#projekbegsekolah : LAPORAN TERKINI PROJEK BEG SEKOLAH 2016 / 2017

bahagia membahagiakan.. hee~ tak tau nak gambarkan cemana bila scroll whatsapp group team #projekbegsekolah.. rupanya ramai lagi kes kes tepencil yang tak dibantu oleh pihak berwajib.. jadi.. ini alternatif terbaik untuk kita sama sama membantu dan tidak menuding jari kat orang lain.. jom tengok senyuman SYURGA itu !! hee~ kakak memang mencair tiap kali tengok.. 


tiga anak ini kami buat serahan beg setelah ibunya hubungi kami memohon bantuan..
kata ibu itu, sebelum ini beg yg mereka pakai adalah beg yg dikutip dan pemberian jiran..

daripada 4 beradik ini..
3 masih bersekolah rendah..

LOKASI PENYERAHAN : KG POHON BATU, WP LABUAN



dua anak ini sepupu..
seorang ibunya digantung tak bertali..
beg telah diagihkan oleh focal person kami di sana..
semoga bahagianya bawa penyumbang ke syurga !

LOKASI PENYERAHAN :  KG MERINDING, WP LABUAN




25 buah beg telah diserahkn kepada Supt.Hamzah sempena PROGRAM HARI POLIS bersama komuniti.. 
beg beg trsebut akan disumbangkn kepada anak-anak asnaf, anak yatim dan anak orang asli..

LOKASI PENYERAHAN : BALOK, KUANTAN



bilangan penerima / beg : 36
LOKASI PENYERAHAN : RUMAH AMAL ASNAF KERAMAT AU3



Islam kata..
untuk tambah rezeki yang ada..
bantu dan beri pada yang tiada --

LOKASI PENYERAHAN : FELDA KERATONG




21 beg berjaya diagihkan..
gembira benar anak anak ini dpat beg baru..
terima kasih Ust Hashim, atas peluang untuk kami semua berbakti..
terima kasih para penyumbang..
kerana sudi memberi..

mereka anak anak tanpa ayah ibu utk bermanja..
mereka tumpang kasih pada kita yang ada..
sekali kita bahagia hati mereka..
ganjaran besar di sana..

LOKASI PENYERAHAN : ASRAMA ANAK ANAK YATIM DARUL TAQWA, KUALA LUMPUR



penyerahan beg2 sekolah kepada Ustaz Dino..
moga dimurahkan rezeki si pemberi..
kami hanya medium yang bantu menyampaikan ..

LOKASI PENYERAHAN : PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL HASAN, KUALA LUMPUR


jumlah agihan :
45 beg baru..
12 beg preloved..

LOKASI PENYERAHAN : SEKOLAH AGAMA AS-SYAKIRIN, MASAI


agihan 33 beg sekolah..
LOKASI PENYERAHAN : SK SERI KUALA, KUALA MUDA, KEDAH


hee~

tengok senyuman itu !!
aduh !!



LOKASI PENYERAHAN : SK MORNI POK, GELANG PATAH


"orang yang mengusahakan bantuan ( pertolongan ) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam.. ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.."

- Hadis Riwayat : Imam Bukhari

tiap muslim wajib bersedekah.. para sahabat bertanya, "bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu ?" Nabi s.a.w. menjawab, "bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekah.." mereka bertanya lagi.. bagaimana kalau dia tidak mampu ?" Nabi menjawab : "menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya.." mereka bertanya : "bagaimana kalau dia tidak melakukannya ?" Nabi menjawab : "menyuruh berbuat ma'ruf.." mereka bertanya : "bagaimana kalau dia tidak melakukannya ?" Nabi s.a.w. menjawab, "mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah.." 

- Hadis Riwayat : Imam Bukhari dan Imam Muslim

_________________________________________

kami, dari team #projekbegsekolah masih memerlukan sumbangan dari kalian.. hubungi focal person lokasi anda untuk mendapatkan info mengenai sumbangan senyuman untu anak anak itu..


4 comments:

  1. BEST NYA DPR BUAT PROJEK AMAL MCM NI KAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. unie !! tahun depan boleh join kitorg.. ye..

      Delete
  2. Awak pun involve dengan project beg sekolah ni eh. Bagusnya! Ada tengok kat tv interview kak Salwa

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ join manja2 gitu.. selagi ade kederat, bantu mana boleh fatin.. kak wa tu idola kakak.. sangat2..

      Delete

Powered by Blogger.