28 November 2019

PENCARIAN MODEL MISS PINKLADY ASIA TELAH MEMASUKI MUSIM KEDUA

Walaupun sudah masuk musim kedua, pencarian Miss Pinklady masih mendapat sambutan hangat dalam industry peragaan. Nah !! Tak pelik langsung bila kali kedua ini lebih meriah dengan pelbagai exposure dari para media Asia !!

Pencarian Miss Pink Lady Asia 2020

Miss Pinklady Asia ( MPLA ) telah memasuki musim kedua yang juga merupakan program reality pencarian model dengan menampilkan 12 orang peserta dari 8 buah negara Asia termasuklah Thailand, Myanmar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan juga KITA ; Malaysia sebagai tuan rumah.


MISS PINKLADY MUSIM 2



Mengetengahkan kesemua peserta yang terdiri dari pada pelbagai latar belakang yang berbeza, mereka bersaing secara sihat untuk melengkapkan tugasan bagi mendapatkan gelaran Pink Lady of Asia untuk musim yang ke-2.

Dan !!
Kakak merupakan salah seorang saksi momen penting bagi sesi memperkenalkan 12 orang peserta yang layak untuk bertanding baru-baru ini. Nah !! Teruja dan sudah pastinya berbangga apabila sekali lagi produk tempatan dipandang gah seantero Asia !!

Pink Lady Malaysia

Masing-masing cantik dan sangat berbakat, itu kakak tak nafikan dan seperti musim sebelumnya, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang telah dirahsiakan. Disitu, kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disusun dan salah satu diantara cabaran yang mereka perlu lakukan adalah catwalk, sesi fotografi dan juga iklan.

Sudah tentu tenaga pakar dalam bidang masing-masing turut membantu memberi perkongsian, pendedahan dan membimbing mereka sepanjang program ini berlangsung agar segala teknik dan juga ilmu dapat diserapkan sepenuhnya sepanjang program ini. Barulah terhasilnya MODEL PROFESSIONAL BERTARAF ANTARABANGSA !!

Miss Pinklady Asia Musim Kedua
Dari Malaysia - The Only Haneesya Hanee

Penganjuran MPL ASIA turut mencipta sejarah apabila selebriti, model dan juga aktivis media sosial telah terpilih sebagai finalis untuk merebut gelaran Miss Pink Lady Asia untuk edisi kedua ini.




Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh barisan panel hakim professional dalam bidang peragaan dan juga fotografi. Untuk musim kedua, MPL Asia akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat dalam program terkenal iaitu The Face dan Next Top Model Asia.



"Untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yan mudah. Kerja keras amatlah 
perlu kerana program ini setanding peringkat Antarabangsa. Tambahan lagi ianya 
melibatkan tenaga kerja dan peserta-peserta dari luar negara.."

Pengarah Program ; Icube Studio - Encik Mohamad Hafiz Naslallizi 



Pemenang MPL ASIA musim kedua bakal membawa pulang hadiah kemenangan berupa :

  • Tempat Pertama : RM 12,000.00
  • Tempat Kedua : RM 8,000.00
  • Tempat Ketiga : RM 5,000.00


Miss Pink Lady Asia 2


"Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati 
bidang peragaan. Ianya bukan sahaja program hiburan semata-mata sebaliknya ia 
turut berkongsi tentang dunia 'modelling lifestyle' yang kebanyakan orang tidak tahu.."

Penerbit Miss Pinklady Asia - Encik Azwan



PINKLADY.TV



MPL ASIA musim kedua akan disiarkan untuk 13 episod disaluran pentriman Youtube @pinklady.tv bermula dari 04hb Januari 2020 dan dihoskan oleh Ikon Peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam waktu Malaysia.

Pinklady.Tv

Untuk maklumat lanjut ataupun tentang produk Pink Lady, korang boleh klik link yang ada kat bawah ni. Manalah tahu untuk Musim ketiga, korang ada dalam carta finalis pula. Hee~ Masa tu kakak akan buat full coverage untuk korang !!


LAMAN WEB : https://www.pinklady.tv/
FACEBOOK : https://www.facebook.com.misspinklady.tv/
INSTAGRAM : https://instagram.com/misspinklady.tv


Oh !!
Jangan lupa tonton sampai habis momen pengenalan dan press conference Miss Pink Lady Asia Musim Kedua di channel Youtube kakak !!



LOVE ;
ATIE ADNAN



2 comments: