TWINBOW RESEPI PREMIUM PENAMBAH TENAGA SEHARI-HARI

by - June 11, 2019

Fufff—Menguji kesabaran betul tau kalau bab makan-makan ni sebab kakak sendiri makan hanya untuk tenaga dan bukan untuk kenyang sebab tu kakak memilih sikit. Ramadhan kelmarin kakak sempat cuba – try – test biskut cokelat Twinbow. Hee~

Biskut Raya Hipster

Kalau tengok rupa Twinbow pun tau apa kandungan utama dia. Tipikal biskut milenial kan ?


TWINBOW COOKIES BISKUT HIPSTER


Biskut milenial perlulah rupa ala-ala hipster dan ada cokelat cip. Hahahaha~ Sebab tu kakak cakap Twinbow = biskut hipster. Walaupun begitu rupanya, mungkin dari segi rasa korang kena AMBIL BERAT sebab kalau biashe biashe kakak pun tak teruja nak bercerita tapi ini memang luar biasa.

Kali pertama buat kakak merasai Twinbow memang dah agak dahhhhhhhh—Biskut yang rangup dan cair dalam mulut setanding mewahnya lambakan cokelat cip. Pehhhhh !! Tak berani kakak nak overclaimed nanti korang terliur. Tapi memang best. Tengok gambar macam satu jenama tu kan ? Kan ? Rasa dia jauh berbeza wey.

Resepi Biskut Raya Sedap

Manis tak manis sangat dan memang sekadar cukup rasa menepati selera kakak dan keluarga yang sedia manis dalam senyuman. Gittew wak-- Hee~ Untuk mereka yang menjaga kesihatan dengan cara mengurangkan pengambilan makanan manis, Twinbow merupakan pilihan TEPAT kerana setiap hidangan biskut tersebut cukup untuk membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Apatah lagi kalau kandungan salah satu perisa Twinbow adalah KISMIS !!


fakta : sama seperti anggur, kismis mengandungi sejenis bahan fitokimia 
yang dipanggil resveratrol iaitu sejenis antioksidan dan memiliki sifat antiradang 
juga antikanser selain mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.


WOW !!
Makan Twinbow pun boleh dapat manafaat dan khasiat yang sama !! Hee~

Biskut Penambah Tenaga

Kalau dah menggunakan bahan premium, confirm lah harga boleh tahan mahal kan ? Nah !! Dengan Twinbow, korang cuma berbelanja RM 5.00 untuk setiap 100 gram jekkkkkkk. Murah kan ? Nak lagi best sebab dorang menyediakan FREE POSTAGE untuk pembeli sekitar Lembah Klang. Kalau yang luar Lembah Klang tu nak merasa juga pun boleh, beli lah banyak sikit nanti baru berbaloi tak pun kongsi jek dengan kawan-kawan untuk menjimatkan kos postage tu.


RM 5.00 / 100 gram
FREE POSTAGE sekitar Lembah Klang


Bila kakak cerita pasal kesedapan sesuatu makanan tu, kakak tak berani nak cakap lebih lah sebab tekak kita lain-lain tapi untuk Twinbow ni memang kakak berbesar hati untuk mempersembahkan 9.5 bintang dari 10 bintang sebab bonus kat dorang yang ada kismis dan rasa cokelat yang mewah tu. Tambahan rasa manis dia memang ngam dan tak terlampau muak. Sekali gus kakak dapat mengawal kandungan gula dalam badan kakak juga lah.

Memilih makanan ibarat perjudian untuk kesihatan, sebab tu kakak sangat berhati-hati.

Harga Biskut Twinbow

Kalau korang sama macam kakak, kakak yakin Twinbow tidak akan mengecewakan anak tekak korang. Hahahahah~ Apa lagi ? Masih sempat nak oder ni untuk penuhkan balang kuih raya korang yang dah nak kosong tu. Link macam biasalah, kat bawah eh.




Khasiat kismis

Disclaimer : Anak tekak kakak rasa sedap tidak bermakna anak tekak korang pun sama tau. Hee~ Tapi try lah untuk nikmati rasa berbaloi tu. Jangan kata kakak tak pesan yah !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

You May Also Like

4 comments

  1. tengok rupa pun dah nampak sedap kak.. kalau dah rasa mesti lagi sedap.. haha..

    ReplyDelete
  2. yang kurang manis la kita cari sebab takut terlajak mengunyah buruk padahnya

    ReplyDelete
  3. Wui..nampak cookies tu memang mengancam, teruutama bila tengok awal2 pagi camni. Meleleh airliur beb..

    ReplyDelete