LULU HYPERMARKET KEDUA DI MALAYSIA, KE-174 DI DUNIA

Bila sebut je pasaraya murah kat Malaysia ni, mesti terbayang macam-macam jenama terkemuka dan pastinya LuLu Hypermarket tak ketinggalan dalam senarai beli-belah kakak. Al-maklum lah – nak jimat pada zaman serba perlu menggunakan duit ni tak mudah.

Pasaraya Murah Cheras

Memonopoli pasaran harga rendah di Malaysia, LuLu Hypermarket kini membuka cawangan baharu di 1 Shamelin, Cheras baru-baru ini dengan menawarkan harga lagi murah berbanding hari biasa. Hee~ Dapat bayangkan tak. Dah murah, dia bagi lagi diskaun untuk meraikan para pelanggan di sekitar Cheras. Menarik kan ?


LULU HYPERMARKET SHAMELIN


Telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail ; Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini memberi satu nafas baharu kepada penduduk di sekitar Cheras yang memerlukan penjimatan berganda untuk perbelanjaan sehari-hari.

Promosi Pasaraya LuLu, Cheras

Murah jauh mana ?

Tak percaya ? Tapi kalau kakak cakap beras Jasmine Superwhite berharga RM 24.90, ayam mentah hanya RM 2.99 / kg dan telur ayam gred C cuma RM 5.99 sepapan – MURAH TAK ? Hee~ Itu baru tiga barang dan hampir semua rumah mesti ada barangan tersebut. Kan ?

Beras Jasmine Murah, Cheras

Pemborong Telur Murah Cheras




Sepanjang promosi pembukaan yang berlansung selama empat hari, kakak pun ikut menyelit lah nak memeriahkan keadaan disamping membeli barangan dapur. Fuff—Puas hati gais. Dah lah selesa, ruang yang besar, barang pun banyak – hampir semua lengkap dalam satu pasaraya sahaja. Tak de isu nak menyinggah tempat lain untuk topup barang yang tak beli dah.

Apa yang menarik ?


BARANG BASAH


Dibahagiakan kepada beberapa bahagian termasuklah sayur-sayuran, buah-buahan, hasil laut / sungai dan juga daging dengan jaminan segar setiap hari sudah pastinya membuatkan semua surirumah atau tukang masak tersenyum. Hidangan segar tersedia di atas meja. 

Barang Mentah Murah Cheras

Wah !! Rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana sebab semua pun murah dan berbaloi.

LuLu Hypermarket Cheras

LuLu Cheras

Diyakini segar ya anak-anak sekalian !! Hee~


PERALATAN ELEKTRIK


Kalau kat pasaraya lain memang tak dapat penurunan harga melampau macam apa yang ditawarkan LuLu Hypermarket sepanjang promosi pembukaan ni – asal letak stok je, habis. Ini memang tak masuk akal tau. Hahahaha~ Tapi tu lah. Kakak seronok tengok pelanggan belajar untuk berjimat dan mempercayai jaminan harga terbaik dari LuLu Hypermarket. 

Hadiah Kahwin Murah Cheras

Manakan tidaknya, ada pelbagai jenis barangan elektrik yang ditawarkan termasuk lah peti sejuk, tv plasma, blander, kipas, powerbank dan juga smart phone – semua murah !!


MAKANAN SEDIA MASAK


Ini memang spot kegemaran kakak lah sebab ada banyak pilihan dan hampir kesemuanya sedap-sedap belaka. Tak !! Bukan malas masak tapi sesekali nak juga rasa airtangan orang lain apatah lagi dengan harga yang murah dan diperolehi dari sumber yang segar.

Food Delivery Cheras

Emmmm—Terliur kan ? Macam-macam ada dari nasi, ayam tandori, lauk pauk yang pelbagai sehinggalah ke berpuluh jenis salad. Pilih je mana yang berkenan pada anak tekak.

Ready To Eat

Semuanya disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan yang akan memastikan setiap hidangan menepati selera pelanggan.


ROASTERY


Selalu kagum dengan persembahan bahagian Roastery yang mempunyai pelbagai jenis biji kopi, kekacang dan kurma tempatan serta di import khas dari Timur Tengah – SINI lah tempatnya.

LuLu Hypermarket Malaysia

Ada lebih 40 jenis kekacang berlainan jenis sudah tentu membuatkan korang tersenyum rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana. Nak timbang pun teragak-agak. Hee~

1 Shamelin Mall

Kalau nak cerita sampai habis memang tak cukup satu page ni, kena buat entri kedua. Hahahah~ Cuma kakak nak sampai kan, LuLu Hypermarket terbaharu ni berkeluasan 80,000 kaki persegi sangat membantu korang untuk berjimat. Biasalah. Zaman serba memerlukan duit – nak tak nak memang kena berjimat sebaik mungkin. Mana lah tahu kalau korang nak singgah ke nanti kan, details kat bawah mungkin boleh membantu korang.


ALAMAT :
LuLu Hypermarket,
Jalan 4/91, One Shamelin Mall,
Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur.


LuLu 1 Shamelin

Ngam ?
Promosi masih berbaki TIGA hari ni.
Tunggu apa lagi ?
Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN


2 comments:

  1. Murah sangat tuu.. geram kita tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dik !! puas hati betul ha.. hee~ zaman serba duit ni, kena lah berjimat..

      Delete

Powered by Blogger.