BERBUKA PUASA ALA HIDANGAN ISTANA PADA HARGA BERPATUTAN DI VILLA ISTANA MELAKA

Menjadi lokasi set penggambaran utama drama Jodoh-Jodoh Annisa yang sedang ditayangkan di Astro Prima, Villa Istana Melaka sekali lagi menjadi perhatian dengan hidangan ala diraja sepanjang bulan Ramadhan 2019 ini.

Buffet Ramadhan Murah 2019

Menyediakan hidangan, layanan dan perkhidmatan bertaraf 5 bintang, Villa Istana yang terletak di Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden dengan menggabungkan pelbagai juadah yang menjadi MENU WAJIB sudah pastinya menarik perhatian selera pengunjung.


VILLA ISTANA, MELAKA


Suasana dewan makan yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan mampu memuatkan 500 orang tetamu dalam satu-satu masa sudah pastinya memberi keselesaan untuk tetamu bergerak meneruskan aktiviti. Antara kemudahan lain seperti bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar dan tempat wudhuk, tandas dan ruang parkir yang luas secara PERCUMA.



WIFI percuma



Antara hidangan yang menjadi perhatian saban tahun adalah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng dan Daging Rendang dengan pelbagai pakej yang tersedia.

Harga Buffet Ramadhan Murah Di Melaka 2019

Early Bird Ramadhan Buffet Melaka 2019

Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan Islami dari kumpulan nasyid Unggul SaffOne sepanjang tempoh promosi buffet Ramadhan iaitu dari 10 Mei 2019 hingga 01 Jun 2019. Untuk mereka yang bermusafir, Villa Istana Melaka juga menyediakan penginapan pada harga mampu – inap yang sudah pastinya berbaloi untuk urusan ringkas di Negeri Bersejarah.



DEWASA – RM 45.00
KANAK-KANAK – RM 29.90


Promosi Berbuka Puasa Melaka 2019

Villa Istana Melaka juga menyediakan pakej keluarga dan pakej korporat yang sangat menarik ; dah kalau menarik ni memang biasanya cepat habis lah kan ? Hee~ Bagi mengelakkan kekecewaan, tempahan awal sangat digalakkan seupaya majlis yang diimpikan berjalan lancar dalam keadaan yang selesa.

Melaka Event Space 2019

Selain menyediakan ruang untuk berbuka puasa sempena bulan Ramadhan, Villa Istana Melaka juga menyediakan perkhidmatan untuk sebarang majlis keraian termasuklah majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis korporat pada harga yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut : 
 
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1,
Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka
HOTLINE : 06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466 


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 comment:

  1. Wahhh.. seronok nya kak atie. ala istana gittew.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.