21 June 2019

FIT HUB BY WOMEN IN MOTION – DARI WANITA UNTUK WANITA

Selalu juga kakak terfikir – kan best ada geng sama-sama minat untuk jaga kesihatan dan pastikan tahap kesihatan lebih baik setiap hari tapi tu lah tu, kakak ni level penganggur terhormat tapi kawan-kawan semua bekerja. Terpaksalah kakak cari inisiatif lain untuk jaga kesihatan. Konon.

FitHub Malaysia

Menjengah usia 33 tahun, kakak merupakan seorang surirumah yang menguruskan keluarga dari celik mata sampai lah ke hujung nyawa. Hahahaha~ Bunyi macam susah, kan ? Tak lah. Kakak memang menikmati setiap perihal yang berlaku dalam rumah. Tapi yang kakak risau bila kakak tak sihat dan tak mampu beri yang terbaik.

Ada juga kawan-kawan bertanya


“macam mana nak curi luangkan masa senggang untuk diri sendiri ?
duduk rumah saja ataupun memilih keluar dan berhibur ?”



FITHUB BY WOMEN IN MOTION


Banyak je aktiviti lain sebenarnya tapi yang satu ni lah paling sihat. Hahahaha~ Dan kalau korang mencari ‘kawan sihat’ – kat FitHub by Women In Motion hampir semua ada.

Gym Untuk Muslimah Kuala Lumpur

Sama dengan beransurnya Ramadhan dan Syawal, sudah tentu ramai yang menangisi LEBAR – an yang melampau sampai banyak baju sendat. Untung kalau sendat tapi kalau tak muat, naya sungguh kan ? Sejajar dengan misi FitHub by WIM yang mahu bersama-sama wanita menjaga kecantikan serta kesihatan luar dan dalaman, FitHub hanya memberi fokus sepenuhnya kepada WANITA.

Korang tau tak wanita lebih cenderung mendapat osteoporosis berbanding lelaki dan ini adalah faktor genetik dan juga gaya hidup sehari-hari. Wanita juga lebih cenderung untuk mendapat sakit-sakit sendi seperti sakit lutut dan pinggang dan keadaan ini akan bertambah teruk sekiranya melakukan aktiviti senaman yang tidak sesuai dengan tahap kemampuan badan - untuk mendapatkan kesan yang sama dan menjaga tulang dari kerapuhan dan sendir yang kuat, latihan bebanan dengan program latihan bersesuaian adalah salah satu inisiatif yang sangat baik.

Kalau tak jaga dari sekarang sementara belum berlaku, bila lagi ?

Kelas Tabata di Kuala Lumpur

Gym Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Tips Penjagaan Kesihatan Wanita Zaman Milenial

Memberi gambaran eksklusiviti kepada pengguna wanita, FitHub by WIM memberi tunjuk ajar kepada pengguna baharu yang sama-sama mahu meningkatkan kualiti hidup dengan pelbagai peralatan moden yang lengkap dan juga teknik penjagaan kesihatan dari jurulatih yang berpengalaman. Memang menarik interior – nya. Hee~ Bangunan dua tingkat corner lot di Plaza Damas yang sangat luas dan tak rasa sesak sekiranya ada aktiviti dilakukan serentak sudah pastinya memberi kepuasan kepada pengguna.

Plaza Damas

Antara aktiviti yang akan berlansung di FitHub by WIM secara berjadual adalah seperti :

  • Zumba
  • Yoga
  • WIM Fit Dance
  • MT Vision
  • Rowing
  • Crossfit
  • Hiit
  • Tabata

Tak tahu dari mana nak mula ?

Jangan risau sebab FitHub ada ramai jurulatih yang berpengalaman akan mengajar korang dari A – Z bagaimana untuk mendapatkan bentuk badan idaman disamping 1001 tips berguna rata-rata tentang kesihatan dan kecantikan dari dalam. Best kan ? Hee~

Persoanal Coaching

Sempena majlis pelancaran yang telah berlansung baru-baru ini, FitHub berbesar hati memberi diskaun sebanyak RM 30.00 dari yuran pendaftaran seumur hidup. Kalau harga biasa RM 120.00 tapi sekarang ni tengah murah, korang cuma bayar RM 90.00 !! Ingat !! RM 90.00 seumur hidup tau.

Kalau sejenis kakak yang memang tak berapa bijak nak guna peralatan di gym, memang tak de nak segan-segan dah bila ada kat FitHub ni – semua perempuan kot. Hee~ Tak tau je boleh tanya. Apa lagi alasan kakak, kan ? Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang faham lebih tentang FitHub by WIM ni.


Apa yang menariknya, para pengguna hanya perlu membuat tempahan kelas melalui aplikasi FitHub !! Senangkan ? Tak payah call ataupun walk in ke gym untuk mengetahui jadual kelas yang bakal berlansung sebaliknya pengguna hanya perlu install aplikasi terus ke telefon pintar masing-masing dan buat semakan kelas yang ada.

FitHub by WIM

Alamat : Lot No. D-0-1 & D-1-1, Plaza Damas, No. 60, Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tak salah lakukan sesuatu untuk kesihatan berpanjangan dari terus membebankan diri dengan rasa serba salah akibat rutin harian yang tak seimbang. Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

19 June 2019

PAKEJ FOTOGRAFI MURAH DI CVS PRODUCTION

FUFF—Mengah nak menghabiskan raya tahun ni dengan pelbagai acara termasuklah sesi photoshoot dengan CVS Production ha. Hee~ Walaupun setahun sekali tetap lah nak merasa gambar sekeluarga yang lengkap dan tertib. Tak gitu ?

Pakej Fotografi Murah 2020

Murah dengan senyuman dan tak lokek pendapat untuk kami bergaya, jurugambar CVS Production memang awesome !!


CVS PRODUCTION


Sesi dua jam bersama keluarga yang memang kakak takkan lepas kan peluang. Time ni lah nak paksa masing-masing buat muka paling manis untuk kenangan kelak. Ye lah. Anak-anak kan sejenis cepat membesar dah tu Encik Suami kakak sejenis yang pemalu nak bukan-bukan depan orang yang tak kenal. Pishang gak lahhhhhhhhhh--

Studio Gambar Keluarga Cheras

Telah beroperasi selama lapan tahun, CVS Production menyediakan perkhidmatan fotografi progresif dan juga pengeluar video terutamanya dalam bidang korporat, acara, fesyen, kecantikan dan penyewaan studio yang terletak di Cheras. Telah bekerjasama dengan beberapa jenama besar, CVS Production tidak ketinggalan melakukan kerja amal saban tahun dengan kerjasama para pelanggan pada setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal.

Dengan setiap pakej fotografi Raya, 10% dari hasilnya akan disalurkan ke Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah. Nampak ? Korang amik pakej fotografi dari CVS Production, korang akan dapat gambar yang super berkualiti dan cantik JUGA menjadi sebahagian saham akhirat kelak. Hee~ Fun kan ?

Pakej Fotografi Murah 2020

Turut menyediakan kemudahan lengkap seperti tandas, bilik persalinan dan juga surau – kakak rasa macam kat rumah !! Hahahahah~ Dah lah fully aircond !! Memang syok gile lah nak posing-posing sebab mekap pun tak cair.

Studio Fotografi Cheras, Selangor


PAKEJ PROMOSI GAMBAR RAYA


Ada beberapa promosi yang mungkin bersesuaian dengan bajet korang :

  • RM 49.00
    • 10-20 min white studio
    • 10 edited pictures + Max 4 person
    • Soft copies ( 15 photos )

  • RM 69.00
    • 20-30 min white studio
    • 15 edited pictures + Max 4 orang
    • Soft copies ( 25 photos )

  • RM 200.00
    • 40-60 min white studio
    • 25 edited pictures + Max 20 orang
    • Soft copies ( 25 photos )

Tambahan :
  • Tambahan gambar ( semua gambar ) : RM 50.00
  • Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" : RM 60.00
  • Tambahan orang : RM 20.00 / seorang  (bayi yang tak boleh berjalan adalah percuma )

Pakej promosi bermula dari RM 49.00, korang akan dapat memilih gambar yang telah diedit cantik oleh tangan-tangan ajaib di CVS Production tu. Masih lebih kurang dua minggu lagi untuk korang grap harga promosi ni sebab lepad habis je Raya – harga akan kembali kepada harga asal lah. Rugi kan kalau tak grab !!

Photoshoot Amal CVS Production

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi kakak tak tau nak masukkan yang mana satu kat blog sebab semua pun lawa-lawa belaka. Hahahaha~




Nah !!
Macam biasa lah, kat bawah ni ada segala link untuk rujukan korang.

WHATSAPP : +60166664034

Malaysia Blogger

EHEM—Tak ngidam nak gambar cecantik gantung kat rumah atau kemas kan dalam album kenangan ke ? Hee~ Saja jek cucuk jarum kot mengena pada ayat terakhir.


LOVE ;
ATIE ADNAN

16 June 2019

SERVIS KENDERAAN DI MANA SAJA LOKASI DENGAN SERV

Fuff—Time nak Raya ni memang tak sempat betul kakak nak menguruskan semua benda termasuklah maintain kereta. Kalau sebelum ni memang bergantung sepenuhnya pada khidmat bantuan dari encik suami tapi kini kakak ada SERV yang boleh membantu serba sedikit tentang kereta kakak.


Beberapa hari sebelum Raya haritu kakak sempat meluahkan rasa betapa tak sempatnya untuk kakak keluar dan mencari bengkel yang masih sanggup menerima pelanggan kat encik suami tapi memang teruk lah kakak kena bahan. Hahahaha~ Tak best okay bila kena bahan bada benda yang memang kita tak pandai. Nasiblah masa tu juga kakak diperkenalkan dengan SERV.


SERV

Memberi perkhidmatan di mana sahaja lokasi terpilih oleh pelanggan, SERV akan menghantar tenaga kerja yang berpengalaman untuk memastikan perkhidmatan yang tersedia adalah perkhidmatan yang terbaik di dalam lapangan. Tidak perlu lagi k bengkel atau pusat servis untuk peyelenggaraan kenderaan sebaliknya hanya membuat tempahan melalui aplikasi SERV yang elah tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.

Telah beroperasi selama setahun dan setakat ini SERV telah menerima lebih 450 tempahan pelbagai perkhidmatan termasuk lah semakan kesihatan kereta, tukar bateri, penukaran brakepad dan banyak lagi. Keseluruhannya adalah perkhidmatan menyelenggara kenderaan supaya selamat dipandu. Nah !! Bukan keselamatan pemandu je diambil kira sebaliknya kesihatan kenderaan merupakan aspek paling penting yang perlu dititik beratkan.


Perkhidmatan di mana-mana – Termasuklah di rumah, pejabat mahupun di kedai makan. Asalkan kawasan yang bersesuaian, SERV okay saja.

Buat masa ni perkhidmatan SERV hanya meliputi kawasan sekitar Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sahaja. Tapi mana tau kalau ada permintaan, SERV akan meluaskan lagi kawasan perkhidmatan. Kan ? Hee~


PERKHIDMATAN SERV


Membawa perkhidmatan seperti bengkel bergerak, SERV terus menghantar tenaga kerja yang telah berdaftar dengan mereka ke lokasi korang dengan menawarkan :


  • Harga tetap seperti yang dinyatakan dan tiada bayaran tersembunyi
  • Perkhidmatan untuk semua jenis kereta dan model yang ada dipasaran
  • Beroperasi tanpa henti, setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam ( melalui temujanji )
  • Setiap perkhidmatan SERV diberi jaminan selama TUJUH hari selepas tarikh perkhidmatan
  • Tenaga kerja SERV akan menyediakan segala peralatan yang diperlukan ; Memudahkan pelanggan yang memang tidak arif tentang kenderaan – Macam kakak lah. Hee~
  • Mengambil masa sewal 30 minit sehingga dua jam ( perkhidmatan seperti menukar break pad dan palam pencucuh )
  • Menggunakan alat ganti yang berkualiti tinggi dan tulen
Namun, sehingga kini SERV belum menawarkan perkhidmatan memperbaiki kerosakan kritikal seperti menukar gearbox dan radiator sebaliknya semakan kesihatan komponen kenderaan akan dilakukan berserta cadangan baikpulih yang boleh dilakukan akan diberitahu. Semuanya hanya dihujung jari dan pengguna boleh menggunakan aplikasi SERV dan menjimatkan masa serta tenaga. Tiada lagi rutin melepak berpeluh di bengkel kan ? Hee~ Cair mekap sis tau.


INSTALL APLIKASI SERV - DAFTAR AKAUN - BUAT TEMPAHAN - TUNGGU QUOTATION - TUNGGU MEKANIK DATANG - SIAP !!

Kalau tanya kakak, apa pendapat kakak ( merujuk kepada apa yang encik suami kakak cakap lah ye. hahahaha~ ) dari segi harga dan perkhidmatan yang ditawarkan – YA !! SERV berada pada platform yang betul sebab keperluan semasa pengguna yang bekerja serta mengejar masa sehari-hari membuatkan badan jadi letih dan tiada lebihan masa yang berkualiti. 

Macam kakak dan encik suami memang tak sempat nak ke bengkel dan juga pernah ada pengalaman ditipu ( hahahaha~ masa tu baru pindah, tak kenal lagi bengkel mana yang elok atau tidak. ) semasa mengganti palam pencucuh. Frust gak lah sebab ada hidden charges yang hanya diberitahu semasa pembayaran.

Fuff--


Memang rasa tak bijak disitu lah !! Hee~ Tapi belajar dari kesilapan kan ? Disebabkan kakak taknak korang buat silap yang sama, sebaiknya ambil langkah selamat untuk menggunakan SERV dan mungkin link kat bawah ni BERMAKNA buat korang.

LAMAN WEB : https://www.serv.my
WHATSAPP : 018-210 8110


Kalau korang memang sibuk macam kakak ataupun tak tahu menahu tentang kenderaan korang, sebaiknya gunalah perkhidmatan SERV yang lebih telus dan adil kepada pengguna. Jangan memandai-mandai tau. Serahkan kepada yang pakar untuk selesaikan.


LOVE ;
ATIE ADNAN

11 June 2019

TWINBOW RESEPI PREMIUM PENAMBAH TENAGA SEHARI-HARI

Fufff—Menguji kesabaran betul tau kalau bab makan-makan ni sebab kakak sendiri makan hanya untuk tenaga dan bukan untuk kenyang sebab tu kakak memilih sikit. Ramadhan kelmarin kakak sempat cuba – try – test biskut cokelat Twinbow. Hee~

Biskut Raya Hipster

Kalau tengok rupa Twinbow pun tau apa kandungan utama dia. Tipikal biskut milenial kan ?


TWINBOW COOKIES BISKUT HIPSTER


Biskut milenial perlulah rupa ala-ala hipster dan ada cokelat cip. Hahahaha~ Sebab tu kakak cakap Twinbow = biskut hipster. Walaupun begitu rupanya, mungkin dari segi rasa korang kena AMBIL BERAT sebab kalau biashe biashe kakak pun tak teruja nak bercerita tapi ini memang luar biasa.

Kali pertama buat kakak merasai Twinbow memang dah agak dahhhhhhhh—Biskut yang rangup dan cair dalam mulut setanding mewahnya lambakan cokelat cip. Pehhhhh !! Tak berani kakak nak overclaimed nanti korang terliur. Tapi memang best. Tengok gambar macam satu jenama tu kan ? Kan ? Rasa dia jauh berbeza wey.

Resepi Biskut Raya Sedap

Manis tak manis sangat dan memang sekadar cukup rasa menepati selera kakak dan keluarga yang sedia manis dalam senyuman. Gittew wak-- Hee~ Untuk mereka yang menjaga kesihatan dengan cara mengurangkan pengambilan makanan manis, Twinbow merupakan pilihan TEPAT kerana setiap hidangan biskut tersebut cukup untuk membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Apatah lagi kalau kandungan salah satu perisa Twinbow adalah KISMIS !!


fakta : sama seperti anggur, kismis mengandungi sejenis bahan fitokimia 
yang dipanggil resveratrol iaitu sejenis antioksidan dan memiliki sifat antiradang 
juga antikanser selain mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.


WOW !!
Makan Twinbow pun boleh dapat manafaat dan khasiat yang sama !! Hee~

Biskut Penambah Tenaga

Kalau dah menggunakan bahan premium, confirm lah harga boleh tahan mahal kan ? Nah !! Dengan Twinbow, korang cuma berbelanja RM 5.00 untuk setiap 100 gram jekkkkkkk. Murah kan ? Nak lagi best sebab dorang menyediakan FREE POSTAGE untuk pembeli sekitar Lembah Klang. Kalau yang luar Lembah Klang tu nak merasa juga pun boleh, beli lah banyak sikit nanti baru berbaloi tak pun kongsi jek dengan kawan-kawan untuk menjimatkan kos postage tu.


RM 5.00 / 100 gram
FREE POSTAGE sekitar Lembah Klang


Bila kakak cerita pasal kesedapan sesuatu makanan tu, kakak tak berani nak cakap lebih lah sebab tekak kita lain-lain tapi untuk Twinbow ni memang kakak berbesar hati untuk mempersembahkan 9.5 bintang dari 10 bintang sebab bonus kat dorang yang ada kismis dan rasa cokelat yang mewah tu. Tambahan rasa manis dia memang ngam dan tak terlampau muak. Sekali gus kakak dapat mengawal kandungan gula dalam badan kakak juga lah.

Memilih makanan ibarat perjudian untuk kesihatan, sebab tu kakak sangat berhati-hati.

Harga Biskut Twinbow

Kalau korang sama macam kakak, kakak yakin Twinbow tidak akan mengecewakan anak tekak korang. Hahahahah~ Apa lagi ? Masih sempat nak oder ni untuk penuhkan balang kuih raya korang yang dah nak kosong tu. Link macam biasalah, kat bawah eh.




Khasiat kismis

Disclaimer : Anak tekak kakak rasa sedap tidak bermakna anak tekak korang pun sama tau. Hee~ Tapi try lah untuk nikmati rasa berbaloi tu. Jangan kata kakak tak pesan yah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

9 June 2019

3 CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEMBIAK DUIT RAYA ANAK

Alhamdulillah, dah enam hari umat Islam menyambut Hari Raya dengan meriahnya dan sampai pula masa ibu dan ayah memainkan peranan untuk melabur duit raya anak-anak pada saluran yang bermanafaat. Kan ?

Cara Terbaik Membiakkan Duit Raya Anak

Fuff—Rasanya dah ramai yang tahu kakak memang sedikit tegas tentang perbelanjaan sehari-hari apatah lagi bila melibatkan DUIT ANAK.


“Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri, namun boleh gunakan
duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak
dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan
kemudaratan kepada anak-anak. Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk
membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera..”

- Ustaz Azhar Idrus ( UAI )


Mungkin ada yang terfikir bagaimana cara kakak menyimpan duit raya Dua Nur, kan ? Hee~ Nah !! Mungkin korang boleh gunakan cara yang sama macam kakak dan jadikan ia sebagai rutin tahunan.


TIPS SIMPAN DUIT RAYA ANAK


Sebenarnya sudah masuk empat tahun kakak buat benda yang sama dan Dia pinjamkan rezeki untuk kakak kekal konsisten, in shaa Allah memang tak pernah nak berpatah balik sebab kakak rasa INI adalah cara paling mudah untuk kakak menyimpan demi masa depan Nur Aiman dan Nur Aina.


PEMBAHAGIAN


Paling mudah cara yang kakak lakukan adalah bahagikan tarikh untuk sepanjang Syawal :

  • Raya Pertama – Ketujuh
  • Raya Kelapan – Ke – 30

Kenapa dua fasa je ? Hee~ Sebab raya pertama hingga ketujuh memang raya sakan gile lah dan penerimaan duit raya pada tujuh hari tersebut dalah yang tertinggi berbanding hari kelapan dan seterusnya. Simple kan ?

Cara Simpan Duit Raya Anak

Disebabkan Nur Aiman dan Nur Aina pun ada kehendak untuk memiliki mainan baharu dan sekarang memang trend Beyblade, memang nak juga lah barang sebiji dua. Kakak akan bagi sejumlah duit dari duit raya fasa pertama tu sebagai REWARD RAYA dan bakinya bulat-bulat kakak akan SIMPAN.

Pecahan simpanan pula seperti di bawah :


1 : TABUNG HAJI

  • Kalau anak korang belum ada akaun Tabung Haji, kakak nasihatkan MULAKAN SEKARANG !! Sebab simpanan di Tabung Haji ibarat simpanan diam – dah masuk memang tak boleh keluar sampai lah tiba masa untuk anak-anak layak menunaikan ibadah umrah atau haji. Diam-diam masukkan dan lupakan !! Selain itu, pendeposit juga akan terima hibah dari jumlah simpanan. Nah !! Saban tahun juga adalah sedikit bonus 1.25% dari jumlah simpanan.


Baki minima sepanjang tahun / 12 x 1.25% = <3


Selain dari potongan gaji setiap bulan dari akaun encik suami, ada juga lah inisiatif lain untuk menambah jumlah tabungan di Tabung Haji ni.

Tips Menyimpan Duit Raya Anak


2. EMAS

  • Korang follow kakak kat Instagram ? Hahahaha~ Mesti korang tau betapa kakak obses dengan GOLDBAR. Ya !! Nur Aiman adalah pewaris akaun kakak bersama suami dan sebolehnya kakak akan manfaatkan sebahagian lagi ( fasa dua ) untuk membeli goldbar atas niat simpanan Nur Aiman dan Nur Aina.

    Kenapa GOLDBAR dan bukannya emas biasa ?

    Sebab kakak memang tak pakai barang kemas dan jalan terbaik adalah simpan emas dalam bentuk bar. Menurut ramalan ekonomi dunia ( hahahaha~ sudahhhhhhhhhhh—korang baca jek tau !! ) kebergantungan ekonomi dunia terharap emas semakin tinggi dan harga emas pun makin tinggi ( tahun 2020 = RM 503.00 / gram )

    Sebenarnya kakak fokus lebih kepada Dinar. Hee~ Nanti kakak buat entri lain untuk Dinar ya !! Alhamdulillah. Memang semua berjalan macam apa yang kakak dan suami rancangkan. Semua untuk dua orang ni.

Tak okay jugak ?
Pilihan lain ?

Tips Mudah Biakkan Duit Raya Anak
INI lah REWARD RAYA. Hee~ Sorang RM 30.00 pun dorang dah bahagia sebab dorang lagi seronok tengok jumlah dalam akaun masing-masing bertambah. Dengan RM 60.00 ni nak tau tak dorang beli apa ? Hee~ Tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu--

3. SSPN-i

  • Seawal kelahiran Nur Aiman dan Nur Aina memang kakak dah buka akaun SSPN-i dorang. Hee~ Sebab taknak nanti masa belajar dorang dibebani dengan hutang, tak best okay. Sebab tu kakak dan suami ambil langkah drastik dan berani membahagikan duit raya fasa dua ( yang berdurasi tiga minggu jumlah rezeki ) ke dalam SSPN-i. Ya !! Salah satu skim patuh syariah yang diciptakan oleh PTPTN untuk membantu anak-anak menyambung pelajaran kelak.

Selainnya ?

Ada yang menyarankan untuk kakak buka akaun ASB, tapi belum sempat lagi nak fikir. Hahahaha~ Yang dah ada ni pun kakak rasa macam okay tapi mana tau nanti-nanti kakak tambah list ke kan. Untuk duit syiling memang Nur Aiman dan Nur Aina simpan dan disalurkan terus ke SSPN-i sebab itu adalah fokus untuk tabungan pelajaran mereka. Hee~ Sebenarnya tak susah pun nak menabung untuk anak-anak yang pastinya kita sebagai ibu dan ayah AMANAH dalam pengurusan masa depan mereka. Selamanya kita tak hidup tapi jangan lah kita tinggalkan anak-anak dalam keadaan terkontang-kanting.

Hukum Menggunakan Duit Raya Anak

Duit raya anak adalah AMANAH.
Anak-anak adalah AMANAH.

Kalau korang ada cara lain, share lah kat kakak di ruang komen mana tau tahun depan kakak boleh tambah lagi satu tabungan untuk Nur Aiman dan Nur Aina. Hee~ Ilmu jangan lah simpan sensorang, share lah !!!!!!!!!


LOVE ;
ATIE ADNAN

3 June 2019

CASHZINE – JANA PENDAPATAN DENGAN HANYA MEMBACA ; TIADA YURAN PENDAFTARAN

Cashzine ibarat pendapatan dihujung jari apabila pengguna hanya perlu membaca untuk menjana sedikit pendapatan. Wah !! Macam mana pula tu kan ? Macam menarik je.

Cashzine MalaysiaZaman serba memerlukan duit sudah pastinya ada diantara kita termenung setiap kali belanjawan melebihi pendapatan. Fuff—Nak nanges kan ? Hahahaha~ Walaupun dihimpit pelbagai ujian bersoalkan DUIT, masing-masing dari kita sudah tentu mempunya telefon pintar. Kan ? Kan ?


JANA PENDATAN DI MANA SAHAJA


Bila dah ada telefon pintar tetapi tidak dimanfaatkan sebaik mungkin – memang rugi gile. Sekadar update status disosial media lepas tu berbalas komen. Itu saja yang mampu dimaksimumkan ke ? Ha. Kalau korang BIJAK sudah tentunya korang akan cari jalan sebaik mungkin untuk jadikan telefon pintar korang sebagai medium untuk mencari duit.

Bila bercakap pasal duit bukan berkisarkan tentang kemewahan yang mahu dimiliki tetapi bagaimana kita menguruskan kewangan supaya dapat membantu diri sendiri dan juga orang sekeliling untuk menambah nilai kehidupan. Nak jadi lebih baik perlulah berusaha dan rajin. Kalau malas, apa pun tak jadi dan cita-cita serta impian sekadar dalam angan-angan.


Banyak je kerja sambilan online kat luar sana tapi kebanyakannya memerlukan korang mengeluarkan modal atau yuran komitmen dan sekiranya tak capai target, wang pendaftaran tadi tidak akan dipulangkan. Em. Serabut jugak kan ?

Tapi dengan Cashzine, memang tak de yuran pendaftaran.


CASHZINE MALAYSIA


Memang bukan kakak yang terawal buat Cashzine ni, tapi dah ramaiiiiiiiiiii kot dan rata-ratanya memang mereka yang suka membaca dan pandai mengambil peluang untuk sama-sama menjana pendapatan. Tak kisah lah korang surirumah / pekerja kerajaan / guru tadika, pelajar SPM mahupun peniaga online – Cashzine sangat membantu sekiranya korang betul-betul memberi komitmen. Ha. Sebab tu kakak highlight – kalau rajin, semua jadi.

Jana Pendapatan Dengan Hanya Membaca

Cara nak mula pun senang sangat kalau korang ada telefon pintar dan line internet, semua boleh jadi.
Ikut je langkah-langkah kat bawah ni okay !!

  1. Isikan maklumat yang dorang minta
  2. Verify email ( buka email dan klik link CONFIRMATION )

Okay tak ?
Hah ? Tak okay ? Tak jadi ? Kalau tak jadi boleh je kita buat secara manual. Hee~ Jangan lah sedih.
Cuba langkah kat bawah ni pula ya.

  1. Cari CASHZINE kat Google Play Store atau Apple App Store ( macam gambar kat bawah ni ha ) 

    Tambah Pendapatan Isi Rumah

  2. SIGN UP dengan email dan password korang ( pastikan email dan password yang korang ingat – sebab kakak ada dapat kes terlupa password. hahahaha~ rasa nak marah je tapi nasib baik sayang. ha. )
  3. Tunggu email untuk korang VERIFY dan klik link yang dorang bagi kat email tu
  4. LOGIN macam biasa
  5. Pergi ke bahagian ME ( button bawah sekali belah kanan korang )


    Aplikasi Buat Duit


    INI PENTING UNTUK KORANG DAPATKAN 800 COINS !! 

  6. Pergi ke ENTER INVITATION CODE dan masukkan 1483860
Kalau dah siap semua, korang boleh lah baca artikel yang ada. Terlampau banyak artikel yang menarik dan pastinya tak bosan lah sebab artikel pun pendek-pendek dan memberi info sebaiknya. Hee~ Sehari kakak boleh baca hampir 50 artikel tau tapi ni memang sejenis tahap yang gigih lah dan kalau korang macam kakak, tak mustahil korang pun boleh konsisten jana pendapatan dengan Cashzine.

KLIK SINI –> CARA MUDAH JOIN CASHZINE


TIPS JANA DUIT DENGAN CASHZINE


Ada kawan-kawan rapat kakak minta tips cemana kakak buat duit diam ni. Hahahaha~ Segan jek sebab kakak pun masih baharu dan perlukan masa untuk explore aplikasi Cashzine ni dengan baik. Apa yang kakak nampak, aplikasi Cashzine ni memang MEMBANTU sedikit sebanyak duit shopping kakak. Mana taknya :

  • 1,000 coin = RM 1.00
    • Kakak memang target sehari 10,000 coin sehari dan korang boleh target lebih dari kakak tau cuma had kakak memang 10,000 jek. Hee~ Jangan tanya nanti korang serabut dengan jadual kakak. Hahahaha~
  • Baca artikel dapat coin
    • Minimum 5 coin untuk satu artike tapi kalau korang sejenis mengeja ( hahahaha~ ) boleh lah dapat 15 coin untuk satu artikel.
  • Share artikel
    • Minimum Cashzine akan bagi 20 coin dan paling banyak kakak dapat 40 coin. Okay lah kan. Lepas baca ajak plak orang lain baca sama. Sebarkan ilmu gittew--
  • Ajak kawan lain join Cashzine pun korang dapat coin !!!!!!!!
  • POST artikel !!
    • Kalau blogger suka lah ni !!!!! Hahahaha~ Post artikel tidak lebih dari 300 patah perkataan bersama tiga keping gambar yang merujuk kepada artikel korang akan dapat 15 coin setiap kali orang klik untuk baca. Nampakkkkkkkkkk ? Siapa kata ilmu jadi blogger sekadar belajar ? Kan ada income lain yang boleh dibuat.
  • AKTIF
    • Maksudnya setiap hari korang LOGIN Cashzine pun korang akan dapat Bonus Login. Hee~ Menarik kan ?
Kerja Sambilan Dari Rumah

Mudahkan ? Hahahaha~ Dalam tempoh 24 jam kakak dah rekrut 20 orang untuk sama-sama membaca dan jana duit dalam diam. Kalau ikut tips kakak yang sehari 10,000 coin = RM 10.00 ; sebulan dah RM 300.00. Sape je nak bagi sebanyak tu dengan cuma membaca artikel. Ye tidak ?


Lain-lain tips kakak share dari masa ke semasa ya !! Tunggu tau sebab kakak plan lepas ni kakak nak ajar CASHOUT plak. Nak taknak korang memang kena tunggu !! Hahahaha~


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 June 2019

25 TIPS MENCEGAH KANSER DARI TERUS MEREBAK

Bila menyebut perihal kesihatan, mesti takut sampai tak berani nak jumpa doktor sebab taknak ‘dikesan’ mempunyai penyakit kronik dan salah satunya kanser. TERBONGKAR !! Seorang doktor dari Universiti Negara Moscow, Rusia telah mendedahkan beberapa tips supaya dapat merencatkan sel kanser yang telah lama menjadi salah satu faktor kematian di dunia.

Cara Terbaik Mencegah Kanser Pemula

Dr. Guruprasad Reddy BV merupakan salah seorang pensyarah OSH ( Occupational Safety & Health ) di universiti tersohor di Rusia menegaskan bahawa TIADA SIAPA SEPATUTNYA MATI AKIBAT SEL KANSER.




PETUA MENCEGAH KANSER


Berikut merupakan beberapa tips yang mungkin boleh diamalkan untuk dijadikan rutin sehari-hari bagi mengekalkan kesihatan. Siapa tak nak sihat, kan ?

  1. Minum air lemon tanpa gula yang panas boleh mencegah kanser
  2. Ubi kuning dan ubi ungu mempunyai sifat pencegahan kanser perut
  3. Makan lewat malam boleh meningkatkan risiko kanser perut
  4. Jangan makan lebih dari empat biji telur seminggu
  5. Jangan makan buah selepas makan sebaliknya buah harus dimakan sebelum makan makanan utama
  6. Jangan minum teh semasa haid / datang bulan
  7. Kurangkan pengambilan susu soya
  8. Jangan makan tomato semasa perut kosong
  9. Minum segelas air kosong suam setiap pagi sebelum sarapan bagi mengelakkan batu hempedu
  10. Jangan mengambil makanan tiga jam sebelum tidur
  11. Elakkan minum minuman keras / alkohol kerana minuman tersebut boleh menyerbabkan diabetes
  12. Jangan makan roti bakar terus dari pembakar roti semasa panas
  13. Jangan cas telefon bimbit atau mana-mana peranti di sebelah anda semasa sedang tidur
  14. Minum sepuluh gelas air masak sehari bagi mencegah kanser pundi kencing
  15. Minum air masak lebih banyak pada waktu siang dan kurangkan pada waktu malam
  16. Jangan minum lebih dari dua cawan kopi sehari kerana ia boleh menyebabkan insomnia dan gastrik
  17. Makan makanan yang kurang berminyak kerana makanan tersebut mengambil masa 5- 7 jam untuk dicerna
  18. Kurangkan makan selepas jam 5 petang
  19. Amalkan pengambilan ejen KEGEMBIRAAN iaitu ;
    1. Pisang
    2. Limau Gedang
    3. Bayam
    4. Labu
    5. Buah pic
  20. Tidur kurang dari lapan jam sehari boleh merosakkan fungsi otak
  21. Berehat selama setengah jam pada waktu tengahari boleh menjadikan wajah awet muda
  22. Tomato yang telah masak mempunyai sifat penyembuhan yang lebih baik berbanding tomato mentah
  23. Air lemon panas dapat mengekalkan kesihatan dan menjadikan tubuh badan lebih segar
  24. Rasa pahit dalam air lemon panas adalah bahan terbaik untuk membunuh sel-sel kanser
  25. Air lemon yang sejuk hanya mempunyai kandungan vitamin C, tetapi tidak membantu mencegah kanser
  26. Rawatan ekstrak lemon hanya akan memusnahkan sel-sel melignan dan tidak menjejaskan sel yang sihat

Petua Membantutkan Perkembangan Sel Kanser

Turut mengeluarkan fakta yang berkaitan dengan kanser, Dr. Gupta memberi beberapa tips seperti :

  1. Dalam tempoh permulaan untuk mencegah kanser secara konsisten adalah menghentikan semua pengambilan gula kerana gula adalah ‘makanan’ sel kanser
  2. Langkah seterusnya adalah menggabungkan buah lemon dengan secawan air panas dan minum secara konsisten selama tiga bulan dengan rutin sebelum makan – ia 1,000 kali lebih baik daripada proses kimoterapi
  3. Mungkin boleh amalkan dengan memakan tiga sudu minyak kelapa organik pada waktu pagi dan malam untuk mencegah sel kanser

Menjadi sihat dan menjaga kesihatan adalah satu pilihan.
Apa pilihan korang ?


LOVE ;
ATIE ADNAN

1 June 2019

KOLEKSI PANTUN DAN UCAPAN HARI RAYA

Tak sabar rasanya nak menyambut Hari Raya dan sudah tentunya pelbagai persiapan telah dilakukan. Tapi rasanya tak lengkap kalau tak de ucapan berbentuk sekola mahupun pantun – menyantuni hari kemenangan umat Islam. Kan ?

Ucapan Raya Kreatif

Memang tak sah rasanya tidak mengutuskan ucapan sesama kita, kalau dulu memang jenuh juga lah nak menulis satu persatu pada kad raya tapi kini zaman serba canggih sudah pastinya lebih memudahkan. Nah !! Kat bawah ni kakak kongsi koleksi pantun dan ucapan yang mungkin sesuai untuk digunakan.

PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI


pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Di Aidilfitri Mulia,
Maaf dipinta andainya TER-kasar bahasa,
TER-silap bicara,
TER-marah yang tak kena,
TER-tanya yan tak tentu hala,
TER-sasul yang tak sengaja,
TER-pukul dekat mana-mana,
TER-pinjam harta benda,
TER-moody tak semena-mena,
TER-umpat bila-bila & macam-macam lagi yang TER-salah dan TER-silap,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

B4 aidilfitri datang,
B4 ramadhan pergi,
B4 operator busy,
B4 message asik pending,
B4 kredit habis,
Nak wish awal-awal,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
Mesej sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih.

Anak cina sungguh lawa,
Jadi pelukis di bawah pohon,
andai kataku menusuk jiwa,
jari disusun maaf ku pohon.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Mesej dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Anak babun hisap rokok Salem,
Rokok dibeli di kedai Pakya,
Sebelum line telefon ni problem,
Aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA !!

Anak kucing curi ketupat,
Kena kejar terlompat-lompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Hanya mesej yang paling cepat,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jambangan indah lagi berseri
Menjadi hiasan di aidilfitri
Mesej dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air tergenang,
Dosa tertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
MOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALANYA.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya jangan dilupa.

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau mesej sahaja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tidak hilang.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dan cuti,
Mesej sahaja pengganti diri.

Bila kata terselit dusta,
Bila sikap membekas lara,
Bila langkah menoreh luka,
Semoga maaf dapat dipinta.

Bila takbir raya bergema,
Hari kemenangan umat berpuasa,
Genangan airmata mengusik jiwa,
Sepuluh jari saya hulurkan,
Ampun maaf dipinta,
Selamat hari raya.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.

Lisan kadang-kadang tak terjaga,
Janji kadang-kadang terabaikan,
Hati kadangkala berprasangka,
Sikap kadangkala menyakitkan,
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita,
Syawal akan menjelang - Mohon Maaf zahir dan Batin.

Budaya yang tak lapuk de zaman sekiranya kita sebagai generasi muda memperkembangkan dan menyebarkan budaya bermaafan walaupun jauh di mata. Hee~ Hujung kata dari kakak dan keluarga, semoga Aidilfitri tahun ini memberi lembaran baharu kepada kita dan saling melupakan sengketa lama.

Aamiin.
In shaa Allah.


LOVE ;
ATIE ADNAN