9 June 2019

3 CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMBIAK DUIT RAYA ANAK

Alhamdulillah, dah enam hari umat Islam menyambut Hari Raya dengan meriahnya dan sampai pula masa ibu dan ayah memainkan peranan untuk melabur duit raya anak-anak pada saluran yang bermanafaat. Kan ?

Cara Terbaik Membiakkan Duit Raya Anak

Fuff—Rasanya dah ramai yang tahu kakak memang sedikit tegas tentang perbelanjaan sehari-hari apatah lagi bila melibatkan DUIT ANAK.


“Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri, namun boleh gunakan
duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak
dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan
kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk
membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera..”

- Ustaz Azhar Idrus ( UAI )


Mungkin ada yang terfikir bagaimana cara kakak menyimpan duit raya Dua Nur, kan ? Hee~ Nah !! Mungkin korang boleh gunakan cara yang sama macam kakak dan jadikan ia sebagai rutin tahunan.


TIPS SIMPAN DUIT RAYA ANAK


Sebenarnya sudah masuk empat tahun kakak buat benda yang sama dan Dia pinjamkan rezeki untuk kakak kekal konsisten, in shaa Allah memang tak pernah nak berpatah balik sebab kakak rasa INI adalah cara paling mudah untuk kakak menyimpan demi masa depan Nur Aiman dan Nur Aina.


PEMBAHAGIAN


Paling mudah cara yang kakak lakukan adalah bahagikan tarikh untuk sepanjang Syawal :

  • Raya Pertama – Ketujuh
  • Raya Kelapan – Ke – 30

Kenapa dua fasa je ? Hee~ Sebab raya pertama hingga ketujuh memang raya sakan gile lah dan penerimaan duit raya pada tujuh hari tersebut dalah yang tertinggi berbanding hari kelapan dan seterusnya. Simple kan ?

Cara Simpan Duit Raya Anak

Disebabkan Nur Aiman dan Nur Aina pun ada kehendak untuk memiliki mainan baharu dan sekarang memang trend Beyblade, memang nak juga lah barang sebiji dua. Kakak akan bagi sejumlah duit dari duit raya fasa pertama tu sebagai REWARD RAYA dan bakinya bulat-bulat kakak akan SIMPAN.

Pecahan simpanan pula seperti di bawah :


1 : TABUNG HAJI

  • Kalau anak korang belum ada akaun Tabung Haji, kakak nasihatkan MULAKAN SEKARANG !! Sebab simpanan di Tabung Haji ibarat simpanan diam – dah masuk memang tak boleh keluar sampai lah tiba masa untuk anak-anak layak menunaikan ibadah umrah atau haji. Diam-diam masukkan dan lupakan !! Selain itu, pendeposit juga akan terima hibah dari jumlah simpanan. Nah !! Saban tahun juga adalah sedikit bonus 1.25% dari jumlah simpanan.


Baki minima sepanjang tahun / 12 x 1.25% = <3


Selain dari potongan gaji setiap bulan dari akaun encik suami, ada juga lah inisiatif lain untuk menambah jumlah tabungan di Tabung Haji ni.

Tips Menyimpan Duit Raya Anak


2. EMAS

  • Korang follow kakak kat Instagram ? Hahahaha~ Mesti korang tau betapa kakak obses dengan GOLDBAR. Ya !! Nur Aiman adalah pewaris akaun kakak bersama suami dan sebolehnya kakak akan manfaatkan sebahagian lagi ( fasa dua ) untuk membeli goldbar atas niat simpanan Nur Aiman dan Nur Aina.

    Kenapa GOLDBAR dan bukannya emas biasa ?

    Sebab kakak memang tak pakai barang kemas dan jalan terbaik adalah simpan emas dalam bentuk bar. Menurut ramalan ekonomi dunia ( hahahaha~ sudahhhhhhhhhhh—korang baca jek tau !! ) kebergantungan ekonomi dunia terharap emas semakin tinggi dan harga emas pun makin tinggi ( tahun 2020 = RM 503.00 / gram )

    Sebenarnya kakak fokus lebih kepada Dinar. Hee~ Nanti kakak buat entri lain untuk Dinar ya !! Alhamdulillah. Memang semua berjalan macam apa yang kakak dan suami rancangkan. Semua untuk dua orang ni.

Tak okay jugak ?
Pilihan lain ?

Tips Mudah Biakkan Duit Raya Anak
INI lah REWARD RAYA. Hee~ Sorang RM 30.00 pun dorang dah bahagia sebab dorang lagi seronok tengok jumlah dalam akaun masing-masing bertambah. Dengan RM 60.00 ni nak tau tak dorang beli apa ? Hee~ Tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu--

3. SSPN-i

  • Seawal kelahiran Nur Aiman dan Nur Aina memang kakak dah buka akaun SSPN-i dorang. Hee~ Sebab taknak nanti masa belajar dorang dibebani dengan hutang, tak best okay. Sebab tu kakak dan suami ambil langkah drastik dan berani membahagikan duit raya fasa dua ( yang berdurasi tiga minggu jumlah rezeki ) ke dalam SSPN-i. Ya !! Salah satu skim patuh syariah yang diciptakan oleh PTPTN untuk membantu anak-anak menyambung pelajaran kelak.

Selainnya ?

Ada yang menyarankan untuk kakak buka akaun ASB, tapi belum sempat lagi nak fikir. Hahahaha~ Yang dah ada ni pun kakak rasa macam okay tapi mana tau nanti-nanti kakak tambah list ke kan. Untuk duit syiling memang Nur Aiman dan Nur Aina simpan dan disalurkan terus ke SSPN-i sebab itu adalah fokus untuk tabungan pelajaran mereka. Hee~ Sebenarnya tak susah pun nak menabung untuk anak-anak yang pastinya kita sebagai ibu dan ayah AMANAH dalam pengurusan masa depan mereka. Selamanya kita tak hidup tapi jangan lah kita tinggalkan anak-anak dalam keadaan terkontang-kanting.

Hukum Menggunakan Duit Raya Anak

Duit raya anak adalah AMANAH.
Anak-anak adalah AMANAH.

Kalau korang ada cara lain, share lah kat kakak di ruang komen mana tau tahun depan kakak boleh tambah lagi satu tabungan untuk Nur Aiman dan Nur Aina. Hee~ Ilmu jangan lah simpan sensorang, share lah !!!!!!!!!


LOVE ;
ATIE ADNAN

11 comments:

  1. Ajar mereka menabung dari kecil.

    ReplyDelete
  2. Tabung haji anak2 dari baby kolin dah salur, sspn pun.. Emas beli yg pakai aje.. Gold bar belum pernah beli lagi. Apa pun ini tips yg sgt baik utk kita semua. Hidup atie

    ReplyDelete
  3. Menarik ni kak. Boleh try. Ni duit anak tahun² raya semua dlm akaun mak dia hahah

    ReplyDelete
  4. dilah biasa masuk tabung haji je kak..

    ReplyDelete
  5. ramai mak pak buat cara cam sis ni..good sharing tau..nanti kakak fiezz ada rezeki anak, boleh la tiru cara sis..hehe

    ReplyDelete
  6. Huda masuk kat tabung haji dan SSPNi jer duit anak2.

    ReplyDelete
  7. buat masa ni akak pun simpan dalam SSPNi je

    ReplyDelete
  8. anak awa 6 org smua ada buku akaun TH.. start lepas habis pantang dh buat dan apa saja dpt $$$ utk diaorg awa terus simpan TH. Alhamdulillah bnyk gak faedah

    ReplyDelete
  9. Nanti ada anak ai cuba praktikkan tips ni.

    ReplyDelete
  10. Bagus perkongsian Atie, utk anak akk fokus duit raya ke 2 tabungan je: TH, ASB (bila bonus sket lari ke sini utk biakkan).

    Duit lelain tu, utk anak insyaallah ke investment, takaful

    ReplyDelete
  11. Sy pulak buat simpanan dlm unit trust, selebihnya nak beli emas pakai jela utk ank perempuan. Boleh je kan duit raya dia kite beli brg kemas utk die dari segi hukum mcm mna ye ?

    ReplyDelete