TARIKAN KUDAPAN HONG KONG STYLE DI DAIRY TOOTH, SUNWAY PIRAMID

wah !! kemain kan.. siap cari kudap kudap petang lagi ni.. amboi tau.. hee~ tapi betul la.. konsep open shop macam ni lebih fleksible berbanding duduk - oder - makan - bayar sebenarnya.. sebab tu korang kena rasai pengalaman tarikan kudapan Hong Kong style di Dairy Tooth, Sunway Piramid.. apa yang best ?


outlet baru kat Sunway Piramid, Petaling Jaya ni merupakan outlet ke-3 selepas kejayaan outlet pertama ( di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur ) dan outlet yang kedua di Jaya One, Petaling Jaya..


HONG KONG STYLE

ya.. mula bertapak pada tahun 2015, Dairy Tooth merupakan 'kafe' Hong Kong Style yang menjual pelbagai jenis puffs, roti, waffle, teh dan minuman ringan.. kiranya sambil korang jenjalan, boleh tapau dan nikmati.. bestkan ?


dengan 1000 cawangan yang terdapat di 143 wilayah di China, Dairy Tooth tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengetengahkan makanan ringkas untuk memenuhi kehendak penggemar makanan ringan.. ya !! dengan resepi asli dari Hong Kong, pastinya Dairy Tooth akan menjadi fenomena untuk konsesi makanan ringan yang berkhasiat..

SYURGA KUDAPAN

siapa peminat teh ? yeay !! ** ombak sket.. hee~ ** kita geng !! sebab kat Dairy Tooth, korang boleh nikmati HK Signature Milk Tea yang memang resepi asli dibawakan khas dari Hong Kong ke Malaysia.. apa yang special tentang teh ni ? haa.. sebab pembuatannya memang tak sama dengan teh lain yang ada kat pasaran.. memang sedikit rumit tapi rasanya sangat berbaloi..



" rumah ais mewakili budaya Hong Kong.. Dairy Tooth membawa simbolik lama Hong Kong..
kami berharap pengunjung tidak hanya menikmati minuman dan makanan ringan
tetapi menikmati silky tea yang juga merupakan minuman terkenal di Hong Kong
pada zaman dahulu.. "

-- Andrew Lau ; Pengarah Dairy Tooth Ice House 


SILKY MILK TEA

  • diperbuat dengan teh merah gred tinggi menawarkan rasa terbaik untuk penggemar teh susu..

DK ORIGINAL HK EGG PUFFS

  • puff telur adalah makanan ringan yang paling popular di Dairy Tooth dengan harga bermula dari RM 6.90 hingga RM 8.90 mempunyai pilihan rasa seperti wasabi, keju dan coklat..
layanan baik dari pekerja Dairy Tooth.. senyum jek dia.. hee~
layanan dan senyuman dari pekerja Dairy Tooth akan membuatkan korang cair weyh.. hee~ gile ah.. dah kalau senyum je.. dorang bekerja pun dalam persekitaran yang happy dan membuatkan kita sebagai pengunjung pun happy sama.. 


nampak ?? apa yang dorang hidangkan kat kakak ? hee~ memang penuh perut sebab semua sedap sedap.. sesuai la kalau korang tak de selera nak makan nasi dan memilih makanan ringan yang mengenyangkan sebagai ganti.. 

ape lagi ?

jom !! Dairy Tooth..



12 comments:

  1. Pagi2 boleh pula gatal tgk entri Atie ni. Terus lapar perut. Sedapnya nampak kudap-kudapan tu. Macam kena ke sunway piramid pula je weekend ni. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah~ nak buat cemana ana.. TER-paksa juga menahan perut berbunyi masa nak balas komen ni..

      Delete
  2. tolong laa kak.. jangan duga kite dengan makanan.. nyampah taw!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah~ bukan salah akak.. bukan salah akak..

      Delete
  3. Terliur tengok petang2 ni..nampak sedap sangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. sedap.. berapa kali saya tengok pun terliur jugak.. hahaha~

      Delete
  4. wah macam sedap. klo pi sana kena try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ sedap.. wajib try tau kalau g Sunway Piramid..

      Delete
  5. nmpk sedap milk tea dia

    http://www.syuhadasalleh.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pada kakak SEDAP tu kena kurang manis tapi pekat.. hee~ dan ini adalah pilihan terbaik dalam kelas dia.. kena try tau !!

      Delete
  6. Menarik betul kudapannya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.