31 October 2017

REVOLUSI MEMBELI-BELAH DALAM TALIAN BERSAMA LAZADA

mentang-mentang dah nak Krismas ni, memang leka la sebab banyak e-commerce buat jualan murah merata-rata.. kan ? hee~ salah satunya yang sangat menarik perhatian kakak adalah Lazada Malaysia.. ya.. satu-satunya medium yang sentiasa memberi diskaun hampir setiap hari tanpa jemu.. gittew—apa yang bestnya Revolusi Membeli-belah Dalam Talian Bersama Lazada ni ?

Lazada Online Revolution 2017

LAZADA MALAYSIA

kalau nak throwback macam mana mula-mula kakak terjebak dengan kancah online shopping kat Lazada ni bila ko ada anak kecik dan barang keperluan rumah ko dah habis tapi perlu di-topup segera.. nah !! masa tu la ko akan explore segala jenis ‘bantuan’ yang sangat berbaloi dari segi keringat dan nilai wang ringgit.. hee~ lebih kurang 4 tahun lepas kot.. masa tu Nur Aina kecik lagi, Nur Aiman pun baru 3 tahun lebih gitu la..

ala.. bukan nak beli apa pun.. setakat nak beli Milo, Nestum dengan lampin pakai buang Pet Pet ( brand lain Nur Aiman dan Nur Aina tak boleh pakai.. tak serasi barangkali.. ) jek kot.. dari kakak membazir duit keluar dengan dua anak kecil yang masing-masingnya tengah ribut, baik kakak buat pesanan online jek.. jimat masa / jimat tenaga / jimat duit sebab banyak diskaun yang ditawarkan !! mula-mula pakai akaun encik suami kakak, kononnya taknak la terjebak dengan ‘boros’.. hee~

lama kelamaan, encik suami kakak marah dan suruh install sendiri aplikasi Lazada.. haa.. maka.. bermulalah kehidupan penuh warna warni kakak bersama Lazada Malaysia..

BARANG YANG KAKAK SUKA BELI

asalkan ada diskaun dan meliputi keperluan keluarga, YA !! itu lah yang akan kakak beli.. hahahaha~ contoh ? Milo, Nestum dan handbag.. eh !1 handbag pun kira keperluan kan ? tanpa handbag, tak bergaya lah kakak awak ni.. dan paling terkini, kakak belikan Nur Aiman chess set.. em.. tu pun lepas survey beberapa online website, dan kat Lazada paling murah.. dengan service Lazada yang pantas dan cekap, memang kakak akan rate mereka 5 bintang !!
lazada_malaysia_online_revolution


KENAPA ONLINE SHOPPING ?

menjadi seorang ibu dan dalam masa yang sama seorang yang sangat mementingkan masa, kakak tak boleh nak selalu bersantai-santai semata untuk membeli 2.5kg Milo.. haa.. tu contoh.. hee~ dah la satu kerja nak pikul ke hulu ke hilir sebelum dapat masukkan barang ke dalam bonet kereta.. nah !! bila dah sampai rumah, nak pikul bawak masuk rumah pulak.. adoi !! memang tak larat la kan dengan kuderat seorang wanita.. sebab tu kakak pilih membeli-belah dalam talian jek..
  • jimat masa
  • jimat tenaga ( pesan dan bayar secara online, barang akan dihantar depan pintu rumah !! )
  • jimat wang ringgit ( banyak diskaun luar jangkaan !! )
  • jimat minyak kereta dan tol
  • dapat tumpukan sepenuh masa dengan keluarga

bestkan ? siapa ibu bijak sama macam kakak ? ombak ~~~~~~~

WISHLIST KAKAK SEMPENA REVOLUSI DALAM TALIAN LAZADA

dah kalau scroll takkan nak kosong jek kan ? hee~ mestilah kena ada wishlist dan terfikir "eh !! murahnya !! kena beli ni.." kan ? kan ? eleh.. jangan bohong la.. korang pun mesti sama kan.. nah !! kakak nak borong ni..

lazada_malaysia_online_revolution_1

memang dah lama nak beli tak tak terbeli lagi.. hee~ alang-alang tengah murah ni siap ada 71% discount, baik kakak rembat awal.. kalau tak harganya RM 103.30 kot.. ni pun dah jimat banyak.. kan ?

lazada_malaysia_online_revolution_2

ya !! kena ada !! dok survey sampai ke sudah dekkkkkk.. penyudahnya tak terbeli.. kononnya memang nak brand Omron sebab kualiti dan bertahan lama.. gittew—kalau kat luar pun kakak tengok harga dalam RM 2++.++ tapi kat Lazada sempena Revolusi Dalam Talian ni, murah plak.. okeh !! masuk wishlist.. kena beli ni lagi-lagi nak hujung tahun ni.. hahahaa~ faham ?

lazada_malaysia_online_revolution_3

wah !! murah nye !!! dari RM 549.00 turun sampai RM 319.00 kot !! rugi la tak grab.. hee~ lagi pulak brand Sharp ni memang terkenal dengan produk elektrik yang berkualiti dijamin.. kan ? dengan cuaca tak menentu, nak bukak tingkap selalu pun tak berani takut habuk-habuk masuk dan menjejaskan kesihatan keluarga.. em.. nampaknya semua keluarga wajib ada 1 ni..

lazada_malaysia_online_revolution_4

sejak dua menjak ni banyak kecuaian lalu lintas yang berlaku depan mata kakak.. risau dengan keselamatan diri sendiri dan keluarga.. jadi !! kakak rasa kena pasang kat kereta ni.. em.. kalau bukan salah dari pihak kita tapi dipersalah kan tu yang risau tu.. bila ada bukti, tak de nak takut dah.. kan ? harga pun murah ni sebab ada diskaun 76% !!

lazada_malaysia_online_revolution_5

disebabkan tragedi berpindah randah, mesin jahit kakak pun terbarai sudah.. hahahaha~ jadi ! mengimpikan mesin jahit yang baru.. murah kan ? memang under bajet sangat ni ! haish.. mana tah nak dapat mesin jahit portable dengan harga tak sampai RM 150.00.. okeh !! kena ada jugak !! senang nak jahit seluar encik suami yang selalu koyak tu.. hee~

LAZADA ONLINE REVOLUTION

dengan penjimatan untuk pelbagai jenama terkenal dalam dan luar negara ini berlansung dari 11 November 2017 hingga 14 Disember 2017.. nah !! masa ni la korang nak berjimat kaw kaw dan salurkan wang penjimatan korang tadi untuk bercuti hujung tahun.. hee~ best kan ? mesti anak-anak pun tersenyum lebar sebab dapat pergi bercuti..

atiehilmi.com

29 October 2017

PROJEK BEG SEKOLAH MUSIM KETIGA ; SESI 2017 / 2018

seperti tahun-tahun sebelumnya, kakak ada keluarkan artikel bertajuk yang sama mengenai skuad Sukarelawan Projek Beg Sekolah yang mengumpul dan membuat penyerahan beg sekolah sempena sesi persekolahan yang baru.. alhamdulillah.. setakat 2 musim yang sebelumnya, penglibatan dari pelbagai pihak sangat meringankan beban sukarelawan yang dipertanggungjawabkan dalam mengggalas amanah sekaligus dapat membantu mereka yang sangat memerlukan..
projek_beg_sekolah
ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. ini inisiatif PROJEK BEG SEKOLAH masih sama iaitu memberi senyuman baru untuk anak-anak dibangku sekolah menggalas beg sekolah yang baru supaya tiada lagi rasa segan sebaliknya digantikan dengan semangat dan azam untuk mengubah perjalanan hidup dan keluarga.. kalau sebelumnya, sasaran beg sekolah yang dikumpul hanya 10,000 buah beg sekolah namun dengan kuasa viral dan keperihatinan rakyat Malaysia.. pada penghujung penutup laporan musim kedua, jumlah keseluruhan kutipan beg sekolah adalah sebanyak 13,837 buah beg..

laporan_akhir_projek_beg_sekolah


alhamdulillah..
terima kasih rakyat Malaysia !!

SESI PERSEKOLAHAN 2018

datang lagi !! hee~ sudah diwar-warkan di laman Facebook pengasas Projek Beg Sekolah ia itu Puan Salwa Saleh mengenai pencarian skuad Sukarelawan bagi sesi 2018 ( musim ketiga ) kini sudah bermula.. dan penyertaan dibuka untuk semua yang ingin membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan tak kisah diceruk mana kalian berada.. lagi ramai, lagi meriah dan lagi ramai dapat dibantu.. in shaa Allah..

sukarelawan_projek_beg_sekolah

SUKARELAWAN PROJEK BEG SEKOLAH

berbeza pada tahun yang sebelumnya.. tahun ini Projek Beg Sekolah secara rasmi merupakan sebuah NGO ( Non Government Organization ) yang diharapkan dapat memudahkan lagi tugas-tugas sukarelawan seluruh Malaysia.. jom !! mungkin keringat korang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit tapi korang akan rasa bahagia bila nampak senyuman ITU.. hee~

OBJEKTIF

membantu pelajar dari golongan keluarga kurang mampu / miskin bandar dan luar bandar untuk mendapatkan beg bagi musim persekolahan seisi 2018..

KAEDAH PERLAKSANAAN

beg baru atau beg preloved akan dikumpulkan oleh setiap sukarelawan untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih..

BACA SINI –> LAPORAN PROJEK BEG SEKOLAH 2016 / 2017

berminat ? jangan lupa hubungi nombor telefon kat porster atas tu ya.. nanti dorang akan explain apa yang korang kena buat dan bagaimana cara untuk melaksanakan tugas sebagai sukarelawan..

kalau korang tak dapat nak join skuad sukarelawan, tapi mungkin nak juga membantu.. korang boleh menyumbang terus ke akaun :

PERTUBUHAN PROJEK BEG SEKOLAH
566010623957 ( Maybank )

atau..

hubungi terus laman Facebook : PROJEK BEG SEKOLAH dan bertanyakan cara untuk membuat sumbangan..

mana tau.. sedikit sumbangan dari kalian mampu untuk memberi cahaya baru buat anak-anak yang memerlukan.. atau paling mudah.. tolong sebarkan artikel ini ( share ) supaya lebih ramai yang sedar dan tahu dan peka..

sebarkan !!
sebarkan !!
sebarkan !!

atiehilmi.com

26 October 2017

BADAN BUKAN ROBOT SESEKALI KENA OVERHAUL JUGA

dah lama rasanya kakak tak mengajak korang detox kan ? hee~ tu la.. dari raya Aidilfitri lepas membawak ke Aidiladha manjang ngelat jek konon nanti nanti berat badan boleh turun sendiri.. konon jek.. padahal tau memang susah nak turun lepas dah kumpul toksin ntah dari mana hala dok ternak dalam badan.. em.. badan bukan robot sesekali kena overhaul juga supaya sel dalam badan kekal aktif tanpa gangguan makhluk perosak..

detoks_parasit

kalau korang perasan.. kalau la.. kakak memang kaki detoks tegar dan bila kakak detoks jek, habis satu family pun kakak paksa sama.. hahahah~ tak adil la kan detoks sensorang.. dan kalau korang nak tau.. banyak jek artikel pasal detoks yang kakak pernah tulis..





dan ada beberapa lagi artikel berkaitan yang kakak tulis dengan fakta tentang detoks ni..

PARASIT

ya !! pandai.. parasit adalah benda / objek / sesuatu yang menumpang.. dalam topik detoks ni, yang menumpang dalam badan kita adalah sejenis ‘syaitonnirrojim’ secara perlahan-lahan memakan nutrien sihat dan meninggalkan toksin yang merosakkan sel badan kita yang sihat.. sebenarnya ramai yang tak sedar dan tak pernah amik kisah pun pasal benda menumpang dalam badan kita ni sampai lah dorang dah mula tak sihat dan mengalami pelbagai simptom penyakit separa kronik dan kronik..

JENIS-JENIS PARASIT

kalau nak disenaraikan teramatlah banyak nye lahai si ‘syaitonnirrojim’  ni tapi yang paling famous :

detoks_dengan_atie

  • cacing tambang
    • berada di paru-paru dan usus
  • cacing gelang
    • biasanya aktif pada paru-paru, usus, otak dan hati
  • anisakis
    • cacing yang ada pada ikan
  • acanthamoeba
    • menumpang kat mata lagi-lagi yang pakai contact lens
dan ke semua cacing ni ada dalam badan korang !! cuak ? hee~ chill la.. belum lagi.. ni baru sikit ni.. ada banyak lagi kakak nak bagi tau kenapa korang kena detoks.. sabar..

SINGKIRKAN PARASIT SECARA SEMULAJADI

benda boleh bincang.. jangan risau.. sebab kehadiran parasit ni kita tak boleh elak tapi tak salah kalau kita mengawal pembiakan dorang kan ?

  • jaga kebersihan !!
    • ini memang mak ayah kita dah ajar dari kita kecik kan ? tapi !! selagi korang masuk jamban pun main handphone, maknanya korang memang kena polish lagi untuk memahami maksud kebersihan tu..
  • cuci anggota badan dengan sabun antibakteria setiap kali mandi
  • cuci bahan mentah masakan dengan bersih
    • kalau boleh guna pencuci makanan yang sesuai.. kalau tak de / tak jumpa, pakai cuka atau air garam..
  • minum air masak tidak kurang dari 3 liter sehari
  • berhenti / kurangkan pengambilan makanan yang menjadi punca parasit semakin aktif / membiak :
    • makanan bergula
    • makanan berproses
    • gula putih
    • gandum
  • puasa sunat pada HARI PUTIH
  • pengambilan supplement semulajadi tanpa bahan kimia yang membantu penyingkiran parasit dari badan
healthy eating and vegetarian diet concept - word detox with juice, fruits and vegetables

KELEBIHAN DETOKS

sesia la buat kalau bukan benda baik kan ? hee~ mesti la ada kelebihan yang BEST.. antaranya :

  • berat badan menurun
    • rekod terbaik team #detoxdenganatie – 1.1 kg sehari
  • kurang / hilang lansung ketagihan makanan rapu
  • senggugut hilang
  • badan lebih cargas
  • perut semakin kempis
  • kulit lebih cerah dan bersih
  • menguatkan sistem ketahanan badan
mesti semua tersenyum kan bila baca kelebihan yang akan korang terima kalau korang detoks.. kalau 31 tahun korang hidup dengan makanan yang tak tau apa kandungannya tapi tak pernah detoks.. korang rasa usus korang cemana punya berkerak ? hahahaha~ kakak memang tak boleh bayangkan.. punya la berkeladak siap ada cacing menguit nguit kat dalam perut korang tu.. haa.. itu punca la tu.. sebab tu dalam Islam sendiri ada cakap..

Rasullullah SAW bersabda ; maksudnya..


“perut manusia itu tempat segala penyakit, 
manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan..”

-- Riwayat ad – Dailami


dan sampai bila korang nak layan jek nafsu makan korang tu ? memang nampak BEST tapi kakak tau korang risaukan berat badan korang makin lama makin menjadi-jadi.. ce tengok perut korang tu.. hee~ jom !! mula bertindak.. tak guna tanam azam bertahun tahun tapi tak bertindak..

in shaa Allah..

jika diberi peluang.. kakak akan mulakan detoks parasit pada 01 November 2017 ( selepas Maghrib ) hingga 06 November 2017.. ya.. 5 hari.. memang disiplinnya begitu.. jangan la tanya kakak kenapa 5 hari.. tapi tanya la diri korang, selain 5 hari tu, korang larat nak buat berapa hari ? ahahahaha~ tunggu nanti kakak share info detoks dari masa ke semasa ya..
atiehilmi.com

25 October 2017

SUARA KEBAIKAN DARI RUMAH MENCETUS ASPIRASI MENGEJAR KEHEBATAN DENGAN FERNLEAF

Fernleaf, Kebaikan yang Dipercayai™ oleh keluarga di Malaysia, menyeru rakyat Malaysia bersama-sama membuat kebaikan dengan memberi kata dorongan positif dari hati untuk orang yang tersayang dalam proses membantu untuk mencapai impian.. ya.. dalam diam tak diam, sebenarnya titik tolak kejayaan seseorang bermula dari rumah dan orang sekeliling yang sangat rapat..
Fernleaf_#KejarlahKehebatan
masih mengekalkan kualiti dan jenama terunggul dalam kelasnya, Fernleaf Malaysia telah melancarkan kempen Go For Greatness di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.. turut merasai aura kehebatan, BBDO Malaysia menekankan bahawa kempen ini wujud berikutan wawasan rakyat Malaysia sendiri yang mempunyai keinginan untuk berjaya dalam bidang yang telah mereka ceburi..


“kami teruja untuk membuat kemunculan semula Fernleaf dengan menumpuk 
rakyat Malaysia untuk tidak bergantung kepada kekurangan, sebaliknya berusaha 
untuk kejayaan yang lebih besar.. kami mahu mereka tahu bahawa 
Fernleaf sentiasa menyokong dengan membekalkan nutrien lengkap untuk 
menyokong mereka dalam proses mencapai kejayaan..” 

Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Malaysia


LIMA KISAH SUARA KEBAIKAN DARI RUMAH

kalau korang rajin bukak youtube, mesti nampak iklan-iklan Fernleaf ni.. hee~ in case kalau korang tak perasan.. meh !! kakak cerita sikit tentnag lima orang rakyat Malaysia yang telah membuktikan, cakap cakap orang luar lansung tidak memberi impak dan menjatuhkan semangat mereka sebaliknya sokongan dari yang tersayang yang membuatkan jatidiri mereka semakin kuat untuk meneruskan impian yang tertanam di hati..

Fernleaf_Go_For_Greatness_1


SITI HANISAH


HAYATI ISMAIL

Hayati Ismail merasakan kariernya seolah-olah menjadi semakin mencabar dengan beban kerja yang semakin bertambah, di mana beliau terpaksa membawa anak-anaknya ke tempat kerja supaya beliau boleh meluangkan masa bersama mereka.. sebaliknya, gajinya semakin berkurangan tetapi beliau bukanlah seorang yang konvensional..


"ya, saya buat lebih banyak kerja dengan gaji yang lebih rendah, 
tetapi saya lebih bahagia.. sekurang-kurangnya saya tahu saya bekerja 
untuk masa depan yang lebih baik..”


pada tahun 2013, Hayati keluar daripada kerjaya korporat yang bergaji besar kerana beliau tidak lagi merasakan kerjaya tersebut dapat memberikannya kepuasan sebaliknya, ibu kepada tiga orang anak ini melibatkan diri dengan makanan, gelandangan dan kemiskinan.. beliau mula diperkenalkan kepada kerja amal oleh rakan-rakannya dan mula bekerja lebih dekat dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk membantu dalam pelbagai keperluan mereka.. salah satu inisiatifnya ialah FreeMarket, iaitu pasar lambak di mana barangan terpakai diberikan secara percuma.. dalam pada itu, Hayati juga memainkan peranan menyesuaikan bakal majikan dengan orang gelandangan melalui temu duga My Street..


“apabila beberapa orang rakan saya mendapati yang saya telah beralih dari 
bidang korporat kepada kerja amal, mereka berkata saya gila.."


beliau kini menguruskan Food Aid Foundation ( FAF ), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengambil makanan yang tidak dimakan di Malaysia dan memprosesnya untuk penggunaan selamat oleh golongan masyarakat yang memerlukan.. menurut Hayati, model bank makanan biasa tidak lestari - jenis makanan yang ada bergantung pada apa yang diberikan oleh mereka yang menyumbang.. sebenarnya, rakyat Malaysia membuang 3,000 tan makanan yang masih boleh dimakan setiap hari.. di bawah pengurusan Hayati, FAF mengumpul makanan berlebihan setiap hari dari Tesco, hotel dan cawangan makanan segera. Makanan tersebut kemudiannya diedarkan semula kepada organisasi amal, disimpan segar di bilik penyejuknya, atau diproses di dapurnya oleh cef sukarela dan pelajar kuliner..


"saya terpaksa belajar segala-galanya dari awal ketika mula menyertai FAF 
kerana semua yang saya tahu tentang makanan hanyalah memakannya !"


FAF kini berkembang di luar Lembah Klang - satu pencapaian yang membanggakan Hayati tetapi operasi yang semakin berkembang ini juga bermakna tanggungjawab yang semakin kompleks.. dalam menempuh cabaran ini, Hayati mendapat kekuatan hasil sokongan keluarganya.. sumber galakan terbesarnya datang dari suaminya, yang dengan rela mengambil alih tugas-tugas rumah tangga dan penjagaan anak jika beliau terlalu sibuk.. kakaknya juga membantunya di rumah..


"suami saya datang bukan dari orang senang.. ketika dia sedang menuntut di 
peringkat sarjana muda di Sabah, dia hanya selalu makan roti dan biskut sahaja.. 
dia beritahu saya, 'kalaulah ada bank makanan seperti yang awak uruskan 
sekarang di tempat saya belajar, sekurang-kurangnya saya dapat makan 
makanan yang lebih baik.."


Hayati rasa sedih apabila mendengar kenyataan suaminya, dan itu mendorongnya lagi dalam kerja kebajikan dan dari pemerhatiannya, golongan miskin bekerja keras untuk memperbaiki keadaan mereka, tetapi mereka dihalang oleh keadaan mereka.. matlamatnya adalah untuk memberi mereka sokongan.. Hayati mengenang pertemuannya dengan seorang nenek berusia 92 tahun di Kelantan, yang membesarkan sembilan orang cucu dengan membuat dan menjual pulut panggang namun masalah katarak telah menjejaskan produktivitinya, tetapi dia tidak mampu menjalani pembedahan. oleh itu, Hayati dan pasukannya membantu nenek itu mendapatkan rawatan dan sejak pulih, wanita tua itu mampu menghasilkan lebih banyak pulut panggang, maka pendapatannya bertambah..


"apa yang paling saya kagumi adalah betapa ceria nenek itu walaupun 
dia mengalami masalah.. orang memberi inspirasi kepada saya.. 
apabila rakan-rakan bertanya kepada saya mengapa saya meninggalkan pekerjaan 
korporat yang bergaji besar untuk bekerja dengan golongan miskin, 
saya memberitahu mereka bahawa menjalani kehidupan yang selesa tidak mencukupi; 
kita mesti rasa selesa dalam jiwa kita.."


MAVIN KHOO


DR. S. MADHUSUDHAN

sesuai dengan gelarannya 'Doktor Teddy Bear', Dr S. Madhusudhan seorang yang baik lagi berkeperibadian tinggi. Lelaki yang peramah dan mudah tersenyum ini sering menyambut pesakitnya dengan penuh semangat dan itulah sebabnya mengapa kelibat beliau dinanti-nantikan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur.. setiap petang Rabu, Dr Madhusudhan memberikan rawatan perubatan percuma kepada golongan gelandangan dan miskin bandar.. dalam satu malam, beliau dan pasukan sukarelawan sering merawat kira-kira 30 hingga 40 orang pesakit, yang kebanyakannya sudah menjadi seperti keluarga mereka sendiri..

pada malam-malam lain, Klinik Bergerak Teddy juga memberi perkhidmatan kepada golongan pelarian, komuniti orang asli, penghuni rumah pangsa kos rendah, rumah anak yatim, rumah orang tua dan rumah untuk orang kurang upaya.. kos operasi adalah dari poket Dr Madhusudhan sendiri dan bergantung kepada sumbangan derma.. walaupun begitu, beliau tidak dapat lari dari pelbagai kritikan..


"terdapat juga orang yang mempersoalkan niat kami, berfikir bahawa saya melakukan 
ini untuk menjadi terkenal.. pada mulanya, tuduhan-tuduhan ini sukar untuk ditelan, 
tetapi sekarang, jawapan saya, apa salahnya jika seseorang melakukannya 
untuk kemasyhuran ? asalkan mereka yang memerlukan rawatan boleh mendapatkannya.. 
itu lebih berguna daripada menghabiskan masa mengkritik niat orang lain di media sosial.. "


bagi Dr Madhusudhan, tidak ada yang aneh tentang menawarkan bantuan perubatan percuma kerana beliau biasa melihat ayahnya, yang juga seorang doktor, melakukan perkara yang sama untuk orang miskin sewaktu beliau membesar.. sebelum adanya Klinik Bergerak Teddy, Dr Madhusudhan dan beberapa kawan rapatnya memulakan lawatan ke rumah anak-anak yatim untuk merawat kanak-kanak tanpa caj..


"untuk kami, itu merupakan sesi perjumpaan ia lebih bermakna jika kami 
membantu orang lain semasa berjumpa daripada bersembang kosong 
sesama kami dengan makanan atau minuman..”


jadi, bagaimanakah usaha ini berkembang menjadi usaha yang teratur dengan tenaga kerja tetap sekitar 50 orang sukarelawan ? menurut Dr Madhusudhan, semuanya kerana usaha seorang anak yatim..


"dia datang kepada saya dan bertanya sama ada kami akan menjadi seperti orang 
lain yang hanya datang melawat sekali sahaja, ucapkan selamat tinggal dan 
tidak kembali lagi.. dia sudah biasa dengan mereka yang pergi buat selamanya, 
sama seperti ibu bapanya.. soalan itu merupakan titik perubahan bagi saya.. 
kami memutuskan untuk mengehadkan rumah anak-anak yatim yang kami 
lawati supaya kami dapat menumpukan perhatian dan fokus untuk membantu 
secara berulang.."


tiga tahun yang lalu, operasi rawatan percuma berkembang di jalan-jalan di Kuala Lumpur dan sejak itu, doktor yang baik hati ini memberi perkhidmatan di luar tugas biasanya – membina perhubungan dengan pesakit yang kurang bernasib baik, membantu mereka dengan bekalan barangan runcit, dan berkabung atas beberapa kematian.. ini adalah kerjaya yang mencabar, tetapi Dr Madhusudhan terus mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakannya.. mereka bekerja secara sukarela dengan Klinik Bergerak Teddy semenjak awal lagi dan mereka rajin mengambil alih ketika Dr Madhusudhan terpaksa memenuhi obligasi di tempat lain..

pada tahun 2015, Dr Madhusudhan dianugerahkan dengan Anugerah Star Golden Hearts, yang meraikan rakyat Malaysia yang menjalankan usaha berani atau tidak mementingkan diri..


"anugerah itu mendorong saya untuk pergi lebih jauh dalam misi saya.. 
kerja amal ini adalah suatu ketagihan ! anda akan selalu berfikir
'apa lagi yang boleh saya lakukan ? siapa lagi yang boleh saya bantu ?" 


Dr Madhusudhan tidak berhenti berfikir, dia telah memperluaskan perkhidmatan Klinik Bergerak Teddy untuk menjangkau kepada lebih banyak masyarakat miskin bandar dan komuniti orang asli, sambil membantu golongan gelandangan supaya dapat berdikari.


"jika anda mempunyai keinginan untuk membantu orang yang memerlukan, 
jangan terlalu memikirkannya.. teruskan dengan langkah pertama dan 
langkah-langkah yang seterusnya akan datang kepada anda.. 
jika anda tidak mempunyai masa untuk mencurah tenaga, 
anda boleh menaja organisasi amal.. terdapat banyak cara untuk membantu.."



MOHD SIRHAJWAN IDEK

Mohd Sirhajwan Idek sentiasa ingat akan nasihat ibunya : jangan biarkan hati menguasai fikiran, dan sentiasa memberi tumpuan kepada penyelesaian dalam menempuh sebarang halangan.. Tanpa kebijaksanaannya, Sirhajwan mungkin tidak akan menjadi siapa dirinya hari ini – iaitu seorang guru yang memenangi anugerah.. guru berusia 29 tahun ini muncul sebagai 50 finalis terbaik bagi anugerah Hadiah Guru Global Yayasan Varkey 2017, penerima Anugerah Ikon Guru Kebangsaan tahun ini, serta pemenang dua pertandingan antarabangsa untuk guru Bahasa Inggeris..

di Kolej Vokasional Keningau di Sabah, di mana Sirhajwan mengajar Bahasa Inggeris, selalunya para pelajar di kolej tersebut datangnya daripada latar belakang sosioekonomi yang kurang berada, dan pendedahan yang terhad kepada Bahasa Inggeris.. walaubagaimanapun, di bawah bimbingan gurunya yang penyabar, mereka kini sering menjadi pesaing dalam perdebatan, pidato umum, deklamasi sajak, pertandingan mengeja, choral speaking, pertunjukan bakat dan sebagainya, dan seringkali memenangi pertandingan tersebut.. mereka juga mendominasi pertandingan inovasi dan keusahawanan..


“mengajar bukanlah minat saya sebenarnya.. 
saya menyertai program pendidikan guru selepas 
tamat pengajian tanpa berfikir panjang.."


walaupun hati tidak sepenuhnya dalam bidang pendidikan, Sirhajwan sedar akan betapa pentingnya seorang guru itu dalam mencungkil apa yang terbaik dalam generasi masa depan dan secara beransur-ansur, dia jatuh cinta dengan pekerjaannya..


"kejayaan dan kegembiraan saya adalah apabila saya dapat membantu 
mengembangkan potensi seseorang pelajar, yang dapat meningkatkan potensi 
lain dalam kehidupan mereka.. ini membuatkan saya berasa positif tentang 
pekerjaan saya, dan saya memutuskan untuk terus mengajar.." 

kata lelaki kelahiran Kota Belud, Sabah ini..


tetapi masih terdapat banyak rintangan, disebabkan oleh lokasi sekolah yang terletak di luar bandar, program selalunya terhad akibat masalah kewangan, kekurangan akses kepada sumber dan halangan geografi.. kesemua masalah ini mengganggu keupayaan guru untuk mengajar..


"kebanyakan pelajar saya pada mulanya menunjukkan keengganan dalam 
menggunakan bahasa kerana malu.. oleh itu, cabaran terbesar saya 
adalah bagaimana membuatkan subjek tersebut relevan dengan mereka 
supaya mereka mempunyai motivasi untuk belajar.."


ramai yang berpendapat bahawa mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajar vokasional adalah sukar, tetapi Sirhajwan tidak mengendahkannya, dia hanya ingat kepada nasihat ibunya iaitu fokus kepada penyelesaian, bukan halangan.. Sirhajwan faham akan apa yang dilalui oleh pelajarnya.. seperti mereka, dia juga menghadapi kesukaran mempelajari Bahasa Inggeris ketika bersekolah dahulu.. keluarganya berasal dari suku Bajau, dan mereka bangga bercakap dalam bahasa ibunda mereka.. Bahasa Inggeris tidak banyak digunakan tetapi dia gigih menyertai pasukan debat Bahasa Inggeris dan aktiviti berpidato, dan itu telah mencetuskan minatnya untuk menguasai Bahasa Inggeris..

daripada pengalaman itu, Sirhajwan sedar bahawa dorongan kuat untuk belajar Bahasa Inggeris datangnya daripada peluang untuk menggunakannya.. oleh itu, Sirhajwan mengolah mata pelajaran tersebut mengikut kursus vokasional yang khusus atau menayangkan blog video di kelas.. dia juga merancang aktiviti-aktiviti yang mencerminkan situasi dunia nyata, seperti temu duga pekerjaan, mahkamah olok-olok dan penerangan penjualan.. kerja kerasnya membuahkan hasil apabila murid-muridnya berjaya membanggakan kolej mereka dengan memenangi pelbagai pertandingan.. Sirhajwan adalah orang yang paling bangga terutama ketika pelajar-pelajarnya memenangi pertandingan debat di Karnival Sukan VokTek - iaitu pertandingan di kalangan sekolah-sekolah vokasional di Sabah - untuk kali pertama..


"jangan sekali-kali memandang remeh kepada kebolehan pelajar anda 
dan jangan meragui keupayaan anda sendiri untuk membawa kebaikan kepada orang lain, 
serta membantu mereka mencapai kejayaan..”


malah, potensi dan kemampuan seseorang sentiasa berubah, dan Sirhajwan berjanji untuk terus mencari peluang untuk para pelajarnya..
susu_tepung_fernleaf
selain memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga memberi kebaikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik ! sepanjang 15 Oktober - 15 November 2017, marilah bersama-sama menyokong kempen Feeding the Goodness yang akan menyalurkan produk tenusu Fernleaf untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik di 10 rumah di seluruh Malaysia.. untuk setiap pek serbuk susu Fernleaf yang dijual di Mydin semasa tempoh kempen, 50g kebaikan tenusu akan disumbangkan kepada kanak-kanak ini di rumah anak yatim dan rumah perlindungan.. 

Fernleaf_Go_For _Greatness
jom tonton filem dan pelajari lebih lanjut mengenai kempen "Go For Greatness" :

FACEBOOK :
https://www.facebook.com/fernleafmalaysia
 
MICROSITE :
http://www.greatness.my
 
YOUTUBE :
https://www.youtube.com/channel/fernleafmalaysia

AYAM MASAK KARAMEL LEE KUM KEE

nah !! gittew-- hee~ ntah tak tau nak masak apa lepas tu bebajet chef.. habis selongkar dapur jumpa goodies masa My Fun Cooking sebelum ni.. belek punya belek tak tau nak masak apa.. main tala jek la pakai SOS KARAMEL LEE KUM KEE tu.. maka terjadilah.. ayam masak karamel Lee Kum Kee..

ayam_masak_karamel_lee_kum_kee_1

sape kenal kakak memang tau la kakak ni sejenis yang tak brape rajin nak masak yang susah-susah siap skill yang pelbagai.. asalkan bahan simple dan cepat siap, memang itu jek la masakan dari dapur kaler pink kakak.. hee~ serius.. kalau sebelum ni kakak masak ayam masak cendawan untuk detox kan, kali ni masih bahan yang sama !! nampak ? hahahah~ sebab masakan ni senang gile kot..


BAHAN-BAHAN

isi ayam
cendawan shitake
brokoli
carrot
bawang putih
bawang besar
halia
cili kering
minyak masak
sos karamel masakan Lee Kum Kee

ayam_masak_karamel_lee_kum_kee_5

itu jek pon !! memang sedia ada dah bahan-bahan tu seme kat rumah.. main campak campak.. jadik !! siap !! sila makan..


CARA-CARANYA

sangatlah mudah hai hai hai.. hee~

  • panaskan minyak
  • tumis bawang putih – bawang besar – halia cukup naik bau masukkan cili kering
  • sementara nak tunggu dorang sama sama naik bau, gaul sebati isi ayam tadi dengan sos karamel Lee Kum Kee.. sukatan ? ikut suka korang la..
ayam_masak_karamel_lee_kum_kee_4

  • masukkan isi ayam tadi kat dalam kuali.. gaul mesra..
  • agak agak isi ayam dah masak, masukkan semua jenis sayur.. kakak tak suka sayur tu lembik, jadi kakak gaul gaul ala kadar jek..
terpulang kat korang nak tambah bahan perasa atau tak sebab kakak memang tak tambah pape.. semuanya dah cukup rasa melalui bahan tumisan tadi dan sos karamel tu.. cuma kakak suka berkuah sikit, jadi kakak tambah air..

bila dah siap ?

ayam_masak_karamel_lee_kum_kee_3
ni untuk lunch Nur Aiman dengan Nur Aina.. hee~ berselera btol dorang makan.. ibu pun happy..
silalah makan dengan nasi panas.. huu~ syahdu jek rasa.. selamat try !! eh !! selamat menjejes air liur dulu lah..

atiehilmi.com

24 October 2017

SITI NURHALIZA KINI BERGELAR DATUK SERI SEMPENA HARI KEPUTERAAN SULTAN PAHANG

sebenarnya kakak tak pelik lansung bila encik suami bagitau kakak yang penyanyi tersohor negara tiada galang ganti iaitu Dato’ ( sebelumnya ) Siti Nurhaliza Taruddin telah dikurniakan darjah kebesaran sempena Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang bertempat di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang Darul Makmur yang membawa title DATUK SERI.. serius.. kakak cuma bukak instagram dan scroll untuk cari informasi..

siti_nurhaliza

Siti Nurhaliza, 38, yang terkenal dengan lagu Cindai telah memuatnaik beberapa keping gambar istiadat penerimaan pingat oleh pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menyifatkan penganugerahan tersebut sebagai rezeki anak hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa..


"pertama sekali saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang di atas pengurniaan 
darjah kebesaran negeri Pahang dan sebagai rakyat Pahang, ini merupakan satu 
penghormatan kepada saya.. ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang 
tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri.. alhamdulillah, saya menerima gelaran ini 
pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah 
salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam 
karier saya.. ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi di dalam kandungan saya, 
rezeki yang datang dalam pelbagai cara yang berbeza.. 
sekali lagi saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang, 
semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dapat terus memerintah negeri ini 
sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Tuanku.." 


sangat merendah diri !! hee~ walaupun kakak tak berapa minat Siti Nurhaliza ni tapi bohong la kalau kakak tak perasan setiap perkembangan karier beliau dari Bintang RTM dulu sampai berjaya menyapu bersih untuk semua kategori AIM saban tahun..

dato_sri_siti_nurhaliza_1
ihsan : @malaysiaroyalfamily
selain Siti Nurhaliza, 101 penerima turut mendapat pelbagai kategori darjah kebesaran sempena memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang.. antaranya, adalah :

  • Datuk Eizlan Yusof
  • Datuk Maria Menado
  • Adi Putra
  • Jovian Mandagie
hee~ kakak pun sedikit terkejut sebenarnya sebab ramai ‘orang luar’ yang pegang pelbagai jenis pangkat berpengaruh kat Malaysia ni.. mungkin ada sisi baik yang lain telah mereka lakukan turut memberi penilaian baik dan melayakkan mereka memegang title tersebut.. tak perlulah orang ramai persoalkan..

apa pun..

kakak memang tabik spring dekat Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang pada asalnya hanya budak kampung yang lasak membantu ibunya menjual kuih, kini menjadi idola ramai .. ye la.. dengan pencapaian cemerlang dari awal sehingga kini tapi tiada sebarang rekod buruk yang menjejaskan kualiti beliau.. ada lagi tak kualiti yang sama seperti Siti Nurhaliza ni pada artis zaman sekarang ? hee~ ade kot kan.. harap-harapnya begitulah..

datuk_seri_siti_nurhaliza
ihsan : @ctdk
mengesahkan kandungan beliau yang menginjak bulan kelima, kakak doakan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik hendaknya.. aamiin.. dan tahniah sekali lagi..


TAMPIL BERSERI DAN MENAWAN DENGAN INNERSHINE® DAN BELLA AMMARA

Innershine® dengan misi menjadikan wanita di seluruh dunia berseri-seri dan anggun secara semulajadi melalui kerjasama terbarunya bersama Bella Ammara ; rangkaian fesyen Muslimah yang digemari ramai kerana rekaannya ringkas bergaya dengan menggunakan fabrik berkualiti..


korang, sebagai pengguna boleh memiliki hijab dari jenama Bella Ammara yang bernilai RM 65.00 dengan setiap pembelian pek minuman Innershine®.. wah !! memang sangat menarik ni.. mana tak nya.. beli Innershine® untuk kecantikan tapi dapat pula hijab yang cantik dan trendy ni.. bukan main main tau.. sebab setiap perincian dari jenama Bella Ammara memang jadi kegilaan ramai..

ada lima pilihan warna menarik iaitu :

  • lembayung ungu ( royal purple )
  • jingga kesumba ( salmon pink )
  • krim
  • merah manggis ( maroon )
  • hitam
korang boleh kumpulkan hijab ni bermua dari harini ** sekarang pegi start enjin kereta / motosikal.. hahahah~ ** sehingga bulan Disember nanti.. tapi biasa la.. dah kalau brand baik, kualiti terjamin memang laku keras.. jadi.. tawaran beli Innershine® FREE shawl Bella Ammara ni sah sementara stok masih ada.. tau !! kalau lambat memang putih mata la..


nota : 
merah manggis dan hitam tersedia secara eksklusif di Watson’s 
manakala jingga kesumba dan krim di Guardian..



CARA PENEBUSAN

haa.. mesti korang fikir tricky sangat kan.. beli Innershine® bleh plak dapat free tudung.. hee~ sebenarnya, korang boleh buat penebusan ni dengan setiap pembelian 24 botol atau dua pek 12 botol Innershine® Pati Prun atau Innershine® Pati Beri.. pilih la mana yang korang suka..

INNERSHINE®

rangkaian minuman kecantikan Innershine® yang diperbuat daripada buah-buahan permium dengan kebaikan semulajadi ini dapat membantu menyihatkan tubuh badan dari dalam.. kalau dalam kita bersih tanpa toksin, secara automatik luaran pun tampil berseri.. yang pasti.. tak de pantang larang sepanjang mengkonsumsi pati dari Innershine® ni..

INNERSHINE® PATI PRUN


merupakan ekstrak pati prun yang diperkaya dengan serat pemakanan larut yang berfungsi untuk menyahtoksin tubuh secara lembut dan menggalakkan sistem pencernaan yang sihat.. sekaligus membolehkan tubuh badan menyerap nutrien dengan lebih baik.. pengambilan minuman kecantikan yang kaya dengan anti-oksidan boleh memerangi radikal bebas dan membantu mengekalkan keremajaan kulit.. ni tips awet muda ni.. hee~

INNERSHINE® PATI BERI


diperbuat dari campuran eksklusif acai beri, beri biru, blackcurrant, chokeberry, elderberry dan strawberi ini bersifat anti-oksidan yang berfungsi memerangi kerosakan sel akibat radikal bebas disamping memulihkan mata yang letih, memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kelesuan.. nah !! sesuai la mana hat rabun teruk dan selalu letih-letih tak kira masa tu..

jom singgah farmasi terdekat yang mengambil bahagian dalam kempen kerjasama Innershine® bersama Bella Ammara ni.. atau.. hubungi Talian Khidmat Pelanggan BRAND’S ditalian 1 – 300 – 228 – 300 ataupun korang boleh layari Innershine® Club kat Facebook untuk mendapatkan butiran lanjut tentang promosi..

pssstttt—beli Innsershine® FREE tudung Bella Ammara tau.. bukan tudung cap ABC.. hee~

17 October 2017

PERTANDINGAN MEMASAK IBU DAN ANAK ANJURAN LEE KUM KEE

kakak jarang turun event masak masak ni.. hee~ bukan tak minat tapi memang bukan kepakaran kakak.. dan minggu lepas kakak diberi peluang bersama-sama dengan rakan blogger yang lain untuk turut serta memeriahkan pertandingan My Fun Cooking 2017 anjuran Lee Kum Kee dengan kerjasama Desa Home.. wah !! sedikit eksyen la di situ.. jangan main main.. ya !! seperti tajuk di atas, My Fun Cooking 2017 ni merupakan Pertandingan Memasak Ibu Dan Anak dalam tujuan menggalakkan anak-anak muda di Malaysia meneroka bakat masakan mereka..


LEE KUM KEE

perniagaan yang ditubuhkan pada tahun 1888 oleh encik Lee Kum Sheung telah membina kepercayaan jenama dari segi kualiti dan pemasaran di lebih 100 negara dan wilayah.. lebih dari tiga abad, Lee Kum Kee telah menjadi syarikat Cina yang sangat terkenal dan berdaya saing dengan menawarkan lebih 200 jenis pilihan sos..


pelbagai jenis pilihan sos.. yang penting !! disahkan HALAL tau.. hee~
untuk mempromosikan misi ini di Malaysia, sebanyak empat pusingan My Fun Cooking 2017 akan berlansung di One Space @ The Square, One City bermula dari 15 Oktober 2017 sehinggalah 12 November 2017 ( Ahad ) dan sebanyak 12 pasukan yang akan bertanding untuk melayakkan diri ke Pusingan Akhir.. dan paling best.. serius.. kakak pun termenung jugak ni.. hee~ setiap pasukan yang menang dari tiga pusingan pertama, akan bertanding dengan selebriti, Peter Davis..

dia macam.. pergh !! bertanding dengan selebriti weyh !! kalau menang memang syok gile la kan.. hahaha~


"Malaysia telah lama menjadi pasaran utama Lee Kum Kee dengan asas produksi 
kami yang ditubuhkan di Kuala Lumpur sedekad yang lalu.. 
pertandingan ini berfungsi sebagai platform yang tepat untuk 
anak-anak menikmati pengalaman memasak yang menyenangkan dengan 
keluarga mereka dengan pelbagai aplikasi sos Lee Kum Kee.."

Cik Lim Lim
Pengarah Urusan - Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika & India Lee Kum Kee



setiap pasukan yang mengambil bahagian memerlukan dua ahli keluarga dengan salah seorang daripada mereka adalah anak yang berusia antara 10 hingga 18 tahun dan seorang lagi adalah ibu / ayah mereka.. peserta muda diberi belanjawan untuk membeli-belah bahan masakan yang diperlukan dari SK Market yang juga merupakan salah satu penaja untuk My Fun Cooking 2017 ini.. dalam tempoh satu jam, setiap pasukan perlu menyediakan hidangan utama berdasarkan tema yang telah ditetapkan dengan menggunakan sos Lee Kum Kee..

hati hati memilih cik kak.. nak tambah apa lagi dalam resepi tu ?
untuk pusingan pertama yang baru sahaja berlansung, peserta di beri tema AYAM.. haa.. kejung la dok fikir resepi ayam kan.. hahahah~ tapi semuanya berjalan lancar..

hadiah yang ditawarkan untuk pusingan pertama ; 12 Oktober 2017
kesemua peralatan elektronik yang digunakan semasa pertandingan ini ditaja sepenuhnya oleh Electrolux dan Desa Home Teater Sdn. Bhd... 

DESA HOME

pengedar peralatan rumah yang telah beroperasi sejak tahun 1995 sememangnya tidak asing lagi !! hee~ pernah memenangi Malaysia Top Five Award selari dengan jenama terkenal seperti Sony, Samsung dan LG.. pengedar emas yang diberi kepercayaan oelh Sony, Samsung, LG, Toshiba, Philips, Haier, JVC, Yamaha dan banyak lagi ini sentiasa meletakkan pelanggan dikedudukan nombor 1.. dilatih dan diperakui oleh ISF dan THX, pasukan Desa Home sangat profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjual dan pengedar dalam masa yang sama..

gelagat seorang peserta.. tekunnya dia memotong.. hee~
yang paling seronok.. hee~ bila kesemua peserta juga akan diber hadiah !! nampak ? tak sia sia lah para peserta yang join ye.. balik sudah tentu bukan dengan tangan yang kosong..


TARIKH PERTANDINGAN

PUSINGAN 1
  • 15 Oktober 2017
PUSINGAN 2
  • 22 Oktober 2017
PUSINGAN 3
  • 29 Oktober 2017
PUSINGAN AKHIR
  • 12 November 2017
nak tau sape pemenang untuk pusingan pertama ? hee~ mesti la nak tau kan !!

Encik Vincent Chui, Pengarah Pemasaran Lee Kum Kee Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang Pusingan 1

PEMENANG PUSINGAN 1

ibu : Kat Kok Han Teng
anak : Chloe Chong Cheng Yee ; 11 tahun
nama masakan : Kum Kee Golden Patties

kakak tengok juri makan pun kakak ikut terliur dekkkkkk.. tengok tengok dah habis.. memang tak merasa la kakak makanan yang dimasak oleh pemenang tu.. hee~

untuk maklumat lanjut mengenai My Fun Cooking 2017, korang boleh hubungi Cik Ling di talian 03 - 4287 0039 atau 011 2608 8034..

atau..

boleh jek singgal media sosial mereka..


PENAJA RASMI

LAMAN WEB LEE KUM KEE : www.lkk.com
LAMAN WEB DESA HOME : www.desahome.com