22 December 2019

BEST 5 WESTERN FOOD YOU CAN TRY IN KUALA LUMPUR

Kalau sebut pasal makanan, mesti banyak bayangan yang keluar kat minda dan kalau tanya kakak – makanan tempatan dan tradisi kakak boleh masak mengikut resepi yang emak turunkan cumanya kalau western food memang kena beli di kedailah lagi-lagi kat Kuala Lumpur ni terlampau banyak pilihan. Rambang !!

Dan !!
Baru-baru ni sempatlah kakak buat survey, port lepak makanan western mana yang best dan kena selera !! Hee~ Walaupun tau je SEDAP tu sangat subjektif tapi tak salah rasanya kalau korang cuba.


5 RESTORAN HIDANGAN WESTERN TERBAIK DI KUALA LUMPUR



Kuala Lumpur boleh digelar ‘syurga makanan’ kepada pecinta pelbagai rangkaian makanan, al maklumlah – dengan persekitaran yang padat pesat membangun sudah pastinya permintaan terhadap pelbagai hidangan menjadi topik utama penduduk setempat dan juga pelancong. Nah !! Tak peliklah kalau pelbagai rangkaian restoran tumbuh bak cendawan selepas hujan bagi memenuhi selera pelanggan sasaran.

Kalau tanya kakak, kakak sejenis yang suka mencuba kepelbagaian rasa dari pelbagai jenama restoran mahupun kiosk makanan untuk mencari titik kelainan dan keistimewaan sesuatu hidangan. Dan sudah tentulah kakak akan memilih dari segi harga, lokasi, service dan juga berapa cepat mereka boleh menyiapkan hidangn. Kalau mahal, service pun tak menghormati pelanggan, lambat menyiapkan makanan – memang kakak takkan repeat lagi lah. Hee~


SYRIAN HOUSE RESTAURANT



Masuk je Syrian House Restaurant ni, korang jangan terpedaya dengan hiasan dorang. Hahahaha~ Memang lah instaworthy tapi kita datang nak makan gaissssssssss. Jadi !! Kita kena oder dulu makanan sebelum selfie merata ya.

Menu Western Food Malaysia

Kebiasaan untuk restoran yang mengekalkan tradisi Syria – makanan pun mestilah nak mengikut tema juga ya. Ada pelbagai jenis sup, salad, hummus, daging panggang, kebab dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi untuk korang mencekik !! Tapi !! Topik kita adalah makanan western gais. Makan !! Korang wajib kena cuba :

  • Escalope Béchamel - RM 23.10
  • Escalope Milanese - RM 23.10
  • Cordon Bleu - RM 27.30
  • Chicken Stick - RM 23.10
  • V Stick - RM 31.50
  • Lamb Cutlets - RM 31.50
  • Fish and Chips - RM 23.10
  • Grilled Hamor - RM 23.10

Dan SEMBILAN jenis sandwich yang ada kat sana !! Fuff—Portion makanan dorang memang ngam untuk kekenyangan dengan bahagia.


Q BISTRO TTDI



Sangat familiar dengan persekitaran TTDI, Q Bistro merupakan rangkaian kedai makan yang sangat popular di Semenanjung Malaysia dengan pelbagai hidangan ala-ala mamak tetapi korang tau tak kat Q Bistro pun ada makanan western ? Ya !! Kalau tak tau, sekarang dah tau dah. Hee~

Foodpanda Malaysia

Ada pelbagai hidangan menarik seperti Spaghetti Bolognese, QB Mushroom Soup, QB Cheesy Fried Chicken Burger, Grilled Lamb Chop dan juga Cheezy Wedges yang mana harga cuma sekitar RM 10.40 hingga RM 34.00 je gaissssssssss—Sangat murah dan berbaloi untuk orang yang berselera besar tapi nak jimat duit sebab portion yang disediakan pun sangat besar dan confirm kenyang.


GEO’S HARTAMAS



Selain tarikan perumahan mewah dan juga kehidupan serba sibuk, Hartamas mempunyai sebuah port lepak yang memang sangat meriah pada waktu malam – menjadi tumpuan orang muda lah katakan. Hee~ Ya !! Geo’s Hartamas yang telah beroperasi lebih dari enam tahun menghidangkan kepelbagaian makanan termasuklah hidangan tempatan, itali dan juga WESTERN !!


KLIK SINI –> WESTERN FOOD DELIVERY


Ada Carbonara Grilled Chicken Chop ( RM 22.00 ), Grilled Chicken Chop ( RM 18.00 ) dan juga Grilled Lamb Chop ( RM 22.00 ) yang menjanjikan sensasi makanan barat hingga ke suapan terakhir.

Korang mesti nak tau apa yang GEO’S nya. Kan ? Hee~ Sudah tentulah GorGEOS sos buatan sendiri dengan resepi terbaik dari chef Geo’s.

Port Makan Sedap Hujung Minggu

Hey !!   
Sudah tentulah HALAL !!


UNCLE Z WESTERN FOOD @ RESTORAN NASI KANDAR UTARA



Jangan gelarkan diri korang asal dari Bangsar kalau korang tak tau Uncle Z kat mana. Hee~ Uncle Z memang famous dikalangan peminat Nasi Kandar tapi tak kurang hebatnya juga bila Uncle Z turut menyediakan hidangan western untuk peminat makanan western. Ye lah. Duduk KL gaissssssss, anak tekak haruslah makan makanan barat yah !! Tak boleh tidak tau. Hahahahah~

Tak salah rasanya kalau korang mencuba hidangan yang ada dalam menu di Uncle Z, Bangsar ni sebab dorang menyediakan hidangan seperti :

  • Chicken Chop – RM 12.00
  • Chicken Grill – RM 12.00
  • Beef Steak – RM 22.00
  • Lamb Chop – RM 22.00
  • Fish & Chips – RM 13.00
  • Nuggets ( 5 biji ) – RM 4.50
  • Fun Fries – RM 5.00

Food Blogger Malaysia

Aduiyai !!
Murah sangat kalau nak dibandingkan dengna harga kat kedai lain !! Memang kena masuk dalam list wajib cuba korang tau !! Tak boleh tidak !!


KEBAB @ D’PALLET PLACE



Haa—Yang ni lari tema jap. Hahahaha~ Disebabkan makanan dorang nampak menyelerakan nau nau nau, kakak selit sini la eh. Korang halalkan jek lah dan kalau terliur, memang korang wajib singgah lah nanti untuk menikmati sedapnya hidangan Timur Tengah yang pastinya membuatkan korang tersenyum. Nahhhhhhhhhhh. ‘Mempertaruhkan’ lima kategori iaitu salad, shish taouk, hummus, shawarma dan kebab – membuatkan D’Pallet Food Court ISTIMEWA !!

Manakan tidak bila lima kategori tadi dipecahkan menjadi lebih 18 hidangan yang sangat mengiurkan. Hee~ Yang menarik perhatian kakak sudah tentunya KEBAB – boom !! Dengan variasi seperti Chicken Kebab Sandwich, Lamb Kebab Sandwich, Lamb Kebab With Rice, Chicken Kebab With Bread dan juga Lamb Kebab With Bread – pilih lah mana yang korang rasa sesuai dengan anak tekak.


WESTERN FOOD DELIVERY


Food Delivery In KL

Sibuk sepanjang hari dan tak sempat nak masak tapi nak makan makanan yang sedap mengikut selera anak tekak korang ? Hee~ Kakak sendiri selalu menggunakan perkhidmatan FoodPanda bagi memenuhi permintaan selera suami dan anak-anak. Ye lah. Kadang-kadang tak sempat nak memasak dek sibuk menyiapkan kerja dan keletihan sepanjang hari. Em. Nasib baiklah ada FoodPanda yang memang buat penghantaran terus ke rumah kakak.

Service yang pantas dengan harga upah rider yang murah – kakak memang dah jadi pelanggan tetap. Kadang-kadang FoodPanda bagi diskaun melalui promocode juga tau, macam sekarang ni ada promo 30% untuk pembelian di KFC ( minimum pembelian RM 20.00 ) dengan menggunakan promocode : KFC30LAGI !!

Foodpanda Rider

Apa lagi ?
Zaman serba mudah dan canggih serta urusan semua dihujung jari.



LOVE,
ATIE ADNAN


17 December 2019

VIVO V17 LEBIH TERPERINCI DENGAN SKRIN ULTRA O DAN LIMA KAMERA PADA HARGA RM 1,699.00

Fuhhh— Satu persatu telefon baharu jenama Vivo keluar dan memeriahkan industri - kali ni Vivo memperkenalkan Vivo V17 yang direka khusus untuk mereka yang suka bergambar kerana Vivo V17 mempunyai LIMA kamera !!

Harga Vivo V17

Telah dilancarkan baru-baru ini, Vivo V17 diciptakan dengan Ultra O Screen yang memberikan gambaran luas melampaui imaginasi.


ULTRA O SCREEN VIVO V17



Memberi impak lebih jelas pada skrin yang bersaiz 6.44” FHD+ dengan sentuhan Super AMOLED Ultra O Screen menjadikan veris S17 lebih elegan dan futuristik. Mempertaruhkan LIMA kamera yang dibina dengan 2.8mm rekaan lebar yang lebih luas tanpa menjejaskan setiap ketikan.

V17 Vivo Malaysia

V17 telah menjadi pelopor dalam industri ciptaan Display Fingerprint Scanning Technology dengan densiti pixel algorithm yang lebih sofistikated dan menjadikan V17 antara telefon pintar yang mempunyai ciri keselamatan untuk melindungi data pemilik.




Skrin AMOLED dibina dengan ratio 20 : 9 menapis 42% sinar biru dan memberikan tenaga penuh dengan warna asli tanpa menjejaskan warna subjek. Kiranya kalau korang pakai tudung kuning cair, memang terlihat jelas warna yang sama lah - tak merubah warna asal.



"V17 mewakili pemahaman kami tentang keperluan pengguna hari ini dan inovasi yang 
kami banggakan. Reka bentuk lima kamera dengan Skrin Ultra O membolehkan 
pengguna menghasilkan gambar dan berpengalaman menonton di luar imaginasi.."

- Raymond Lee, Pakar Produk vivo Malaysia



KAPASITI BATERI DAN PERFORMANCE



V17 direka khusus untuk penggunaan sepanjang hari tak kiralah untuk urusan kerja, bersosial ataupun hiburan kerana binaan V17 turut mendapat sokongan perisian Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM memberi kelancaran pada setiap penggunaan aplikasi. Bateri 4500mAh dengan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memberi kecekapan pengecasan pantas supaya V17 mencapai pengecasan maksima dalam tempoh masa yang singkat. Dah tak de lah alasan lagi bateri korang kong setiap masa ya.

Ultra O Vivo V17

Seiring dengan permintaan semasa yang membuatkan V17 turut dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif dan memastikan pengguna menikmati prestasi permainan tanpa lag !! Wah !! Bukan main ya V17. Hee~  Dah tak de lah tersangkut-sangkut masa korang tengah main game ataupun lag terlampau lama. Untuk kepuasan gamers juga, V17 dibina dengan ciri Voice Change yang boleh menukar suara dan memadankan dengan watak-watak dalam game.


KAMERA AI QUAD 48MP



KAKI SELFIE ? Hee~
Bonus untuk korang yang memang suka selfie ataupun wefie sampai penuh skrin. Hahahaha~ V17 didatangkan dengan kamera utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, kamera Macro 2MP dan kamera Bokeh 2MP yang menggunakan algoritma Artificial Intelligence ( AI ) untuk menghasilkan seni fotografi yang sangat jelas walaupun dalam keadaan gelap kerana V17 mempunyai Super Night Mode dan Super Night Selfie.

Latest Tech Blog

Tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Admiral Blue dan Crystal White, Vivo V17 diringkaskan dengan ciri-ciri berikut :

  • Processor : Qualcomm Snapdragon 675 AIE Octa-Core
  • RAM : 8GB
  • Storage : 256GB ROM
  • Bateri : 4,500mAh
  • Fast Charging : 9V 2A

  • Sistem Operasi : Funtouch OS 9.2 ( tertakluk kepada Android 9 )
  • Saiz : 16.36cm
  • Berat : 176 gram
  • Skrin : 6.44’ FHD+ – Super AMOLED Ultra O Screen

  • Kamera :
    • Depan : 32MP
    • Belakang : 48MP + 8MP ( Wide-Angle ) + 2MP ( Bokeh ) + 2MP ( Macro )
  • Apertur :
    • Depan : f/2.45
    • Belakang : f/1.8 + f/2.2 + f/2.4 + f/2.4

  • Wi-Fi : 2.4GHz / 5GHz
  • Bluetooth : 5.0
  • USB : Type - C

  • Harga : RM 1,699.00

Malaysian Blogger

Dah ready ? Ha !!
Pergi pre-order dulu sebab Vivo V17 masuk pasaran pada 21hb Disember 2019 nanti !! Hee~ Rebut jangan tak rebut !!


LOVE ;
ATIE ADNAN


13 December 2019

MISMIS MENJAGA KESIHATAN GIGI ANAK SEAWAL USIA 2 TAHUN !!

Bila sebut soal kesihatan gigi memang peranan ibu dan ayah untuk mendidik anak-anak memahami betapa pentingnya membuat pemilihan berus gigi dan ubat gigi yang BETUL bagi memastikan gigi anak-anak elok dan terjaga – MISMIS boleh bereskan semuanya !!

Ubat Gigi MISMIS

Ya !!
Kakak sangat mementingkan penjagaan gigi supaya Nur Aiman dan Nur Aina sendiri yakin dengan penampilan mereka sehari-hari. Ye lah. Dah kalau gigi rompong sana sini, anak nak senyum pun nak tak nak nanti. Hee~


UBAT GIGI MISMIS


Minggu lepas kakak sempat singgah Klinik Pergigian Nurul Akhmar yang terletak di WangsaMaju untuk belajar lagi tentang penjagaan gigi yang betul dengan menggunakan produk yang betul. Nahhhhhhhh—Rupanya selama ni kakak banyak salah faham tentang penjagaan gigi tapi masih belum terlambat untuk kakak betulkan semula.

Make It Smile

Masa kat kelas tu kakak dan Nur Aiman diperkenalkan dengan MISMIS. Hee~ Comelkan ? MISMIS adalah ringkasan daripada Make It Smile yang merupakan tagline jenama ubat gigi dan juga berus gigi yang baharu masuk ke pasaran – yang diperbuat dari 99.9% bahan semulajadi.



“Ubat gigi MISMIS tanpa florida dari ekstrak Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan bahan semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan senyuman manis dan nafas yang segar anda sepanjang masa..”
- Puan Noormawarni Nordin ; Pengarah Syarikat NFA TECHNOLOGIES SDN BHD


Buat masa ni MISMIS memperkenalkan tiga jenis ubat gigi yang menggunakan polifenol koko dan dipecahkan kepada :

  • MISMIS JUST FOR KIDS
    • Didatangkan dengan dua perisa iaitu Chocolata dan juga Bubble Gummy yang diperbuat daripada pelbagai bahan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya dan sudah tentunya tanpa SLES / SLS bagi memastikan khasiat yang diperlukan oleh gigi terjaga. Kandungan koko yang digunakan dapat melawan pembinaan plak dan sekaligus menghidupkan agen antibakteria yang kuat serta menggalakkan remineralise untuk menguatkan partikel gigi.

    • MISMIS EKSTRA PUDINA
      • Ini POWER !! Hee~ Rasa berangin yang diperbuat daripada ekstrak koko dan cengkih yang mampu memberi perlindungan 7 kali khusus untuk gigi termasuklah melawan bakteria yang menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi yang mungkin memudaratkan sehingga berlakunya pendarahan pada gusi. Nah !! Koko dan pudina merupakan kombinasi yang mampu menyegarkan nafas sepanjang hari !!

      • MISMIS PREMIUM PUDINA KOKO
        • TERBAHARU !! Menggabungkan polifenol – tannin yang mampu membunuh bakteria di dalam mulut terutamanya Streptococcus Mutan dan S. Sanguis yang menyebabkan gigi mereput, karies dan juga nafas berbau. Diperkayakan dengan vitamin E yang terkandung dalam lemak koko bertindak sebgai agen antibakteria yang dapat mengurangkan masalah kaviti.
      Kids Toothpaste

      Selain ubat gigi, ada juga ubat kumur dan berus gigi tau !! Dengan harga yang sangat berbaloi – ye lah !! Dah kalau guna bahan semulajadi sepatunya mahal sebaliknya harga MISMIS memang sangat berbaloi dan mampu dimiliki.


      NFA TECHNOLOGY SDN. BHD.



      Merupakan salah satu syarikat yang dibimbing dibawah program simbiosis kelolaan Malaysian Technology Development Corporation ( MTDC ) yang memberi peluang kepada lepasan siswazah dan usahawan menjadi technopreneur dengan mengkomersialkan produk berteknologi melalui Research Institute ( IR ) dengan latihan dan bimbingan yang berterusan.




      MISMIS telah disahkan memiliki sijil HALAL dan Good Manufacturing Practice – GMP ( Praktis PEnghasilan Produk Berstandard ) yang bermatlamat menjadikan syarikat tempatan lebih berdaya saing dalam mengeluarkan produk lebih bermutu tinggi setanding produk antarabangsa selain menghasilkan syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

      Halal Toothpaste

      MISMIS telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk proses penyelidikan, penyelengaraan bagi mengendalikan polifenol koko sebagai bahan mentah utama yang berkualiti tinggi dalam pembuatan ubat gigi natural.

      Memberi pilihan lain kepada pengguna yang mencari alternatif selain menggunakan produk oral sedia ada dipasaran, MISMIS sangat komited dalam memperkenalkan rangkaian produk berasaskan bahan semulajadi. Bila ada produk lain dapatlah kita sebagai pengguna membuat perbandingan dan memilih mana yang baik serta bersesuaian dengan kegunaan.


      Kesemua produk MISMIS telah berada dipasaran dengan harga serendah RM 3.90 hingga RM 15.00 dan boleh didapati di pasaraya seperti Tesco, Sabasun, Halalmart, farmasi dan kedai-kedai runcit di seluruh negara. Tak pun !!!!!!!!!!!! Mungkin link kat bawah ni boleh membantu !!





      Kakak, sebagai ibu dan mengambil peranan penting dalam membesarkan Nur Aiman dan Nur Aina mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk membantu mereka membesar dengan sihat dan selamat. Hee~ Kakak dah MISMIS kan anak-anak kakak !! Korang ?


      LOVE ;
      ATIE ADNAN


      12 December 2019

      GHAIBKAN JERAWAT SERTA PARUT JERAWAT SEAWAL 7 HARI DENGAN CHARCOAL CLAY MASK BY LE.LAB ROUTINE

      Ramai wanita mengimpikan kulit yang wajah sihat, cerah dan mulus. Jadi, tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup melakukan apa sahaja rawatan kecantikan bagi mendapatkan wajah idamannya.

      Lelab Routine Charcoal Clay Mask
      Melakukan perawatan atau penjagaan wajah sangat penting. Dengan merawat serta menjaganya dengan baik, kulit wajah akan terhindar daripada jerawat serta masalah-masalah kulit yang lain. Salah satu penjagaan kulit wajah yang kerap dilakukan adalah dengan penggunaan masker wajah!

      Dengan kajian dan nasihat dari pakar kecantikan Le.Lab Routine mengeluarkan masker wajah Pertama di Malaysia yang mengandungi Orange Essential Oil.

      Charcoal Clay Mask
      Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine merupakan produk penjagaan wajah yang berupaya memberikan manfaat dan merawat kulit wajah yang bermasalah. Penggunaan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine secara rutin membuatkan wajah menjadi sihat dan cantik semulajadi.

      Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine adalah sejenis masker untuk muka yang diperbuat daripada koalin atau clay dan boleh dijadikan sebagai skrub muka. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah terutamanya kulit sensitif, berminyak, berjerawat dan breakout.


      CHARCOAL CLAY MASK ( CCM ) BY LE.LAB ROUTINE MENUTRISKAN KULIT DARI DALAM



      Charcoal atau arang merupakan salah satu bahan semulajadi yang bermanfaat untuk menyerap dan menanggalkan kotoran serta minyak yang berlebihan di wajah dan dalam masa yang sama melembutkan kulit wajah.

      Pelbagai nutrisi yang terkandung di Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine dan dipercayai efektif untuk membuatkan kulit wajah menjadi semakin cerah, mulus, bersih dan terhindari dari sebarang masalah.


      APA YANG MEMBUATKAN CHARCOAL CLAY MASK ( CCM ) BY LE.LAB ROUTINE INI CUKUP ISTIMEWA ?



      Charcoal Clay Mask sememangnya diformulasikan dengan arang dan lumpur untuk menanggalkan segera kotoran pada kulit wajah tanpa sebarang pengelupasan kulit. Bahkan masker ini turut mengandungi Orange Essential Oil yang dapat membantu proses penyembuhan kulit, terutama anda yang memiliki wajah yang berjerawat dengan lebih cepat.



      5 bahan utama di dalam CCM:

      • Arbutin – berfungsi merawat parut hitam akibat bekas jerawat dan tona kulit tak sekata.
      • Orange Essential Oil – Sifat anti-radang yang terkandung pada orange essential oil berupaya mengecutkan jerawat dan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru.
      • White Koalin/Clay - kotoran, sel kulit mati dan racun boleh menutup pori-pori. Namun, penggunaan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine dapar menyingkirkan kotoran serta menyedut minyak yang berlebihan dan membersihkan pori-pori tersumbat.
      • Luffah Charcoal – berfungsi sebagai agen scrub untuk membantu mengeluarkan kulit mati yang berlebihan.
      • Salicylic Acid- berfungsi sebagai bahan utama untuk mematikan jerawat serta merawat masalah breakout.

      Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine boleh didapati di:

      Harga yang ditawarkan: RM69.00 (50g)

      Le.Lab Routine

      BERITA BAIK !!


      Untuk pembelian 500 unit pertama akan akan mendapat Free Mini Pack Daily Deep Cleanser by Le.Lab Routine (bernilai lebih RM15. Serikan wajah anda dengan Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine.

      Selamat datang kulit yang mulus, bersih dan cerah berseri serta bebas jerawat!!

      9 December 2019

      MAKAN KAW KAW, MENANG LAGI KAW SEMPENA ULANGTAHUN MARRYBROWN KE-38

      SELAMAT ULANGTAHUN KE-38 MARRYBROWN dan sempena keraian gah untuk tahun ni, Marrybrown dengan bangganya nak bagi peminat dorang HADIAH plakkkkkkkk--

      Marrybrown Malaysia

      Dah lah harijadi dia, dia nak bagi orang lain hadiah plak. Hahahaha~ Kelakarlah Marrybrown ni !!

      MAKAN KAW KAW DAN MENANG LAGI KAW


      Bukan main-main tau bila Marrybrown sendiri dah buat pengumuman di sosial media dorang untuk beri pelanggan dorang hadiah !! Nak ? Sudah tentu lah nak. Kan ?


      Contest Eat And Win

      Kalau kakak singgah IOI Mall, Puchong – mesti akan singgah lepak makan dan minum kat sini. Nur Aina suka bubur, Nur Aiman suka ayam goreng, kakak dan suami memang suka variasi burger yang ada. Memang syok habis. Itu kalau kakak lah, tapi kalau korang ada kelapangan lepak dengan kawan-kawan pun chara jugak sebab portion untuk setiap hidangan memang ngam kenyang perut dan tak pelik langsung kalau ada yang tapau bawak balik.

      Dan !!
      Sempena ulangtahun ke-38 ni, Marrybrown sedang menjalankan kempen khusus buat pelanggan setia Marrybrown dengan tawaran hadiah sehingga RM 380,000.00 !! Dan uniknya semua pun berpeluang untuk menang. Cara nak memang pun senang tau.

      • Bermula dari 29hb November 2019 – 12hb Januari 2020
      • Belanja serendah RM 25.00 dimana-mana outlet Marrybrown ( simpan resit !! )
      • Dapatkan KAD PERADUAN
      • Masukkan KOD unik yang ada pada kad peraduan di - https://marrybrown.com/contest/
      • Hantar !!
      X70 Price 2020

      Dan !!
      Siap !! Hee~ Senang kan ? Makan – lepak lepak – join contest ; mana lah tahu ada rezeki mungkin korang dapat bawak balik sebiji X70 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Marrybrown Menu

      Tak yakin ?
      Jangan risau !!

      Ada banyak hadiah yang menanti korang dan antaranya wang tunai, televisyen, smartphone dan baucar makanan di Marrybrown !! Semuanya tertakluk kepada terma dan syarat : http://bit.ly/37LecoH !!

      Parenting Blogger Malaysia

      Jom !!
      Belanja minimum RM 25.00 dah boleh cuba untuk menang !! Hee~ Kakak sudah !!


      LOVE ;
      ATIE ADNAN


      5 December 2019

      VIVO S1 PRO ; HARGA, SPESIFIKASI DAN TREND SEMASA

      Sekali lagi Vivo melahirkan 'anak' baharu iaitu Vivo S1 Pro dengan harga yang sangat berbaloi tetapi spesifikasi mengikut kehendak semasa pengguna. 

      Harga Vivo S1 PRo

      Kalau ikut pengamatan kakak, Vivo S1 Pro adalah versi label Vivo yang terbaik setakat ini dengan beberapa ciri yang unik. Tak de kat unit Vivo yang lain tau, hanya pada S1 Pro !!


      VIVO S1 PRO



      Vivo S1 Pro berusaha untuk memenuhi keperluan pengguna dikalangan belia yang rata-rata menggunakan telefon pintar untuk hampir ke semua urusan termasuk hal perihal peribadi, kerja, belajar dan juga hiburan. S1 Pro menggabungkan teknologi fotografi dengan perisian terkini yang canggih membuatkan S1 Pro berdiri sama tinggi dengan jenama lain yang menawarkan spesifikasi yang sama.

      Vivo S1 Pro

      Mempunyai paparan 6.38 Full HD + Super AMOLED yang dikuasakan oleh processor Qualcomm Snapdragon 665, S1 Pro didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Sky Fancy, setiap satu varian mempunyai 8GB RAM dan 128GB storan turut menggunakan bateri 4,5000mAh yang menyokong Dual Engine Fast Charging.

      Nah ~
      Alasan bateri cepat kong dan menunggu bateri penuh sewaktu pengecasan dah tak valid lagi ya !! 


      S1 Pro

      Siap sedia dengan quad ( empat ) kamera berbentuk diamond yang mana kamera utama terdiri daripada 48MP menggunakan sensor Samsung GM1 perakam tepat imej 12MP dengan mode 4 dalam 1. Turut dilengkapi kamera ultra-lebar 8MP bersama f/2.2, sasaran makro 2MP f/2.4 dan efek bokeh 2MP f/2.4.

      Kamera depan untuk selfie ? Hee~ Mengambil berat kehendak pasaran semasa, S1 Pro tersedia dengan kamera depan 32MP yang terletak dikedudukan paling atas memberi kesan penangkapan lebih jelas.

      Snapdragon 665

      Kakak sediakan sedikit ringkasan untuk korang jelas :

      • Processor : Snapdragon 665
      • RAM : 8GB
      • Storage : 128GB
      • Bateri : 4,500mAh
      • Fast Charging : 9V 2A
      • Sistem Operasi : Funtouch OS 9.2 ( tertakluk kepada Android 9 )

      • Saiz : 6.38 inci
      • Resolution : 2340 x 1080 FHD
      • JSkrin : Super AMOLED

      • Kamera :
        • Depan : 24MP
        • Belakang : 48MP + 8MP + 2MP + 2MP
      • Apertur :
        • Depan : f/2.0
        • Belakang : f/1.8 + f/2.2 + f/2.4 + f/2.4

      • Wi-Fi : 2.4GHz / 5GHz
      • Bluetooth : 5.0
      • USB : Type - C

      • Harga : RM 1,199.00


      KLIK SINI --> KAKI GAME CONFIRM SUKA VIVO S1 PRO ? HAA--


      Membuat penambahbaikan, S1 Pro dilengkapi dengan teknologi MultiTurbo yang dikatakan mampu meningkatkan kelajuan dan prestasi semasa bermain game. Nahhhhhhhhhh-- Kaki menghadap game mesti suka lah kan sebab tersedia juga ciri Voice Changing yang boleh digunakan semasa bermain.

      Akan mula dijual pada 07 Disember 2019 nanti, Vivo yakin keterbukaan pasaran terhadap telefon pintar serbaguna pada harga bajet mampu membantu pengguna menikmati setiap saat pada sudut berbeza. Ye lah !! Yang suka bergambar dapat manfaat, yang suka main game ada manfaat, yang suka berjimat lagi lah banyak manfaat. Hee~

      Vivo

      Singgah Central i-City pada 07 Disember 2019 nanti untuk merebut 'exclusive rebate' dan peluang membeli S1 Pro sempena S1 Pro Superday Sales !!

      Dapatkan lebih banyak info di SINI.


      LOVE ;
      ATIE ADNAN


      2 December 2019

      SERUM DR BEAU MERAWAT MASALAH KULIT - JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN

      Wah !! Baca tajuk pun dah seram sejuk dengan jaminan dari Dr Beau ni - siap nak pulangkan duit kalau keadaan kulit menjadi semakin teruk.

      Beauty Blogger Malaysia

      Ibarat orang mengantuk disorong bantal, pada usia kakak yang bakal menjengah ke 33 tahun ; soal kulit bermasalah memang membimbangkan. SANGAT MEMBIMBANGKAN !! Hahahahah~ Bukan setakat pigmentasi, tona kulit tak sekata dan juga garis-garis halus semakin ketara membuatkan kakak sangat berhati-hati dengan pemilihan produk yang hendak dicalitkan pada kulit.


      SERUM DR BEAU



      Memberi inovasi dalam penjagaan kulit, Dr Beau merupakan salah satu produk keluaran Teja Herbs yang telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( NOT170502921K ) dan telah berada dipasaran lebih dari empat tahun.

      Serum Dr Beau

      Memonopoli pasaran di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan dan juga Brunei - Br Beau hanya menggunakan bahan-bahan yang dapat membantu menjana pertumbuhan kulit baharu bagi memastikan kulit lebih bersih dan bersinar dari dalam.

      Serum Dr Beau mengandungi :

      • Ekstrak minyak Argan
        • Mengawal lebihan minyak pada kulit

      • Ekstrak minyak Rosehip
        • Melembapkan, melembutkan dan menjaga kesihatan kulit

      • Ekstrak minyak Almond
        • Merawat sel kulit mati dan memudarkan kedutan pada kulit

      • Ekstrak minyak Wheat Germ
        • Mengandungi vitamin E, A dan D serta protein dan mineral





      • Ekstrak Evening Primrose
        • Mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk merawat masalah kulit sensistif dan memastikan kulit sentiasa segar dan selesa

      • Ekstrak minyak Karnel
        • Berfungsi sebagai pelembap yang kaya dengan vitamin A, C dan E membantu melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan

      • Ekstrak vitamin E

      Produk Kecantikan Dari Malaysia

      Bayangkan !!
      Nak ke korang beli dan adakan semua bahan kat atas tu semata-mata untuk cantikkan kulit ? Nan hado kannnnnnn-- Hee~ Inisiatif lain adalah dengan mengamalkan Dr Beau sebagai serum harian untuk membantu menyelesaikan masalah kulit.

      Kakak dah guna serum Dr Beau lebih kurang seminggu dan memang berpuas hati setakat ni sebab !! Haa-- Kena ada sebablah kan kenapa kakak puas hati.

      • Tak berminyak dan menyerap terus ke dalam kulit malah tidak meninggalkan kesan langsung pada kulit

      • Kakak jadikan makeup base semasa prep kulit - sebelum pakai makeup untuk memastikan liang pori tidak tersumbat dan makeup tahan lebih lama

      • Kakak jadikan rutin setiap malam - bangun pagi, kulit muka terasa segar dan glow

      • Bau wangi Evening Primrose memberi rasa tenang

      • Kulit kakak jenis kombinasi tau, kadang-kadang berminyak teruk kat zon T dan ada sesetengah masa jerawat ntah dari mana akan timbul - Dr Beau memang membantu menyeimbangkan tekanan pada kulit kakak

      • Harga mampu milik, hanya RM 77.00 !!

      Hee~ Korang pun mesti terasa best kan lepas baca ni. Hahahaha~ Tapi tu lah tu. Dah tau kulit muka tak sihat, cari jalan penyelesaian dengan rutin yang betul dengan menggunakan produk-produk yang memberi jaminan akan POSITIF.



      Macam apa yang dijamin oleh Dr Beau.




      Kakak sudah !!


      LOVE ;
      ATIE ADNAN


      28 November 2019

      PENCARIAN MODEL MISS PINKLADY ASIA TELAH MEMASUKI MUSIM KEDUA

      Walaupun sudah masuk musim kedua, pencarian Miss Pinklady masih mendapat sambutan hangat dalam industry peragaan. Nah !! Tak pelik langsung bila kali kedua ini lebih meriah dengan pelbagai exposure dari para media Asia !!

      Pencarian Miss Pink Lady Asia 2020

      Miss Pinklady Asia ( MPLA ) telah memasuki musim kedua yang juga merupakan program reality pencarian model dengan menampilkan 12 orang peserta dari 8 buah negara Asia termasuklah Thailand, Myanmar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan juga KITA ; Malaysia sebagai tuan rumah.


      MISS PINKLADY MUSIM 2



      Mengetengahkan kesemua peserta yang terdiri dari pada pelbagai latar belakang yang berbeza, mereka bersaing secara sihat untuk melengkapkan tugasan bagi mendapatkan gelaran Pink Lady of Asia untuk musim yang ke-2.

      Dan !!
      Kakak merupakan salah seorang saksi momen penting bagi sesi memperkenalkan 12 orang peserta yang layak untuk bertanding baru-baru ini. Nah !! Teruja dan sudah pastinya berbangga apabila sekali lagi produk tempatan dipandang gah seantero Asia !!

      Pink Lady Malaysia

      Masing-masing cantik dan sangat berbakat, itu kakak tak nafikan dan seperti musim sebelumnya, kesemua peserta akan di tempatkan di sebuah lokasi yang telah dirahsiakan. Disitu, kesemua peserta akan melalui rutin harian yang telah disusun dan salah satu diantara cabaran yang mereka perlu lakukan adalah catwalk, sesi fotografi dan juga iklan.

      Sudah tentu tenaga pakar dalam bidang masing-masing turut membantu memberi perkongsian, pendedahan dan membimbing mereka sepanjang program ini berlangsung agar segala teknik dan juga ilmu dapat diserapkan sepenuhnya sepanjang program ini. Barulah terhasilnya MODEL PROFESSIONAL BERTARAF ANTARABANGSA !!

      Miss Pinklady Asia Musim Kedua
      Dari Malaysia - The Only Haneesya Hanee

      Penganjuran MPL ASIA turut mencipta sejarah apabila selebriti, model dan juga aktivis media sosial telah terpilih sebagai finalis untuk merebut gelaran Miss Pink Lady Asia untuk edisi kedua ini.




      Setiap cabaran yang dilakukan akan diadili oleh barisan panel hakim professional dalam bidang peragaan dan juga fotografi. Untuk musim kedua, MPL Asia akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat dalam program terkenal iaitu The Face dan Next Top Model Asia.



      "Untuk merealisasikan program ini bukannya sesuatu yan mudah. Kerja keras amatlah 
      perlu kerana program ini setanding peringkat Antarabangsa. Tambahan lagi ianya 
      melibatkan tenaga kerja dan peserta-peserta dari luar negara.."

      Pengarah Program ; Icube Studio - Encik Mohamad Hafiz Naslallizi 



      Pemenang MPL ASIA musim kedua bakal membawa pulang hadiah kemenangan berupa :

      • Tempat Pertama : RM 12,000.00
      • Tempat Kedua : RM 8,000.00
      • Tempat Ketiga : RM 5,000.00


      Miss Pink Lady Asia 2


      "Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati 
      bidang peragaan. Ianya bukan sahaja program hiburan semata-mata sebaliknya ia 
      turut berkongsi tentang dunia 'modelling lifestyle' yang kebanyakan orang tidak tahu.."

      Penerbit Miss Pinklady Asia - Encik Azwan



      PINKLADY.TV



      MPL ASIA musim kedua akan disiarkan untuk 13 episod disaluran pentriman Youtube @pinklady.tv bermula dari 04hb Januari 2020 dan dihoskan oleh Ikon Peragawati Malaysia, Sunshine. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam waktu Malaysia.

      Pinklady.Tv

      Untuk maklumat lanjut ataupun tentang produk Pink Lady, korang boleh klik link yang ada kat bawah ni. Manalah tahu untuk Musim ketiga, korang ada dalam carta finalis pula. Hee~ Masa tu kakak akan buat full coverage untuk korang !!


      LAMAN WEB : https://www.pinklady.tv/
      FACEBOOK : https://www.facebook.com.misspinklady.tv/
      INSTAGRAM : https://instagram.com/misspinklady.tv


      Oh !!
      Jangan lupa tonton sampai habis momen pengenalan dan press conference Miss Pink Lady Asia Musim Kedua di channel Youtube kakak !!



      LOVE ;
      ATIE ADNAN



      25 November 2019

      PROMOSI KASUT SEKOLAH SUNFEET ; MENJAGA KESIHATAN TULANG ANAK

      Bila masuk hujung tahun pastinya ibu ayah sibuk membuat pelbagai persediaan sempena menyambut sesi persekolahan tahun baharu anak-anak dan pilihan kasut sekolah dari Sunfeet sudah tentu antara pilihan yang terbaik.

      Types Of Rehabilitation
      Hanya menjanjikan yang terbaik, Sunfeet merupakan pakar OrthotiK & Prostetik dengan pengalaman klinikal selama 42 tahun dan telah membantu ribuan pesakit.


      PAKAR ORTOTIK & PROSTETIK



      Kepakaran Sunfeet International Sdn. Bhd. dalam merawat masalah sakit-sakit lutut, scoliosis, Plantar Fasciitis, tapak kaki rata ( flat foot ), kesakitan pada tumit kaki, ketegangan urat kaki, kesakitan kaki akibat diabetes, arthritis, down syndrome, celebral palsy dan banyak lagi masalah yang berpunca dari kaki. 

      Terletak di SS 19, Petaling Jaya - Sunfeet mengambil tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa kesihatan kaki sangat penting supaya tidak melarat kepada masalah kesihatan yang lain terutamanya anak-anak. Dengan menawarkan Promosi Kembali Ke Sekolah, Sunfeet menawarkan pelbagai koleksi kasut sekolah dari warna putih hinggalah ke warna hitam yang sudah pastinya cantik dan menarik untuk digayakan anak-anak.

      Back To School 2020
      Memilih kasut sekolah yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anak-anak selesa di sekolah yang rata-ratanya anak kita menghabiskan waktu siang mereka di sekolah. Em. Bayangkan kalau pakai kasut yang tak selesa - kesian anak-anak.

      Ortotik dan Prostetik
      Salah satu masalah kaki yang sering dihidapi kanak-kanak adalah FLAT FEET ataupun tapak kaki rata. 



      FAKTA : 
      Flat feet juga dikenali sebagai pes planus atau lengkungan yang jatuh merupakan 
      kecacatan postural di mana lengkung kaki runtuh dengan keseluruhan tapak kaki yang masuk 
      ke dalam hubungan lengkap atau hampir lengkap dengan tanah. Anggaran 20 - 30% 
      penduduk umum mempunyai lengkungan yang tidak pernah berkembang dalam satu 
      atau kedua kaki.



      YA !!
      Pemilihan kasut yang betul dapat membentuk postur badan yang sihat dan sekali gus merawat masalah kaki anak-anak sementara tulang mereka boleh dibentuk. Seawal usia 1 tahun, ibu ayah perlu membuat semakan tapak kaki anak bagi memastikan tiada yang pelik-pelik berlaku pada bentuk tapak kaki anak seperti flat feet.

      Faktor utama flat feet adalah berpunca dari keturunan tapi MASIH BOLEH DIRAWAT !!

      Dan apabila usia anak menjangkau 12 tahun, tulang mereka ibarat tulang orang dewasa dan susah dan nak dibentuk semula. Tapi tak jadi masalah kerana penyelesaiannya adalah pemakaian insole. Haáh. Kat Sunfeet pun boleh buat insole tau. Bukan untuk kanak-kanak je tapi untuk dewasa juga.

      Sunfeet International Malaysia
      Menjanjikan yang terbaik, di Sunfeet bukan sahaja memberi konsultasi secara percuma malah semakan kesihatan kaki juga diberikan secara PERCUMA !! Tak salah rasanya bawa anak-anak singgah sebentar di Sunfeet untuk membuat pemeriksaan kaki.

      Parenting Blogger Malaysia
      Dan pada musim persekolah tahun 2020 nanti, Sunfeet mengambil peluang untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan menawarkan :

      Dr. Edmund Lee

      • Tiga pasang kasut sekolah = RM 799.00 ( jimat RM 308.00 )
      • Lima pasang kasut sekolah = RM 1139.00 ( jimat RM 706.00 )

      Pssstttttt--
      Tau tak lepas ni korang tak payah basuh / sental kasut sekolah anak-anak ? Hahahaha~ Betul !! Kalau kasut sekolah anak kotor, korang bungkus dan hantar ke Sunfeet untuk mereka cuci dan sudah tentulah ada warranty yang tertakluk pada terma dan syarat !!

      Mungkin link kat bawah ni boleh bantu korang !!

      19 November 2019

      GRILLED BUTTER CHICKEN DI CHICKEN RICE SHOP ANTARA RESEPI BUTTER TERBAIK !!

      Lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii—Dan kakak memang tak nak lah terlepas peluang untuk jadi antara yang terawal untuk menikmati Grilled Butter Chicken viral yang hanya boleh didapati di The Chicken Rice Shop sehingga bulan Januari 2020 !!

      Resepi Butter Chicken Mudah

      Wah !!
      Limited time dan sudah tentulah taruhan bukan calnag-calang dari pihak TCRS !! Kerat jarilah kalau tak sedap. Kan ?





      MENU BAHARU THE CHICKEN RICE SHOP



      Dah kalau dok lalu lalang kat feed Instagram sampai tak cukup feed dibuatnya, mana boleh kakak tengok je dan kakak langsung tak menyesal. Kalau korang perasan, sepanjang bulan November ni banyak jenama besar yang mempromosikan makanan berasaskan butter tapi korang kena tahu tak semua makanan boleh diadunkan dengan butter. Nah !! Butthurt jadinya nanti. Hahahaha~ Gurau okay. Gurau.

      Food Blogger

      Diwar-warkan sepelusuk media sosial tentang kehebatan Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop yang telah pun berada dipasaran pada awal November 2019 haritu dan dijangka akan berada di kesemua store sehingga bulan Januari 2020 – kiranya ada lagi dua bulan lebih lah kalau korang nak rasa pun dan kalau korang dah rasa, kakak berani jamin INI adalah yang terbaik dalam kelasnya.

      Ayam yang digoreng garing diluar dan lembut di dalam menghasilkan aroma wangi ayam kemudian digabungkan dengan selera authentic Nyonya Penang menambahkan rasa lemak masin dengan haruman daun kari. Pehhhhhh—Masa kakak menaip ni pun kakak dapat bayangkan betapa sedapnya lemak lemak butter tu wey.

      The Chicken Rice Shop

      Resepi Nasi Ayam Mudah

      Belum masuk mulut dan mengunyah pun korang dah dapat bau yang mengenyangkan. Hahahaha~ Kakak over kan ? Ha. Sebab kakak dah rasa dan dah tau rasa dia cemana. Kalau korang setakat baca je, korang takkan dapat rasa real – butter tu. Haish. Rugi !!

      Chicken Rice

      Set single bermula dari RM 21.90 yang termasuk nasi, sup, sayur Pak Choy dan juga ayam tadi tapi kakak add on Tropical Layer Tea yang juga boleh dibeli pada harga RM 4.90 – kalau korang beli dengan Set Grilled Butter Chicken lah. Kalau nak ala carte hanya berharga RM 9.90. Berbaloi sungguh ha. Dah la portion ngam untuk seorang dan confirm kenyang, makanan sedap pula confirm puas hati. 


      Nak apa lagi ?

      Lifestyle Blogger Malaysia

      LIMA BINTANG lebih sikit untuk Grilled Butter Chicken dari The Chicken Rice Shop ya anak-anak.  Tapi korang jangan percaya cakap kakak lah, korang pergi rasa sendiri lepas tu ceritakan kat kakak plak. Cuma tu lah tu. Wajib cuba dan untuk maklumat lanjut boleh klik link kat bawah ni !!





      LOVE ;
      ATIE ADNAN


      17 November 2019

      LOST WORLD OF TAMBUN– ‘AWESOME HOLIDAYS, TIME TO PLAY’ SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH 2019

      Tak payah pergi jauh apa kata cuti sekolah nanti singgah Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh untuk menikmati Awesome Holidays, Time To Play yang pastinya menjadikan cuti sekolah anak-anak lebih bermakna.

      What To Eat At Ipoh

      Banyak aktiviti menarik apabila Lost World Of Tambun menjadikan ikon kanak-kanak iaitu Barbie dan juga koleksi Hot Wheels sebagai tarikan.


      AWESOME HOLIDAYS, TIME TO PLAY



      Membawa dua nama besar dalam memori kanak-kanak, Lost World Of Tambun menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak meneroka dan mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang akan bermula dari 23hb November 2019 hingga 31hb Disember 2019.

      Lost World Of Tambun

      Nah !!
      Lebih dari sebulan dan pastikan Lost World Of Tambun ada dalam list percutian korang tau.

      Dah dua kali kami satu keluarga singgah Lost World Of Tambun dan memang sangat berpuas hati, kalau boleh setiap tahun nak singgah untuk rehat tinggalkan kerja bersama anak-anak. Anak-anak seronok ? Komen gaisssssssssssss—Sebab seronok lah kami repeat dan kali ni LAIN SIKIT sebab kedua-dua karakter Barbie dan Hot Wheels adalah kegemaran Nur Aiman dan Nur Aina.


      BARBIE – “YOU CAN BE ANYTHING”



      Mencetuskan imaginasi pelbagai kerjaya yang menarik dengan koleksi fesyen yang menyeronokkan dan pastinya anak-anak perempuan kita suka. Hee~ Ibu ibu pun suka kan ? Ya !!

      Harga Tiket Waterpark Lost World Of Tambun, Ipoh


      “Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka pelbagai pilihan. Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua perningkat umur..”

      - Lisa McKnight ; Pengurus Bear dan Naib Presiden Kanan Barbie


      Parenting Blogger Malaysia

      Ipoh, Perak

      Taman Tema Di Malaysia

      Bukan sekadar pengunjung cilik malahan ke semua pengunjung Lost World Of Tambun berpeluang mengambil gambar di rumah Barbie dan meneroka pelbagai kerjaya yang berbeza di zon ‘You Can Be Anything’ termasuklah ruang seni kawasan almari Barbie. Kalau ada rezeki korang, dapat pula sertai ‘Meet and Greet’ dan berpeluang untuk minum petang bersama Barbie.

      Seronok sangatttttttttttttt--


      HOT WHEELS – CHALLENGE ACCEPTED



      Tidak dilupakan untuk anak-anak lelaki yang memang suka kan koleksi kenderaan Hot Wheels – kini !! Hot Wheels ada di Lost World Of Tambun dan menghidangkan pelbagai aktiviti yang pastinya memberi pengalaman baharu untuk para hero kita.

      Cuti Sekolah 2020

      Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih daripada 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dari seluruh pelusuk dunia sempena menyambut ulangtahun ke-50 Hot Wheels.







      “Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun dan kini kami memperjuangkan belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka.”

      - Ricardo Briceno ; Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel



      Ipoh, Perak

      Apa Yang Menarik Di Ipoh

      Ada pelbagai aktiviti untuk hero kita antaranya membina trek lumba untuk Hot Wheels, berlumba bersama kawan-kawan di trek, melawat zon Challenge Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4.00 petang setiap hari. Dan !! Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.


      Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan dan dapat memberi kepuasan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini iitu Hotwheels dan Barbie bersama dengan taman tema kami dijamin memberi percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur"

      - Nurul Nuzairi ; Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun




      HARGA TIKET LOST WORLD OF TAMBUN



      Banyak sangat promosi menarik dari Lost World Of Tambun sebenarnya dan kalau korang nak kan maklumat lanjut, mungkin link kat bawah ni boleh tolong korang :


      LAMAN WEB : https://sunwaylostworldoftambun.com/
      FACEBOOK : https://www.facebook.com/lostworldoftambun/
      INSTAGRAM : https://www.instagram.com/sunwaylostworldoftambun/


      Lost World Of Tambun

      Ya !!
      Dengan 64 tarikan - 10 taman tema - 109 jenis haiwan ; kami akan jadikan Lost World Of Tambun sebagai lokasi percutian tahunan !! Hee~


      LOVE ;
      ATIE ADNAN