KOLEKSI PANTUN DAN UCAPAN HARI RAYA

Tak sabar rasanya nak menyambut Hari Raya dan sudah tentunya pelbagai persiapan telah dilakukan. Tapi rasanya tak lengkap kalau tak de ucapan berbentuk sekola mahupun pantun – menyantuni hari kemenangan umat Islam. Kan ?

Ucapan Raya Kreatif

Memang tak sah rasanya tidak mengutuskan ucapan sesama kita, kalau dulu memang jenuh juga lah nak menulis satu persatu pada kad raya tapi kini zaman serba canggih sudah pastinya lebih memudahkan. Nah !! Kat bawah ni kakak kongsi koleksi pantun dan ucapan yang mungkin sesuai untuk digunakan.

PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI


pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Di Aidilfitri Mulia,
Maaf dipinta andainya TER-kasar bahasa,
TER-silap bicara,
TER-marah yang tak kena,
TER-tanya yan tak tentu hala,
TER-sasul yang tak sengaja,
TER-pukul dekat mana-mana,
TER-pinjam harta benda,
TER-moody tak semena-mena,
TER-umpat bila-bila & macam-macam lagi yang TER-salah dan TER-silap,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

B4 aidilfitri datang,
B4 ramadhan pergi,
B4 operator busy,
B4 message asik pending,
B4 kredit habis,
Nak wish awal-awal,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Tok Dalang pergi ke dusun,
Gadis India memakai sari,
Seikhlas hati jari disusun,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di AIDIL Fitri,
Hantar kad raya posmen dah cuti,
Mesej sahaja penggganti diri.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Biar amarah disunting senyum,
Ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
Ibarat rezeki tidak disisih.

Anak cina sungguh lawa,
Jadi pelukis di bawah pohon,
andai kataku menusuk jiwa,
jari disusun maaf ku pohon.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Adik tersayang segak bergaya,
Memanjat kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Mesej dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

Anak babun hisap rokok Salem,
Rokok dibeli di kedai Pakya,
Sebelum line telefon ni problem,
Aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA !!

Anak kucing curi ketupat,
Kena kejar terlompat-lompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Hanya mesej yang paling cepat,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Jambangan indah lagi berseri
Menjadi hiasan di aidilfitri
Mesej dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Setitik embun dipohon rimbun,
Di atap nipah air tergenang,
Dosa tertimbun mohon diampun,
Salah dan silap jangan dikenang.

Masak lomak cili api,
Campo dongan daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
MOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS SEGALANYA.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya jangan dilupa.

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau mesej sahaja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tidak hilang.

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah di Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dan cuti,
Mesej sahaja pengganti diri.

Bila kata terselit dusta,
Bila sikap membekas lara,
Bila langkah menoreh luka,
Semoga maaf dapat dipinta.

Bila takbir raya bergema,
Hari kemenangan umat berpuasa,
Genangan airmata mengusik jiwa,
Sepuluh jari saya hulurkan,
Ampun maaf dipinta,
Selamat hari raya.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.

Lisan kadang-kadang tak terjaga,
Janji kadang-kadang terabaikan,
Hati kadangkala berprasangka,
Sikap kadangkala menyakitkan,
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita,
Syawal akan menjelang - Mohon Maaf zahir dan Batin.

Budaya yang tak lapuk de zaman sekiranya kita sebagai generasi muda memperkembangkan dan menyebarkan budaya bermaafan walaupun jauh di mata. Hee~ Hujung kata dari kakak dan keluarga, semoga Aidilfitri tahun ini memberi lembaran baharu kepada kita dan saling melupakan sengketa lama.

Aamiin.
In shaa Allah.


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

Powered by Blogger.