BELI BARANG DAPUR PADA HARGA MURAH SEMPENA FOOD CARNIVAL, LULU HYPERMARKET

Masih menjadi peneraju harga berpatutan, sekali lagi LuLu Hypermarket memecah tradisi dengan mengadakan Food Carnival yang akan berlangsung selama 12 hari di semua cawangan LuLu Hypermarket dalam dan luar negara.

Lulu 1 Shamelin

Memang seronok habis bila hampir ke semua harga makanan tak kiralah basah ataupun kering mahupun sedia dimakan ditawarkan pada harga terendah !! Ngam dah ni sempena minggu gaji. Kan ?


FOOD CARNIVAL LULU HYPERMARKET


Bertempat di LuLu Hypermarket cawangan 1 Shamelin Mall, Cheras – promosi Food Carnival yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh ; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19hb Julai 2019 baru-baru ini memberi ruang dan peluang kepada pengeluar memaksimumkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan pengguna yang membeli-belah melalui pasaraya LuLu Hypermarket. Ini bertepatan dengan sasaran LuLu Hypermarket untuk memberi tawaran terbaik disamping memudahkan masyarakat setempat berbelanja sekaligus berjimat.

a

Pelbagai tawaran menarik termasuklah memberi harga rendah berbanding harga pasaran terkini untuk makanan sedia dimakan di bahagian Hot Food yang menghidangkan lebih 20 jenis makanan. Senang dah, tapau – bawak balik ataupun makan je kat ruang cafe yang telah disediakan. Hee~ Kalau kakak lah memang lemah iman sungguh bila depan mata terhidang pelbagai jenis lauk-pauk yang menyelerakan. Lagi-lagi yang bertemakan ; AYAM.

Membuatkan Food Carnival menjadi semakin unik apabila stall khusus untuk pemanis mulut dari Timur Tengah iaitu Baklava disusun cantik seperti mahu diperagakan. Sempurna rasa dan tidak terlampau manis dan sudah tentu dihidangkan siap terus dari ketuhar bagi memastikan pembeli hanya mendapat kualiti yang setanding dengan promosi sedang dijalankan. Fuff—Masa menaip ni pun kakak masih terbayangkan rasa manis-manis lemak Baklava tersebut. Rasa macam nak lagi !!

Baklava Murah

Resepi Baklava Sedap

Sepanjang kakak membeli-belah barang dapur di LuLu Hypermarket, belum lagi lah kakak kecewa dengan kualiti yang ditawarkan. Hee~ Mak mak yang memang sentiasa jaga bajet isi rumah, sudah tentunya kakak mahukan yang terbaik untuk keluarga dengan menyediakan makanan yang lazat dari sumber yang segar !!

Pemborong Makanan Laut Segar

Nah !! Belum lagi mengecewakan apabila semua sayur-sayuran dan buah-buahan di LuLu Hypermarket segar-segar belaka !! Haish—Rambang mata ha.

Barang Basah Murah Cheras

Pemborong Buah-buahan Murah Selangor

Pemborong Kacang Murah Kuala Lumpur

1 Shamelin Mall, Cheras

Capsquare Kuala Lumpur

Pemborong Cokelat Murah Kuala Lumpur

Untuk promosi pembukaan LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall, Cheras haritu dah ada kawan kakak terlepas harga menarik untuk air cooler idaman beliau.

Kat Mana Nak Beli Barang Dapur Murah

Nak ketawa kakak bila beliau mengadu tak sempat grab barang sebiji dua dan katanya kali ni memang takkan lepaskan peluang dan nak redah juga untuk mendapatkan harga barangan elektrik yang menarik. Ha—Betul !! Sempena Food Carnival ni, bukan sahaja harga barang makanan menjadi murah tetapi barangan lain seperti barangan elektrik, sabun mandi, pakaian harian pun terkena tempias tau !!




Haish--
Tak tau nak describe cemana bila masuk-masuk je LuLu Hypermarket nampak sana murah, sini murah. Hee~

Aktiviti Cuti Sekolah Untuk Anak-anak

Anak-anak meragam dan tak nak bagi kerjasama untuk mak mak membeli dengan santainya ? Haa. Hantar je dorang untuk sertai pertandingan mewarna yang dianjurkan sepanjang promosi Food Carnival ni. Confirm dorang leka dan seronok sebab semua pun layak menang hadiah !! Mak seronok membeli, ayah seronok berjimat dan anak-anak seronok menang hadiah !! Satu keluarga happy lah kiranya ni.


PERADUAN DREAM DRIVE


Dah membeli ? Seronok ? Hee~ Kalau resit pembelian korang bernilai RM 75.00 dan ke atas dalam satu resit tunggal, apa kata korang sertai juga PERADUAN DREAM DRIVE yang telah berlangsung dan akan tamat pasa 01hb September 2019 untuk merebut peluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu dua buah Proton X70 dan pelbagai hadiah menarik yang lain seperti Apple iPhone 7Plus, televisyen LED dan juga baucar membeli-belah di LuLu Hypermarket. Mana lah tahu rezeki korang memang ada.

Buat Duit Dari Rumah

Untuk maklumat lanjut dan kepuashatian korang dengan pelbagai info, kakak sertakan link yang mungkin membantu. Hee~

ALAMAT :
LuLu Hypermarket,
Jalan 4/91, One Shamelin Mall,
Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur.

LAMAN WEB : http://malaysia.luluhypermarket.com/MY
FACEBOOK : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketMA
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/luluhypermy

Berbaki lagi lapan hari !!

Ehem--
Dah gaji kan ? Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

  1. nk pergi time hari kerja payah la jugak tu jauh jgk, tp time hujung minggu mesti ramai org lagi lah ada promo mcmni... mmg tak pernah lg sampai yg kt shamelin nih

    ReplyDelete
  2. Kalau lulu hypermarket dekat pegi dah. Ada food carnival. Boleh makan-makan. Hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.