SIAPA ABDUL RASHID HUSSAIN ?

Kecoh beberapa hari ni pasal masjid cantik yang terletak di Seremban dan ada yang mengatakan binaan masjid tersebut ada bercirikan kesenian Islam Turki namun masih mengekalkan seni bina Islam Melayu Nusantara dan kakak terbaca tentang Rashid Hussain - sekaligus mengkaitkan antara masjid cantik dan bank terkemuka di Malaysia !! Wah !!

Pengasas RHB Bank

Merupakan tokoh korporat Malaysia yang juga pengasas RHB Bank - Tan Sri Abdul Rashid Hussain bukan lagi nama kecil yang selalu dipetik media ekonomi malah kini beliau memberi satu impak lain dari sudut kekayaan akhirat.

PENGASAS RHB BANK


Berketurunan campuran Melayu - Arab, Abdul Rashid Hussain merupakan anak kepada Mohammed Hussein yang berasal dari Pulau Pinang dan ibunya berketurunan Arab - Melayu telah berhijrah bersama keluarganya ke Singapura. Pernah menjadi menantu kepada jutawan terkenal iaitu Robert Kwok, kini beliau telah berusia 73 tahun.

Memberi gambaran lain yang sangat membanggakan dengan mencipta tapak dalam industri perbankan, Tan Sri Abdul Rashid Hussain telah berjaya membina konglomerat perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada bank perdagangan, firma bursa saham, syarikat kewangan dan juga bank komersial iaitu RHB Bank.

Kalau korang rajin gunakan Google Search dan mencari butiran tentang beliau, korang confirm bangga kot. Salah seorang anak Melayu yang banyak membantu pembangunan ekonomi dunia ( amnya ) dan ekonomi Malaysia ( khususnya ) dan mempunyai lebih 11,135 orang pekerja !!


FAKTA : 
RHB Bank pernah menggunakan slogan - Together We Progress


Dah viral merata kat sosial media tentang pembinaan masjid yang kedua dengan sumbangan dari Tan Sri Abdul Rashid sendiri yang dianggarkan bernilai RM 100 juta - membuatkan kakak teruja untuk explore lagi dua masjid yang pernah dibina oleh beliau. Hee~ Perangai nak tau sangat tu memang ada tapi disebabkan informasi kat Google tak cukup, kakak jumpa sedikit info untuk masjid yang kedua dan ketiga sahaja. 

MASJID HUSSAIN, SEREMBAN 2


Terletak di Persiaran S2 D8, Masjid Hussain memainkan peranan sebagai pusat agama yang berkeluasan lebih dari 20,000 meter persegi telah menelan belanja RM 22.6 juta mula digunakan secara rasmi pada pertengahan Oktober 2012 mampu memuatkan sehingga 3,000 orang dalam satu-satu masa turut dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS )

Masjid Hussain, Seremban 2
Sumber : MStar Online

Okay !!
Sis is keraiiiiii-- Walaupun binaan yang ringkas tapi subahanallah - cantik !!


MASJID SRI SENDAYAN


TERBAHARU !!
Berkonsepkan keindahan seni bina Islam Turki yang di-blend cantik mengikut budaya Melayu - Masjid Sri Sendayan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Seremban dibuna di atas tanah berkeluasan 4.5 hektar dan mampu memuatkan kira-kira 5,000 jemaah dalam satu-satu masa telah menelan kos sehingga RM 100 juta !!!!!!!

Masjid Sri Sendayan, Seremban 2

Menjadi perbualan di sosial media apabila ada yang mengkaitkan Masjid Sri Sendayan mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan Masjid Nabawi. Wah !! Confirm cantik walaupun kakak baru tengok gambar. Hee~

Turut menempatkan Kompleks Pusat Islam yang mempunyai dewan solat utama, dewan solat kedua, dua buah bilik kuliah, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan bangunan pentadbiran, Masjid Sri Sendayan turut mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan seramai 52 orang penghuni dilengkapi dengan bilik ulangkaji dan dewan makan.

Tan Sri Rashid Hussain

Fuff--
Dah lah kaya dunia, kini beliau memanfaatkan sebaiknya untuk kaya diakhirat juga. Salute !!

Masjid Cantik Negeri Sembilan

Semoga lebih ramai jutawan dan hartawan mengikut jejak langkah beliau yang 'memulangkan' semula manafaat kepada masyarakat setempat. Kalau mungkin bukan bina masjid, sumbangan serba sedikit buat yang memerlukan pun dah habis baik dah.

Kakak masih suka dengan slogan Together We Progress ( Bersama-Sama Kita Mencapai Kejayaan ) yang pernah digunakan oleh RHB Bank. Satu ayat ringkas dan padat namun mesej yang cuba disampaikan tepat menusuk hati.

Gittew--


Disclaimer : Gambar yang kakak paparkan bukan hak milik kakak dan kakak dah save untuk beberapa hari. Hee~ Maaf kalau kakak tak credit ( lupa nak save link pemilik ) dan sekiranya itu adalah gambar korang ; mohon email kakak untuk kakak letakkan kredit. Terima kasih.


LOVE ;
ATIE ADNAN

2 comments:

  1. Yeay! suka jugak dengan slogan 'Together We Progress' di dunia mahupun di akhirat ehh! ada tambahan pulak.

    Sebagai penduduk seremban Mrs. A tumpang bangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnnn.. dah masuk dalam list nak singgah nanti.. jom MRS A !!

      Delete

Powered by Blogger.