KOLEKSI TUDUNG MUDAH BENTUK DARI BIDADARI HOUSE DAN NIKMATI DISKAUN 10%

Disebabkan kakak memang seorang yang lasak, kakak memerlukan semua benda yang mudah dan menyenangkan termasuklah pemilihan fabrik tudung dengan pilihan warna yang pelbagai bagi memudahkan kakak menyuaipadankan dengan pakaian sedia ada.

Tudung Bawal Mudah Bentuk

Bukanlah cerewet mana tapi kalau melibatkan keselesaan, memang kakak memilih sikit – lah. Hee~


TUDUNG BAWAL SELESA SENANG BENTUK


Menjadi peminat fabrik bawal dari zaman anak dara membuatkan kakak sedikit skeptikal dengan material pengeluar sekarang ni. YA !! Tepat ! Tak semua kain yang digunakan merupakan kain yang berkualiti dan menepati kriteria tudung Muslimah yang tepat. Bukan sahaja mengambil berat tentang jenis kain, malah kakak juga menekankan tentang saiz dan ketebalan kain yang digunakan.

Pembekal Tudung Bawal Bidang Besar

Mata kakak tertancap tepat apabila diberi peluang merasai sendiri kualiti kain dan jahitan produk jenama Bidadari House yang sinonim dengan tudung bawal berbidang besar. Nah !! Habis semua kakak belek ya sampai lah ke seni menjahit label. Tak nak lah nanti overclaimed sedangkan kualiti tidak seberapa. Hee~

Memenuhi kehendak pasaran fesyen yang semakin pesat dengan pesaing, kakak boleh meletakkan jenama Bidadari House pada satu tangga kualiti yang dijamin. Dengan ketebalan fabrik serta mutu jahitan sudah pastinya pelanggan yang banyak songeh macam kakak pun boleh terdiam bila mencari kesalahan tapi tak jumpa. Jadi. Kakak isytiharkan produk mereka antara yang terbaik dalam kelas tersendiri.

Tutorial Tudung Bawal

Mempertaruhkan tiga jenis koleksi :

Kalau tengok macam tudung bawal biasa je kan ? Hee~ Tapi itu dari pandangan mata kasar korang lah, sebab korang memang kena sentuh sendiri kain dia dan merasai tekstur yang ada pada kain. Tak perlu nak gosok beriya sebab Turkish Cotton memang sedia mudah digosok tanpa perlu mengeluarkan peluh jantan. Mempunyai 45 pilihan warna yang menarik dari kod terang hingga lah ke gelap sudah pastinya kalian rambang mata, sama macam kakak. Haish. Kena beli lagi ni.

    • 100% Polyster
    • Turkish Chiffon
    • Bidang 50 ( 120 cm x 120 cm )
Mula-mula pegang pun dah tak percaya dengan kuliti yang best ni. Dah la ada 32 pilihan warna, kakak sempat sambar satu je dan lepas ni berniat nak ada lagi 31 helai tu. Hee~ Didatangkan dalam bidang 50 yang boleh digayakan mengikut kesesuaian. Dah terbayang terok dah kakak nak pakai tudung ni dengan kebaya batik waktu Raya nanti. Aiseh—Anggun confirm !

Orang kata susah nak lilit shawl sebab nanti melurut dan tidak mengikut bentuk yang diinginkan. Haish. AYLA Shawl ni memang senang nak bentuk sebab kain nya tak terlampau lembut dan ringan. Tak nipis sehingga menampakan leher ya. Ngam cantik elok terletak dan nampak beralun. YA !! Akan jadi kegemaran kakak lah nanti ni.

Tudung Bawal Akel Bidang 60

Susah sebenarnya kakak nak pilih tudung yang kena dengan bentuk muka dan jenis kain yang memang-kakak-nak tapi rasanya dah boleh jadi pelanggan setia Bidadari House nih. Dah kalau sehari suntuk kat luar rumah menguruskan pelbagai kerja dan ada kalanya kakak kena keluar untuk jumpa orang atas urusan kerja, memang memerlukan kakak nampak presentable. Nampaknya Bidadari House akan mengambil tanggungjawab selayaknya. Kan ?

Kalau korang #gengbawal #gengshawl korang memang kena try menggunakan material dari dorang ni. Pilihan kemain banyak sudah pastinya harga pun berbaloi. Nak lagi murah dan seronok untuk shopping ? Hee~ Ni kakak belanja korang DISKAUN 10% tapi korang kena guna promo kod :



bidadari-atie10
( guna huruf kecil semuanya ya !! )



Dorang bukan jual sehelai-sehelai je tau, tapi kalau korang nak sedondon – beli lah borong. Kan seronok bila ramai-ramai nak jadi BIDADARI. Bukan senang !

Untuk maklumat lanjut dan tempahan terus, korang boleh ke :


Jangan lupa kongsikan OOTD korang dengan menggayakan koleksi Bidadari House di Instagram dan tag terus Bidadari House ya !!

LOVE ;
ATIE ADNAN

21 comments:

  1. wow... syantik sgt ini orang..bagus dan cantik jugak material bidadari house ni..

    ReplyDelete
  2. wow... syantik sgt ini orang..bagus dan cantik jugak material bidadari house ni..

    ReplyDelete
  3. cantik persis bidadari gituhhhh kalo pakai tudung dia ekk..ke kakak ni memang seketul bidadari?

    ReplyDelete
  4. Cantik tudung kakak. .belanja sedozen.. Haha..

    ReplyDelete
  5. Shawl dia mcm best je.. Nak terjah usha la

    ReplyDelete
  6. Hai awak.. amboi makin hensem la bila pakai tudung bidadari house ni. Tapi best kan.. suka sebab senang bentuk.. hihi

    ReplyDelete
  7. Sukanya yg satin tu nampak efek tebal tapi selesa eh

    ReplyDelete
  8. Kakak kalau dah cantik pakai tudung apa sekali pon dah nampak cantik. Dah lama tak shopping tudung bawal.

    ReplyDelete
  9. Makin cantik kakak lepas ni ye, BTW tdg tu nampak selesa

    ReplyDelete
  10. Cantik sgt warnanya. Ena pon cerewet klu nk beli tudung ni. Pastikan kualiti n tahan lama. Pakai pon senang.

    ReplyDelete
  11. macam ni hakak pun nak jadi bidadari jugaklah...Nak sedondon sekeluarga tahun ni, so nak kena beli borong ler gamaknya ni

    ReplyDelete
  12. Cantik...nak beli la tudung raya

    ReplyDelete
  13. in loveee dgn satin color earth khakis tu.. color purple ade taakkkkk?? hehehe...

    ReplyDelete
  14. Syanteknya warna2 dia. Terletak elok pulak tu. Takde senget2 pun.

    ReplyDelete
  15. Memang sekarang ni sibuk nak cari bawal tau. Memang senang bentuk tengok bawal atie pakai tu .Nak shopping jugaklah

    ReplyDelete
  16. Cantiknya warna dia kak Atie. Boleh usha ni untuk tudung raya nanti hihi

    ReplyDelete
  17. Cantik warna dia.. nampak pun macam kain jenis tebal.. patutlah Atie nampak lagi hensem...ehhh..lagi manis..

    ReplyDelete
  18. lawa yang satin cream tuuu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.