BANTUAN PRIHATIN NASIONAL : SEMAKAN STATUS DAN PERMOHONAN BAHARU



Hari pertama pada April 2020 dan kakak rasa talian untuk permohonan Bantuan Prihatin Nasional sangat padat dan confirm lag lama untuk bukak page. Hee~


Bantuan Covid 19 Malaysia

Perdana Menteri Malaysia ; Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional yang dirangkumi bawah Pakej Ransangan Ekonomi bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan.


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL



Bantuan secara one-off dijangka akan dibayar seawal akhir bulan April 2020 dan awal Mei 2020 yang melibatkan peruntukan hampir RM 10 Billion.

Ada empat kategori penerima iaitu :

  1. Isi rumah berpendapat RM 4,000.00 ke bawah ( B40 )
  2. Isi rumah berpendapatan RM 8,000.00 ke bawah ( M40 )
  3. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM 2,000.00 ke bawah
  4. Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM 2,000.00 ke atas

Bantuan sebanyak RM 1,600.00 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM 4,000.00 sebulan ke bawah dengan pecahan :

  • RM 1,000.00 akan dibayar pada April 2020
  • RM 600.00 akan dibayar pada Mei 2020

Buat pertama kalinya Bantuan Prihatin Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM 1,000.00 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM 4,000.00 hingga RM 8,000.00 sebulan dengan pecahan :

  • RM 500.00 akan dibayar pada April 2020
  • RM 500.00 akan dibayar pada Mei 2020

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Covid 19

Individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM 2,000.00 dan ke bawah akan diberi sebanyak RM 800.00 manakala yang berpendapatan RM 2,000.00 ke atas turut mendapat bantuan sebanyak RM 500.00.

Tidak dilupakan untuk pelajar yang masih memegang kad pelajar institusi pengajian di Malaysia akan mendapat bantuan sebanyak RM 200.00 secara one-off yang akan dibayar pada awal bulan Mei 2020 nanti.

Adakan korang merupakan seorang yang layak menerima bantuan ? Nah !! Semak lah kategori ada kat bawah ni.


Isi rumah B40
  • Kahwin ; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 ; dan
  • Pendapatan isi rumah RM 4,000.00 dan ke bawah

Bujang B40
  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020 ; dan
  • Pendapatan bujang RM 2,000.00 dan ke bawah

Isi rumah M40
  • Kahwin ; atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian ; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM 4,001.00 hingga RM 8,000.00 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan ( BNCP ) terkini

Bujang M40
  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas ; dan
  • Pendapatan bulanan RM 2,001.00 hingga RM 4,000.00 berdasarkan BNCP


KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL



Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan Malaysia, kaedah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bergantung mengikut beberapa kategori penerima.


Bantuan Sara Hidup 2020

1. Kaedah pembayaran bagi B40 :

  • Ada maklumat akaun – bayaran secara kredit ke akaun ; atau
  • Jika status gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di BSN

2. Kaedah pembayaran bagi M40 :

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir


CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2020



Berdasarkan temubual eksklusif bersama Menteri Kewangan Malaysia yang memaklumkan bahawa, Kerajaan Malaysia mempunyai database bagi B40 dan M40 yang layak dan permohonan boleh dibuat melalui laman web LHDN bermula 01 April 2020.

Kalau korang belum mendaftar atau baru je nak memohon, bolehbuat mulai harini dan tolong war-war kan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan dan jangan bagi apa-apa maklumat peribadi kepada mana-mana pihak ketiga. Tau !!

Taknak nanti butiran peribadi korang disalahgunakan.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi Kementerian Kewangan Malaysia di nombor :

03-88829089
03-88829087
03-88824565
03-88829191
03-88824566

yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh email ke :



LOVE ;
ATIE ADNAN


3 comments:

  1. Semoga yang dapat bantuan ini, betul-betul guna untuk keperluan asas.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.