM OPERASI : 6.00 Petang – 12.00 Tengahmalam
HUBUNGI : 010 6699480
LOKASI : Laman IR Foodtruck Lake Fields Sungai Besi ( sebelah Pasaraya Hari Hari )


Kebanyakan CBS melarang keras korang menjual pelbagai barang baharu sebab sewa tapak pada harga marhaen, seharusnya barang pun barangan marhaen lah ye. Jangan memandai korang petik kakak kata boleh jual segala macam. Masa korang contact organiser tu, tanya lah terma dan syarat yang dorang dah tetapkan. Sesekali ikut peraturan kan HERLOK--

Kat Mana Nak Jual Barang Terpakai

Sumber maklumat yang muktabar nih kakak amik dari link FACEBOOK dorang tau dan kalau salah mungkin korang boleh komen kat bawah dan sertakan info yang betul. Hee~ Cukup tak info nih ? Kalau ada yang kakak terlepas pandang, korang boleh tinggalkan kat komen gak. Semoga entri kali ni bermanfaat untuk korang dan buat tukang komen – TERIMA KASIH !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

10 March 2019

CONTACT LENS NIPIS BERKUALITI DARI BARBIE EYESLAND

Menjadi seorang yang rabun tak mudah ya, apatah lagi bila kena bekerja lasak yang memerlukan kakak bergerak lancar dari masa ke semasa – nasib kakak gunakan kanta lekap yang nipis dan berkualiti dari Barbie Eyesland sekaligus memudahkan pergerakan kakak.

Contact Lens Nipis Dan Berkualiti

Sehari suntuk bekerja menggunakan gadget dalam tempoh yang terlampau lama membuatkan kualiti mata kakak semakin menurun, lagi-lagi bila usia semakin menginjak membuatkan masalah rabun kakak bukan lagi pada tahap yang sama macam sebelum ini. Rasanya orang rabun jek faham perasaan bergerak dengan HAD. Hee~ Walaupun tak best tapi kena hadap jugak lah.


CONTACT LENS NIPIS


Cuba mencari kelainan yang sebelum ini kakak hanya memakai kanta lekap transparent ( jernih ) kononnya tak nak lah nampak terlalu berubah. Hee~ Risau nanti orang tak kenal ataupun orang kata mula mengubah penampilan segala. Tapi mesti korang tak tau kan yang kanta lekap dari Barbie Eyesland mudah untuk disuaipadankan warna nya dengan penampilan. Haa. Sebab awalnya kakak pun tak percaya tapi bila dah mula pakai baru tau kualiti dorang cemana.

Dropship Contact Lens Murah

Setiap pasang didatangkan dengan harga serendah RM 25.00 dengan tawaran power dari 0 – 800 dan berdiameter 14mm hingga 16.5mm mengikut kesesuaian pengguna. Kalau macam kakak memang power bukan main-main ( 450 ) sudah tentulah kakak akan amik power sedikit rendah dari yang asal bagi memastikan keserasian kanta lekap pada mata. Ya !! Untuk permulaan memang itu lah yang diajar oleh optemetris pada kakak.

Apa yang membuatkan kakak suka sangat dengan jenama Barbie Eyesland ni sebab dorang membekalkan kanta lekap :

  • 100% asli menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi
  • harga termurah dipasaran
  • mempunyai lebih 20 warna pilihan
  • tekstur yang nipis dan tahan lasak
  • kepelbagaian power mengikut kesesuaian pengguna
  • respon yang cepat dari seller
  • FREE GIFT !!!!!!!!!

Cara Pakai Contact Lens Dengan Cara Yang Betul

Jadi !!

Kakak sempat menghabiskan duit untuk tiga pasang kanta lekap dari Barbie Eyesland nih. Hee~ Bagi mempelbagaikan dan perasaan nak tau samada kualiti dorang ni sama macam produk lain, kakak try lah EVELYN RING CHOHO 15mm, NATURAL BLACK 14.5mm dan ICY PINK 16mm.

Kalau korang perasan dengan pilihan kakak, YA !! Tepat. Kakak memang tak suka pakai kanta lekap yang berwarna dan lebih selesa menggunakan warna natural. Al maklum lah, mudah nak padankan dengan baju dan tudung. Hee~ Secara personal nya kakak memang berkenan dengan packaging dorang ni sampai kakak rasa boleh dijadikan sebagai hadiah. Mana tak nya dengan warna pink – putih yang sangat sinonim dengan karakter Barbie membuatkan Barbie Eyesland memberi sentuhan keunikan disetiap parcel. Buntu memilih hadiah untuk yang tersayang ? Nah !! Barbie Eyesland boleh tolong korang ha.

Promosi Kanta Lekap Murah
EVELYN RING CHOCO 15MM
Quality Barbie Contact Lens
NATURAL BLACK 14.5MM
Sejenis yang kedekut nak keluarkan duit untuk postage ? Hah ! Jangan risau sebab Barbie Eyesland menyediakan pengeposan percuma dengan jumlah pembelian yang minima. Bukan sahaja di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak malah, mereka turut menerima pesanan dari orang Singapura !!!


FREE POSTAGE
( seluruh Malaysia )

RM 25.00
( ke Singapura )

**tertakluk pada terma & syarat


Mana-mana kanta lekap yang ada dipasaran pun boleh digunakan maksima 8 jam sehari dan jangka hayat sekitar 3 bulan. Jangan memandai nak pakai lebih dari waktu yang disarankan walaupun kanta lekap korang SELESA. Tau !!

Nah !!
Kakak tau korang terhasut. Hahahahah~ Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang.



Jana Pendapatan Dari Rumah 2019

Kalau korang yang baru berjinak-jinak nak pakai kanta lekap sebab rasa cermin mata sangat leceh dan membataskan pergerakan, mungkin korang boleh dapatkan khidmat nasihat dari optometris dan peka dengan setiap perubahan power mata korang. Jika ada ketidakselesaan pada mata korang semasa menggunakan kanta lekap, sebaiknya korang STOP dan dapatkan rawatan dengan kadar segera ya.


LOVE ;
ATIE ADNAN

9 March 2019

PROMOSI BAUCAR TUNAI RM 50.00 PERCUMA DI LULU HYPERMARKET, KUALA LUMPUR

Eksklusif untuk para pengunjung dan juga pembeli di LuLu Hypermarket, Kuala Lumpur yang membelanjakan setiap RM 100.00 dalam satu resit dari bahagian fesyen layak menerima baucar beli-belah sebanyak RM 50.00.


Kebiasaan bila membeli-belah kita akan memilih pulangan yang berbaloi dari segi kualiti dan juga nilai yang ditawarkan oleh pasaraya. Al maklum lah, sejenis end user yang cerewet lebih sikit, kakak memang seronok bila diberi pulangan dalam bentuk tunai ataupun baucar beli-belah. Zaman serba memerlukan duit dekkkkkkk—bila dapat tau LuLu Hypermarket buat promosi gegar Kuala Lumpur dengan pemberian baucar memang kakak tak diam.


TAWARAN PULANGAN SEPARUH HARGA


Berlansung sehingga 24hb Mac 2019, LuLu Hypermarket sekali lagi berusaha memenuhi kehendak pengunjung yang menjadikan LuLu sebagai pusat sehenti untuk membeli keperluan sehari-hari termasuklah pakaian, makanan basah dan kering, kasut, tas tangan dan juga kelengkapan perayaan. Manakan tidak, hampir 90% produk yang ada dipasaran – ada di LuLu Hypermarket.


Antara bahagian yang mempunyai tawaran pulangan baucar tunai adalah bahagaian pakaian lelaki termasuklah blazer, seluar slack, kemeja, t-shirt dan pakaian dalam. Tapi setiap jenama yang menyertai promosi ni, korang akan nampak lah poster-poster merah mak ngah ni ya.

Kalau ada poster, maksudnya jenama tersebut termasuk dalam promosi.



Bahagian kegemaran mak mak ni. Hee~ Mana taknya, ada yang berharga cuma RM 29.90 kotttttttttt--




dengan setiap pembelian RM 100.00 dari bahagian Fesyen, korang akan dapat pulangan
baucar tunai sebanyak RM 50.00 dan hanya boleh digunakan pada
bahagian yang sama ( fesyen ) merangkumi pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak,
kasut, tas tangan, saree dan churidar.

**tertakluk pada terma & syarat



Ketujuh-tujuh model mengenakan pakaian dan aksesori yang dipasarkan di LuLu Hypermarket ya. Stylish - moden dan mempunyai saiz mengikut kesesuaian korang. Dari XS sehingga lah ke Plus Size. ADA !!


Kasut ? Ya !! Ada berpuluh jenama dengan ratusan jenis rekaan untuk dipilih. Rambang mata ? sudah tentu.


Lai !! Lai !! Lai !! Pilih handbag mana satu yang berkenan dihati. Hee~


KELENGKAPAN RUMAH DI LULU HYPERMARKET


Siapa kata kat LuLu ada baju-baju, kasut-kasut je ? Haa. Sebenarnya LuLu Hypermarket yang terletak di Capsquare Mall mempunyai tiga tingkat yang secara keseluruhannya mempunyai empat bahagian iaitu digital, fashion & lifestyle, grocery & fresh food dan home decor & household  sudah pastinya dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan bagi mengintegrasikan keperluan pengguna di bawah satu bumbung.



Ground Floor ( GF ) – Grocery & Fresh Food
1st Floor ( 1 ) – Fashion & Lifestyle
2nd Floor ( 2 ) – Digital



Kalau korang memang rajin topup barang basah, YA ! Sila datang pagi untuk menikmati keindahan sayur-sayuran segar dan juga pelbagai ikan, sotong, ayam, daging pada harga berpatutan.



Kalau korang penggemar makanan dari Timur, kat LuLu Hypermarket pasti membuatkan korang tersenyum lebar sebab dorang ada bahagian yang menghimpunkan pelbagai jenis makanan / produk dari Timur Tengah. Nah !! Tak payah nak pergi jauh gaisss. KL je.


Psssssssstttttttt--
Dah boleh standby kelengkapan yang mungkin berguna pada masa akan datang. Hee~ Kan ? Dengan harga yang berbaloi gila, kakak rasa LuLu dah buat yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan dan juga pembeli.


Menerokai lamanweb LuLu sendiri membuatkan kakak teruja apabila menangkap bait kata-kata orang kuat tulang belakang disebalik jenama LuLu.


“business is not just about money, products or services, it’s all about people..”
- Mr. Yusuffali M.A ; Chairman & Managing Director of LuLu Group International



Kalau korang memang nak berjimat dan berada disekitar Kuala Lumpur, apa kata singgah dan manfaatkan peluang yang telah diberikan. Hey—Bukan sikit tau tapi separuh dari nilai pembelian tu. Rugi lah kalau tak grab sebab tawaran sehingga 24hb Mac ni saja tau. Dan untuk maklumat lanjut, mungkin pautan kat bawah ni boleh bantu korang.

LAMANWEB : http://uae.luluhypermarket.com
FACEBOOK : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/luluhypermarkets

LOVE ;
ATIE ADNAN


4 March 2019

GRAND DINNER 2019 ; AL FATEH MERAIKAN LEBIH 300 ORANG PENGEDAR DAN KAKITANGAN

Sekali lagi dengan jayanya, Al Fateh Alami Sdn. Bhd. tidak melupakan kuderat dan kerjasama baik dari pada pengedar dan juga kakitangan yang telah bertungkus lumus membangunkan sahsiah perniagaan sepanjang tahun 2018.

Malam Seribu Dinar Al Fateh 2019

Dimiliki sepenuhnya oleh Encik Ariff bin Subri – Pengarah Urusan Al Fateh Alami Sdn. Bhd. yang beroperasi di Batangkali, Selangor Darul Ehsan mempunyai 150 rangkaian stokis dan lebih 1000 agen di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.




Majlis makan malam santai yang diadakan dengan tema Pahlawan Arab telah berjalan dengan lancar baru-baru turut diserikan dengan pelbagai persembahan dari wakil Master Stokis bagi menaikkan lagi seri majlis.


GRAND DINNER AL FATEH 2019


Bertujuan meraikan para pengedar dari seluruh negara yang telah banyak memberi kerjasama dari awal produk Al Fateh diusahakan secara kecil-kecilan sehinggalah kini mampu berdiri teguh dengan dalam industri makanan kesihatan khususnya untuk kanak-kanak. Tidak melupakan jasa para kakitangan, mereka turut diraikan dengan selayaknya prestasi dan komitmen yang telah diberikan.

Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Al Fateh

Agen Al Fateh Selangor

Pencarian Agen Al Fateh 2019

Pada tahun 2019 ini juga merupakan tahun peningkatan strategi bagi produk Al Fateh kerana telah mengikat kata janji untuk berkolaborasi bersama jenama Omar & Hana bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk mendekatkan diri dengan pengambilan makanan tambahan supaya lebih cergas dan cerdas. Ye lah. Dari makan gula-gula yang tidak punyai khasiat, seeloknya bertukar ke Al Fateh yang mempunyai 1001 manfaat kebaikan yang terkandung dalam setiap pastil.

Kolaborasi Omar & Hana Bersama Al Fateh Alami Sdn. Bhd.

Tahniah kepada pihak pengurusan Al Fateh Alami Sdn. Bhd. dan juga barisan pengedar serta kakitangan yang telah betungkus lumus selama ini memberi yang terbaik kepada pengguna. Semoga pada tahun-tahun akan datang, Al Fateh berkembang dengan jayanya sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia menjana pendapatan.

Agen Al Fateh Junior

LAMANWEB : https://www.alfatehjunior.com
FACEBOOK :  https://www.facebook.com/AlFatehJuniorHQ
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/AlFatehJuniorHQ
YOUTUBE : Al Fateh Junior HQ

Dan kalau korang berminat untuk menyertai keluarga Al Fateh, pendaftaran masih dibuka dan agen masih dicari ya. Manalah tahu tahun depan kakak jumpa korang kat Grand Dinner Al Fateh 2020 plak kan.. Hee~ Aamiin – In shaa Allah.. Semoga urusan baik-baik kita dipermudahkan selalu.


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 March 2019

RUMAH MAMPU MILIK DI CYBERJAYA, SELANGOR MELALUI SKIM RUMAH PERTAMAKU

Bagi menyahut saranan kerajaan negeri bagi menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali lagi PKNS memberi komitmen sepenuhnya selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) yang menyasarkan 1 juta unit RMM dalam tempoh 10 akan datang..

perumahan PKNS di Selangor


HARGA RUMAH SUSUT SEBANYAK 10%


Kalau korang memang mengikuti perkembangan hartanah semasa dan peka dengan Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan mesti korang tahu dan sedar betapa harga hartanah mula menyusut dan memberi peluang kepada pembeli membuat pemilikan dengan kadar segera. Bersempena pengumuman kerajaan pada pengecualian SST ke atas perkhidmatan pembinaan dan juga bahan binaan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia 9 REDHA ) telah bersetuju untuk mengurangkan harga rumah  yang tidak tertakluk kepada kawalan harga untuk projek.

Pinjaman untuk golongan B 40 juga tersedia sekiranya mereka mahu memiliki rumah untuk kali pertama dan dana yang telah diluluskan berjumlah RM 1 billion yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Bank Negara untuk pembelian rumah mampu – milik berharga sehingga RM 150,000.00 turut melibatkan AmBank, Maybank, RHB Bank, BSN dan juga CIMB Bank.


RUMAH MAMPU MILIK DI CYBERJAYA, SELANGOR 


PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya ( OKU ) Selangorku Idaman Residensi di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley ( SCV ) pada harga RM 232,000.00 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi. Pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A ( 14 tingkat ) dan Blok B ( 15 tingkat ) dijangka akan siap pada  Disember 2020 manakala Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan ( CCC ) akan diperolehi pada pertengahan tahun 2021.


Selangorku Idaman Residensi, Cyber Valley




Menggabungkan ciri-ciri seni bina unik dan moden yang dibina atas tanah berkeluasan 14.41 ekar ( 58, 328 meter persegi ) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga biik tidur dan dua bilik air serta dua parkir kereta bagi setiap unit. Ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

rumah mampu milik di Selangor
Bilik tidur utama disertakan dengan bilik air.
Bilik tidur kedua dan ketiga.
Ruang dapur yang luas.

Ciri-ciri yang ditekankan untuk perskripsi rumah OKU adalah seperti kedudukan unit pada tingkat bawah, mengurangkan penggunaan tebing, bukan luas setiap pintu lebih besar dan lebar, tanda khusus untuk OKU ( di bilik tidur utama ) - diharap dengan inisiatif dari PKNS dapat membantu lebih ramai yang memerlukan.



Terletak berdekatan Cyberjaya dan Putrajaya, SCV yang merupakan pusat pertumbuhan baharu ke-11 dibangunkan oleh PKNS dilihat mampu menjadi kawasan tarikan kerana SCV mudah diakses :

  • Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX
  • Putrajaya  ( 17 km )
  • KLIA ( 29 km )
  • D’Pulze ( 7 km )
  • Shaftbury Square ( 8 km )
  • Centrus Mall ( 7 km )
  • Universiti Multimedia - MMU ( 4 km )
  • Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya - CUCMS ( 5 km )
  • Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing ( 10.5 km )
  • Universiti Islam Malaysia ( 7 km )
  • Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch ( 8 km )
  • Sekolah Antarabangsa ELC ( 6 km )
  • Sekolah Antarabangsa Korea ( 1 km )
  • Kolej FTMS ( 5 km )
  • Kolej Antarabangsa Kirkby ( 6 km )
  • Kolej Universiti Mahsa ( 11 km )

Belum mendaftar untuk memilik rumah pertama ? Nah !!
Untuk maklumat lanjut berkenaan projek, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.


atau boleh terus hubungi wakil jualan di talian :
019 2139991  |  018 2051713  |  017 3634821  |  013 5224122  |  019 6994004  |  03 89262000 - Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan


LOVE ;
ATIE ADNAN