30 July 2019

I HAVE A BIG DREAM BAKAL MEREALISASIKAN IMPIAN ANAK-ANAK CHEWIES

Sesekali duduk dengan anak-anak mesti terpacul beberapa soalan tentang masa depan yang merujuk kepada impian dan cita-cita. Kan ?

Parenting Blogger Malaysia

Kakak sendiri tak terkecuali bermain dengan imaginasi anak-anak sampai terkenang masa zaman kanak-kanak yang sering bertukar cita-cita. Hahahaha~ Kejap nak jadi cikgu, kejap nak jadi pramugari, kejap nanti nak jadi polis pulak. Haish—Segan je bila cerita semula kat anak-anak.

Setiap anak perlu dilihat sebagai insan yang memiliki tubuh badan, mempunyai idea, perasaan, hubungan sosial dan kesemuanya berkembang serta berfungsi dengan baik dalam waktu yang sama. Contohnya, apabila si anak dikenalpasti mempunyai bakat, kebolehan dan minat dalam pergerakan kinestatik iaitu bermain bola sepak – sudah tentu bakat tersebut harus digilap supaya tahap kecerdasan konsisten dan menjadiakan mereka pemain bola sepak yang hebat.


PERTANDINGAN MENULIS ESEI


Itu kalau contohnya adalah pemain bola sepak tapi kalau ada minat yang lain pun tak salah je nak sokong dan bagi bimbingan khusus untuk mereka.

Pada pendapat kakak sendiri sebagai ibu yang sangat komited membesarkan anak-anak dengan imaginasi dan pembelajaran di luar sekolah secara konsisten, perbualan dua hala yang melibatkan kakak dan Nur Aiman atau Nur Aina dapat membina bonding dan sokongan supaya anak-anak membesar dengan keyakinan diri. Ya !! Kakak juga menyahut cabaran mengurangkan penggunaan gadget kepada anak-anak. Hee~

Vitamin Untuk Imun Sistem Anak-anak

Disebabkan itu juga kakak menggalakkan Nur Aiman dan Nur Aina menyertai pertandingan I HAVE A BIG DREAM yang dianjurkan oleh Chewies dengan kerjasama Watsons yang akan berakhir pada 04hb September 2019 nanti. Maksudnya, ada lebih kurang sebulan lebih lagi untuk Nur Aiman dan Nur Aina bersedia dengan penulisan terbaik untuk menang pertandingan.

Alang-alang dah sertai pertandingan sudah tentunya nak menang !!

Pertandingan Menulis Esei

Pertandingan I HAVE A BIG DREAM merupakan kerjasama antara Watsons dan juga AJ Research & Pharma yang juga merupakan kempen tahunana CSR ( Corporate Social Responsibility ) Chewies 2019 yang bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencipta dan mencapai impian tersebut. Uniknya, pada kali ini pihak Chewies membuat pengumuman bahawa – RM 1.00 dari hasil jualan setiap unit vitamin Chewies akan diserahkan kepada sekolah-sekolah para pemenang.

Nah !!
Maksudnya, pertandingan ini bukan sekadar dorongan dari ibu bapa di rumah sahaja sebaliknya penglibatan dari pihak sekolah sangat dialu-alukan. Al maklumlah. Anak yang baru darjah satu pun kini dah pandai berimaginasi dan juga menulis karangan. Apa salahnya kembangkan bakat dan kebolehan mereka untuk sertai pertandingan sebegini.


CHEWIES MALAYSIA


Cuba menyumbang sedikit sokongan kepada ibu dan ayah di Malaysia untuk memberi makanan tambahan terbaik kepada kanak-kanak yang sedang membesar, setiap produk jenama Chewies telah melalui ujian klinikal yang ketat bagi memastikan keberkesanan vitamin kepada anak-anak. Antara produk yang telah berada di pasaran adalah Multivitamins, Lysine, Vitamin C, Taurine dan Immunolicious – yang bertujuan menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut usia.

Vitamin Chewies

Apa yang menariknya, Wellmune yang terkandung dalam Immunolicious telah dipatenkan dari USA berupaya menguatkan sistem iun badan untuk melawan patogen yang merbahaya, mengurangkan simptom batuk dan selesema serta mengurangkan peratus hari sakit kanak-kanak. Immunolicious mengandungi tiga perisa sedap iaitu strawberi, oren dan mangga dan dibekalkan dalam tiga saiz iaitu 10 biji ( travel pack ), 30 biji dan juga 60 biji yang boleh didapati di rangkaian Watsons.

Nur Aiman dan Nur Aina sendiri mencabar diri untuk sertai “I Have A Big Dream” dengan menghantar hasil penulisan mereka ke contesthealth@watsons.com.my untuk memenangi hadiah utama iaitu IMPIAN AKAN DITUNAIKAN !! Wah !! Siapa yang tak nak kan ? Hee~

Kalau anak-anak korang berminat, mungkin boleh sertai sama dan caranya pun sangat mudah !!

TAJUK
I Have A Big Dream


KATEGORI
  • 4 – 6 tahun ; Melukis
  • 7 – 12 tahun ; Menulis karangan tidak lebih dari 100 patah perkataan ( bahasa bebas !! )

SYARAT-SYARAT
  • Semua penyertaan handaklah dihantar dalam bentuk gambar ke contesthealth@watsons.com.my
  • Semua penyertaan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 04hb September 2019 jam 11.59 malam
  • Penilaian akan dibuat berdasarkan beberapa faktor seperti :
    • Kualiti gambar yang dihantar ( jelas dan terang )
    • Kreativiti
    • Keaslian
    • Kesesuaian tema

HADIAH

  • Hadiah Utama
    • Impian 3 Pemenang Akan Ditunaikan + 3 x RM 150.00 hamper Chewies untuk setiap kategori
  • Saguhati
    • 5 x RM 150.00 hamper Chewies untuk setiap kategori
  • Tambahan
    • Jika ibu bapa pemenang merupakan pemegang kad Watsons, 1000 point akan dikreditkan terus ke akaun ibu bapa mereka

Ya !!
Kakak jadikan platform I HAVE A BIG DREAM untuk memberi galakan bahawa impian yang baik-baik perlu ditunaikan dan tak salah rasanya kalau korang juga bina keyakinan diri untuk anak-anak menyertai pertandingan di luar sekolah. Hee~ Mana lah tahuuuuuuuuuuuuuu--


Hee~ Berulang kali kakak tengok video yang kakak rekod sendiri dan edit sendiri. Kira bangga juga lah dapat merealisasikan impian Nur Aina nak jadi model. Walaupun sekadar model kepada ibu dia je. Hahahahaha~

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, mungkin korang boleh terus klik link yang kakak serta kan di bawah.


Ntah !!
Sampai ke harini kakak masih menganggap #parentingisfun !!

Tak gitu ?

LOVE ;
ATIE ADNAN


22 July 2019

BELI BARANG DAPUR PADA HARGA MURAH SEMPENA FOOD CARNIVAL, LULU HYPERMARKET

Masih menjadi peneraju harga berpatutan, sekali lagi LuLu Hypermarket memecah tradisi dengan mengadakan Food Carnival yang akan berlangsung selama 12 hari di semua cawangan LuLu Hypermarket dalam dan luar negara.

Lulu 1 Shamelin

Memang seronok habis bila hampir ke semua harga makanan tak kiralah basah ataupun kering mahupun sedia dimakan ditawarkan pada harga terendah !! Ngam dah ni sempena minggu gaji. Kan ?


FOOD CARNIVAL LULU HYPERMARKET


Bertempat di LuLu Hypermarket cawangan 1 Shamelin Mall, Cheras – promosi Food Carnival yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh ; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19hb Julai 2019 baru-baru ini memberi ruang dan peluang kepada pengeluar memaksimumkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan pengguna yang membeli-belah melalui pasaraya LuLu Hypermarket. Ini bertepatan dengan sasaran LuLu Hypermarket untuk memberi tawaran terbaik disamping memudahkan masyarakat setempat berbelanja sekaligus berjimat.

a

Pelbagai tawaran menarik termasuklah memberi harga rendah berbanding harga pasaran terkini untuk makanan sedia dimakan di bahagian Hot Food yang menghidangkan lebih 20 jenis makanan. Senang dah, tapau – bawak balik ataupun makan je kat ruang cafe yang telah disediakan. Hee~ Kalau kakak lah memang lemah iman sungguh bila depan mata terhidang pelbagai jenis lauk-pauk yang menyelerakan. Lagi-lagi yang bertemakan ; AYAM.

Membuatkan Food Carnival menjadi semakin unik apabila stall khusus untuk pemanis mulut dari Timur Tengah iaitu Baklava disusun cantik seperti mahu diperagakan. Sempurna rasa dan tidak terlampau manis dan sudah tentu dihidangkan siap terus dari ketuhar bagi memastikan pembeli hanya mendapat kualiti yang setanding dengan promosi sedang dijalankan. Fuff—Masa menaip ni pun kakak masih terbayangkan rasa manis-manis lemak Baklava tersebut. Rasa macam nak lagi !!

Baklava Murah

Resepi Baklava Sedap

Sepanjang kakak membeli-belah barang dapur di LuLu Hypermarket, belum lagi lah kakak kecewa dengan kualiti yang ditawarkan. Hee~ Mak mak yang memang sentiasa jaga bajet isi rumah, sudah tentunya kakak mahukan yang terbaik untuk keluarga dengan menyediakan makanan yang lazat dari sumber yang segar !!

Pemborong Makanan Laut Segar

Nah !! Belum lagi mengecewakan apabila semua sayur-sayuran dan buah-buahan di LuLu Hypermarket segar-segar belaka !! Haish—Rambang mata ha.

Barang Basah Murah Cheras

Pemborong Buah-buahan Murah Selangor

Pemborong Kacang Murah Kuala Lumpur

1 Shamelin Mall, Cheras

Capsquare Kuala Lumpur

Pemborong Cokelat Murah Kuala Lumpur

Untuk promosi pembukaan LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall, Cheras haritu dah ada kawan kakak terlepas harga menarik untuk air cooler idaman beliau.

Kat Mana Nak Beli Barang Dapur Murah

Nak ketawa kakak bila beliau mengadu tak sempat grab barang sebiji dua dan katanya kali ni memang takkan lepaskan peluang dan nak redah juga untuk mendapatkan harga barangan elektrik yang menarik. Ha—Betul !! Sempena Food Carnival ni, bukan sahaja harga barang makanan menjadi murah tetapi barangan lain seperti barangan elektrik, sabun mandi, pakaian harian pun terkena tempias tau !!




Haish--
Tak tau nak describe cemana bila masuk-masuk je LuLu Hypermarket nampak sana murah, sini murah. Hee~

Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-anak

Anak-anak meragam dan tak nak bagi kerjasama untuk mak mak membeli dengan santainya ? Haa. Hantar je dorang untuk sertai pertandingan mewarna yang dianjurkan sepanjang promosi Food Carnival ni. Confirm dorang leka dan seronok sebab semua pun layak menang hadiah !! Mak seronok membeli, ayah seronok berjimat dan anak-anak seronok menang hadiah !! Satu keluarga happy lah kiranya ni.


PERADUAN DREAM DRIVE


Dah membeli ? Seronok ? Hee~ Kalau resit pembelian korang bernilai RM 75.00 dan ke atas dalam satu resit tunggal, apa kata korang sertai juga PERADUAN DREAM DRIVE yang telah berlangsung dan akan tamat pasa 01hb September 2019 untuk merebut peluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu dua buah Proton X70 dan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti Apple iPhone 7Plus, televisyen LED dan juga baucar membeli-belah di LuLu Hypermarket. Mana lah tahu rezeki korang memang ada.

Buat Duit Dari Rumah

Untuk maklumat lanjut dan kepuashatian korang dengan pelbagai info, kakak sertakan link yang mungkin membantu. Hee~

ALAMAT :
LuLu Hypermarket,
Jalan 4/91, One Shamelin Mall,
Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur.

LAMAN WEB : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY
FACEBOOK : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketMA
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/luluhypermy

Berbaki lagi lapan hari !!

Ehem--
Dah gaji kan ? Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

20 July 2019

21 HOTEL MENARIK MENGHADAP PANTAI DI TERENGGANU BOLEH DITEMPAH MELALUI BAGASI.MY

Ni dah bulan Julai dan tak lama lagi akan masuk cuti sekolah – Sudah tentu senarai percutian bukan main panjang berjela tetapi jangan lupa masukkan negeri Terengganu sebagai lokasi utama sebab korang boleh lepak tepi pantai !!

Hotel Murah Di Terengganu

Bagasi.My telah menyenaraikan 21 hotel yang menarik di sekitar Terengganu dengan butiran lengkap supaya pembaca mudah membuat pilihan berpada dengan bajet. Nak berjalan sakan kena juga kumpul informasi terkini supaya dapat manfaatkan percutian sebaiknya.


BAGASI.MY


Menjadi platform untuk para pelancong dalam dan luar negara membuat sedikit kajian tentang lokasi dan pemilihan hotel yang bertepatan dengan tujuan, Bagasi.My berkongsi pengalaman serta pendapat terbaik bagi memenuhi kehendak pembaca melalui kaca mata seorang pengembara.

Terengganu Hotel


Sebut je pasal Terengganu sudah tentunya pantai yang berpasir putih dan air laut membiru menjadi tarikan utama selain port-port batu karang yang memukau pandangan dari dasar laut. Nah !! Angin pantai yang bertiup menjadi pengubat melepaskan lelah.


HOTEL MENGHADAP PANTAI DI TERENGGANU


Mengikut senarai yang telah disediakan oleh Bagasi.My, negeri Terengganu mempunyai 21 hotel yang menghadap pantai dengan harga berpatutan iaitu bermula dari RM 30.00 !! Huish—Sampai macam tu sekali Bagasi.My berusaha untuk pembaca. Hahahaha~ Dah lah sediakan senarai, siap letak alamat dan juga nombor telefon supaya mudah untuk korang buat tempahan. Al maklum lah, bila musim cuti memang bersesaklah orang nak lepak pantai dan orang adalah salah seorang kan ? Hee~

Chalet Murah Menghadap Laut di Terengganu

Memberi satu gambaran yang berbeza melalui sudut pandang seorang pengembara, sudah tentunya kemudahan yang selesa dan semua tarikan tertumpu pada satu tempat menjadi pilihan dan tidak peliklah kalau setiap butiran mengenai hotel diterjemahkan dengan baik dan ringkas.

Bukan itu sahaja, Bagasi.My turut menyenaraikan hotel / chalet yang bersesuaian dengan majlis atapun urusan korang selama berada di negeri Terengganu. Ye lah. Kot mungkin korang nak berbulan madu ataupun meraikan ulangtahun perkahwinan – Sudah tentu moment yang dicipta menjadi moment terindah dalam hidup. Wah !! Teruja kan ?

Untuk kakak yang belum lagi berkesempatan menjejakkan kaki ke negeri Penyu atas tujuan istirehat membuatkan kakak mencongak-congak betapa indahnya persisiran pantai. Haish—Kalau sebelum ni menatap gambar je, harap-harapnya adalah rezeki dalam masa terdekat ni. Hee~ Sudah tentulah kakak percaya dengan apa yang Bagasi.My sediakan. Hotel menghadap pantai menjadi pilihan pertama dan tarikan lain pada nombor berikutnya.

Chalet Tepi Pantai Terengganu

Tak percaya ?




Korang boleh explore laman web Bagasi.My untuk mengetahui lebih lanjut tentang 21 hotel yang telah disenaraikan. Em. Jangan lupa membuat pilihan yang bijak dan bersesuain dengan bajet korang. Sempena menyahut seruan kerajaan untuk terus menyokong industri pelancongan dalam negara, kakak rasa Bagasi.My dah menyediakan platform paling mudah untuk dijadikan rujukan.

Apa lagi ?
Terengganu jom !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

18 July 2019

OLD SCHOOL STEAKHOUSE MENGHIDANGKAN STEAK HALAL TERBAIK DI TAMAN TUN DR. ISMAIL

Dah kalau penggemar daging memang tak lari lah keluar – masuk pelbagai jenama steakhouse yang penting HALAL dan sedap tapi kali ni kakak singgah kenyangkan perut di Old School Steakhouse yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail untuk merasai sendiri kualiti daging yang menjadi taruhan. Pehhhhh—Jalan-jalan cari makan plak ha.


Orang kata kalau nak makan steak, persekitaran juga memainkan peranan penting. Tidaklah makan daging yang berkualiti tapi hanya duduk bersidai ditepi jalan. Tak feel wey. Dah lah bukan selalu, tapi sekali kena nak lah semuanya proper dan memberi kenangan. Hee~ Ini pendapat kakak lah sebab kakak kan suka berangan ala-ala diva gittew--


OLD SCHOOL STEAKHOUSE


Sempat kakak berbual dengan pemilik restoran iaitu Encik Pang bersama tukang masak tersohor mereka yang telah berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang penyediaan makanan berdaging, Old School Steakhouse yang telah menjengah usia dua tahun menyediakan lebih tujuh jenis daging untuk penggemar daging menikmati setiap potongan pada harga mampu milik. Haa. Kakak tau KEYWORD tu yang korang nak dengar kan ? Hahahaha~

YA !!
MAMPU MILIK !!

Bukan sekadar presentation dan persekitaran yang menarik, Old School Steakhouse memberi peluang kepada penggemar daging berkualiti menikmati setiap hirisan tanpa rasa terbeban. Wah !! Ye ye je kakak kipas kan ? Hahahaha~ Kakak tau lah, kakak dah singgah kottttttt--


Lokasi restoran yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman, memberi kelebihan akses jalan dari beberapa lokasi khususnya dari Kota Damansara, Damansara Perdana, Mont Kiara dan juga sekitar Kuala Lumpur memberi BONUS besar !! Tak jauh dari hiruk pikuk bandar, kakak yakin lokasi Old School Steakhouse mudah dicari dan tiada lagi isu pergaduhan NAK MAKAN KAT MANA !!

SALAD UDANG DENGAN MANGGA - Wajib try !!
Duduk dan baca menu sekejap pun kakak dah terliur fikir bukan-bukan. Hahaha~ Ya !! Kakak memang pencinta daging mahal sudah tentunya kakak mengutamakan rasa asli setiap masakan. Berpeluh gak la nak buat pesanan sebab ada lebih 50 jenis makanan yang ntah apa-apa. Ye lah. Selalunya encik suami yang order tapi kali ni kena berdikari sket. Jadi. Kakak order :

  • Mango Shrimp Salad
  • Roast Rack of Lamb
  • Crepe Suzette
  • Set Dinner Special C
    • Lobster Bisque
    • Ribeyesteak
    • Chocolate Brownie With Vanilla Ice Cream
  • Apple Juice
  • Pineapple Juice

BEST STEAK IN KUALA LUMPUR

Hahahahah~ Ya !! Banyak kan ? Tapi bukan kakak sorang lah, ada kawan yang teman kakak makan, kurang sikit lah rasa bersalah kat diri sendiri bila makan benda sedap ni..

ROAST RACK OF LAMB
Sebagai individu yang sangat suka kan daging kambing, kakak sebulat hati mengatakan YES untuk menu ni. Hahahaha~ Tak tau nak cakap sebab rasa daging yang lembut tu blendddddddd sangat dengan sos herba blackpepper dia. Portion yang besar lah bagi kakak tapi kalau encik suami kakak ni tak cukup. Tan tah berebut nanti.


Nampak tak juicy dia cemana ? Okay !! #DONETERLIUR lagi. Haish !! Masalah betul. Hahahaha~


Ribeye ( medium rare ) yang ni memang sedap. Haish !! Daging dia menepati piawaian dan expectation kakak tau. Ye lah. Bila baca pengalaman Old School Steakhouse yang menjengah ke angka DUA, mesti lah tak letak jangkaan terlampau tinggi tapi kalau ini lah hasil dia - minta maaf lah kat jenama besar luar sana.

Kalian dah ada pesaing dalam industri. Hee~

Ni Dinner Set C yang kakak order - Ribeye ni datang dengan Lobster Bisque dan Chocolate Brownies With Vanilla Ice Cream. PERFECT !! Tak payah nak cakap ape lagi dah.


RARE !!
Crepe Suzette tu memang lain dari yang kakak pernah rasa. Tak macam crepe lain lah senang cerita. Lempeng nipis disaluti sos lemon limau manis. Em. Tak manis sangat dan masam-masam yang sempurna. Cemana nak explain eh ? Hahahaha~ Macam tu lah.

Kalau nak tanya rating kat kakak untuk setiap makanan ni, tak adil rasanya sebab setiap dari kita punyai deria rasa yang tak sama. Mungkin pada korang tak sedap tapi pada kakak sangat lah sedap lahaiiiiiii. Cuma korang boleh percaya kat kakak, Old School Steakhouse menjamin kelazatan pada setiap hidangan bagi memastikan pelanggan balik dengan muka tersenyum. Macam kakak lah. Sempat kakak mengusik tukang masak tentang pengalaman beliau selama menjadi CHEF DAGING, ternyata sepanjang tempoh beliau memasak belum pernah ada lagi kenyataan negatif dari pelanggan.
Maksudnya ?

YA !!
Korang pandai. Hahahaah~


Ziz makan sambil membebel okay. Hahahaha~ Baru puas hati.

Kalau korang nak sambut hari-hari bahagia dalam kenangan ataupun meraikan pelbagai majlis, boleh buat tempahan awal pada link dan nombor yang tertera di bawah.


HOTLINE : 03-7732 0336


Adakah kakak akan repeat ?
Kalau korang nak tau, haritu dah ada yang merajuk sebab tak dapat ikut kakak singgah Old School Steakhouse sebab ada meeting saat akhir. Hahahaha~ Disebabkan itu, kakak bersetuju untuk REPEAT !!


LOVE ;
ATIE ADNAN

17 July 2019

FARHAT LABORATOIRES MEMBANTU RAWAT MASALAH KULIT ORANG ASIA

Sudah lebih sepuluh tahun bertapak dalam industri kecantikan, Farhat Laboratoires sangat komited dalam penghasilan produk penjagaan kulit wajah yang berkualiti untuk mengatasi masalah kulit dan memberi kesan penyembuhan yang positif. Nah !!

Hukum Halal Dan Haram PRP ( Vampire Treatment )
Memiliki penampilan yang menarik dengan kulit yang cantik sudah tentunya menjadi idaman setiap individu tak kiralah lelaki atau perempuan namun setiap dari kita terdedah dengan pelbagai trick promosi produk-produk kecantikan yang belum tentu sesuai dengan kulit kita. Em—Bunyi macam menakutkan tapi itu adalah realiti pasaran yang memang tak boleh dinafikan.


KESILAPAN MEMILIH PRODUK KECANTIKAN


Lambakan produk kecantikan dengan testimoni-testimoni pengguna menjadi sandaran kepada pengguna untuk membeli lalu mencuba produk tersebut apatah lagi sekiranya jenama itu menggunakan artis yang mempunyai pengaruh sebagai duta. Kan ? Dengan iklan selang beberapa minit sudah tentunya menlekat terus di kepala. Ya !! Itu adalah teknik marketing bagi menarik pelanggan.

Namun, masih ramai yang tidak peka dengan ramuan yang terkandung dalam produk tersebut samada mempunyai ramuan terlarang atau mampu memberi kemudaratan kepada kulit tak kiralah untuk jangka masa pendek ataupun panjang. Kebanyakan pengguna sentiasa teruja mahukan kesan yang diinginkan dalam tempoh yang singkat dan itu yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang tidak berasas tanpa menyelidik kandungan produk.

Tanpa rasa bertanggungjawab, kebanyakan pengeluar produk kecantikan dan kosmetik menggunakan pelbagai jenis logam berat seperti merkuri, plumbum, hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotik dan juga kortikosteroid untuk mengaut keuntungan dan juga ‘menunaikan’ impian pengguna.

Farhat Skincare

Menyedari kepentingan penjagaan kulit yang baik, Farhat Laboratories memperkenalkan beberapa produk iaitu :

  • Soothing Mist

“Farhat Soothing Mist diformulasikan istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah. Tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi..” - Dr. Farhat Ayaz

  • Blossom Beauty Soap
  • My Secret Weapon
  • Sleeping Mask
  • Recovery Serum

Selain menyediakan pelbagai jenis rawatan untuk memperbaiki masalah kulit seperti anti-aging, acne dan scar treatment, hair removal, filler face and lips, hair profiling dan banyak lagi.

Farhat Laboratoires Merawat Masalah Kulit Orang Asia

Telah lebih 15 tahun berpengalaman dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, kesemua produk keluaran Farhat Laboratories telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) yang boleh digunakan bagi tujuan merawat masalah kulit tanpa ragu-ragu.

Mengadun sempurna sumber alami seperti daun which hazel, mawar damsyik, bunga chamomile dan juga aloe vera membuatkan setiap perincian produk lebih sempurna. :

  • Daun Hamamelis Virginia ( daun Whitch Hazel ) membantu mengurangkan keradangan yang membantu mengurangkan punca penyebab keradangan sekaligus memberi kesan yang lembut pada kulit.
  • Bunga Mawar Damsyik ( Rosa Damascena ) dan bunga chamomile ( Chamomilla Recutita ) mempunyai ciri-ciri farmakologikal termasuk bersifat antibakteria, antitusif dan berkesan membantu mengurangkan keradangan kulit. Memberi perlindungan antioksida yang mampu menenangkan dan memberi kelembapan pada kulit.
  • Daun Aloe Vera ( Aloe Barbadenesis ) yang bersifat memulih dan antikeradangan yang membantu mengurangkan kerengsaan kulit disamping merangsang pembentukan sel-sel baharu dan meminimumkan kesan parut dengan pantas.
  • Herba Centella Asiatica yang mengandungi asid amino dan juga mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside yang memberi kelembapan sekaligus menenangkan kulit bermasalah. Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan klulit.
Farhat Laboratoires Merawat Masalah Kulit Orang Asia

Tak tahu apa masalah kulit sehingga menjejaskan penampilan ? 
 
Jangan risau, di Farhat Laboratoires korang boleh tanya semuanya termasuklah soalan-soalan berkaitan kesihatan wanita. Ye lah. Kadang-kadang pergi klinik, doktor yang bertugas adalah doktor lelaki – segan plak nak tanya. Kan ? Hee~ In shaa Allah, segala persoalan akan dijawab dengan baik oleh barisan tenaga bertauliah yang diketuai oleh Dr. Farhat Ayaz sendiri.

Blossom Soap Farhat

Mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang !!


EMAIL : farhatlaboratoires@gmail.com


Jangan sampai masalah kulit dah teruk baru nak cari jalan penyelesaian. Hee~ Masa tu nanti mungkin susah sikit nak rawat dan kos rawatan mungkin lebih mahal. Seeloknya jaga kesihatan kulit sebelum masalah menjadi semakin teruk.


LOVE ;
ATIE ADNAN

10 July 2019

KU.KU DUCKBILL KINI BOLEH DIDAPATI DI RANGKAIAN BUTIK TATEH

Bila sebut je pasal baby mesti terbayangkan pelbagai kelengkapan baby yang comel sama juga dengan produk keluaran Ku.Ku Duckbill yang telah menembusi pasaran Malaysia baru-baru ini dengan kerjasama sepenuhnya bersama rangkaian butik baby terkemuka – Butik Tateh.

Butik Tateh Bangi

Mempunyai tapak yang kukuh selama 40 tahun bukan satu tempoh yang singkat untuk Ku.Ku Duckbill bangkit memperkenalkan jenamanya di seluruh dunia malah menguatkan lagi jaringan perniagaan ke beberapa negara lain seperti China, Jepun, Korea, Indonesia, Filipina, Jerman dan kini sudah ada di Malaysia secara EKSKLUSIF nya !! Hee~ Kakak yang belum ada baby ni pun teruja lagi-lagi bila dapat tau ada 1,200 jenis barangan keperluan baby mengikut umur. Comel angatttttttttttttt--


KU.KU DUCKBILL MALAYSIA ft. BUTIK TATEH


Menjalinkan kerjasama antara Ku.Ku Duckbill dan juga jenama butik ibu – baby terkemuka ; BUTIK TATEH bukan nama asing apabila mendapat mandat menjadi pengedar rangkaian produk Ku.Ku Duckbill yang mempunyai 17 cawangan di Malaysia.

PPSU

Jenama Ku.Ku Duckbill telah diasaskan oleh Pengurus Besar Jini Baby, Guan Lin Li semasa beliau dalam perjalanan ke Australia atas urusan perniagaan. Imej jenama itu berasal dari salah satu mamalia primitif yang telah hidup sejak sejuta tahun lalu dan masih wujud sehingga ke hari ini iaitu PLATIPUS. Oleh kerana ia dianggap sebagai berharga dan memerlukan habitat bersih untuk hidup, ia bukan sahaja menunjukkan kedudukan baby dalam fikiran setiap ibu dan ayah malah ia juga menunjukkan bahawa produk untuk baby mestilah mempunyai tahap penjagaan yang ber-standard tinggi. Dengan itu baby boleh membesar dan menjadi kuat sama sepeti Ku.Ku Duckbill.

Pengasas Butik Tateh

Memperkenalkan LAPAN dari 1,200 produk terbaharu, Ku.Ku Duckbill yakin penerimaan pasaran terhadap produk baby berasaskan organik dan juga kualiti yang telah diperakui oleh badan-badan bertauliah memberi gambaran berbeza terhadap kesihatan anak-anak yang menjadi pengguna. Nah !! Cuci matalah dengan produk terbaharu ni.


1. PPSU Standard Feeding Bottle 240ml

  • PPSU ( Polyphenylene Sulfone ) gabungan gelas dan plastik yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya
  • Ketahanan suhu sehingga 200 darjah selsius ( 392 fahrenheit ) untuk proses pensterilan
  • BPA – Free dan ringan
  • Puting diperbuat daripada silikon lembut yang tidak berbau, tidak berwarna dan tahan karat
  • Pengaliran udara yang unik membantu mengurangkan masalah kembung ( colic )

2. Milk Powder Container

  • Sesuai untuk susu formula dan juga makanan bersaiz kecil
  • Pembukaan berbentuk corong memudahkan proses menuang serbuk susu
Butik Tateh Senawang

  • Boleh juga dijadikan mangkuk makanan dan penutupnya dijadikan pelapik stabil
  • Kapasiti untuk setiap compartment : 420 ml / 4.5 sudu

3. Pecifier Bandana Bib

  • Diperbuat dari 100% material kapas
  • Bersaiz mudah suai mengikut keselesaan baby
  • Mempunyai tali untuk mengikat punting supaya tidak tercicir / hilang
Aksesori Baby Organik

4. Take – Apart Food Scissors

  • Bilah diperbuat daripada keluli tahan karat
  • Sesuai untuk memotong buah-buahan segar, sayuran, pasta dan beg susu formula
  • Pembukaan sehingga 8 cm
  • Pemegang yang seimbang membolehkan penggunaan tangan kiri atau kanan
  • Diperbuat daripada Polipropilena ( gred makanan ) yang mampu tahan kepanasan sehingga 100 darjah selsius

5. The Dream Of You Glass Wide – Nick Feeding Bottle – 240 ml

  • Diperbuat daripada kaca borosilat yang tahan lasak
  • Mampu menahan haba sehingga 600 darjah selsius
  • Membolehkan botol beralih suhu dengan selamat ( dari panas ke sejuk ; dari sejuk ke panas ) tanpa menjejaskan kualiti botol susu mahupun puting
  • Puting susu direka khusus untuk mengelakkan baby mengalami kembung

6. Swaddle & Sleeping Bag

  • Mengurangkan kejutan semasa baby sedang tidur
  • Mudah digunakan tanpa perlu membedung secara tradisional ( 3 saat siap !! )
  • Ada zip yang memudahkan proses menukar lampin
Produk KuKu Duckbill


7. Magic Disposable Breast Pads

  • Nipis, lembut dan ringan sehingga tidak terasa memakai pelapik
  • Penyerapan ultra sehingga 150 ml
  • Berbentuk kontur 3D bagi menyesuaikan bentuk payudara
  • Tidak mudah beralih kerana terdapat pelekat bagi memberi keselesaan terletak pada lapisan baju dalam

8. Macaron Orthodontic Baby Pacifier 0 Months And Above

Punting Anti-Jongang

  • Direkabentuk untuk ortodontik mengikut perkembangan tumbesaran mulut baby
  • Diperbuat mengikut piawaian European Safety yang memberi jaminan ketahanan silikon dalam tempoh masa yang lama
  • Tanpa bau, tanpa rasa dan tanpa pewarna yang boleh menjejaskan kesihatan baby

Rasa cam nak baby jugak ha. TIBERRRRR--

Kuku Duckbill Malaysia

Bila mengetahui dari mana produk tersebut dihasilkan dan apa yang terkandung pada produk tersebut sudah pastinya lebih ramai ibu dan ayah yang lebih meyakini sesuatu jenama – sama juga dengan matlamat Ku.Ku Duckbill yang mahu lebih ramai pengguna peka terhadap produk yang berkualiti dari segi pembuatan dan telah melakukan ujian-ujian klinikal bagi mengesahkan ia adalah SELAMAT untuk baby.

Kalau korang beminat untuk mencuba produk-produk rangkaian Ku.Ku Duckbill, boleh lah singgah ke 17 cawangan Butik Tateh yang terdekat atapun mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang !!

FACEBOOK : Ku.Ku Duckbill Malaysia   |   Butik TATEH
INSTAGRAM : Ku.Ku Duckbill Malaysia   |   Butik TATEH

Butik Tateh

LOVE ;
ATIE ADNAN

7 July 2019

ODEN HALAL MAKAN TANPA WAS-WAS DI TEKUN MART TBS

Bila menunggu ba, memang dari dulu kakak suka mengunyah tapi dah berumur ni memang tak berapa rasa nak makan jajan lah. Kalau ada kat Terminal Bersepadu Selatan ( TBS ) memang rambang mata sebab banyak sangat kedai makanan – tapi semua makanan yang sama. Hahahaha~

Oden Halal

Nak kan kelainan, kakak naik lah ke tingkat 4 di bangunan tersebut. Meriah !! Seronok !!


TEKUN MART


Kedai serbaneka yang berkonsepkan layan diri ini memberi nafas baharu pada usahawan tempatan yang rata-ratanya mengeluarkan produk makanan Halal seperti nasi lemak segera, kerepek, pelbagai jenis minuman dan cokelat. Menjadi sebuah hub pengumpulan, Tekun Mart yakin mampu membantu usahawan lain dalam memasarkan produk mereka. Turut menggalakkan kerjasama dan jaringan dikalangan usahawan TEKUN disamping menjalankan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

Katering Oden Halal di Cheras

Mempunyai lebih 20 jenama di bawah satu bumbung, Tekun Mart turut menyediakan makanan panas – mudah hidang seperti oden, meatball, spaghetti, jagung manis, pelbagai jenis roti dan juga pau pelbagai inti untuk mengisi perut kosong. Dah kalau menunggu, mesti lapar tapi dalam masa yang sama nak berjimat supaya tak terlebih bajet. Hah !! Kat sini bukan sekadar JIMAT tapi boleh makan macam-macam.

Kedai Makan Sedap Dan Murah di TBS

TEKUN Malaysia

Terminal Bersepadu Selatan, Cheras

Tak puas makan kat sini ?
Nak buat kenduri atau pelbagai majlis tapi mahukan keunikan ?

Makanan Sedap Di TBS

Nah !!
TEKUN Mart juga menerima tempahan katering Oden Halal tau.

Oden Sedap dan Halal

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 11.00 malam ( dibuka setiap hari )

Nanti terus je naik ke Tingkat 4, jalan terus menghala ke Pasaraya KK. Ha !! Tekun Mart betul kat sebelah tu je. Tapi kalau tak jumpa juga boleh call Kak Wani ya.

Whatsapp : 016 9645544 ( Kak Wani )

Tekun Mart



LOVE ;
ATIE ADNAN