MONDELEZ MEMPERKASAKAN WANITA SEMPENA #IWD2020

Sekali lagi, Mondelēz International ( Malaysia ) yang juga merupakan syarikat snek kegemaran rakyat Malaysia meraikan wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa dengan menganjurkan aktiviti bagi mendidik dan mengajar tentang diet seimbang bermula dari wanita ; tonggak kesejahteraan institusi kekeluargaan.


Malaysian Blogger

Pada zaman serba canggih dengan lambakan iklan-iklan yang mengiurkan, pastinya memilih makanan yang sihat merupakan pilihan terakhir sedangkan setiap dari perkembangan otot kita sangat memerlukan nutrisi yang seimbang. Nah !! Taknak lah kakak dapat input sensorang, korang pun kena lah ambil tahu sama ya.


MONDELEZ INTERNATIONAL ( MALAYSIA )



Mondelēz International ( Malaysia ) mengambil peranan penting sebagai sebuah syarikat yang bertujuan untuk memperkasakan pengguna mengambil makanan ringan dengan cara yang betul, pada waktu yang tepat dan dalam kuantiti yang sesuai dengan keperluan badan individu. Kalau korang perhatikan pola makanan sehari-hari korang dengan apa yang dimakan – jelas menunjukkan tabiat makan harian sangat memberi kesan terhadap berat badan yang memberi impak sepenuhnya kepada produktiviti kerja, tenaga seharian, daya tumpuan, tahap kecergasan dan juga penampilan.

Namun, apa yang merisaukan juga bila makanan yang kita ambil juga mengundang pelbagai masalah kesihatan lain yang mungkin kita tak tahu.


Malaysia kekal sebagai negara mempunyai bilangan penduduk obesiti 
paling tinggi di Asia sejak tahun 2015.


Dalam meraikan hari wanita dan menyokong usaha wanita diluar sana menjaga kesihatan diri sendiri dan keluarga, Mondelēz International ( Malaysia ) telah menganjuran sesi pencerahan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) bertempat di ibu pejabat Mondelēz International ( Malaysia ) di Bandar Utama yang menekankan isu Tanggungjawab Makan Makanan Kesihatan ( Healthy Eating Responsibilities for Women - HER ) adalah inisiatif yang baru diperkenalkan oleh KKM.


Healthy Eating Responsibilities For Women

HER merangkumi pelbagai topik yang menjadi penekanan utama tentang kesihatan wanita termasuklah mengenai pemakanan yang sihat dengan cara yang betul dan menjadikan Mondelēz International ( Malaysia ) sebagai syarikat yang pertama di Malaysia menganjurkan ceramah seumpamanya.


MONDELEZ INTERNATIONAL ( MALAYSIA ) MEMPERKASA WANITA



Memberi satu sudut gambaran lain yang penuh ilmiah, Puan Nurul Zaiza ; Penolong Kanan Pengarah Bahagian Pemakanan di Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan tindakan awal wanita Malaysia perlulah dirancang seawal merancang kehamilan. Kenapa ?

Sebagai persediaan untuk hamil, perancangan awal kehamilan bermakna tubuh badan wanita yang mahu hamil sudah bersedia menerima nutrien dengan cara yang betul seawal 3 hingga 12 bulan sebelum cuba untuk hamil. Sekiranya gagal berbuat demikian akan mengakibatkan pelbagai lagi komplikasi kesihatan ibu dan bayi semasa di dalam kandungan – yang paling teruk sehingga boleh mengakibatkan kematian. Disebabkan tidak memiliki nutrisi yang cukup, ia membawa kepada perkembangan tidak sihat seawal usia kanak-kanak dan diikuti kitaran usia semasa remaja dan menjengah sehingga ke dewasa kelak.

Nah !!
Ini adalah contoh kitaran yang akan berlaku sekiranya tiada kesedaran seawal merancang kehamilan.


Nutritionist Kementerian Kesihatan Malaysia

Dan disebabkan itu lah, wanita yang mahu hamil disarankan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai status kesihatan semasa seperti tahap glukosa dalam darah dan status hemoglobin ( Hb ) danal darah yang mana status Hb ini sangat penting dan merupakan batu aras menunjukkan samada wanita tersebut mempunyai masalah anemia yang mempunyai risiko terhadap diri sendiri ataupun kandungan. Disampin itu, amalan pemakanan yang lebih spesifik juga perlu diikuti bagi mengatasi anemia semasa hamil seperti mengelakkan pengambilan makanan dan minuman berkafein contohnya teh dan kopi.

Pinggan Suku Suku Separuh


Benda ni simple je. Hee~ Kalau ko makan benda yang baik, ko akan membentuk sel-sel badan yang baik juga.


ZAT-ZAT PENTING UNTUK WANITA



Ada tiga zat penting untuk wanita dan sekiranya pengambilan tidak mecukupi, ia boleh mengganggu kesihatan wanita. Nah !! Ambil perhatian ya !! Hee~

  • ZAT BESI
    • Memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu badan serta diperlukan untuk pembentukan hemoglobin atau sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan anemia – iaitu kekurangan darah merah. Keperluan zat besi sangat tinggi semasa mengandung dan menyusukan anak.

  • ASID FOLIK
    • Sangat penting untuk wanita sebagai persediaan untuk kehamilan dan kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan janin. Asid folik diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan koenzim untuk sintesis deoxyribonucleic acid ( DNA ) dan ribonucleic acid ( RNA ).

  • KALSIUM
    • Amat penting untuk kesihatan tulang. Kekurangan kalsium menyebabkan kerapuhan tulang yang dinamakan osteoporosis.

International Women's Day 2020

Mondelez International ( Malaysia ) juga merupakan rakan kesihatan yang menyediakan pelbagai jenis makanan ringan yang membantu para wanita diluar sana mendapatkan keperluan nutrisi seimbang disamping melengkapkan keperluan tenaga bagi memastikan wanita tampil cergas dan cerdas sepanjang hari. Ya !! Kakak sendiri merupakan peminat biskut Belvita dan rangkaian cokelat Cadbury - tak boleh tidak sebab kakak akan pastikan Rutin Makan Snek Kini Menyihatkan !!

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif lain yang dianjurkan oleh Mondelez International, jemput layari https://my.mondelezinternational.com/home



LOVE ;
ATIE ADNAN



5 comments:

  1. bestnyaaa join aktiviti macam ni

    ReplyDelete
  2. Saya ambil ketiga-tiga makanan tambahan yg kena senarai

    ReplyDelete
  3. Selamat hari wanita sedunia..kita wanita anggun

    ReplyDelete
  4. kena amalkan suku suku separuh start dari sekarang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.