AKTIVITI MENARIK YANG BOLEH DILAKUKAN DI LEGOLAND SEMPENA 5TH BRICKVERSARY

bila cakap pasal Legoland, tak tentu arah anak-anak kakak ha.. hee~ ade yang tak tido malam, ade yang sampai mimpi-mimpi ha.. punya teruja nak sertai sama 5th Brickversary Legoland ni.. dan baru-baru ni tertunai sudah salah satu impian Nur Aiman dan Nur Aina untuk 'jumpa' Legoland.. ya.. tak sangka impian mereka sedikit awal dari jangkaan kakak.. 


dah memang tempat untuk kanak-kanak, tentulah mereka yang paling teruja terok untuk explore segala aktiviti yang ada kat sana dan jangan lupa join semua aktiviti dan kumpul pelbagai hadiah yang telah disediakan..


sebelum mulakan pengembaraan, korang kena la ade SHOW GUIDE untuk membantu korang meneruskan penerokaan dengan lebih teratur.. kiranya senang la nak susun masa, nak pergi mana dulu, apa nak buat dulu.. haa.. camtu.. kalau la tak dapat brochure ni, tak pe.. korang save jek gambar ni.. sebab kakak malas nak pegang kertas, jadinya kakak save kat dlaam handphone.. hee~

dah ade ni baru lah boleh susun perjalanan dengan baik.. hee~
dengan setiap tiket masuk ke Legoland, korang akan dapat satu kad gores dan menang.. serius.. dan kad yang bertuah akan mendapat percutian PERCUMA ke Legoland Jepun untuk 4 orang.. woahhh-- syok kan ? hee~ sebab PERCUMA tu, semua pun layak.. 


kiranya kakak haritu masuk dengan 4 tiket kan, jadi kakak dapat la 4 tiket gores dan menang.. tapi !! kitorang tak dapat la yang hadiah percutian tu.. tapi kakak dapat :

  • 10% OFF FOOD AND BEVERAGES WITH MINIMUM SPENDING OF RM 100.00
  • FREE ONE ICE CREAM WITH MINIMUM SPENDING OF RM 50.00 IN A SINGLE RECEIPT
kira okay la kan.. siapa nak bagi ? hee~ dapat la jimat sikit ha.. kalau kakak tak dapat, maknanya peluang korang nak dapat tu HADE !! try la.. mana tau rezeki kan..

LEGOLAND 5TH BRICVERSARY

banyak sangat aktiviti untuk korang dengan anak-anak habiskan masa bersama.. ye la.. dah penat bekerja kan, sampai la masa nak luangkan masa.. haa.. 

Nur Aiman cakap "kacang jek ni.."
di sudut City Stage Holding Area ( dari pintu masuk utama Theme Park menghala ke kanan ) ada khemah ( kakak tak sempat snap, anak-anak dah berlari masuk ke khemah.. hee~ ) untuk buat dan menang.. haa.. nanti ade staff Legoland akan bagi bentuk-bentuk yang telah siap untuk ditiru semula.. mengikut kreativiti masing-masing la nak warna ape bagai.. 

untuk Nur Aiman, takat 5 minit tak sampai.. dah siap.. hee~ dapat la sedikit reward dari Legoland untuk buat kenangan.. 

** sila rujuk gambar SHOW GUIDE yang kakak sediakan kat atas tu ya..

Nur Aiman jek sempat ha sebab Nur Aina sibuk shopping.. hee~
tak la !! bukan berlegar-legar.. tapi ikut jadual yang kakak share kat atas tu, ada masa masa dorang akan keluar untuk buat persembahan ala-ala gedik.. gittew-- time tu la korang nak kasi can anak-anak peluk - lepuk - cium LEGO sebesar ini..

bukan satu tempat tau.. tapi ada beberapa tempat yang korang boleh 'rehat' sekejap dan layan persembahan 'orang' LEGO ni dan salah satunya dekat STAR WARS.. haa.. kakak tak sempat tengok hari tu ( pempaham jek la.. dapat anak spesis Mermaid, memang nak cari tempat berkubang saje.. ) tapi nanti korang boleh pergi..



NAK MAIN APA DULU DI LEGOLAND ?

ini soalan yang bermain-main kat benak kakak sepanjang perjalanan dan belum ada lagi cadangan dari mana-mana blogger untuk mula bermain dari mana.. haa.. sempena Legoland 5th Brickversary ni, kakak cadangkan korang tengok cuaca dulu.. hahahaha~


sebab !!

masa kakak pergi haritu, mendung dan sebaik saja tayar kereta cecah masuk ke sempadan negeri Johor, hujan lebat weyh.. kalau ikut satu sudutnya dan ada rezeki, sampai di Nusajaya cuaca akan beransur cerah.. tapi kalau nasib tak baik memang berterusan hujan la..

kalau cuaca cantik, kakak syor kan korang masuk THEME PARK dulu.. main kat dalam tu sampai letih.. dari pagi ( seawal 10.00 pagi ) sampai pukul 2 - 3 petang pun dah okay kot.. lepas tu baru terjun kat WATER PARK.. kasi cuci peluh-peluh.. hee~

apa-apa pun.. bergantung pada cuaca.. kalau cerah, mungkin korang boleh ke THEME PARK dulu untuk main segala jenis permainan yang telah disediakan.. antaranya :

ni kat KINGDOM.. banyak roller coaster.. hee~ boleh la try nanti..
dan setiap 'daerah' yang kakak share tu, ada beberapa jenis mainan yang korang boleh cuba.. serius memang akan leka dan seronok..

firstime !!! hahaha~ orang lain seme nak tercabut jantung.. Nur Aina relax jek siap ajak naik yang pusing-pusing tinggi punya.. huu~ tak la mak nak !!
ya !! kali pertama kakak dan agak kelam kabut sebab tak tau mana nak start.. anak-anak plak sibuk nak main air, nak main air.. hee~ jadi.. mana ade jek la ye.. hahahaha~ sepatutnya kami masuk ke WATER PARK pada jam 1 petang sebab taknak anak berjemur lama sangat kat dalam air..

kakak kena paksa !! hahaha~ pening sebelum ni pun tak habis lagi.. tambah lagi pening pusing-pusing..
salah satu tempat yang buat kakak betul-betul teruja..


ya !! MINILAND !! hee~ kakak dok la terfikir, berapa lama dorang dok menghadap benda kecik-kecik ni untuk membentuk pusat tarikan utama nega-negara yang di senaraikan.. bila kakak perhatikan, sedikit cannot brain la.. mungkin bukan bidang teknikal bukan bidang kakak.. hahaha~

pape pun kakak tabik spring kat Legoland Malaysia sebab 'membawa' masuk negara lain ke Malaysia dengan reka bangunan comel ni.. em.. sebenarnya tak kecik tau bangunan ni.. agak besar dan terlampau banyak LEGO telah digunakan..

korang kena singgah sini !! serius..



kalau anak korang dah besar sikit, bajet bajet nak lepas gian memandu.. haa.. sini !! hee~ tapi ada 2 level umur.. yang Nur Aiman, dia main kat tempat kanak-kanak dah besar.. dan Nur Aina main kat tempat kanak-kanak kecik sikit.. tak dapat nak main sama-sama sebab umur berbeza..

kenapa ?

geng-geng Nur Aiman seme budak besar.. rasanya dia jek kot yang 7 tahun.. tapi tetap cool macho gittew--
ya !! salah satu dari faktor keselamatan anak tu sendiri.. maklum.. kanak-kanak dah besar lagi agresif berbanding kanak-kanak kecik sikit.. jadi.. langkah keselamatan perlu dititik beratkan supaya tak de yang tercedera..


nampak ? hahahah~ lumba berdua jek la tu..

LEGOLAND WATER PARK

dah namanya anak-anak.. memang tak menyempat.. nak berendam.. hee~ pukul 12, belum sempat habis jalan-jalan kat Theme Park, dorang dah tarik tangan ajak ke Water Park.. nak tak nak.. itu yang mereka happy, kita ikut jek la..


ya !! tempat yang dorang tunggu-tunggu kan.. adoi... time ni dah masuk tengahari kot.. dan dorang tak lapar.. hahaha~ punya tanak membazir masa.. memang geram jek rasa tengok sorang-sorang ni..

orang kata kalau masuk Legoland ni memang dari pagi membawa ke petang, tu pun belum tentu puas.. memang anak-anak pulun berhabis masa main kat dalam tu haa.. lagi-lagi Nur Aiman sebab dia memang sejenis yang main LEGO, bonus besar la kat dia sebab dapat 'masuk' dalam dunia LEGO..


haa.. mana yang teringin dan belum pernah pergi lagi ke Legoland Malaysia ni, kakak rasa bulan ni la masa yang paling sesuai untuk korang sekeluarga explore apa yang ada kat pusat tarikan utama Negeri Johor ni..

puas ?

hahaha~ memang tak la !! in shaa Allah.. akan repeat dalam masa terdekat ni nanti.. korang pun kena pergi jugak tau.. bulan September dah nak ke penghujung.. plan la leklok..

NAK MAKAN APA DI LEGOLAND ?

auuummm-- hahaha~ dah main ape segala bagai, mesti la lapar kan.. kan ? kan ? tapi korang jangan risau sebab banyak jek cafe kat dalam tu.. kakak makan ape ? haa.. bab makan memang kakak takkan lepaskan peluang punya.. mesti kena rasa serba sedikit pun..


kakak try Set Nasi Lemak Chicken Chop - RM 33.00 dan Set Ayam Goreng - RM 25.00.. mahal ? hee~ seeloknya standby makan dari rumah ataupun sebelum masuk ya.. air mineral botol kecik pun RM 6.00.. maksudnya ? standby air mineral botol besar kat dalam beg ya..

eh !! nasib makanan yang kakak try tu sedap.. hahaha~ serius.. sambal nasi lemak memang cukup rasa.. korang kena try nanti.. makanan ni encik suami kakak beli kat WATER PARK yang tempat ombak tu.. haa.. situ..

ada juga kemudahan lain yang disediakan temasuklah changing room dan locker.. berapa sewa locker ? hee~ tarik napas dalam dalam tau.. untuk locker yang besar - RM 40.00.. ni memang korang boleh sumbat segala macam beg ni.. dan locker kecik - RM 20.00.. muat la 3 beg kecik kami..

em.. segala persoalan kakak dah berjawab tentang Legoland Malaysia.. memang tak cukup satu hari, dan korang pertimbangkanlah untuk UP kan bilangan hari.. tau !!

nah !!

WEBSITE : www.legoland.com.my
FACEBOOK : www.facebook.com/legoland.my
INSTAGRAM : @legolandmalaysia


terima kasih LEGOLAND MALAYSIA sudi menunaikan impian #duanur !! memang tak menghampakan.. hee~ in shaa Allah, ada rezeki kami akan singgah lagi !! selamat ulangtahun ke-5 !!

15 comments:

  1. dlu dh masuk theme park..ada kesempatan nk try water park plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. itu tindakan bijak.. hee~ sepatutnya pun kami nak try satu satu.. tapi anak nak redah dua-dua.. melayan dorang jek la.. tapi memang puas hati..

      Delete
  2. wah..bestnya legoland...memang kena datang lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu !! kami pun plan nak pegi lagi.. hee~ kali ni nak tido kat hotel legoland plak..

      Delete
  3. Assalmualaikum atie

    kenapa blog atie macam berat petang ni

    agaknya sebab artikel ni banyak gambar

    bagus dapat jalan jalan ke legoland ya

    anak anak mesti suka

    tambah lagi ada tarikan baru kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. berat ? hee~ tapi kalau tengok kat analytic, petang memang ramai jek masuk.. nanti atie try cek ya mana silap.. thanx tau.. kalau tak sampai bila tak alert dengan benda2 camni..

      Delete
  4. Bestnya..lom kesempatan pegi. tggu anak besar lg..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite menunggu saat ni 5 tahun wak.. hahaha~ Nur Aiman dah 7 tahun, Nur Aina dah 5 tahun.. dah pandai main2 sendiri + dengar arahan.. baru best..

      Delete
  5. seronoknye.. anak pun dah mula ajak nak gi legoland. dulu masa awal buka pnh dtg tp x msk dlm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. nanti pegi tau.. best sangat tengok anak2 happy.. hee~ kami pun plan nak pegi lagi kalau ada rezeki lebih lepas ni.. aamiin..

      Delete
  6. tak tahu pulak akak datang jb.. kalau tak boleh jumpe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ampun wak !! akak tak terfikir pun.. huu~ nanti ade rezeki lagi, memang nak pegi lagi.. nanti akak roger awak ye..

      Delete
  7. seronok gila. jeles tengok ramai yang dah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. jangan la gitu.. hee~ nextime mesti turn awak plak.. ye.. time tu tantah kakak plak jeles tengok awak.. hahahaha~

      Delete
  8. Lama dah Mrs. A pergi Legoland ni time memula open dulu kot. Time tu hotelnya pun belum siap sewaktu dgn water park yang under construction.

    Nak kena pegi lagi ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.