27 September 2019

ANCHOR DAIRY MALAYSIA - BRUNEI MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-133 !!



TAHNIAH Anchor !! Tahun ini menjangkau ke usia 133 tahun dengan membawa kebaikan produk tenusu segar dari New Zealand melalui rangkaian produk yang diperduat dari 100% kebaikan susu segar.


Selama 133 tahun, Anchor telah memasarkan pelbagai rangkaian produk tenusu jenama mereka di 80 buah negara dan ia merupakan satu pencapaian terbaik bagi jenama Fonterra yang mempunyai lebih kurang 10,000 petani dan penternak.

Iklim New Zealand yang bersesuaian untuk merumput dan membiarkan lembu meragut rumput sepanjang tahun dan menghasilkan produk tenusu yang lebih baik untuk membuat pelbagai produk keju, mentega, krim dan susu bukan sahaj untuk Malaysia tetapi turut diedarkan ke seluruh dunia.



ANCHOR FOOD PROFESSIONAL


Masih mengekalkan reputasi baik sejak dari tahun 1960, produk Anchor terus menyediakan produk tenusu berkualiti tinggi dan berkhasiat untuk rakyat Malaysia. Ia telah berkembang dari masa ke semasa dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab perniagaan global yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih 700 orang rakyat Malaysia.

Terima kasih dan tahniah Anchor !!


Sempena ulangtahun Anchor yang ke-133 tahun dengan tema “Our Birthday, Your Celebration : Rejoicing 133 Years Of Quality Anchor Day” Anchor Food Professionals akan menganjurkan peraduan #anchorlagendairy dengan kerjasama dari 1,330 restoran, bakeri dan juga kafe diseluruh Malaysia dan Brunei. Dengan menyertai peraduan tersebut, pemenang berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 50,000.00 !!

Dalam masa yang sama, Anchor Food Professionals juga telah menjalinkan kerjasama social media dengan Caring Moms, Malaysia yang merupakan platform usahawan yang menjalankan perniagaan terus dari rumah di laman Facebook - mulai 01hb Oktober 2019 hingga 31hb Oktober 2019 dan telah melantik seramai 20 orang Anchor Dairy Endorsed Bakers dari kalangan usahawan Caring Moms.


Makanan ringan yang dihidangkan adalah dari hasil air tangan mereka !! Sedap sebab menggunakan produk dari Anchor !! Hee~






REJOICING 133 YEARS OF QUALITY ANCHOR DAIRY


Menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 50,000.00 – peraduan #anchorlegendairy yang akan berlangsung dari 01hb Oktober 2019 hingga 05hb Januari 2020 mendapat sokongan dari 1,330 restoran, bakeri dan kafe diseluruh Malaysia dan Brunei.





Nak menang ? Hee~
Caranya pun mudah je dan semua layak untuk menang dengan cara :

  • Beli apa-apa produk Anchor
  • Tangkap gambar resit
  • Whatsapp gambar tersebut ke 010-9508205

Dan penyertaan tiada terhad tau. Selagi belum tutup penyertaan, korang boleh join je – manalah tau ada rezeki menang hadiah nanti. Hee~


Untuk maklumat lanjut tentang Anchor dan juga pelbagai informasi tentang peraduan #anchorlegendairy, mungkin link kat bawah ni boleh membantu korang.



Singgah lawat juga laman Facebook Caring Moms !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


26 September 2019

MATXI CORP KINI 2 TAHUN DAN PERANCANGAN MENAWAN MALAYSIA

Matxi Corp yang juga pernah dikenali dengan nama Matxi SG pada sebelum ini hanya dikenali di negara asal pengasasnya iaitu Vietnam kini mula melebarkan sayap dengan menakluki pasaran di Malaysia untuk sama-sama memberi peluang kepada ahli mereka.

Matxi Group Malaysia

Diberi kesempatan menjadi salah seorang tenaga Media untuk majlis ulangtahun ke-2, kakak teruja dan berbangga dengan hasil Matxi Corp bersama lebih 2,000 orang ahli dari 30 buah negara untuk bersama-sama menjadi saksi perkembangan positif Matxi Corp.


ULANGTAHUN MATXI CORP YANG KE-2


Telah ditubuhkan pada Julai 2017, Matxi Corp yang berasal dari Bien Hoa, Wilayah Dong Nai, Vietnam merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn. Bhd. yang mengkhususkan latihan dalam perniagaan, pembangunan sahsiah individu sekaligus memberi peluang kepada pengedar menghasilkan jualan yang lumayan dalan tempoh dua tahun sahaja.


Ulangtahun Matxi Corp

Mengkhususkan beberapa rangkaian perniagaan seperti :
  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Pengatur Acara
  • Restoran
  • Produk Kesihatan dan Kecantikan Berasaskan Tumbuhan Semulajadi
  • Pengeluar Jenama Kosmetik
Dan !!
Produk Matxi Corp boleh didapati di seluruh negara dan dieksport ke lima benua !!

Founder Matxi Corp

Dengan moto YOU DESERVE A BETTER LIFE ; Matxi Corp telah melahirkan lebih 20,000 orang pengedar yang menjadi tonggak kemegahan nama Matxi Corp dengan penghasilan secara konsisten melebihi sasaran yang mereka letakkan. Manakan tidak - segala tunjuk ajar dan bimbingan semasa membuat aktiviti pemasaran diberi secara profesional.

Kehidupan yang lebih baik sudah tentunya menjadi impian !!
Kan ?

Matxi

MAtxi Corp Malaysia

Matxi Vietnam

Bukan sekadar tin kosong yang hanya semakin kuat berbunyi apabila semakin lama, Matxi Corp telah membuktikan setiap dari pengedar yang telah berdaftar TERJAGA dari segi kebajikan dengan cara menyalurkan 10% keuntungan bulanan mereka untuk meringankan beban isi rumah yang memerlukan bantuan di Vietnam. Dan sangat membanggakan apabila mereka mengumumkan, Matxi Corp telah mempunyai Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial kepada kanak-kanak dan warga tua di Rumah Ah Nhien.


2nd Anniversary Matxi Corp


Turut menandatangani kontrak pelan strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan juga Malaysia - Matxi Corp akan mencuba sehabis baik memberi kualiti produk dan perkhidmatan kepada pengguna dengan mempertingkatkan kualiti yang ketat untuk setiap produk mereka dari masa ke semasa dan sudah pastinya dijual kepada end user pada harga yang berpatutan. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Matxi Malaysia Sdn. Bhd. (1340975-W) korang boleh usya di Facebook: Matxicorp Malaysia, dan Instagram: @matxicorp 
#MATXICorp #YouDeserveABetterLife

24 September 2019

RUTIN MAKAN SNEK KINI MENYIHATKAN DENGAN PRODUK DARI MONDELEZ

Kalau masuk je mana-mana kedai pastinya mata tertancap tepat pada barisan susunan snek yang rata-ratanya menjadi makanan bila masa senggang – sama macam kakak dan keluarga, stok snek akan sentiasa ada dalam almari makanan dan dalah satu kegemaran kami adalah produk dari Mondelez.


Menjadi ibu yang sangat peka dengan pengambilan makanan manis untuk anak-anak yang sedang membesar, kakak akan pastikan snek yang Nur Aiman dan Nur Aina ambil berkhasiat, kurang gula dan memberi tenaga yang mencukupi untuk aktiviti seharian mereka. Al maklum lah, rutin harian mereka sangat padat dan ada kalanya keletihan dan masa ni lah kakak mainkan peranan untuk bina kegembiraan zaman kanak-kanak mereka sebaik mungkin. Hee~


SNAKING MADE RIGHT


TAPI !!
Pengambilan snek secara berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan seperti kegemukan, rambut mudah gugur, faktor penuaan lebih awal berbanding usia dan hyperactive membuatkan anak-anak kurang tumpuan pada apa yang sepatutnya mereka wajib lakukan. Nah !! Sebab tu pengambilan apa-apa makanan dalam kuantiti yang sederhana sangat penting dan kiraan kalori pada setiap makanan bakal menentukan tahap kesihatan diri sendiri dan juga keluarga.


Sempat kakak timba ilmu dengan barisan panel yang berpengalaman untuk sesi SMRter Snacker dengan menekankan tabiat pengambilan snek secara berhemah dengan memberi impak kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Diketuai oleh Pengurus Nutrisi dan Komunikasi Strategik Mondelez AMEA, Pai Gee Chew untuk topik pengambilan snek secara berhemah bersama Dr. Satvinder Kaur, Penolong Profesor Universiti UCSI dan Encik Nash Idrus – selebriti dan juga seorang bapa kepada dua orang cahaya mata berkongsi pendapat dari perspektif keibubapaan.

Secara purata, rakyat Malaysia mengambil snek sebagai makanan sampingan sebanyak enam ke tujuh kali  sehari dan kekerapan pengambilan snek ini berpunca dari gaya hidup yang sibuk dengan rutin harian yang padat.


FAKTA :
Pada tahun 2018, jumlah jualan snek di Malaysia lebih kurang 
RM 1.28 billion dan dijangka akan meningkat pada tahun ini.


Kakak sendiri memilih snek sekiranya terpaksa berkejar dan tak sempat mengisi perut dengan makanan pada waktu yang tepat. Hee~ Bila seharian berkejar sana sini menguruskan anak-anak dan rumahtangga memang tak terkejar nak singgah cari makan dan pemilihan snek yang tepat sangat penting untuk kakak kekal bertenaga sebab tu kesedaran pengambilan makanan dapat mengawal keinginan kakak untuk mengambil lebih snek dari yang sepatutnya.

Nampak ?
Tetap ada tips dan trick ya.
Bukan makan semahunya tau.


Antara tips dan trick yang dikongsikan sepanjang sesi SMRter Snacker yang berlangsung selama dua jam tigapuluh minit :

  • Peka dengan keperluan diri sendiri bagi mengelakkan pengambilan snek dalam kuantiti yang banyak
  • Elakkan makan snek semasa menonton televisyen
  • Kunyah perlahan-lahan
  • Fokus kepada rasa dan aroma
  • Kira jumlah kalori yang sepatutnya diambil

Walaupun snek on-the-go semakin mendapat tempat dihati umum dengan pelbagai pilihan dan kreativiti, Mondelez sangat menekankan setiap produk mereka yang berada dipasaran merupakan makanan ringan berkhasiat dan mengikut piawaian nutrisi  yang baik dengan ramuan yang dipercayai dan Snacking Made Right dibina atas janji Mondelez kepada pengguna untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna memilih snek yang tepat pada masa yang tepat dengan cara yang betul.


“Kami sentiasa memberi fokus kepada penghasilan produk yang berinovasi bagi memenuhi 
keperluan para pengguna kami. Bukan itu sahaja, unit kawalan diperkenalkan bagi 
mengawal prestasi snek yang terbaik kerana ia mengandungi nutrisi penting 
bagi diet yang seimbang.”

- Pei Gee Chew ; Pengurus Nutrisi Strategik dan Komunikasi Mondelez International



Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai rangkaian snek Mondelez, mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang :




Kalau tanya kakak, snek apa yang kakak selalu sediakan di rumah untuk keluarga sudah tentunya rangkaian cokelat Cadbury dan juga biskut Belvita – untuk diri kakak sendiri. Senang kalau ada paket kecik dan boleh sumbat je dalam handbag. Bila tak sepat dan berkejar nak menguruskan urusan harian, dah ada pek penyelamat yang mempunyai kalori sesuai untuk diri kakak.


Sesekali hulur juga pada client – bodek lah katakan. Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN

20 September 2019

TEROKA KEISTIMEWAAN NEW TAIPEI CITY DENGAN PENERBANGAN EVA AIR

Musim cuti sekolah datang lagi dan sudah tentunya banyak perancangan telah disusun supaya semuanya berjalan lancar sama seperti promosi New Taipei City dengan kerjasama dari EVA Air yang bakal membawa pengalaman baharu kepada pelancong.

Tarikan New Taipei City

Kalau tahun sebelumnya Ministry of Transportation and Communications Republic of China ( Taiwan ) ( MOTC ) merekodkan lebih 520,000 jumlah pelancong dari Malaysia dan menjangkakan jumlah akan meningkat pada tahun-tahun mendatang.


NEW TAIPEI CITY


Terlampau banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Taipei termasuklah lokasi-lokasi peninggalan sejarah dan juga berpuluh muzium untuk dimasukkan ke dalam senarai wajib kunjung, namun tarikan baharu yang mahu diketengahkan sempena New Taipei City Travel Fair adalah : 
New Taipei City Attractions
Shen’Ao Rail Bike  |  Kredit : Taipei News
Travel Event KL
Jiufen Chipao   |   Kredit : We Fun Taipei
Eva Air from KL to Taipei
Shou Shin Bou   |   Kedit : New Taipei City Travel
EVA Air
Laomei Green Reef   |   Kredit : Taipei News
Dan kalau korang merancang untuk ke Taipei, kakak sarankan pada bulan April hingga Jun. Kenapa ? Hee~ Sudah tentulah musim bunga !! Dengan udara yang nyaman dan penorama mata memandang sudah pasti Taipei menjanjikan pengalaman terindah.

  • Peak Season : April - Jun dan September – November
  • High Tourist Season : Julai – Ogos
  • Low Season : Disember - Mac
  • Musim bunga : April – Jun
  • Musim panas : Jun – Ogos
  • Musim luruh : September – November
  • Musim sejuk : Disember – Mac
Sejak tahun 2009, New Taipei City telah bekerjasama secara langsung dengan EVA Air yang juga merupakan penerbangan berstatus 5 bintang yang telah diiktiraf oleh SKYTRAX selama empat tahun berturut-turut berbesar hati mengumumkan – setiap makanan yang dihidangkan untuk pelanggan Muslim telah mendapat sijil HALAL untuk perjalanan terus dari mana-mana lokai terpilih yang mempunyai liputan Eva Air terus ke Taipei dan kalau kat Malaysia ni memang kena naik di KLIA terus ke Taipei lah dengan pilihan tujuh penerbangan setiap minggu. Nak harga murah ? Hee~ MESTILAH !!!


PROMOSI PENERBANGAN KE TAIPEI


Bermula hari ini ( 20hb September 2019 ) hingga 22hb September 2019, EVA Air dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia akan mengadakan New Taipei City Travel Fair di NU Sentral untuk memperkenalkan tarikan terbaharu Taipei yang kian mendapat sambutan tempatan iaitu New Taipei City’s Mountain – Ocean Line, kepelbagaian selera HALAL Taipei yang menyelerakan dan sudah tentunya menarik !!

New Taipei New Adventure

Simpan tarikh :

  • 20hb September 2019 – 22hb September 2019
  • NU Sentral, Kuala Lumpur
Dan !!
Pelanggan juga berpeluang merebut tawaran menarik dengan pelbagai diskaun hebat seperti apa yang diwar-warkan – pakej individu 4 hari 3 malam bermula dari harga RM 1,329.00 ataupun pakej berkumpulan 7 hari 6 malam bermula dari RM 2,599.00 sahaja !!

Turut bakal menjadi perhatian sepanjang promosi yang diadakan di NU Sentral pelanggan juga berpeluang mengabadikan kenangan di atas Shen’ao Rail Bike, menikmati kek nanas dan juga eggrolls dan juga bubble milk tea yang disediakan sendiri oleh Commissioner Chang Chi-Chiang dan Senior Vice President Charlie Pan.

Tak cukup ? 
Hahahaha~ 

Travel Blogger Malaysia

Sudah tentunya ada lucky draw untuk korang memenangi tiket penerbangan EVA Air dari Kuala Lumpur terus ke Taipei dengan menyertai I Want To Visit New Taipei City – korang cuma perlu tangkap gambar di hadapan booth / kiosk promosi yang telah disediakan dan kemudian upload gambar tersebut ke akaun Instagram korang. Jangan lupa masukkan hashtag ( #NewTaipeiTour #EVAAir ) dan pastikan korang tak private-kan akaun ya !!




Sepanjang tempoh promosi dan kalau korang ada beli apa-apa pakej yang tertakluk dalam promosi, korang juga berpeluang mendapat :

  • PERCUMA New Taipei City Tour Guide Wallet
  • PERCUMA Set Alat Tulis EVA Air
  • Kupon Minum Petang di RSL Hotel Taipei Zhonghe Sweetheart
  • Baucar Dua Hari Satu Malam Untuk 2 Orang di F Hotel
  • iPass Card dan banyak lagi !!

Kalau korang masih menyusun perjalanan ke New Taipei City, mungkin link kat bawah ni sangat berguna untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini tentang keadaan ataupun apa-apa promosi dan perayaan yang akan berlangsung di sana. Tak lupa juga - semak harga tiket kapal terbang ya !!



Pssssssstt--
Jangan lupa 20hb - 22hb September di NU Sentral ya !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


16 September 2019

JOYLEE™ IPUMP TEKNOLOGI CANGGIH MEMUDAHKAN PROSES PENYUSUAN IBU KEPADA ANAK

Menjadi ibu pada awal kelahiran merupakan saat yang paling bemakna dan apabila telah membuat keputusan menjadi seorang ibu sudah tentu misi penyusuan eksklusif untuk anak merupakan keputusan terbaik dan KINI - JOYLEE™ Ipump dapat membantu ibu-ibu yang berhasrat murni meneruskan penyusuan eksklusif kepada anak-anak selama mana yang boleh !! Wah !!

Cheap Breastpump

Kalau korang rajin explore pelbagai artikel yang menyampaikan betapa banyak kelebihan menyusukan anak-anak secara eksklusif, mesti korang lebih peka dan MAHU melanjutkan proses penyusuan supaya kelebihan proses tersebut dapat membantu kedua-dua ibu dan anak. Kakak memang teruja sangat kalau jumpa geng yang bersemangat dengan penyusuan eksklusif ni. Hee~


BREASTPUMP JOYLEE™ ; IPUMP


Berkesempatan menjadi antara yang pertama melihat dan mempelajari sedikit sebanyak fungsi dan istimewanya breastpump JOYLEE™ Ipump dengan memperkenalkan tagline Grow Up With Joy yang dapat memudahkan ibu-ibu bekerja meneruskan proses penyusuan tanpa memudaratkan aspek lain.

Breastpump Murah

Bagi menggalakkan proses penyusuan untuk anak-anak, JJOYLEE™ Ipump direka khusus untuk mereka yang tak suka buat kerja renyah ( Ya !! Macam kakak jugak !! Hahahaha~ ) tetapi sangat mementingkan keselesaan semasa proses sedang berjalan. Selain mempunyai 27 jenis sedutan dari tenaga rendah hingga maksima memberi kesesuaian untuk ibu-ibu menyusun jadual sesuai dengan aktiviti mengepam.

Bagi memudahkan ibu-ibu membuat rekod, JOYLEE™ Ipump merupakan satu-satunya breastpump yang mempunyai skrin mudah rekod supaya ibu-ibu tidak terlepas tarikh dan jumlah susu yang telah dipam.

Tips Banyakkan Susu Badan

Ibarat mimpi ngeri pada setiap ibu yang meyusukan anak, bila payudara mula kendur - dia punya selfconfidence boleh jatuh segedebuk begitu. Hee~ Nah !! Tidak akan terjadi sagging bila ibu-ibu menggunakan JOYLEE™ Ipump kerana mesin berteknologi tinggi ini direka mengikut bentuk payudara ( Sfera ) bagi menyediakan perlindungan dan memberi sedutan yang selesa tanpa menarik kulit payudara.

Jangan tak tau, JOYLEE™ Ipump juga mampu 'mengurut' lembut payudara bagi mengalakkan pengeluaran susu dengan peningkatan sedutan sebanyak 100 kali dalam setiap satu minit. Jadi !! Takkan ada isu lain yang memperkatakan tak cukup susu badan untuk menyusukan anak-anak secara produktif ya. JOYLEE™ Ipump dapat menyelesaikan masalah tu.

BENGKAK SUSU ? Ya !! Antara mimpi ngeri untuk ibu-ibu yang masih dalam pantang. Sakitnya memang tak de diskaun sampai boleh demam ya. JOYLEE™ Ipump dapat membantu untuk pengepaman yang efektif dan tidak menyakitkan. 

Bondahaven

Bagaikan satu mesin pintar yang mempu memberi apa yang diinginkan untuk ibu-ibu meneruskan proses penyusuan tanpa perlu bimbang mengenai supply, JOYLEE™ Ipump direka secara ergonomik didatangkan dalam satu set termasuk :

  • Breastpump JOYLEE™
  • Beg Penyimpanan Susu JOYLEE™
  • Nursing Cover JOYLEE™
  • Pek Ais JOYLEE™
  • Jaminan Mesin Untuk 1 Tahun


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu
bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu ; dan kewajipan bapa pula ialah memberi
makanan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.."

Surah al-Baqarah ayat 233


PROMOSI TERKINI JOYLEE™ IPUMP



Sembang pun sembang jugak kan ? Tapi untuk korang pembaca setia blog kakak dan teringin untuk memberi penyusuan eksklusif untuk anak-anak dan mendapat manfaat daripada proses ini, korang boleh dapatkan JOYLEE™ Ipump pada harga RM 497.00 !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


14 September 2019

PROMOSI HARI MALAYSIA 2019 DI TEXAS CHICKEN MALAYSIA


Menelusuri sambutan Hari Malaysia pada 16hb September 2019 yang akan datang, Texas Chicken berbesar hati nak bagi harga murah untuk hidangan istimewa mereka. Wah !! Terus lapar teruk kan ? Walaupun resepi ayam goreng yang telah berusia 67 tahun namun rasa yang authenthic memberi kelainan pada selera peminat khusus Texas Chicken. Pergilah mana-mana cawangan pun, rasanya tetap sama dan tak berubah.


TEXAS CHICKEN MALAYSIA


Set sajian utama iaitu ayam goreng yang lazat dan rangup di luar, berjus di dalam dengan saiz yang mampu mengenyangkan didatangkan dengan air berkarbonat FREE flow dan side dish yang pelbagai sudah tentunya membuatkan sesiapa sahaja terliur. E—Masa kakak menaip ni pun kecur airliur tau. Hee~

Set dan sides yang kakak mesti selalu order jika nak makan kat Texas Chicken
Bagi meraikan 1 juta followers Texas Chicken di Facebook dan atas tanda terima kasih kepada korang yang menyokong Texas Chicken selama ni – dorang akan melanjutkan promosi Merdeka Deal yang telah berlangsung pada Hari Malaysia nanti.

Nah !!
Kalau sebelum ni korang tak sempat grab harga murah tu, apa kata pada 16hb September ; Isnin nanti korang serbu mana-mana outlet Texas Chicken untuk grab Malaysia Day Deal iaitu set dua ketul ayam ( spicy / original ) bersama FREE flow air berkarbonat pada harga RM 6.90 je (NP: RM14.90) !!


Set berbaloi Malaysia Day Deal. Dapat 2 ketul ayam goreng (spicy/ori) + 1 minuman berkarbonat (refill percuma) hanya untuk RM6.90 (NP: RM14.90). Kakak pun add on side 1 pc Honey-Butter Biscuit (RM1.60).

Didatangkan dengan minuman berkarbonat, set yang kakak ambil ni berharga RM 14.90 tapi pada Hari Malaysia nanti korang akan jimat RM 8.00 !! Banyak tu !!

Tapi kalau korang nak tambah side dish, cuma berharga RM 1.60 je setiap satu !! Ada empat pilihan iaitu :

  • 1pc Honey-Butter Biscuit
  • Mashed potatoes (Regular)
  • Coleslaw (Regular)
  • Flavoured Rice


Tempat lain memang tak de biskut mentega ni – dibakar segar setiap hari bagi memenuhi permintaan pelanggan. Hee~ Sebiji biskut ni pun tak cukup untuk kakak dan anisb baiklah harganya murah. Boleh beli banyak dan bawa balik.

Kalau korang belum sempat explore menu-menu lain yang ada di Texas Chicken, mungkin link kat bawah ni boleh membantu.



Cuba teka ada berapa side dish dalam menu kakak ni ? Hee~


LOVE :
ATIE ADNAN

12 September 2019

NAK UBAH HIDUP ; BANTU USAHAWAN LEBIH KAYA DAN BERJAYA

TERUJA !! Tak de perkataan lain yang kakak mampu ucapkan bila duduk menjadi salah seorang peserta dengan tiket eksklusif untuk program Nak Ubah Hidup 2019 yang telah berlangsung di Setia City Convention Centre ( SCCC ) beberapa minggu yang lepas.

Nak Ubah Hidup 2020

Seumur hidup kita sudah tentunya kita tak mahu menjadi statik dan langsung tidak berganjak walau seinci untuk mencapai kejayaan. Kalau bukan titik tolak dari diri sendiri, siapa lagi ? Hee~ Pernah terfikir tak ?


NAK UBAH HIDUP 2019


Macam biasa dengan sambutan luar biasa, sekali lagi Richworks International Sdn. Bhd. telah mengumpulkan lebih 12, 000 orang peserta dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei selama tiga hari semata-mata untuk melahirkan usahawan dan tenaga kerja yang berkaliber disamping mampu menyahut cabaran untuk BANGKIT dan pergi lebih jauh. Nah !!

Telah berpengalaman selama 11 tahun dalam menganjurkan program, Richworks International Sdn. Bhd. memberi fokus sepenuhnya untuk membantu usahawan dan bakal usahawan untuk meningkatkan tahap potensi diri, kehidupan dan tahap kewangan melalui perniagaan yang menguntungkan. 


Ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga tiga tahun pertama dalam perniagaan.
Ramai yang gulung tikar dan mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung
beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan.


Program Nak Ubah Hidup Dr. Azizan Osman

Menyedari lebih ramai yang perlu dibantu, Dr. Azizan Osman yang juga merupakan pengasas Richworks International Sdn. Bhd. cuba untuk membantu lebih ramai peniaga dan bakal peniaga betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.


DAFTAR #NUH2020


Jatuh bangun dalam perniagaan adalah sesuatu yang normal namun bangkit semula untuk menerima kesilapan dari sudut positif adalah sangat sukar. Ironinya, disaat Dr. Azizan Osman yang pernah mengalami kesukaran tiada seorang pun mahu menghulurkan tangan untuk memimpinnya bangkit semula. DAN !! Sebab itulah beliau nekad untuk berkongsi ilmu kejayaan dengan mereka yang mahu berjaya dalam perniagaan. 

Peluangkan ?


"Apa yang kita fikir akan menentukan apa tindakan kita.. Bila cara fikir
kita berubah, cara kerja kita pun ikut berubah.. Apa yang kita fikir menentukan
keputusan kita.."

Dr. Azizan Osman ; Pengasas Richworks International Sdn. Bhd.

Kalau sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar untuk setiap program anjuran Richworks hanya sekitar 10, 000 orang peserta tapi untuk #NUH2019 kehadiran melebihi 12, 000 orang memberikan satu impak besar bahawa kepercayaan yang diberikan kepada Dr. Azizan Osman dan juga Richworks International Sdn. Bhd. sebagai satu TITIK permulaan untuk membantu lebih ramai usahawan tempatan untuk berjaya.

Kat Mana Nak Daftar Untuk Program Dr. Azizan Osman ?

Ini juga terbukti apabila semakin ramai pengasas jenama terkemuka di Malaysia mampu meningkatkan pendapatan sehingga jutaan ringgit setahun. NAH !! Bangga tak bangga bila tengok Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall dan banyak lagi !!

Apa yang lebih menarik apabila program #NUH2019 turut bertepatan dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan hidup sepuluh kali lebih baik dari sebelumnya diadakan pada ambang Kemerdekaan Malaysia yang ke-62 !! Simbolik kebebasan dan permulaan yang baharu dengan azam yang lebih kukuh.

Nampak macam konsert tapi penuh dengan pengisian yang sangat bermanfaat untuk mereka yang mendambakan perubahan serta sokongan ilmu yang betul.


Nak Ubah Hidup Richworks

Ibarat ; Berguru ke padang datar, dapat rusa belang kaki. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi - ilmu dan tunjuk ajar disertakan dengan komitmen dari pelajar yang mahukan perubahan dari pelbagai sudut untuk bangkit dari kegagalan ataupun mahu pergi lebih jauh memerlukan guru yang 'mengetuk' supaya tidak terus terbuai dengan kerja-kerja yang tidak mendatangkan hasil.


Tips Perniagaan Berjaya 2020

Tahniah kepada lebih 12, 000 peserta yang memberi 100% kerjasama untuk berjaya dan pihak Richworks International Sdn. Bhd. untuk inisiatif membangkitkan ummah yang lebih berdaya saing dalam perniagaan dan sahsiah.


GREAT YEAR to start something great !!
JOM !! Sampai bila nak ada kat takuk tuuuuuuuuuuuuu je ?



LOVE ;
ATIE ADNAN


8 September 2019

BAJET MAKAN KENYANG HANYA RM 1.00 DI myNEWS !! TAK PERCAYA ?

BIAR BETUL !!!!!!! Macam mana nak percaya dah kalau banyak sangat iklan scam kat internet baru-baru ni dengan pelbagai janji bulan dan bintang tapi satu objek pun tak nampak bayang. Tah pape. Tapi lain lah kalau apa yang kakak nak ceritakan sepanjang entri ni yang melibatkan makanan - kenyang cuma berharga RM 1.00.


Bila kakak cakap cuma RM 1.00 mesti korang macam :



"Elehhhhhhhhh-- Ye ke singit tu ? Cam tak cayeeeeeee je.. Kak Atie mana makan makanan moooooraaaaaahhhhhh.."


Cheh--
Cakap macam kakak tak de hati dan anak tekak kan ? Hahahaha~ Abaikan !!


PROMOSI SEPTEMBER 2019 myNEWS



Sedia tahu kalau nak cari makanan on-the-go memang kita akan cari kedai serbaneka yang menawarkan harga lebih murah berbanding harga kedai-kedai lain. Kan ? Sama juga dengan konsep myNEWS yang bukan setakat jual makanan ringan dan minuman untuk korang - KINI !! Dah ada bento dan onigiri !!


RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

RM 1.00 !!

Je untuk bento dan onigiri gais !! Hee~ Ala. Korang dah biasa dengan makanan Jepun kan, mesti dapat bayangkan betapa heaven - nya setiap gigitan dan kunyahan MAHAL, apatah lagi bento yang disediakan oleh myNEWS yang dimasak segar setiap hari bagi menjamin kualiti makanan yang dihidangkan.

Banyak pilihan yang ada tapi untuk promosi bulan September ni ada BENTO SINGGIT yang korang boleh pilih mengikut selera :





  • Spaghetti Spicy Belado ( myNEWS Signature )
  • Jumbo Chicken Cutlet Bento
  • Mapo Tauhu Bento
  • Salmon Salsa Bento
  • Curry Laksa

YA !! Pada setiap SELASA sepanjang bulan September ni gais !! Sempatkan ?

Sama macam bento, onigiri pun pada harga RM 1.00 dan ada beberapa pilihan onigiri :


  • Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese
  • Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken
  • Onigiri Teriyaki Salmon
  • Onigiri Tuna Mayo
  • Onigiri Tobiko Kani Mayo




Cayalah !! Khamis tapau onigiri buat standby kot kot lapar ke kan. Hee~ Serba serbi on-the-go gais !!

Bias lah sangat kan kalau kakak cakap semua sedap tapi saja ngade nak bagitau jugak, kakak suka Mapo Tauhu Bento dan Teriyaki Salmon untuk onigiri !! Hee~ Tak sedar dalam borak-borak dengan husband - licin. Segan je !!

Orang yang macam kakak yang selalu terkejar ke sana ke mari sangat memerlukan tenaga lebih tapi tak nak lah sampai skip makan, nanti tak sihat dan pilihan makanan on-the-go macam apa yang diusahakan oleh myNEWS ni sangat berbaloi.


APLIKASI myNEWS



Syokkan bila dapat beli makanan sedap pada harga super terbaik murah ? Ya !! Itulah yang kakak rasakan dan tak nak simpan sensorang !! Kena ajak korang beramai-ramai jugak !! Hee~ Baru meriah rasanya haa.

Kalau korang memang nak berjimat, apa kata install je aplikasi myNEWS dan gunakan e-wallet yang memang ada dalam aplikasi tu. Ha ? Tak pe. Boleh klik link kat bawah ni je.




Dan korang boleh guna pelbagai jenis diskaun yang ditawarkan menerusi aplikasi tersebut dan jangan pelik lah kalau makanan idaman korang seperti yang kakak nyatakan di atas ( hahahaha~ ) habis cepat !! Masa kakak pergi haritu pun dah tinggal sikit. Siapa tak nak berjimat tapi kenyang. Kan ?



TOPUP E-WALLET myNEWS RM 50.00 DAN DAPAT BONUS RM 5.00
PADA 15hb SEPTEMBER 2019 !!


Ni pun dah nak tengah bulan September kan dan apa kata korang serbu outlet myNEWS terpilih yang buat promosi ni macam yang kakak pergi haritu kat Bandar Sunway, siap ada tempat duduk lepak-lepak coffee lagi !! Sempatlah dating dengan encik suami sambil menunggu anak-anak habis tuisyen. Tapi tu lah. Kakak tak sempat nak rasa coffee dorang ( huu~ ) tapi ice cream coklat dan roti yang ada pun dah memang berbaloi. Sedap dan cukup rasa.



WAJIB CUBA !!
AISKRIM COKLAT !!



Banyak penjimatan yang korang boleh dapat sebenarnya kalau guna aplikasi myNEWS ni antaranya - korang boleh dapat diskaun RM 0.50 untuk roti-roti yang tersenarai dalam aplikasi.

Roti sampai, kakak terus borong gaissssssssss-- Nafsu !! Hahahaha~

Tertelan airliur ?
Ya !! Tahniah !! Korang dah terpedaya !! Hahahaha~

Apa lagi ? Kalau lalu myNEWS yang termasuk dalam senarai, jangan lupa singgah dan tapau sebarang dua makanan yang ada tapi kalau nak harga promosi kena ngam dengan hari dan tarikh lah ye. SELASA - BENTO dan KHAMIS - ONIGIRI. Install aplikasi myNEWS dan dapatkan lebih banyak voucher untuk korang berjimat !!


LAMAN WEB : http://www.mynews.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/myNEWS.com.my/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mynews_my

7 September 2019

TUTORIAL DELETE BROKEN LINKS DI BLOGSPOT

Sebagai seorang blogger dan menjadikan penulisan sebagai sumber rezeki, pastinya error MATI pada coding mengganggu performance blog sekaligus memberi kesan terhadap jumlah visitor pada laman web. Nah !! Kelam kabut jadinya bila ada kawan kakak tegur ada broken links pada atiehilmi.com dan meminta untuk kakak selesaikan dalam kadar segera !!

Cara Detele Broken Link
Dia bukan sikit tau tapi lebih seribu broken links yang kakak tak pernah ambil tahu !!


CARA SCAN BROKEN LINKS


Kawan kakak tu pun satu, dia memang tak bagitau kat mana error-nya tapi biarkan kakak cari dan explore sendiri. Hahahaha~ Pening gak lah nak mencari dan cek satu persatu dan kakak dah habiskan tiga hari untuk clear kan broken links ni semata-mata nak kejarkan title laman web mesra SEO. Itu adalah pencapaian terbaik bagi seorang blogger yang memang menjalankan kegiatan penulisan di laman sendiri. Nah !! Tau dah kan kenapa kakak timang-timang sungguh atiehilmi.com ni.

Broken Links Internal
Carta status error !! Haa-- Peningkan ? Lagi-lagi kalau dah lama menulis. Hee~
Dok petik petik BROKEN LINKS tu ape benda plak kan ?

  • Broken link atau lebih mudah digelar LINK MATI atau ROSAK yang langsung tak de fungsi pada blog yang mengganggu performance blog sendiri dan juga blog orang lain. Haa—Kalau korang kenal ERROR 404 sedikit sebanyak sebesar mungkin memang terkait sama dan sangat penting untuk di buang supaya tak mengacau perjalanan blog lagi-lagi SEO. Bila SEO diusik memang kacau habis satu blog.

Jadi !!
Marilah kemas rumah sebelum rumah bersepah dan menggila !! Hee~ Broken links boleh mengacau artikel yang korang dah post, komen yang korang atau visitor tinggalkan menjadi kucar kacir atau paling teruk tak dapat dibaca langsung dan cara untuk menyelesaikan memang tak de lain – korang kena scan blog korang untuk mengesan LINK mana yang bermasalah dan cara penyelesaiannya samada korang fix balik error tadi ataupun delete !! Simple !! Tak de cara lain dah.

Renyah ?
Ya !! Sangat !! Ibarat nak memperbetulkan kesilapan lama tanpa korang sedar itu adalah salah korang dan tak tau pun itu adalah kesalahan. Hahahaha~ Jem kan ? Sungguh kakak pun alami perasaan yang sama.



Blogging Tips
Untuk tau kat mana silapnya, korang boleh klik kat SRC dan URL

Dan !!
Kebanyakan masalah broken link pada atiehilmi.com berpunca dari komen korang ha. Hee~ Kenapa korang ? Ya !! Salah satu sebabnya bila korang sendiri tak update korang punya profile dan biarkan broken link pada profile korang. Tak senang sebenarnya sebab melibatkan akaun orang lain kan dan kakak ambil keputusan untuk DELETE jek lah komen berikut untuk selamanya.

TAKKKKKKKKKKKKKKKKk--

Bukan tak hargai komen korang tapi untuk kelangsungan atiehilmi.com, kakak kena ambil tindakan sikit lah. Jangan terasa hati ya. Hee~

Cara Buang Broken Links Paling Mudah

Korang cuma ada pilihan untuk repair code ataupun delete keseluruhan code yang mengganggu code lain dari berfungsi - dan kalau tanya kakak sebaiknya delete je lah sebab nak cek satu satu memang jenuh..

Buatlah sampai habis dan selesai hingga KOSONG !!

Dan jangan lupa ucap tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengosongkan carta broken link pada blog korang. Hahahahaha~ 


LOVE ;
ATIE ADNAN