HIPOGLISEMIA ; TANDA KURANG GULA DALAM DARAH

HIPOGLISEMIA bermaksud kejadian di mana individu mengalami perubahan paras gula dalam darah dan dikesan sebagai rendah dan untuk pesakit yang memang ada penyakit diabetes, hipoglisemia boleh berpunca dari ubat-ubatan yang diambil seperti insulin atau sulfonilurea manakala untuk BUKAN pesakit diabetes, hipoglesemia merujuk kepada tahap gula yang rendah..



SIMPTOM KURANG GULA DALAM DARAH


  • mudah penat
  • penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat
  • tak boleh fokus
  • berpeluh dengan tiba-tiba
  • jantung berdebar secara tiba-tiba
  • kulit menjadi pucat dan sejuk

kalau ada petanda macam kat atas tu, korang kena cek kadar gula dalam darah menggunakan mesin glukometer dan kalau rasa perlu untuk dapatkan khidmat nasihat doktor, TOLONG jangan bertangguh..


BAGAIMANA HIPOGLISEMIA TERJADI ?



untuk memahami bagaimana hipoglisemia terjadi, kita kena tau macamana badan kita mengawal kadar gula dalam badan sebab sel badan tetap memerlukan gula untuk menjana tenaga supaya sel sel badan berfungsi dengan baik.. badan manusia yang normal dapat menguraikan gula dari makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, pasta, roti, sayur, buah dan gula ini terserap ke dalam darah selepas makanan dicernakan..

bila paras gula dalam darah tinggi, kelenjar pankreas akan merembeskan hormon insulin untuk mengawal paras gula supaya tidak menjadi terlalu tinggi.. hormon insulin akan bekerja untuk menyimpan gula yang berlebihan dlaam hati dan otot dalam bentuk glikogen disamping menggalakkan gula diserap dengan lebih mudah semasa sel badan bekerja..





BAGAIMANA MENGELAK HIPOGLISEMIA ?


pantauan yang dilakukan sendiri ( self monitoring blood glucose - SMBG ) dengan cara mencatat aras gula dan ditunjukkan kepada doktor apabila mendapatkan rawatan susulan dan dengan rekod tersebut, doktor datpat menetapkan dos ubat kencing manis yang betul dan sesuai untuk pesakit.. sebab tu kalau sakit kena jumpa doktor sebab setiap dos pesakit kencing manis tak sama..

kalau korang mengalami tanda tanda hipoglisemia, korang memang disarankan untuk mengambil 15 - 20 gram glukos atau karbohidrat ringan.. caranya :
  • periksa aras gula dan kalau rendah, boleh mulakan pengambilan glukos atau kerbohidrat ringan.. selepas 15 minit pengambilan baru cek lagi sekali tanda aras gula.. kalau tak normal jugak, ulang teknik yang sama sampai normal..
  • bila aras gula dah normal, makan sedikit snek ( roti, kek, kuih, sandwich )

kalau korang mengalami hipoglisemia SERIUS sampai tak sedarkan diri atau sawan, memang kena pergi hospital la untuk dapatkan rawatan kecemasan dengan memasukkan cecair gula ( dextrose ) ke dlaam aliran darah untuk menaikkan aras gula sehingga normal..

lepas tu memang kena pantau lebih sikit la untuk mengenalpasti punca kenapa korang mengalami hipoglisemia.. mungkin korang pun boleh bincang dengan doktor untuk mendapatkan stok suntikan glukagon sebab ada kes kes pesakit hipoglisemia tak sedarkan diri dan tak boleh menelan air gula atau menghidap gula-gula kerana risiko tercekik.. dalam keadaan macam ni korang boleh suntikan glukagon kat punggung, paha atau lengan..

senang cerita.. kalau korang rasa korang ada simptom, dah boleh mula cek dan rekod aras gula dalam darah.. ye..


MERAWAT MASALAH TEKANAN DARAH RENDAH DENGAN SHAKLEE


atau korang boleh dapatkan SET TEKANAN DARAH RENDAH nih dari kakak yang berharga RM 235.00 ( + postage RM 10.60 ).. hee~ ape ade dalam set nih ?

1 : VITALEA IRON FORMULA
  • mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan sel darah yang sihat kerana zat besi menjadi sebahagian dari pada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel..

2 : VITAMIN C
  • membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi  disamping membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan sistem pertahanan badan..

3 : B COMPLEX
  • meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.. B COMPLEX shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B12 dan folat..


LOVE ;
ATIE ADNAN


5 comments:

  1. yg berpeluh sejuk tu mmg petanda awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tanda berpanjangan yunk selagi tak dirawat..

      Delete
  2. tq for sharing...info berguna ni...

    ReplyDelete
  3. wow...best info...tq...sgt bermakna

    ReplyDelete

Powered by Blogger.