29 May 2019

BMO 1980 MASIH MENGEKALKAN KARYA TRADISI MELAYU ASLI

Fuff—Tinggal berapa hari je lagi nak Raya ni dan memang tahun ni kakak sedikit kelam kabut dengan pelbagai urusan, nasib lah ada BMO 1980 yang sedikit sebanyak membantu kakak dalam penyediaan pakaian kami sekeluarga.

Harga Baju Melayu Custom Made Ampang 2019

Kakak dan encik suami memang tak pandai befesyen sebab kitorang memang berjiwa klasik. Hahahaha~ Kitorang memang tak reti nak pakai baju yang fancy fancy berlabuci dan design pelik-pelik sampai kena tahan nafas dan tak boleh makan pada hari Raya pertama. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami memang memilih baju melayu potongan asli – ada pesak, kekek dan kemasan jahitan yang teliti. Al maklum lah, nak bergaya dengan selesa bukan mudah ya apatah lagi sepanjang hari raya pertama masing-masing sibuk berkunjung ke rumah saudara-mara dan turut menerima tetamu.

Kalau tak selesa, payah lah. Mau tantrum semuanya sekali. Hahahaha~


BMO 1980


Masih mengekalkan rekaan klasik, BMO 1980 yang terletak di Taman Dagang Ampang bukan sahaja mempunyai koleksi baju melayu yang belbagai tapi ada juga baju kurung Pahang dengan potongan asli. ASLI ? Ya !! Sama seperti zaman dahulu, ia kekal seperti asalnya.

Itu saja ?? 
 
Eh !! Tak—Ada juga koleksi baju melayu untuk kanak-kanak dengan pelbagai aksesori seperti tanjak, capal, sampin dan pelbagai koleksi butang baju melayu. Suai padan mengikut selera masing-masing.

Promosi Raya 2019

Menyingkap kembali sejarah BMO 1980 sendiri yang telah bertapak dalam industri fesyen sebelum kurta dan baju melayu slim-fit berada dipasaran, BMO 1980 terlebih dahulu telah mencipta nama dengan menjadi ‘tukang jahit’ berkredibiliti tinggi.

Harga Baju Melayu BMO 1980

Mengekalkan jenama BMO 1980 yang pernah menghasilkan pakaian istana dan pakaian seragam untuk cabin krew pada sebuah jenama penerbangan terkemuka di Malaysia, BMO 1980 menitik beratkan soal kekemasan, kualiti kain dan juga keselesaan para pelanggan. Dengan menawarkan harga serendah RM 30.00 untuk baju melayu kanak-kanak sehinggalah ke ratusan ringgit yang mengikut permintaan pelanggan.

Ukur baju di badan sendiri bukan sahaja bertepatan pada bajet tapi juga pada keselesaan pemakai. Hee~ Kalau tak ukur, tak sedap plak nak pakai. Kan ?



FAKTA : BMO 1980 adalah tailored brand turut menyediakan perkhidmatan jahitan 
baju secara tempahan dengan pilihan berpuluh jenis material dan warna. 
Tempahan pukal untuk perniagaan ? Pun adaaaaaaaaaa--



Taknak baju ready made ? Jangan risau, memang BMO 1980 menyediakan perkhidmatan custom made punnnnnnn. Kalau korang cerewet macam kakak, seeloknya tempah lah biar sedap terletak kat badan bajunya nanti.

Harga Capal Eksklusif BMO 1980

Kelainan di Aidilfitri tetapi mengekalkan tradisi ?

Kakak suka part ni. Hahahaha~ Jarang tau nak jumpa orang promote tanjak, destar dan tengkolok sebenarnya ( atau mungkin kakak tak pernah jumpa !!!!!! ) walaupun benda yang sama, tapi panggilan pada setiap negeri adalah berbeza. Mengembalikan tradisi lama pada zaman milenial, BMO 1980 sangat komited dalam memperkembangkan tradisional Melayu lama sejajar dengan perkembangan fesyen semasa.

Kat Mana Nak Beli Tanjak ?

Kalau tak pandai pakai pun tak peeeeeeeeeeeeeeee—Kat sana akan ada yang mengajar korang cemana nak pakai tengkolok dengan cara yang betul mengikut penggayaan yang sesuai.

Harga Tengkolok Selangor



Misi BMO 1980 adalah untuk memperkasakan pakaian lengkap tradisi Melayu 
kepada semua peringkat umur.



Tahun ni memang kakak sibuk dengan pelbagai urusan sampai tak sempat nak buat persiapan. Kesian anak-anak sebenarnya. Hahahaha~ Dan disebabkan BMO 1980 tutup pukul 2 pagi, sempat lah kitorang memunggah butik sebaik sahaja anak-anak habis tuisyen haritu.



YA !!
BMO 1980 TUTUP JAM 2 PAGI SEHINGGA 4 JUN 2019 !!





Last minute ? Dah tak payah pening kepala. Singgah kejap kat BMO 1980 di Taman Dagang, Ampang lepas solat terawih atau urusan lain untuk melengkapkan persiapan raya korang. Hah !! Kakak sudah !!

Baju Raya Murah 2019

ALAMAT :
BMO 1980 @ DAGANG AVENUE, AMPANG
G-5, DAGANG AVENUE, JALAN DAGANG B/3A,
TAMAN DAGANG, 68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Alamak !!
Dah pilih-pilih baju tapi seluar terpanjang plakkkkkk. Serabut kan nak cari tailor lain plak nak repair. Hee~ Kat BMO 1980, semua ada. Kakak pun alter seluar Nur Aiman kat sana. Memang lubuk pakaian satu keluargalah katanya.

Senang tak payah nak ke tempat lain dah.

Pantun Raya

HOTLINE : +603 2602 3303
LAMAN WEB : https://bmo.com.my/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/bmo.1980

Baju kurung baju kebaya,
Kurung Riau unik sekali,
Selesa dipakai semua bangsa,
Anggun klasik sentuhan seni.

Baju melayu kancing suasa,
Tenunan indah mahal sekali,
Kacak dipakai dihari raya,
Lambang budaya terserlah pekerti.


LOVE ;
ATIE ADNAN

24 May 2019

STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019 MENGHIMPUNKAN 436 JENAMA TERKEMUKA MALAYSIA

Buat pertama kali, Star Vendors Mega Raya Fest 2019 berjaya menghimpunkan 436 jenama termasuk dari koleksi 36 artis di bawah satu bumbung. Nah !

Ifa Raziah Menjadi Penganjur Festival Raya 2019

Majlis yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin dengan paluan gong sebanyak tiga kali memberi simbolik bahawa Star Vendors Mega Raya Fest 2019 akan berlansung dari 24hb Mei 2019 hingga 27hb Mei 2019 telah bermula.


STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2019


Tengku Norashikin turut mencemar duli melawat satu persatu tapak perniagaan sebagai tanda keperihatinan dan sokongan baginda terhadap industri perniagaan tempatan yang dapat membantu golongan artis dan usahawan menjana pendapatan sekaligus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.

Bazaar Raya 2019 Ifa Raziah

Edisi pertama Star Vendors turut menampilkan beberapa nama besar dalam industri hiburan dan perniagaan tempatan seperti Datuk Rosyam Noor, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Siti Nordiana, Rita Sosilawati, MUA Bellaz dan ramai lagi. Menawarkan harga yang terbaik dipasaran, Star Vendors menyasarkan pengunjung disekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri berdekatan untuk sama-sama memeriahkan PWTC dan membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba.


“Inilah peluang pengunjung untuk berbelanja Raya sekaligus bertemu artis 
kesayangan masing-masing, dan festival akan berlarutan selama 24 jam sehari..”
- Ifa Raziah ; CEO Star Vendors


Bijak mencuri hati dan menghargai sokongan kepada 1,000 pengunjung terawal, Star Vendors turut memberi paket duit raya yang mengandungi sejumlah duit sebelum mereka masuk ke pintu utama sebelum membeli-belah. Hee~ Belum membeli dah dapat duit raya. Best kan ?

Meletakkan kelebihan kepada para usahawan dan juga pembeli dengan kaedah win-win, Star Vendors yang berlansung selama 72 jam tanpa rehat merupakan inisiatif lain untuk para pembeli membuat pilihan dalam persediaan menyambut syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Dengan tawaran harga serendah RM 20.00 untuk pakaian dan juga lambakan kuih raya bermula dari harga RM 15.00, sudah pastinya ia merupakan harga yang cukup berbaloi.

Lokasi Membeli-belah Kelengkapan Raya Di Kuala Lumpur 2019

Jangan tak tau, banyak jenama butik terkenal seperti Jubahsouq, DAmani, B.M.O 1980, Raznil dan juga Shanel Harun turut memberi harga terbaik yang belum pernah diberi !! Jadi !! Kalau nak pakai baju raya berjenama artis dengan buatan eksklusif – Star Vendors mempunyai segalanya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Hee~ Pusing-pusing satu hall, confirm ada yang berkanan.

Baju Raya Murah KL 2019

Trend Baju Batik 2019

Lebih Vouge. Lebih Havoc, Ini Barulah Raya.

Lan Baharin Pereka Kasut Lelaki Malaysia

Tak cukup cash ? Jangan pening-pening kepala sebab korang boleh guna QRPAY Maybank untuk kesemua produk niaga yang ada di sana dan tiada had pada harga pembelian, korang layak mendapat diskaun tambahan sebanyak 20% !! TAPI !! hanya boleh guna dua kali je – dua kali transaksi menggunakan Maybank2u. Dah murah, dapat murah lagi. Apeniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii--

Baju Melayu Murah Kuala Lumpur 2019

BONUS !!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 10,000.00 dan juga HAPPY HOUR di mana para vendor akan buat jualan harga runtuh tak masuk akal !! Pehhhhh—Korang pergi ramai-ramai dan buat dorang rugi terok cepat !! Hahahahah~ Memang takkan dapat harga terbaik macam apa yang ditawarkan di Star Vendors.




KENAPA PWTC ?????


Ada je yang mengeluh teruk bila mendengar nama PWTC. Hahahaha~ Jem katanya. Tak lah. Kakak ke sana okay je, tak de sesak pun dan dah kalau nama PUSAT BANDAR – sudah tentulah pelbagai kemudahan ada di sana termasuklah ruangan parkir berbayar, kenderaan awam seperti bas dan juga LRT. Tak best ? Pakat dengan kawan-kawan share duit dan naik Grab. Kakak tak rasa susah pun sebab Star Vendors memang tak tutup sepanjang operasi selama tiga hari ni. Ya !! Sampai hari Isnin. Adjust lah masa korang.

Resepi Sambal Garing Che' Nor

Lepas terawih ke, sebelum sahur ke. Selepas subuh pun boleh. Benda boleh bincang, gaduh buatpe ? Hee~




Lebih Vogue ! Lebih Havoc !! Ini Baru Raya !!!

LOVE ;
ATIE ADNAN

23 May 2019

LITTLE FINGERS MEMPERKASA BONDING ANTARA IBU, AYAH DAN ANAK-ANAK PADA FASA 7 TAHUN PERTAMA

Zaman berubah namun gaya pendidikan masih sama sekiranya ibu dan ayah bijak mengatur masa yang berkualiti untuk sana-sama mendidik anak-anak sedari awal usia lima bulan ; dengan bantuan Little Fingers sudah tentunya lebih banyak idea untuk mengisi masa bersama. Siapa Little Fingers ?

Parenting Online Class Malaysia

Bila menyebut tentang perkembangan anak-anak sudah pasti ibu dan ayah mahukan yang terbaik dari segi akhlak, sahsiah dan juga akademik bak kata pepatah – melentur buluh biarlah dari rebung.


LITTLE FINGERS


Little Fingers ditubuhkan untuk melatih ibu dan ayah mencungkil bakat serta potensi anak-anak dengan mempelajari behavior dan emosi si manja sedari usia lima tahun. Mencipta pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak, Little Fingers menerapkan aktiviti dua hala antara ibu atau ayah bersama anak. Menjadi pelopor untuk kelas keibubapaan secara online dengan menggunakan Bzee Bag keluaran Little Fingers sendiri.

Aktiviti Bersama Anak Kecil

Bzee Bag yang direka khusus mengikut kesesuaian usia mengandungi aktiviti-aktiviti yang telah disusun mengikut usia anak dan mempunyai tiga kategori iaitu :

  • Kategori 1 : Umur 1 – 2 tahun
  • Kategori 2 : Umur 2 – 3 tahun
  • Kategori 3 : Umur 3 – 4 tahun




Yang dapat membantu anak-anak menjadi lebih fokus disamping meningkatkan kemahiran motor halus dan mengurangkan ketagihan bermain gadget. Sinonim dengan parenting method zaman serba canggih, memang tak pelik lansung bila melihat anak-anak mengkelek gadget sorang satu. Hee~ Bukan mengetepikan teknologi sebaliknya mencari inisiatif lain untuk meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti sepanjang proses pembesaran.

BONUS !! 
 
Bila dah main dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam Bzee Bag tu secara tak langsung bonding yang berlaku sepanjang proses pengajaran menjadi lebih berkualiti dan bermakna. Kan ? Sedangkan tengok anak bertatih selepas merangkak pun kita dah gembira apatah lagi bila melihat anak-anak dapat menyelesaikan aktiviti yang disediakan.


LITTLE JOURNEY


Baru-baru ini Little Fingers telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah menyertai Little Journey dengan membawa pulang baucar Happikoddo bernilai RM 100.00 setiap satu iaitu adik Nur Aisyah Hanis binti Mohammad Afiq ( 2 tahun ), adik Muhammad Yusuf Arrayyan ( 2 tahun ), adik Syarafwa binti Mohd Saif ( 1 tahun ), adik Abdul Hakim bin Mohd Farizul Ariff ( 1 tahun ) dan adik Dhiya Iyad Iskandar bin Idrus ( 3 tahun ).

Hadis Tentang Mendidik Anak-Anak Seawal Usia 1 Tahun

Cara Mudah Hindari Gadget Dari Anak-Anak

Manakala pemenang hadiah utama iaitu adik Sophean Adam Mikaeyl ( 2 tahun ) telah membawa pulang Premium Convertible Car Seat.

Keburukan Gadget Kepada Anak Kecil

Inisiatif ini diambil oleh pihak Little Fingers untuk melihat maklum balas orang awam terhadap perilaku dan perkembangan anak-anak selain memperkenalkan teknik bonding yang betul bagi membantu memberi kesedaran betapa pentingnya untuk meluangkan masa bersama anak-anak bagi tumbesaran anak-anak yang positif. Pelbagai kerenah dan perilaku yang mencuit hati sepanjang majlis berlansung. Hee~ Memang terserlah keyakinan dan cerdiknya masing-masing.


Rasulullah SAW pernah bersabda :
“Seorang ayah yang mendidik anak-anaknya adalah lebih baik daripada bersedekah 
sebesar 1 sa’ di jalah Allah SWT..”


Usia 0 – 7 tahun adalah fasa pertama pekembangan sahsiah anak-anak dengan cara melihat bagaimana kita sendiri mendidik mereka dan bagaiman kita memanfaatkan masa yang ada untuk ADA bersama mereka. Walau sesibuk mana pun bekerja, cubalah sebaik mungkin mencari masa dan berikan HAK setiap anak dari segi perhatian, didikan, kasih sayang dan masa yang berkualiti.




Kakak suka dengan satu frasa yang digunakan pihak Little Fingers iaitu :


INGAT !!
Dalam dunia anak-anak hanya ada kita sahaja..


Untuk maklumat lanjut tentang Bzee Bag ataupun kelas-kelas online yang dianjurkan oleh pihak Little Fingers, mungkin link kat bawah ni dapat membantu.



Jom sama-sama kita manfaatkan TUJUH tahun pertama anak-anak dengan moment yang paling indah.


LOVE ;
ATIE ADNAN

17 May 2019

LEARNING PORT – PEMBELAJARAN INTERAKTIF UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Membantu ibu dan ayah dalam melahirkan generasi berilmu, Learning Port Interactive telah menyediakan platform yang selari dengan kehendak pembelajaran pada masa kini. Nah !! Kalau anak-anak sejenis yang tak minat dengan tulisan hitam putih – INI adalah nota ulangkaji yang tepat dan pilihan yang bijak.

Pembelajaran Interaktif Melalui Online

Membentuk anak-anak seawal usia dengan menerapkan kepelbagaian ilmu selari dengan kehendak pasaran, sudah pastinya ibu dan ayah sangat menitik beratkan keputusan peperiksaan yang dinilai saban tahun namun menjadi kesukaran kepada sesetengah ibu dan ayah dalam menguruskan masa serta kehendak anak-anak yang sedia sibuk dengan pelbagai rutin harian.

Pembelajaran Yang Menyeronokkan

Macam Nur Aiman dan Nur Aina yang bersekolah dari pagi sehingga ke petang, KAFA dan sekolah kebangsaan – penat. Kesian tengok dorang sekiranya kakak sambung hantar dorang ke kelas tambahan.


Mujur ada CIKGU TUISYEN DIHIJUNG JARI ni. Hee~ Paling tak, mereka ada depan mata kakak dan kakak boleh pantau mereka pada waktu senggang.


LEARNING PORT INTERACTIVE


Dengan misi senang belajar dan senang dapat A, Learning Port memberi pendedahan yang sama seperti pusat-pusat tuisyen yang lain dengan merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ), mengaplikasi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ) dan pelbagai latihan dengan respons serta-merta. Mengandungi bahan pembelajaran yang komprehensif dan bahan pembelajaran mengikut sukatan KSSR dan KSSM yang merangkumi semua mata pelajaran dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5.

Tuisyen Online

Memberi pendedahan pada silibus yang diperlukan pelajar, Learning Port merupakan satu-satunya platform yang sangat efektif bagi membantu proses pembelajaran dan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan sekolah rendah, UPSR, PTS3 dan juga SPM. Setiap soalan juga diberikan jawapan dan penjelasan yang lengkap melalui Question Bank yang pastinya memudahkan pelajar mahupun ibu bapa membuat semakan selepas menjawab soalan yang disediakan.



Learning Port Sdn. Bhd. menyasarkan kerjasama dengan lebih 10,000 buah sekolah 
di seluruh negara.
--> HUBUNGI LEARNING PORT



Menggabungkan buku teks interaktif dan soalan-soalan bergambar, kakak memang yakin anak-anak lebih seronok dan leka. Leka bukan sebab mereka bermain tapi turut menimba ilmu disamping memahami apa yang cuba disampaikan oleh setiap subjek.
 

SIAPA YANG MEMERLUKAN LEARNING PORT ?


Sebagai ibu yang mempunyai dua ketul anak ( hahahaha~ ) yang masih bersekolah dan menjalani kehidupan normal dengan pelbagai aktiviti seharian sudah pastinya kakak memandang berat soal pembelajaran mereka. Kakak yakin bukan kakak sahaja memerlukan bantuan Learning Port sebaliknya guru-guru di sekolah mahupun di pusat tuisyen untuk menjadikan asas pengajaran sebagai satu konsep atau tujuan tambah nilai dengan menjadikan Learning Port sebagai bahan bantuan mengajar A – Z. Mudahkan ? Tidak perlu lagi membuat semakan pada buku teks dan jurnal untuk memberi yang terbaik kepada pelajar sebaliknya menjadikan Learning Port sebagai platform interaktif dan saling kebergunaan antara pelajar dan pengajar.


Sebelum menyerahkan Nur Aiman dan Nur Aina kepada guru-guru, kakak sendiri bertanggungjawab memberi apa semampunya untuk mereka – bukan semata untuk bakal melahirkan golongan professional sebaliknya menjadikan mereka lebih seronok untuk terus menimba ilmu. Bila seronok, semua benda pun jadi OKAY. Hahahaha~

Parenting Tips Malaysia


Tidak melampaulah kalau kakak cakap, pendidikan anak-anak bermula dari rumah dengan cara / kaedah yang menyeronokkan bagi memanafaatkan zaman penerokaan mereka sebaik mungkin. Ya !! Kakak berdiri bersama barisan kerjasama guru-guru Nur Aiman dan Nur Aina untuk membimbing mereka menjadi lebih baik setiap hari.

Korang ibu dan ayah bijak ? Hee~ Kalau anak korang susah nak faham atau susah nak menghafal nota-nota subjek yang cikgu beri, mungkin korang kena ambil langkah untuk mulakan teknik baharu dengan pembelajaran interaktif yang menyeronokkan dari Learning Port ni.


KLIK SINI –> CUBALAH SECARA PERCUMA SELAMA 30 HARI !!


Menyasarkan lebih 100,000 buah sekolah untuk menjalinkan kerjasama dan memperkenalkan kaedah pembelajaran interaktif, Learning Port mengalu-alukan pendaftaran pihak sekolah untuk sama-sama melahirkan lebih ramai pelajar yang menggunakan gadget untuk menimba ilmu. Haa. Selalu tengok anak-anak main telefon untuk menonton kartun dan bermain game - tapi ini pun kartun dan game juga cuma penekanan lebih kepada pembelajaran yang menyeronokkan.


DINASIHATKAN !!
Jangan biarkan anak-anak belajar sendiri, sebaliknya duduk bersama mereka untuk mereka jadikan ibu dan ayah sebagai rujukan. Moment yang kita tak mungkin boleh ulang tapi kita boleh jadikan kenangan bersama ; kelak.


YOUTUBE : https://www.youtube.com/channel/learningport


Semoga anak-anak kita membesar dengan mencintai ilmu dan menjadi salah seorang yang berjaya dalam hidup. In shaa Allah.


LOVE ;
ATIE ADNAN

14 May 2019

COCO NO.2 STRECH MARK SERUM OIL MEMUDARKAN KESAN REGANGAN KULIT SEMASA HAMIL

Memang seronok apabila menjadi ibu buat kali pertama dan seterusnya tapi sedikit sebanyak emosi membelengu diri bila melihat struktur tubuh badan bukan lagi seperti sebelumnya. Em. Strech mark dan lemak-lemak nakal yang tak mahu susut – apa kata cuba Coco No. 2 ; Strech Mark Serum Oil yang menggunakan 100% bahan organik.

Tips Hilangkan Stretch Mark Ketika Hamil

Kakak sendiri sudah berusia 33 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata yang sedang galak membesar. Hee~ Seronok tengok dorang membesar depan mata dan sedikit sebanyak menguatkan kakak bahawa, tiada apa yang lebih berharga dari melihat mereka tersenyum. Menyedari tempoh kelahiran anak yang bongsu semakin jauh – dah lebih tujuh tahun kiranya, kakak mula yakin untuk menjaga penampilan dan sekali gus cuba untuk menambah keyakinan diri sendiri apabila berada dikalangan rakan-rakan sekerja.


TIPS PUDARKAN STRECH MARK



IStilah sempurna bukan sahaja dari penampilan luaran sebaliknya merangkumi keseluruhan termasuklah dalaman dan juga tingkah laku yang baik, sama macam kakak yang dihantui lemak-lemak nakal dan juga kesan regangan pada kulit akibat kehamilan membuatkan kakak membungkus hampir kesemua pakaian yang pernah kakak pakai sebelum ini dan menggantikan dengan pakaian yang besar-besar walaupun duduk dirumah.

Segan dengan keadaan perut yang bertanda merekah dan tona warnanya tidak sekata. Em.

Petua Hilangkan Parut

Strech mark adalah garisan halus berwarna kemerahan atau kecoklatan yang biasanya muncul pada perut, payudara dan paha – kebiasaanya strech mark berlaku kepada kira-kira 75% hingga 90% wanita hamil yang disebabkan oleh regangan kulit apabila berat badan semakin bertambah. Tahap hormon yang tinggi turut mengganggu keseimbangan protein pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi nipis berbanding hari-hari biasa. Ada pelbagai petua yang boleh membantu mengurangkan strech mark namun sedikit renyah dan tiada pengesahan bahawa teknik tersebut berkesan. Hee~




COCO NO. 2 STRECH MARK SERUM OIL


Memilih untuk tampil cantik kembali, kakak gigih mencuba Coco No. 2 Strech Mark Serum Oil dan menjadikan ia sebagai salah satu amalan selepas mandi. Ngam je habis mandi terus sapu kat perut dan paha. Hee~ Dengan tekstur sedikit cair dan jernih, Coco No. 2 Strech Mark Serum Oil dapat membantu :

  • Memudarkan kesan rekahan kulit akibat hamil
  • Membuang angin dalam badan
  • Membantu memecahkan lemak dan menukar lemak menjadi tenaga
  • Meratakan warna kulit
  • Mencantikkan kulit dan menjadikannya lebih lembut

Stretch Mark Treatment

Membuatkan kakak lebih yakin dengan Coco No. 2 Strech Mark Serum Oil tidak mengandungi paraben, sulfat, pesticide, GMO, minyak tiruan, bahan kimia yang merbahaya, pewarna mahupun phthalate !! Nampak tak betapa semata-mata ekstrak minyak kelapa dara, pati halia segar, vitamin E dan temulawak.

Tidak panas seperti sapuan minyak untuk memudarkan kesan rekahan semasa hamil sebaliknya memberi bauan kelapa asli dan sedikit bau halia yang segar. Emmmm—Sapulah selama mana pun, terapi bauan kelapa diadun sempurna dengan bau halia memang menyegarkan. Oh !! Coco No. 2 Strech Mark Serum Oil nama je OIL tapi memang tak berminyak tetapi mudah menyerap masuk kedalam liang liang roma kulit.

Set Berpantang Organik

Bukan kakak je yang guna tapi anak-anak pun ikut sama berjemaah menyapu kat kulit masing-masing. Hee~ Budak tengah lasak kan, habis luka sana sini berparut. Nah !! Kalau tengok kulit anak-anak kakak memang tak de lansung parut kekal yang mencacatkan kulit. In shaa Allah, usaha dan rajin menjaga pun satu hal juga, bukan lah bergantung pada Coco No. 2 Strech Mark Serum Oil  je.. Sebab tu kakak yakin bukan kakak je seronok gunakan Coco No. 2 Strech Mark Serum Oil ni tapi :

  • Wanita hamil
  • Wanita yang sedang berpantang
  • Wanita yang mahu menjaga penampilan
  • Wanita yang ada masalah perut buncit, menggelebeh dan kendur
  • Wanita yang ada masalah selulit dan strech mark
  • Wanita yang aktif bersenam dan ingin menegangkan kulit dengan cepat

Membuat perbandingan dari segi kualiti dan harga, kakak memang sarankan untuk korang menjadikan Coco No. 2 Strech Mark Serum Oil sebagai pilihan PERTAMA kerana kualiti bahan yang digunakan dan juga harga. Cuma RM 94.90 dan korang akan dapat kesan secepat yang mungkin bergantung pada kerajinan korang menyapu lah. Hee~

Apa lagi ? Explore link kat bawah ni lah.



LOVE ;
ATIE ADNAN

12 May 2019

BERGAYA DI HARI RAYA DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA 2019 JAKEL

Dah seminggu berpuasa sudah pastinya pelbagai persiapan raya menjadi keutamaan. Nah !! Pelbagai koleksi baju raya yang terdapat dipasaran mungkin tidak memenuhi citarasa korang, apa kata tengok koleksi baju raya dari Jakel yang sentiasa mengungguli persiapan pakaian raya setiap tahun !!


Dah kalau tawaran menarik dari Jakel yang memberi pelbagai pulangan dengan menikmati jualan runtuh sehingga malam raya, kakak yakin korang akan tersangkut barang sepasang dua dari koleksi mereka untuk tahun 209 ini. Bukan nak cakap apa, tengok orang berpusu-pusu memenuhi ruangan Jakel Shah Alam pun dah terkejut – confirm murah ni !!



BAJU RAYA JAKEL


Memberi peluang kepada pengguna memiliki pakaian raya yang selesa setanding dengan harga, Jakel sekali lagi mengadakan sidang media untuk memperkenalkan duta-duta Jakel dan promosi yang akan berlansung sepanjang bulan Ramadhan bagi membuka peluang untuk masyarakat setempat membeli-belah pada harga berbaloi.


Masih mengekalkan ciri-ciri sedondon antara ahli keluarga, Jakel mempertaruhkan lebih 50 warna sedondon ( ayah, ibu dan anak-anak ) yang terdiri daripada koleksi Schawalara dan Hanis Zalikha. Tak nak ? Minat design baju melayu yang lain ? Bolehhhhhhhhhhhhhhhh—Padankan saja dengan warna yang bersesuaian dan macam biasa, sampin adalah percuma !! Tak kisah lah dari koleksi Aaron Aziz ataupun Awal Ashaari, kedua-duanya tampak segak dan selesa kepada pemakai.

Memberi sentuhan moden dan mengekalkan ciri-ciri baju melayu tradisional, baju melayu Nabil Ahmad yang berpotongan slim-fit sangat sesuai untuk yang pandai bergaya kerana baju melayu Nabil Ahmad sesuai juga dipakai bersama seluar jeans atapun slack. Dengan revolusi perincian zip pada sisi baju dan lengan yang memudahkan pemakai mengambil wudhuk. Kira tow in one lah. Pakai satu set dengan seluar pun boleh, pakai baju sahaja dan dipadankan dengan seluar lain pun tak pe.


Masih mengekalkan ciri-ciri melayu Johor dengan kemasan jahitan tangan dibahagian leher potongan teluk belanga dan mengukuhkan lagi fabrik pada jahitan cekak musang, Kurta Hairul Azreen dijangka menjadi best seller sekali lagi pada tahun ini kerana harga yang ditawarkan adalah serendah RM 39.00. Tampil ringkas dan segak dihari raya sudah pastinya sasaran si jejaka. Wah !!


BAJU MELAYU ABAM BOCEY

Memenuhi permintaan mereka yang berbadan besar, Jakel tidak melepaskan peluang melantik Abam Bocey sebagai duta dengan memperkenalkan koleksi baju melayu bersaiz besar yang tersedia sehingga saiz 7XL !! Maknanya, mereka yang berbadan besar tak perlulagi menempah baju melayu pada harga tempahan yang tak masuk akal sebaliknya beli siap di Jakel dan dapat sampin secara PERCUMA !! Jimat banyak tu !!



Memberi pilihan kepada si pemakai, koleksi baju kurung moden dari Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha sering kali mendapat sambutan hangat menjelang raya. Memenuhi citarasi terkini dengan menampilkan warna-warna yang ceria, corak yang lebih tajam, moden dan mesra wudhuk serta terdiri dari pelbagai saiz bermula dari XS sehingga XL sudah pastinya memberi kelainan pada sambutan raya tahun ini.


Tidak kurang hebatnya dengan koleksi kanak-kanak untuk tahun ini, bukan anak-anak je tampil ceria tapi ibu ayah ikut pening kepala nak pilih yang mana satu. Hee~ Semua koleksi Upin Ipin, Lara Alana dan Yusof Iskandar comel-comel belaka. Rugi kalau tak belikan untuk anak sendiri.


BAJU RAYA LELONG

Tuan Haji Izani b. Mohamed ; Pengarah Urusan Jakel Shah Alam telah mengumumkan tawaran HARGA RUNTUH dengan potongan harga sehingga 85% untuk kesemua koleksi baju raya pada tahun ni bermula awal Ramadhan sehingga malam raya sempena menghargai pelanggan setia Jakel yang memberi sokongan selama ini. DANNNNNNNNNNNNNNNNN—Inilah masanya korang nak beli baju raya yang berkualiti pada harga mampu !! Mana nak dapat lagi kan ?


Kalau korang familiar dengan area Jakel Shah Alam mesti korang perasan ada khemah besar kat sebelah Petronas Seksyen 7 tu. Ha !! Sekali lagi Jakel membuat kejutan dengan menawarkan pelbagai jenis karpet berkualiti tinggi pada harga serendah RM 4.80 sekeping. Fufff—Baju raya ada, karpet raya pun ada. Lengkap dah raya korang kan ? Hee~ Siapa taknak beli barang berkualiti pada harga murah ? Semua nak kan ?


JAKELSTORE.MY


Peminat Jakel tapi tak sempat nak singgah ke butik / kedai ? Tak payah drama sangat. Hahahaha~ Korang boleh beli online jek !! Klik masuk www.jakelstore.my dan tunggu barang sampai. Jam tu memang korang rasa serabutlah nak memilih tambah geram pun ada sebab hampir ke semua koleksi yang ada di kedai fizikal, ada juga di Jakel Store tu.




Ntah ! Kalau tanya kakak yang memang sentiasa menanti jualan murah dari Jakel, sudah pastinya sangat berpuas hati bila dapat belek satu persatu perincian koleksi dengan tawaran harga yang menarik dan mampu beli dari segala golongan – Jakel memang sesuai diiktiraf sebagai gedung baju raya pilihan semua.


Well. Tengok gambar pun dah tahu sambutan dari pelanggan macam mana. Kan ?


LOVE ;
ATIE ADNAN

11 May 2019

TUDUNG BAWAL MUDAH BENTUK DARI HERMANAS X ADIRA

Susah sebenarnya menjadi seorang ATIE ni, dari hujung kepala hingga lah ke hujung kaki mahu nampak sempurna walaupun serba ringkas termasuklah pemilihan fabrik untuk keselesaan mahkota wanita berhijab – seperti kakak !!

Hermanas X Adira Suhaimi

Memang tak beri peluang untuk jenama-jenama anak Melayu berkembang pesat dengan bahagia, kakak mengambil kesempatan untuk sama-sama duduk dalam Majlis Pelancaran Hermanas X Adira yang telah berlansung baru-baru ini. Hee~ Kasar bunyinya kan ?




KOLEKSI RAYA HERMANAS X ADIRA


HERMANAS yang bermaksud SISTERS / KAKAK dalam bahasa Latin sekali lagi menmpah nama dalam industri mahkota wanita berhijab dengan memperkenalkan produk terbaharu keluaran mereka yang memberi kelainan kepada pemakai disamping mengekalkan identiti si pemakai.

Tudung Bawal Hermanas Raya 2019

Menampilkan 12 koleksi menarik, Hermanas telah melantik Adira Suhaimi sebagai rakan kerjasama dan duta untuk sama-sama menaikkan jenama tersebut disamping memberi kepuasan kepada pelanggan dari segi jenama, kualiti dan juga harga. Dengan menyediakan lebih 40 kombinasi warna, Hemanas X Adira yakin mampu menembusi pasaran kerana tidak banyak jenama yang ada di Malaysia berani mengambil risiko dengan menggunakan fabrik premium dan menjualnya pada harga yang mampu milik.

Hee~ Kelakar kan bila masih ada yang mempersoalkan perihal fabrik. Ya !! Kakak salah seorangnya.


“Bawal Hermanas sangat berbeza dari bawal yang sedia ada di pasaran kerana
material yang digunakan adalah material yang diperbuat khas untuk Hermanas iaitu
Hermanas Premium Cotton Voile, ia sangat senang bentuk, tidak mudah kedut,
'on point' sentiasa. Dan paling istimewa harganya juga sangat berpatutan..”
- Encik Syed Zulhilmi Tuan Syarif



Menggunakan material Cotton Voile yang mudah dibentuk dan tidak panas, memberi peluang untuk Hermanas memonopoli pasaran tudung bawal dengan mudah. Ye lah, dengan cuaca tempatan yang tidak menentu sudah tentunya pengguna akan mencari keselesaan lebih dari nilai harga dipasaran. Ya !! Kakak juga lah tu.. Hahahaha~

Hemanas Scarf

Meletakkan keyakinan penuh pada personaliti dan populariti Adira Suhaimi sebagai duta untuk koleksi Raya 2019, Hermanas yakin dapat menembusi pasaran yang lebih luas seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Australia dan Arab Saudi.


FAKTA : Fabrik VOILE adalah kain lembut yang biasanya diperbuat dari 100% kapas
atau kapas dicampur dengan linen / polister. Material yang ringan dan sangat sesuai
dengan iklim tropika. Mempunyai kualiti semitransparent yang memberi kesan
jatuhan ( drape ) lembut, mudah diperagakan dan cantik sekiranya dijadikan
pakaian ataupun tudung.


Sesuailah untuk kita jenis yang lasak dan dalam masa yang sama confident nak cantik ha. Hermanas dah bagi jawapan terang-terang tu. Hee~ Pakai Hermanas confirm cantik sepanjang hari tanpa perlu betul-betul kan tudung setiap masa.


TUDUNG BAWAL UNTUK DILELONG !!


Mengambil berkat bulan Ramadhan, pihak Hemanas juga membuat lelongan tudung bawal yang telah ditandatangan oleh Adira dengan menyumbangkan hasil lelongan kepada badan kebajikan yang memerlukan dan harga lelongan bermula dari RM 1,000.00. Sambil membeli, sambil beramal dan merebut pahala bersedekah.

Hermanas Showroom, Kota Damansara

Sebagai peminat tudung bawal ( segi empat sama ), kakak bukan sahaja menitik beratkan soal tak – payah – tiup masa nak bentukkan tudung tapi material yang ringan dan tebal disamping bidang yang lebar juga sangat penting bagi menepati ciri-ciri yang kakak mahukan. Susah ? Tak lah. Kalau kena dengan kualiti dan harga, kakak confirm beli.

DAN !!
Dapatkan koleksi eksklusif ini sementara masih ada stok tau. Hee~ Sok-sok kalau dah habis stok jangan menangis tepi bucu katil plak. Sebab kalau korang beli sehelai pun dapat FREE postage, kalau beli banyak pun dapat FREE postage, kumpul order ramai-ramai dan kita adalah HERMANAS !!


PROMOSI
1 HELAI = RM 69.00
3 HELAI = RM 197.00


Tudung Bawal Cotton Voile Hermanas

Untuk melihat pelbagai koleksi Hermanas X Adira, korang boleh singgah ke :

HERMANAS.MY
29-1 Jalan PJU 5/20E,
The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Atau hubungi :

HOTLINE : https://whatsapp.com/60103348784
LAMAN WEB : https://www.hermanas.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/hermanasdotmy
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/hermanas.my


LOVE ;
ATIE ADNAN

10 May 2019

NAK UBAH HIDUP 2019–KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES ; 10X LEBIH HEBAT DARI IMKK

Bila sampai satu tahap, ko memang tak boleh nak brain dengan keadaan ko yang sekarang tapi Nak Ubah Hidup untuk meningkatkan Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes cuma tak tau dari mana nak mula dan bagaimana proses itu harus berjalan dengan baik. Em.

Seminar Nak Ubah Hidup 2019

Menyedari ada kekurangan pada diri tidak membuatkan kita terhenti malah berusaha untuk membaikpulih apa yang terlah dimulakan – BUKAN BERHENTI.


#NAKUBAHHIDUP – 10X LEBIH HEBAT DARI IMKK


SEPULUH KALI HEBAT DARI IMKK – Dan kalau ada alumni IMKK mesti menggelabah nak tau apa yang BEST sangat tu kan ? Hee~

Skeptikal seorang atie yang memang tak mudah nak masuk kelas apatah lagi kelas-kelas yang melibatkan ramai orang dan bingit sana sini. Hahahaha~ Tapi sangkaan itu meleset sama sekali apabila kakak diberi peluang untuk merasai aura mereka yang telah berjaya mengurus kehidupan ( dan kewangan sudah tentunya !! ) dengan lebih baik.

Seminar Perniagaan Dr. Azizan Osman 2019

Baru-baru ini RichWorks International Sdn. Bhd. telah melancarkan program NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES yang akan berlansung pada 30hb Ogos 2019 – 01 September 2019 di Setia City Convention Centre ( SCCC ) dengan menyasarkan 10,000 orang peserta untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan yang akan menjadi titik perubahan dalam kehidupan apabila mereka sedar dan mahir bagaimana program ini boleh membantu mengubah dari ZERO ke JUTAWAN dengan hanya berniaga. Keputusan tersebut diambil apabila RichWorks telah mempunyai 700,000 orang peserta sepanjang 11 tahun ditubuhkan.


“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan 
Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan ( IMKK ) yang telah berakhir pada 
bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini 
akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka 
peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar 
diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah 
dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.”

- Dr. Azizan Osman ; Master Coach RichWorks


Ramai yang pernah menyertai mengakui sebelum menghadiri seminar anjuran RichWorks menjalani kehidupan sebagai peniaga tanpa ilmu yang menyebabkan perniagaan mereka susah untuk berkembang, bermasalah untuk mengendalikan pekerja dan ada juga yang menanggung beban hutang perniagaan sekaligus mempengaruhi kehidupan mereka sehari-hari.


KLIK SINI –> DAFTAR #NAKUBAHHIDUP

Titan Dr. Azizan Osman

Bergelar jutawan pada usia 32 tahun, Dr. Azizan Osman merangkap Master Coach RichWorks yang telah melahirkan ramai usahawan berdayasaing dan banyak menyumbang kepada perkembangan serta kemajuan bidang keusahawanan telah menyaksikan kemajuan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal tiga bulan hingga 18 bulan SAHAJA.

Seminar Perniagaan Selangor 2019

Melihat program seperti ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh mengubah hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.


“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia 
semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana 
dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan 
harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan 
nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.”


Bukan mudah nak kekal positif pada platform yang telah dibina bertahun-tahun dan setiap kehidupan ada turun naiknya, sesekali recharge ilmu dengan menimba pengalaman serta pengetahun dari mereka yang pernah dan telah berjaya sudah tentu berbaloi.

Richworks International Sdn. Bhd.

In shaa Allah, kakak juga akan berada di #NakUbahHidup yang bukan sahaja menekankan aspek perniagaan semata-mata sebaliknya menyentuh aspek keseluruhan kehidupan termasuklah hilang arah tuju dan fokus terhadap kehidupan. Nah !! Nampak kan memang kakak kena pergi. Hahahaha~




Untuk maklumat lanjut tentang #NakUbahHidup 2019 dan pendaftaran masih dibuka, mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang.

TWITTER : https://twitter.com/azizanofficial
LINKEDIN : https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial

EMAIL : inquiries@richworks.com.my
HOTLINE : 1-300-88-2424




LOVE ;
ATIE ADNAN

5 May 2019

LIRIK LAGU 5:00 MINIT NYAYIAN RAMLAH RAM FT. CAPRICE & DEM LEPAK BOYZ

Fuff—Dalam kakak tengah putar-putar lagu sambil buat kerja, Youtube dengan tah mana hala terpasang lagu 5:00 Minit dari Ramlah Ram.


Kalau sebelum ni memang kakak layan sungguh lah lagu Sesaat Kau Datang tu sebab muzik dan lirik dia memang BEST, tak de lah pape makna dengan kehidupan kakak tapi sekadar best dan sedap didengar. Tapi bila dah dapat lirik lagu 5:00 Minit ni, memang terjatuh hati lagi haa. Padahal sebelum ni tak pernah plak nak suka kat lagu-lagu Ramlah Ram haa.


5:00 MINIT BY RAMLAH RAM FT. CAPRICE


( Caprice )
Good evening sayang
Its your boy C to the P
And I got 5 minutes right about now
We got Ramlah Ram right next to me
Let’s go

( Ramlah Ram )
Seandainya cinta ini bisa membahagiakan
Pastinya dunia ini akan ku miliki
Walau ku tidak mampu untuk meluahkan
Harapan cintaku ada di hati mu

Seharusnya aku dapat diberi peluang
Untuk menyayangimu sepenuh hati
Mungkinkah kau kan terima ku seadanya
Kerna ku belum tahu kau mencintaiku

( Caprice )
Yeah yeah yeah
What’s up girl it’s your boy
Young hovo so far and I’m trying closer
If friends talk ain’t that great
Wait a minute girl I believe in fate
From the day when we met
Day when you left
I’ve been thinking about you
Every day dayday
Siang malam ku menunggu
Kau buat ku huru hara
Really wanna hola hola
Bila nak manja manja wow

( Ramlah Ram )
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata
Andai kau sang pencinta wanita
Kau pasti kan dapat melihat aku di matamu
Jujurnya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilema

( Caprice )
Sebenarnya Caprice dah lama

( Ramlah Ram )
Tiba waktu saat ku nanti akhirnya pasti
Kau lafazkan cinta seribu pengertian
Lima minit yang ku tunggu saat bermakna
Kau kini menjadi milikku selamanya
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata
Andai kau sang pencinta wanita
Kau pastikan dapat melihat aku di matamu
Jujurnya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilema

( Caprice )
There’s nobody else like me
Most likely and not like me
They are four maybe three
Take your two when I really got one
Sayang jangan bimbang
Antara bintang-bintang
Dikau saja yang berkilauan
Ku sentiasa di awan nano nano
Yeah I know ke angkasa I follow
So we should get together
And pretend there’s no
Tomorrow tomorrow






( Ramlah Ram )
Oh sayang kini engkau perlu tahu
Ku tak ingin menjadi pemuja rahsia
Mencintaimu satu saat yang bermakna
Ku menanti lafaz cinta tiga kata
Andai kau sang pencinta wanita
Kau pasti kan dapat melihat aku di matamu
Jujurnya adakah kau sudah berpunya
Membiarkan hatiku dalam dilema

( Caprice )
Sayang jangan kau bimbang
Antara bintang-bintang
Sayang jangan kau bimbang
Antara bintang-bintang

Ramlah Ram and my name is C to the P

YA !! Kalau korang tengok video clip Sesaat Kau Datang, korang memang faham lah muzik video ni.. Hee~ Amacam ? Ngam ?


LOVE ;
ATIE ADNAN