J-HUNT THE MOTTAINAI STORE – LUBUK BARANGAN PRELOVED DARI JEPUN

Bila sebut je soal barang preloved ataupun terpakai dah tentu kita fikirkan kotor, berhabuk, koyak dan lusuh. Kan ? Tapi kalau korang masuk J-Hunt The Mottainai Store mesti korang rambang mata sebab 99.9% barangan jualan dorang cantik dan masih elok – ada yang masih BAHARU !!

J-Hunt AEON Big Subang Jaya
Kalau sebelum-sebelumnya kedai barangan preloved yang kita tahu bersepah dan tak tersusun, ada kedai yang panas dan tak selesa langsung nak membeli-belah tapi bukan DI SINI lah.


J-HUNT SUBANG JAYA


Terletak di tingkat 2, pusat membeli-belah AEON Big, Subang Jaya, J-Hunt telah melancarkan media preview untuk cawangannya yang pertama. Dan sudah tentulah kakak mengambil peluang memenuhi jemputan dari pihak J-Hunt untuk mengintai dan menyambar apa yang patut. Biasanya bila preview macam ni, expectation tak sampai terus kepada kakak sebab kakak bayangkan mereka sekadar cuba sehabis baik mengambil hati media – confirm lah indah indah saja. Kan ?

Kedai Bundle Subang Jaya
Tapi memang INDAH gais !!
Dari susunan sampai lah ke harga yang dipamerkan - semua rasa indah dan berbaloi kat poket.

J-Hunt mengamalkan konsep 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle dan menurut pekerja terlatih mereka – Mottainai bermaksud WASTE NOT. Nah !! Kira maksudnya program kitar semula yang diterapkan oleh J-Hunt mampu memberi rasa hormat dan nafas baharu kepada produk yang masih boleh digunakan. Kalau mungkin pada ngko, tapi pada orang lain.

Begituh !!
Yang buat kakak teruja sebenarnya.

Kedai Kamera Terpakai
Jam Tangan GShock Murah
Konsep kedai barangan terpakai J-Hunt ni memang lain !! Dah lah selesa berpenghawa dingin, susun atur barangan pun mudah dicapai dan paling penting persekitaran yang selesa. Kalau nak memilih barang pun tak de lah sampai berlaga bahu. Tapi kalau korang sengaja masuk kat lorong yang padat dengan orang, memang meminta lah ya. Kat sini kita sama-sama mainkan peranan supaya railing tak jatuh tersembam akibat korang berpusu menyelam dan mencari barangan terbaik. Gituh !!

Kedai Baju Bundle Subang Jaya
Stroller Second Hand Murah
Apa yang ada kat sana ?
Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat dan dibahagi kepada beberapa kategori iaitu :

  • Pakaian
  • Beg
  • Hobi
  • Bayi / Kanak-kanak
  • Peralatan Muzik
  • Kasut
  • Barangan Sukan
  • Kelengkapan Meja Makan
  • Permainan
  • Jam Tangan
  • Kamera
  • Khemah

Bila melangkah masuk dengan bauan barang vintage – pehhhhhhhh. Tak tau nak luahkan cemana tapi memang lain dari kedai-kedai barangan preloved yang ada dan hanya kaki rajin menyelam bundle je tau beza betapa selesanya J-Hunt.

Barangan Baby Terpakai Murah
Kalau korang singgah nanti, pastikan korang singgah satu persatu lorong dari awal pintu masuk sehingga ke belakang dan jangan tinggalkan saelorong pun. Sebab ?

Sebab setiap lorong ada kelebihan masing-masing seperti lorong yang pertama mempamerkan koleksi barangan tinggalan sejarah seawal tahun 1600 dengan menekankan koleksi tembikar ukiran tangan dan juga pelbagai tinggalan sejarah lain termasuk topi pahlawan, kotak-kotak kayu antik dan juga tembikar.

Gitar Elektrik Murah
Bundle hunter ?
Kini di Subang Jaya dengan koleksi yang super terbaik dari harga serendah RM 1.00 !! Mana lagi ? J-Hunt Mottainai, Subang Jaya melemparkan segala yang korang nak dari head to toe dan dijamin berkualiti dan mampu milik.




AEON Big Subang Jaya
Kakak dah borong !!
Jom lah !! Hee~


LOVE ;
ATIE ADNAN


4 comments:

  1. Wow, teruja tengok kedai ni. Nampak macam-macam ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu zumal.. macam-macam ada.. rambang mata, kesian beg duit.. hahahahah~

      Delete
  2. Dah terjah kedai memang kemas macam-macam ada

    ReplyDelete

Powered by Blogger.