IREHAB MEMBANTU MERAWAT PESAKIT BERKAITAN SARAF DAN JUGA FISIOTERAPI

Seolah-olah menjadi taboo dikalangan masyarakat kita apabila ada ahli keluarga mahupun sahabat handai yang menghidapi stroke – pilihan pertama yang kita akan buat adalah bawa kemana-mana pengamal tradisional untuk sesi mengurut sedangkan kita sendiri tidak tahu samada itu adalah treatment yang betul ataupun tidak. Nah !! Kini kalian ada pilihan lain di iRehab.

Subang Jaya

Di iRehab, mereka menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan menyediakan pengangkutan sekiranya pesakit memerlukan bantuan untuk sampai ke pusat terapi.


iREHAB SUBANG JAYA


Infinite Rehabilition ( M ) Sdn. Bhd. yang juga dikenali sebagai iREHAB merupakan pusat pemulihan di mana mereka menawarkan rawatan kepada individu untuk menjalani proses pemulihan dari pada penyakit saraf seperti minor / major stroke ( lumpuh ) dan juga fisioterapi yang membantu mencegah, mengenal pasti, membetulkan, dan melegakan ketidakfungsian pergerakan akut atau berpanjangan dengan penekanan diberikan kepada kemudahan pergerakan.

Selain perkhidmatan pesakit luar, iRehab juga menyediakan rumah khusus yang dikenali sebagai iHOME untuk memenuhi keperluan pesakit yang perlu fokus pada pemulihan dengan fesiliti yang lengkap seperti set bilik tidur ( katil boleh laras ), jadual diet yang sesuai dengan pesakit, khidmat jururawat dan physiologist yang berpengalaman bagi memastikan pesakit dijaga dengan baik dan cepat sembuh seperti sedia kala.

iRehab Subang Jaya

Antara program yang disediakan oleh iREHAB yang terletak di Jalan SS 17/1A, Subang Jaya bagi memenuhi keperluan pesakit ialah :

  • Lokomat Therapy
  • Return To Work Programme
  • Driving Programme
  • Stroke Programme
  • Spinal Cord Injury Programme
  • Traumatic Brain Injury Programme
  • Multiple Sclerosis Programme
  • Paediatric Programme
  • Vestibular Programme
  • Musculoskeletal Programme
  • Sports Injury Programme
  • Cardiopulmonary Programme
  • Women’s Health Programme
  • Weight Loss Programme
  • Geriatrics Programme

iRehab iHome Subang Jaya
Kakak singgah sana buat apa ? Hee~ Pada awalnya memang kakak nak singah sekadar siapkan task tapi macam lepaskan peluang keemasan plak kalau kakak tak cuba try test kelebihan yang disediakan oleh iRehab. Nak tau juga macamana cara mereka bekerja.

Rawatan Pesakit Stroke Selangor

YA !!
Kakak memang obses dengan pemakaian kasut bertumit tinggi dan paling tinggi yang kakak pernah pakai adalah 6 inci, walaupun kakak tau penggunaan kasut tumit tinggi boleh memudaratkan kesihatan tulang belakang dan juga berisiko mengalami keceredaan lain pada kaki. Hee~ REZEKI kakak diberi peluang rasa sakit akibat terpelecok dari kasut tumit tinggi empat inci. Sakit dia memang tak boleh nak cakap dan lebih sebulan juga kakak tak lari ( jogging ). Akibat dari terpelecok dan kakak tak pergi buat sebarang rawatan susulan, ada swollen kat buku lali dan nampak macam kekal lah dia kat situ. Hahahaha~

Sakit tapi kalau tak paksa untuk bergerak, habis satu apa kerja pun tak menjadi. Kan ?

Menurut Puan Atikah yang merawat kakak, kakak perlu menjalani rawatan fisioterapi bagi membetulkan struktur kedudukan tulang kaki yang sedikit beralih dari tempatnya dan kakak ada boleh memilih samada untuk membuat semakan awal di ortopedik ( mana-mana klinik / hospital ) atau terus menjalani rawatan fisioterapi. Berdebar dan kakak memang dah agak kaki kakak tak sama macam dulu dan salah satunya merupakan faktor umur. Kesan daripada sakit kaki yang kakak tak rawat, memang mengganggu kesihatan tulang belakang kakak – kerap juga lah kakak sakit dan rasa nyeri pada tulang belakang sekiranya kakak tak duduk pada posture yang betul.

Rawatan Pesakit Stroke
Rawatan Pesakit Lumpuh

FUFF--
Selepas melihat beberapa testimoni pesakit di iRehab, kakak yakin kakak sendiri boleh pulih dan sihat seperti sebelumnya. Kakak nak lari lagi !! Banyak fun run tengah menunggu ni. Hahahaha~

Dan kalau korang mungkin mengalami masalah yang sama dengan kakak, atau ahli keluarga mempunyai masalah seperti kakak – sarankan mereka singgah lawat ke link di bawah.


Benda boleh elok, nak sakit buat apa kan ? Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN



1 comment:

  1. Ramai yang hidapi sakit macam ni, semoga dengan adanya iRehab ni dapat bantu para pesakit kembali pulih

    ReplyDelete

Powered by Blogger.