31 May 2015

MEALSHAKE ADA KANDUNGAN MAKANAN SUNNAH

eh !! eh !! ada ke ? macam tipu jek kan konon kakak sengaja mereka-reka sebab nak lariaskan produk.. hee~ #takkoser kakak nak mengada-adakan cerita la.. banyak lagik keje lain yang kakak boleh buat.. hee~

haa.. jom kita intai sikit kat mana celahnya kandungan makanan sunnah yang terselit dalam Mealshake tu..




Arabic Gum @ Acacia Gum @ Al-Manna adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan.. di sebelah barat mereka memanggil Al Manna ini dengan "Acacia Powder".. kat belah belah Arab pulak digelar “Bread from heaven” kerana Arabic Gum atau Al-Manna ini ada disebut di dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 57..


"dan kami telah menaungi kamu dengan awan ( panas matahari di padang pasir ) dan kami turunkan kepada kamu “manna dan salwa”, ( serta kami berfirman ) :, makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiaya kami ( sebab mereka kufurkan nikmat  itu ) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.." 
– Surah Al-Baqarah Ayat 57

Acacia Gum ni selalu digunakan untuk produk makanan tambahan, minuman kesihatan dan produk pelansingan dan ia menjadi bahan penting dalam bahan makanan, farmasutikal dan industri.. TIADA bahan emusifier sebaik Acacia Gums ni.. sebab : 

  • 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 biji lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune dan mengunyah Acacia Gums selama  7 hari berturut dapat mengurangkan karang gigi dan sakit gusi..
  • ia dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu dan 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu..



Menurut Wikipedia :
“Acacia Gums ( Gum Arabic ) are considered the richest natural source Prebiotic”
atau Bahasa Melayunya
Acacia Gum ini adalah sumber paling tinggi dengan Prebiotik..


APA ITU PREBIOTIK ?

Banyak kajian keatas sample najis dan microbiota pada dinding usus manusia menunjukkan ada makanan / bahan / supplement yang menukar komposisi bakteria dalam usus kepada bakteria baik ( probiotik ) terutamanya Bifidobacteria, Lactobacillus dan mengurangkan Clostridia Salmonella..

Hasil kajian dari penggunaan bahan-bahan kaya prebiotik ada menunjukkan modulasi kepada biomarker sistem imun host dan peningkatan dalam sistem imun ini dikaitkan kepada komposisi microbiota didalam usus yang telah berubah.. 

Kesan bayi yang diberi susu ibu kepada komposisi microbiota ( terutama Bifidobacteria ) telah disahkan dari kajian dan memang diketahui susu ibu mengandungi campuran oligosaccharides yang bertindak sebagai prebiotik semulajadi..

Kajian keatas orang dewasa yang diberi prebiotik juga meningkatkan jumlah Bifidobacteria didalam najis dan usus. Peningkatan kualiti najis yang dikeluarkan, pengurangan masalah gastroenteritis ( keradangan pada saluran pencernaan yang menimbulkan muntah, diare, atau keduanya dan kadangkala disertai dengan demam atau kram perut ) , peningkatan tahap kesihatan, pengurangan ezema ektopik dikaitkan secara langsung kepada peningkatan bakteria probiotik hasil pengambilan produk atau makanana kaya prebiotik..

Ketidak seimbangan komposisi bakteria ( probiotik dan patologik ) dikenal sebagai salah satu sebab irritable bowel syndrome ( IBS ). Kajian pengambilan produk prebiotik keatas pesakit masalah IBS mendapati pengurangan tanda-penyakit dan peningkatan tahap kesihatan yang lebih baik..

Kajian kesan pengambilan prebiotik keatas insiden kanser usus mendapati ada pengurangan yang dikaitkan juga kepada pertambahan komposisi bakteria probiotik terutamananya Bifidobacteria.

Pengambilan produk prebiotik terutama oleh remaja dan juga wanita putus haid mendapati terdapat penambahan resapan kalsium dalam usus dan penggunaan kalsium pada tulang walaupun jika tiada perubahan yang dikaitkan kepada komposisi microbiota dalam usus. Resapan mineral seperti Magnesium dan zat besi ( Fe ) bertambah efisyen..

Kesan baik kepada penggunaan tenaga ( energy homeostasis ), kawalan selera makan ( satiety regulation ) dan berat badan juga dilihat pada sampel kajian yang menggunakan produk prebiotik. Hipotesis kajian menunjukkan ada kaitan kegemukan dan penyakit kencing manis ( type 2 ) dengan komposisi mikrobiota dalam usus. Kaitan prebiotik dengan peningkatan keupayaan resapan nutrisi melalui usus dan pengurangan endotoxemia juga telah dilihat..

Kebaikan atau kesan sampingan Mealshake ( yang mengandungi makanan sunnah iaitu Acacia Gum ) yang perlu anda tahu :

  • membantu menambahkan berat badan bagi orang dewasa atau kanak-kanak setahun ke atas..
  • membantu memberi selera makan untuk orang dewasa atau kanak-kanak setahun ke atas.. 
  • membantu dalam masalah sembelit yang dihadapi kanak-kanak setahun ke atas.. 
  • membantu memberi tenaga berpanjangan..
  • membantu membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan badan.. 
  • membantu di dalam sistem imun kanak-kanak.. anak yang mengambil Mealshake terbukti jarang sakit dan demam.. 
Banyak sungguh kebaikan Acacia Gum ni rupanya patutlah Mealshake jadi rebutan tak kira hari.. Shaklee melaburkan lebih 250 Juta setahun untuk menambahbaik produknya dan tidak menggunakan perkhidmatan saintis luar mahupun lab lab yang tumbuh bak cendawan di luar sana..
Bersesuaian dengan trademarknya :

"sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.."

Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang terbaik dan semulajadi, tiada bahan kimia yang merbahaya.. sebab tu lah semua produk Shaklee ada kelulusan KKM..

LOVE ;

16 May 2015

TAK DE KAITAN DENGAN SHAKLEE

"al-fatihah buat student Nurse Semester 6 KSKB ULU KINTA yang meninggal dunia because of diagnosis 'Consume Alfalfa ( dedicated ) by Shaklee.."

dan kakak sannnnnngggggaaaaatttt terkilan..


Saat ni kakak masih dok menjawab segala pertanyaan dari prospek / customer / partner kakak pasal ke adik yang meninggal dunia kononnya disebabkan pengambilan supplement berlebihan dan salah satunya adalah ALFALFA SHAKLEE.. ye.. sedikit berpeluh ketiak.. huu~

Tapi benda camgini bukan main-main tau.. bila dah kena tempias camgini, dalam masa yang sama prospek yang baru nak menjinak kan diri dengan supplement Shaklee jadik takut dan tertanya-tanya..

Nazri Omar yang mengaku sebagai saudara mangsa merayu supaya semua spekulasi ini dihentikan serta merta..

"Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatut terhadap student nurse kskb ulu kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menhentikan perbuatan tersebut.jgn kita share benda yg kita tidak pasti.jika tuan/puan nak kepastian boleh berhubung dgn saya," katanya..




Menurut Nazri Omar, punca kematian mangsa bukanlah kerana pengambilan makanan tambahan tersebut tetapi kerana pendarahan yang berlaku di dalam otak..






Dari sumber yang boleh dipercayai..






Petikan dari sebuah blog tempatan yang kakak pijam jap la ye.. untuk korang baca dan jadikkan teladan..

"Memang dijumpai kotak-kotak produk tersebut di dalam bilik arwah tetapi arwah sudah lama tidak menggunakan produk tersebut dan doktor sendiri mengesahkan arwah meninggal kerana salur darah pecah(aneurysm,)." -- rakan arwah..


Tolong kakak untuk tolong korang.. jangan percaya sebarang sebaran yang kurang masuk dek akal.. sila rujuk pada pihak berwajib sebelum mengemukakan sebarang status di facebook.. bertindak menggunakan akal.. bukan nafsu..

TOPIC CLOSED !!
Kakak harap lepas ni tak de lagi soalan-soalan yang berkaitan.. 


Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat arwah Nur Idayu.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para solihin.. al-fatihah.. aamiin..


LOVE ;

14 May 2015

PETUA NAIKKAN BERAT BADAN

Rakyat Malaysia sibuk bisingkan masalah gemuk sebab terlebih makan tapi ada juga yang merungut sebab terlalu kurus sampai kalau tengok dari jauh nampak macam papan sekeping aje, kurus sampai nampak tulang temulang.. kalau dalam masyarakat kita memang dah biasa sangat.. kalau gemok, dipanggil bulldozer.. kalau kurus kering sama pula dengan plywood.. hee~ dah tu nak buat macamana kan ? dah kenyataan.. kalau terasa hati pun, senyum ajelah..

Ada dua masalah yang sering dialami orang kurus nih..

  1. makan macam biasa, tapi mungkin makan sikit sebab tu berat tak naik-naik dah tu metabolisma terlalu tinggi..
  2. makan pun tak nak.. tengok makanan cemana sedap pun.. cemana cantik pun.. sekadar amik bau jek.. makan pun sebab nak jaga hati mak.. sebab mak penat masak bukan sebab ada nafsu nak makan..
Kalau rajin meng-google, pelbagai tips nak gemuk terpampang contohnya amalkan minuman air nasi.. fuff-- kakak tak lalu camgitu.. hahahah~

Dah ni blog kakak.. kakak pulak jual vitamin.. jadi, kakak nak ceritalah sikit sebanyak pasal vitamin untuk membantu tembah berat badan untuk mereka yang telalu sekeping.. hee~

Yang paling asas, korang boleh amalkan MEALSHAKE yang famous dengan bantuan para ibu menambah selera makan anak-anak cuma dos sukatan MEALSHAKE pada orang dewasa sedikit berbeza.. dan.. kalau ade bajet lebih, boleh la tambah VITALEA dan B COMPLEX..




MEALSHAKE – membekalkan 35 % atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan  mineral yang penting.. sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protien dan sangat sedap campur dengan susu ataupun milo ! buat sejuk-sejuk lagi sedap ! 





main supporting..
hee~


Korang yang da agak-agak gebu apam beras, jangan plak mengade nak amik MEALSHAKE nih sebab nanti selera makan akan menjadi-jadi plak.. kalau terlebih nanti, jangan salahkan kakak kata kakak tak warning ye.. ketis keting tu nanti.. hee~


Kalau korang dah capai berat idaman.. SILA STOP pengambilan MEALSHAKE.. ye.. jangan memandai nak teruskan.. ngam ?



untuk pembelian satu SET KENAIKAN BERAT BADAN ni bernilai RM 256.25 sahaja.. untuk pembelian secara online, korang boleh terus buat pesanan dengan klik icon BELI SEKARANG kat bawah ni..


lepas tu kasik link dan whatsapp kakak untuk jadual pengambilan supplement ni sume ya.. hee~

LOVE ;

8 May 2015

PUNCA MASALAH HAID TIDAK TERATUR

GEJALA INI BOLEH DIKELASKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN

haid teratur

  • tapi masih belum berjaya hamil
haid tidak teratur
  • haid masih datang setipa bulan
  • haid tidap datang setiap bulan
ada tu sampai cecah setahun !!

KESAN YANG DIRASAI OLEH WANITA YANG TIDAK DATANG HAID

  • sukar hamil
  • letih-etih badan
  • mood swing ( emosi tidak stabil )
  • hubungan suami isteri terganggu
  • masalah jerawat
KAITAN WAKTU SUBUR WANITA DAN KITARAN
  • tempoh kitaran haid juga berbeza mengikut individu..
  • kitar haid dikira dari hari pertama bermula.. tempoh ini berlaku diantara 21 hingga 35 hari setiap bulan..
  • biasanya waktu haid pula selama 2 - 7 hari..
  • tempoh kitaran haid kebiasannya semakin singkat dengan pertambahan umur..
  • catat di kalendar setiap bulan tarikh bermula haid..
  • haid masih lagi normal sekiranya tempoh sama setiap bulan sama, walaupun berbeza hari dan hadir setiap bulan..
  • sakit, senggugut, darah haid berketul ketul dan lenguh badan semasa haid masih dianggap normal..
  • haid tidak menentu mempengaruhi emosi..

PENYEBAB MASALAH HAID TIDAK TERATUR
Perhatikan tanda-tanda di bawah sekiranya haid anda tidak menentu :

1 : PROLACTINOMA

  • hormon prolaktin dihasilkan badan wanita untuk menghasilkan susu ibu, ia dihasilkan oleh kelenjar pituitari dibahagian otak menurut kuantiti yang diperlukan badan.
  • antara kesan hormon prolaktin kepada wanita selain daripada menghasilkan susu ibu ialah keadaan emosi yang lebih ceria dan tenang.
  • terdapat 10% wanita yang mempunyai keadaan dipanggil ‘oligomenorrhoea’ iaitu masalah tumor pada kelenjar pituitary yang merembeskan keluar hormon prolactin secara berlebihan. 
SEBAB
  • wanita pada kebiasaannya mengeluarkan prolaktin semasa menyusukan anak dengan susu ibu.
  • kitaran haid wanita menyusu badan akan terhenti pada waktu ini. 
  • sebab inilah menyusu ibu boleh membantu merancang kehamilan sesebuah keluarga
  • jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya. 

BAGAIMANA CARANYA UNTUK KITA TAHU SEKIRANYA MEMPUNYAI OLIGOMENORRHOEA ?
  • pening kepala.
  • penghasilan susu badan walaupun tidak menyusu ibu.
  • mengalami gangguan penglihatan. 
  • hasil ujian darah wanita menunjukkan paras hormon prolaktin yang lebih tinggi dari wanita biasa. 
  • berjumpalah dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. Imbasan otak akan dilaksanakan untuk memastikan terdapat tumor pada kelenjar pituitari. 

2 : KEHAMILAN ATAU MENYUSUKAN BAYI
  • seperti yang di sebut dalam sebab pertama, haid tidak datang di sebabkan oleh ibu yang sedang hamil ataupun menyusukan anak.
  • ada ibu yang memang semulajadi banyak susunya. Mungkin kerana sifat ibu tersebut yang ceria dan tenang.
  • jadi hormon prolaktin banyak dan menjadi cara tambah susu ibu secara semulajadi.

Ini adalah salah satu tanda awal kehamilan bulan pertama dan kedua yang ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri. 


3 :  MASALAH DIET PEMAKANAN DAN BERAT BADAN
  • negara kita adalah juara obesiti di kalangan rakyat asia tenggara.
  • tidak hairanlah kerana makanan di Malaysia kaya lemak dan santan.
  • nasi beriyani, nasi lemak, roti cana, teh tarik. Semua ini mengundang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan stroke. Dan ada juga kes untuk mereka yang terlalu obses dengan kecantikan dan bentuk badan yang langsing dan kurus sehingga mengalami gangguan pemakanan.
  • wanita ini mempunyai masalah penurunan berat badan yang melampau kerana diet tidak sihat - Contohnya anoreksia nervosa
  • masalah berat badan yang terlalu kurus dan terlebih berat ini tidak baik untuk kitaran haid yang normal.

Antara penanda aras atau kayu ukur yang baik dalam menjaga berat badan agar tidak terlalu kurus dan tidak pula gemuk ialah Body Mass Index atau BMI
  • ambil kira berat badan yang ideal untuk ketinggian badan.

4 : OVARI BERHENTI BERFUNGSI LEBIH AWAL
  • keadaan ini dipanggil kegagalan ovari pramatang.
  • ovari berfungsi dengan normal sebelum umur 40, k,itaran haid terhenti sebelum usia mencecah 40 tahun. 
  • inilah sebabnya ada wanita yang mempunyai haid yang tidak teratur atau datang jarang dalam setahun.

5 : FIBROID DI DALAM RAHIM
  • ketumbuhan bukan barah di dalam rahim. 
  • kesan fibroid menjadi punca haid tidak teratur kerana pendarahan akan lebih banyak dan tempohnya juga lama.

6 : LAIN-LAIN
  • Tekanan yang tidak sihat dan juga kehilangan berat badan yang berlebihan antara sebab kitaran haid yang tidak teratur.

7 : MASALAH KELENJAR ENDOKRIN
  • seperti masalah pengeluaran hormon prolaktin berlebihan, kelenjar thyroid juga termasuk di dalam kelenjar endokrin.
  • semua hormon ini memainkan peranan dalam pertumbuhan badan dan kesuburan lelaki dan wanita.

Sindrom Polycystic ovari ( PCOS ) adalah salah satu masalah yang dialami oleh wanita disebabkan gangguan sistem endocrine. Ketidakstabilan pengeluaran hormon menyebabkan wujudnya cyst kecil pada ovari yang kemudiannya menjadi punca haid yang tidak menentu.


APAKAH KESAN PCOS PADA BADAN WANITA ?
  • ovari wanita mengalami gangguan tugas yang serius berbanding normal.
  • paras hormon androgen ( hormon lelaki untuk seks ) yang tinggi ( hiperandrogenisme ).
  • hyperandrogenisme menyebabkan masalah jerawat dan tumbuhnya bulu di kawasan muka secara berlebihan.
  • hirsutism iaitu tumbuh bulu roma yang tidak normal ( seperti misai atau janggut ). Ini antara salah satu sebab ada wanita yang bermisai.
  • kitaran haid tidak stabil.
  • berat badan yang tidak sihat.
  • masalah keguguran rambut.
  • masalah kesuburan dan susah untuk hamil.

BERAPAKAN LINGKUNGAN UMUR WANITA MENGHIDAPI PCOS ?
  • PCOS boleh dihidapi oleh wanita pelbagai peringkat umur, namun majoritinya berusia 20 hingga 30 tahun. 
  • keturunan memainkan peranan besar kepada gejala ini.
  • kebanyakan wanita akan menunjukkan tanda tanda PCOS semasa berat badan mereka menaik dengan mendadak.
  • selepas wanita tersebut baru melangsungkan perkahwinan .
  • tertekan dan makan berlebihan. 

BAGAIMANA MENGETAHUI KITA MENGHIDAP PCOS ?

Selepas mengalami haid tidak menentu dan sukar untuk hamil selepas berkahwin, jumpa doktor untuk beberapa ujian yang memberikan diagnosis yang tepat terhadap masalah kita.



LOVE ;

7 May 2015

MULTI VITAMIN TERBAIK DIPASARAN

MANFAAT VITALEA
Jika diambil setiap hari Vita-Lea® Iron Formula Shaklee boleh membantu :

HARGA PASARAN : RM 88.75

  • mengekakan kesihatan yang baik
  • membekalkan 19 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan
  • sumber kalsium pembina tulang
  • membekalkan vitamin B
  • mengandungi beta kerotina yang membantu dalam mengekakan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu
  • mengendungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
  • biotin dan asid pantotenik membantu untuk me-metabolisme-kan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
  • vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah
  • meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi badan
  • membantu fungsi normal penghadaman dan selera makan
  • penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
  • memberikan perlindungan kepada badan bagi menentang kerosakan akibat serangan radikal bebas
  • membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan yang tidak dapat dipenuhi dari pemakanan seharian
  • meningkatkan kesihatan dan fungsi badan secara menyeluruh
  • melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  • meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  • menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang.
  • membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuh yang lebih sihat dan bertenaga.
  • mengekalkan tekanan darah yang normal danrentak jantung yang normal.
  • mencegah penyakit beguk (tirod).
  • meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelakkan anemia atau merawat anemia (amat diperlukan oleh ibu hamil, ibu dalam pantang dan ibu yang menyusukan anak).
  • membantu memulihkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan.
  • membantu meningkatkan kecerdasan minda.
  • membantu seimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  • membantu penyerapan zat dari makanan.

BUAT STOK SEBOTOL ? hee~ klik sini untuk buat pembelian..


LOVE ;

2 May 2015

PROMO MEI 2015

yeehaa~~
dia mai dah..

bulan Mei yang menarik..
promo berganda..

apa yang ada ?


minyak ikan terbaik..


pengikis + penyingkir + penebat lemak tepu terhebat..


super imun anak syurga..

JADI AHLI DAN DAPATKAN CASHBACK !!
NAK TAHU CEMANA ?
JOM KAKAK TUNJUKKAN..

LOVE ;