LIRIK LAGU 7 NASIHAT DATO’ SRI SITI NURHALIZA ft. KMY KMO DAN LUCA SICKTA

Fuff—Sebagai netizen yang mengikuti perkembangan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza – kakak memang ternanti single baharu beliau yang dijangka viral sepanjang tahun 2020 ni. Mana tak nya kalau tetiba dapat cerita beliau nak duet dengan pendatang baharu rapper iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta.

Lagu 7 Nasihat

Menerusi posting di Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang telah memuatnaik video teaser berdurasi 15 saat menimbulkan tanda tanya sekaligus membuatkan peminatnya berteka teki.


7 NASIHAT



HARI INI !!
Single yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia yang meminati Dato’ Sri Siti Nuthaliza yang lebih mesra dikenali sebagai Tokti telah berada di pelbagai platform. Nah !! Sedap alunan muziknya disamping bait lirik yang penuh dengan seni nasihat.

Tujuh Nasihat

Khusus untuk korang, kakak gigih menaip lirik lagu 7 Nasihat.


PRE CHORUS : TOKTI

Anak pipit jangan tak dihirau,
Gusar esok ke sarang si rimau,
Anak didik harusnya dirisau,
Gusar esok engkau yang dipisau.


CHORUS : TOKTI, KMY KMO, LUCA SICKTA

Dulu tunggu diturut balik,
( Dulu tunggu turut balik )
Dulu diam sekarang celik,
( Dulu diam sekarang celik )
Dulu tahu waktu balik,
( Dulu tahu waktu balik )
Dulu diam sekarang cerdik.
( Dulu diam sekarang cerdik )


VERSE 1 : TOKTI

Nak dilenturnya buluh biar dari rebungnya,
Kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya,
Nak dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya,
Susun atur mereka sebelum kenal dunia,
Habis main di tanah,
Sebelum senja ke rumah,
Takut nanti tersalah,
Bawa pulang masalah,
Tak endah yang sekarang,
Cakap jangan sebarang,
Elok awal dilarang,
Untuk kau jadi orang.


VERSE 2 : KMY KMO & LUCA SICKTA ( RAP )

Satu,
Hendak berjaya,
Mendada jangan,
Pastikan,
Jika malu bertanya sesat jalan,
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun,
Biar berkerut dahi asahkan minda beralun,

Kedua semua nasihat cam petua,
Ketua perlu jua,nak sihat sampai tua,
Masuk semua benua,
Pelusuk dalam luar,
Hormat tanpa bersua,
Walau darjah sempoa,

Tiga,
Lain liga lain cara,
Elak geliga dalam rasa media masa,
Dahulu kerna lidah badankan binasa,
Sekarang kerna mata,
Jemari berbicara,

Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka,
Nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka,
Terlena,
Dibuai mimpi
Dek dunia cereka,
Hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka,

Lima,
Usah dikira kanan kiri,
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri,
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam,
Lupakan kisah silam, Nilam usah disiram,

Ku siram yang ke-6 biar mekar dalam hati,
Ingati putus urat dan tenaga urat besi,
Korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari,
Bajakan jasa mereka dengan budi.

7 Nasihat


Kalau korang nak tengok tengok MV 7 Nasihat ni, boleh terus ke link ni ya – > https://youtu.be/5w_kRsNZ4cc


LOVE ;
ATIE ADNAN



9 comments:

  1. datang sini sebab lirik lagu baru dato ct. :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya lagu dorang😍.... saya pun minat jugak lagu² siti.. tapi selalu ketinggalan kereta api..

    ReplyDelete
  3. waa bestnya tokti ada lagu baru.. jemput join GA mama ye atie

    ReplyDelete
  4. x smpt nak dengar lg lagu ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.