25 February 2018

MENANGI LEBIH RM 10,000.00 SEMPENA ULANGTAHUN KE-5 iBIS STYLES FRASER BUSINESS PARK KUALA LUMPUR

lari dari rutin harian dengan kehidupan ringkas tetapi mewah ? em.. siapa tak nak kan ? hee~ ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur yang telah beroperasi selama 5 ( lima ) tahun dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 1 juta tetamu..


telah mula beroperasi sejak 08 Mac 2013, ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur memperkenalkan Kempen Grand Lucky Dip yang akan berlansung sepanjang tahun 2018 ini dengan tawaran kadar ideal untuk bilik serendah RM 160.00 untuk satu malam.. haa.. kalau dah boring duduk kat rumah, boleh la cuba hirup angin baharu dengan kadar mampu milik.. bukan semua hotel kat Kuala Lumpur menawarkan harga sebaik ini tau..

ibis_style_fraser_business_kuala_lumpur_anniversary

terdapat sejumlah hadiah wang tunai untuk dijadikan ‘habuan’ kepada pelanggan ibis Styles Fraser Park Kuala Lumpur :

  • 5     x   RM 10,000.00
  • 5     x   RM 5,000.00
  • 25   x   RM 1,000.00
  • baucar F & B
  • penginapan percuma
dan kalau korang merupakan ahli Accor Plus atau pemegang kad Citibank, korang berpeluang menikmati ‘double dips’ dengan peluang menang besar.. ye la.. orang lain semua boleh join sekali jek tapi korang ada kelebihan dengan double dips tu..


"kami mahu para tetamu kami berasa gembira dengan pengalaman
yang tidak dapat dilupakan sebagai sebahagian daripada inisiatif
transformasi pengalaman tetamu kami - The Heartist.."

- Jagdish Pantlia, Pengurus Besar ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park


ibis_style_hotel_cheras

terletak di lokasi yang strategik bersebelahan dengan persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew memberi kelebihan kukuh kepada ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur menjadi salah satu hotel ekonomi bertaraf premium terbaik di Kuala Lumpur / Selangor dengan penyediaan akses mudah terus ke Bukit Bintang, Sunway Velocity Mall, MyTOWN KL, IKEA Cheras Zouk dan TREC KL.. kalau tak nak drive, boleh jek guna LRT Chan Sow Lin yang terletak bersebelahan dengan hotel..

standard_room_ibis_style_hotel_kuala_lumpur
rekaan ringkas dan berwarna-warni memberi suntikan energy.. bestkan ? hee~
kemas dan selesa, sesuai untuk mereka yang sudah bekeluarga mahupun pengembara solo.. best !! sudah tentunya bersih dan kemas..
sebanyak 496 buah bilik yang dijenamakan dengan rekaan Accor Hotel yang bertujuan memberikan yang terbaik di anatara yang terbaik, turut menawarkan pakej bilik serba lengkap termasuk sarapan all – you – can – eat dan penggunaan Wi-Fi secara PERCUMA.. terbaik dalam kelas tersendiri, Ibis Style Fraser Business Kuala Lumpur juga menyediakan perkhidmatan drop-off untuk tetamu pergi membeli belah di KLCC dan Pavilion KL bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam..


kalau korang memang mencari bilik hotel mampu milik tapi dengan persekitaran eksklusif dan premium, ibis Styles Fraser Business Park Kuala Lumpur menjanjikan yang terbaik lagi-lagi ada promosi sepena Ulang Tahun ke-5 ni.. lagi la super BEST..

nah !!

untuk korang mengorek segala informasi kat sini :

LAMAN WEB : www.accorhotel.com
LAMAN WEB : www.ibis.com
GOOGLE+ : www.g+.com/ibis
YOUTUBE : www.youtube.com/ibis

bila lagi nak menang wang tunai besar kan ? senang jek pon.. duduk kat hotel ni, semua pun berpeluang menang.. hee~


PULANGAN TUNAI DARI SHOPEE SEMPENA KEMPEN HARI GAJI BULAN FEBRUARI 2018

ehem.. dah gaji ke gaisssss ? ntah la.. kakak serba salah nak jadi penghasut ni, kang kalau tak hasut rasa serba salah plak.. hahahaha~ korang gak rugi nanti..

shopee_pay_Day

sekali lagi Shopee tampil dengan pelancaran Kempen Hari Gaji yang bermula dari 26 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018 yang memberi peluang untuk penerima gaji ( hujung bulan kheeennn.. hee~ ) membeli-belah barang keperluan termasuklah keperluan harian.. pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat serta potongan harga termasuklah pulangan tunai sebanyak 18% dalam bentuk syiling Shopee bagi setiap barangan promosi..

tips kakak : setiap pembelian barangan dari Shopee, korang akan dapat Shopee Coin.. nanti kumpul banyak-banyak dan boleh gunakan semula untuk pembelian seterusnya.. tak rugi kan ? jimat lagi ada la..

kebiasaannya, Shopee akan bagi RM 1.00 = 1 Shopee Coin, tapi !! sempena Kempen Hari Gaji ni, Shopee akan bagi RM 1.00 = 18 Shopee Coin.. serius banyak !!


“tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam 
bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu 
dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan.. 
aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema 
pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa 
waktu kemuncak aktiviti membeli-belah..”

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


biasa la kan, lepas dapat gaji mesti nak shopping sebagai reward sebulan penat bekerja kan.. haa.. kalau korang nak tau, aktiviti membeli-belah di Shopee menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengahari ( 12.00 tengahari – 1.00 petang ) dan selepas makan malam ( 8.00 malam – 9.00 malam ) dan inisiatif Shopee memudahkan para pengguna dengan mempelbagaikan cara pembayaran termasuklah transaksi online, kredit dan debit kad..

Kempen Hari Gaji Shopee_Infografik
produk yang selalu korang beli.. hee~ yang kakak selalu beli jugak..

sepanjang 3 ( tiga ) hari Kempen Hari Gaji Shopee ni, korang boleh menikmati tawaran hebat untuk 5,000 produk dari :

  • mobil dan gajet
  • kesihatan dan kecantikan
  • permainan
  • kelengkapan kanak-kanak dan bayi
  • perabot dan perhiasan rumah
  • barangan runcit
  • fesyen wanita dan lelaki

seperti biasa, tulang belakang yang turut memberi kerjasama :

  • LÓreal
  • Nestle
  • Big Pharmacy
  • Bagstation
  • XES Shoes
  • Vivo

XES_InApp

untuk membantu korang berjimat lebih.. bestkan ? hee~ mesti la best sebab hampir semuanya harga lebih murah berbanding harga kat kedai nunnnnnnn..

korang memang aktif kat Facebook ? haa.. jangan lupa nantikan Facebook Live : Edisi Hari Gaji pada 26 Februari 2018 pada jam 2.00 petang yang membolehkan korang memenangi Shopee Coin dan pelbagai hadiah termasuklah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM 3,999.00.. dan untuk pengguna aplikasi Shopee, korang boleh join Jualan Lelong Mobil Hari Gaji kat Shopee Mamak dan korang berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM 4,000.00 termasuklah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas jenama Dyson..

nah !!
apa lagi ?

kalau kena dengan masa, memang tak rugi kalau korang cuba cuba explore aplikasi Shopee ni cuma tu la.. kakak takut korang tak jumpa jalan keluar dari aplikasi tersebut.. hee~ ye la.. banyak sangat produk yang ditawarkan dengan harga mampu milik.. yang penting service memang thorrrbaaeeeekkkkk..

LAMAN WEB : www.shopee.com.my

jangan lupa install aplikasi Shopee !!


20 February 2018

KEGEMBIRAAN DALAM KOTAK DARI ATOM & THE DOT MENGISI MASA LAPANG ANAK-ANAK

sebagai ibu dan juga surirrumah sepenuh masa dengan membesarkan sepasang cahaya mata berusia 8 tahun dan 6 tahun membuatkan kakak sedikit risau apabila aktiviti harian kami tiada variasi.. em.. boring kot kan asyik buat benda yang sama jek.. hee~ nasib la Atom & The Dot hantar sekotak kegembiraan untuk cuti sekolah yang baru lepas ni.. dapat juga mengisi masa lapang anak-anak..

atom_and_the_dot

sekali lagi #jurnalduanur tersengih lebar bila dapat unbox kotak comel ni..


SAME SAME BUT DIFFERENT


bukan mudah untuk anak kecil mengetahui salasilah keluarga.. kan ? tapi dalam satu kotak ni, kita sebagai ibu dan ayah boleh mengajar dan menerangkan salasilah keluarga termasuklah jenis rambut, bentuk mata dan hidung yang telah mereka warisi.. samada dari ibu atau ayah..

quality_time_activities_with_Atom_and_the_dot
Nur Aina sedang padankan mata – hidung – mulut – rambut.. hee~ baru Nur Aina tahu yang beliau lebih ketara menyerupai ayah berbanding ibu..
apabila semakin menginjak umur, anak-anak perlu diajar batasan pergaulan sesama ahli keluarga dan betapa pentingnya penglibatan ibu dan ayah dalam memberikan kefahaman buat mereka.. em.. untuk permulaan, aktiviti sebegini memang berbaloi dan boleh membantu anak-anak mengenali sanak saudara dengan lebih baik.. ye la.. kalau dah sepupu sepapat berderet ramai, cemana dorang nak ingat.. kan ?

walaupun aktiviti sebegini belum meluas dan kurang permintaan, tak salah rasanya ibu dan ayah mengambil pendekatan yang lebih mudah.. iaitu bermain sambil belajar.. hee~ kakak memang suka aktiviti yang kurang memberi tekanan pada anak-anak lagi-lagi kalau aktiviti tu membosankan.. memang tak la budak dua orang ni nak join main sama..

gift_set_Atom_and_the_dot
Nur Aiman tengah menulis biodata ahli keluarga termasuklah sebelah ibu dan sebelah ayah..
ya !! sesekali kakak akan biarkan anak-anak hidup tanpa gadget termasuklah televisyen.. hee~ untuk meneruskan bonding antara dua beradik ni dan hubungan antara ibu ayah bersama anak-anak, kakak perlu meluangkan masa yang berkualiti dengan aktiviti yang mereka suka..

oh !! Nur Aiman sangat minat dengan aktiviti yang menimbulkan tanda tanya..

happy_kids_happy_mom_atom_and_the_dot
mencari identiti melalui cap jari pada gelas menggunakan serbuk kapur.. best kan ? hahahah~ dah boleh jadi penyiasat ni..
penglibatan ibu dan ayah sangat penting dalam setiap perkembangan anak-anak dan kakak memang sebaik mungkin akan cuba bersama dengan mereka untuk explore lebih banyak aktiviti yang menarik.. memang sangat berbaloi memiliki sekotak Same Same But Different dari Atom & The Dot ni.. anak-anak happy, ibu ayah pun ikut sama..

untuk korang yang memang mencari aktiviti yang bermanfaat untuk anak-anak, mungkin korang boleh layari laman web Atom & The Dot dan dapatkan pelbagai jenis kotak kegembiraan buat anak-anak.. yang penting, anak-anak bukan sahaja gembira tapi turut mendapat input disebalik aktiviti yang dijalankan..

school_holiday_Activity
main dam Balik Kampung..
dalam satu kotak ni ada :

  • My Good Looks
  • My Family MAp
  • Fingerprint Powder Kit
  • Balik Kampung
instagram_atom_and_the_dot
kan dah kata bukan sekadar kotak permainan.. hee~ ada informasi yang ibu dan ayah mungkin tak tahu sebelum ni, tapi jadi tahu..

dan !!
untuk korang, pembaca blog kakak, korang layak untuk mendapat 10% diskaun dengan setiap pembelian Surprise Box dari Atom & The Dot dengan memasukkan kod :

ATIEHILMI


macam biasa..

maklumat lanjut seterusnya, korang boleh explore terus ke :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/atomandthedot
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/atomandthedot

dan kotak ni bukan sahaja boleh dijadikan aktiviti untuk anak-anak sebaliknya boleh juga dijadikan hadiah.. tak ksiah la untuk siapa pun tapi dan senang kot.. semua ada dalam satu kotak kan.. nak tengok #jurnalduanur unboxing kota Same Same But Different tak ? hee~ klik link bawah ni !!

13 February 2018

MEERACLE MEMPERKASA WANITA DENGAN KEAJAIBAN BATU PERMATA

sinonim kita mendengar batu permata digunakan sebagai perhiasan barang kemas untuk wanita kan ? selain cantik berkilau, batu permata juga dikatakan mempunyai khasiat dan aura tersendiri.. haa.. kenapa tidak dijadikan bahan kosmetik ? dah tentu dapat merawat pelbagai masalah kulit.. kan ?

meeracle_serum

berdiri gah dengan jenama pertama di Asia yang memperkenalkan produk kecantikan kulit berasaskan ekstrak batu permata seperti berlian, rubi merah dan mutiara yang dicipta khas untuk menjadikan kulit lebih cantik berseri, muda dan mulus.. the only one ; Meeracle telah menjalani kajian selama beberapa tahun bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah produk berkualiti dan memberi kesan yang lebih cepat..

pengasas_meeracle_malaysia


“kami percaya dengan melabur dalam R & D, kami dapat memberikan hasil produk
yang berkualiti tinggi dan selamat untuk para pengguna.. kami mengambil masa
selama 2 ( dua ) tahun dalam pembangunan produk untuk Meeracle Facial Serum
sebelum membuat pelancaran dan kami juga menghabiskan banyak masa untuk
mencipta formulasi terbaik untuk pencuci muka dengan malakit yang telah pun
dilancarkan tahun lepas..”

- Meera Nordin ; Pengasas Meeracle


EMPOWERING YOU

ketika pelancaran tersebut, Pengarah Urusan Edelsteen Sdn. Bhd ; Raja Mohd Nasrullah Haziq b. Raja Abdul Rashid telah merasmikan EMPOWERING YOU – salah satu inisiatif program tanggungjawab sosial korporat yang mensasar dan membantu golongan wanita dalam meningkatkan sumber pendapatan dan berpeluang memperbaiki mutu kehidupan mereka..

empowering_you_meeracle_cari_duit_sampingan


“program CSR ini akan memberikan mereka peluang untuk memulakan
perniagaan kecil demi kemajuan mereka serta menjanjikan kehidupan yang
lebih baik pada masa hadapan.. kami berazam untuk mensasarkan
lebih kurang 50 hingga 60 orang wanita untuk tahun pertama.."

- Pengarah Urusan Edelsteen Sdn. Bhd. ; Raja Mohd Nasrullah Haziq


dengan kerjasama para Master Stokis Meeracle yang juga merupakan tulang belakang kepada rangkaian pengedar jenama Meeracle, program ini menawarkan latihan, sesi mentoring dan penyediaan kit untuk memulakan perniagaan..


MEERACLE


telah berada dipasaran selama 2 ( dua ) tahun membuatkan Meeracle lebih berani dan menjanjikan kelainan untuk setiap produk keluaran mereka temasuklah Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Celanser yang diformulasikan oleh ekstrak batu permata berkualiti tinggi.. nah !! tanpa meragui kandungan yang telah melalui proses R & D selama bertahun-tahun, pengguna dapat merasai perubahan positif pada kulit wajah seawal penggunaan..

produk Meeracle hanya menggunakan 100% bahan semulajadi seperti ekstrak ruby merah, mutiara, batu permata dan malakit yang dapat membantu merawat masalah kulit dan membuatkan pengguna kelihatan berseri dan awet muda..
pencuci_serum_meeracle


MEERACLE FACIAL SERUM


didatangkan dalam botol 30ml yang telah ditambaha baik dari formula sebelumnya mempunyai tekstur ringan dan mudah meresap.. sebotol kecil ini juga mengandungi 23 bahan aktif semulajadi yang dijual pada harga RM 79.00 mampu memberi perubahan ketara dalam masa yang singkat..


MEERACLE FACIAL CLEANSER


satu-satunya pencuci muka yang mempunyai ekstrak malakit yang dapat membantu mengawal kandungan minyak yang berlebihan dan merawat masalah jerawat.. pencuci muka ini turut mengandungi aloevera dan teh hijau yang bertindak sebagai agen anti-penuaan berfungsi menjadikan kulit lebih segar selepas mencuci yang telah berada dipasaran dengan harga RM 49.00..

nak lagi best ? hee~ gunakan kedua-duanya secara bersama untuk tindakbalas yang lebih cepat dan efektif.. jangan risau sebab produk Meeracle ni sesuai untuk semua peringkat umur, jenis kulit dan jantina..

majlis_pelancaran_meeracle_malaysia

jutaan tahniah buat team Meeracle kerana penghasilan produk yang berkualiti disamping turut sama memikirkan tentang menaiktaraf kehidupan wanita lain di luar sana.. haa.. kalau korang nak cari duit poket sampingan, inilah masanya.. kan seronok kalau jadi antara mereka yang terwal.. hee~

untuk maklumat lanjut dan rujukan kalian !!

12 February 2018

CARIAN DALAM TALIAN PLATFORM SHOPEE MENINGKAT SEBANYAK 32% SEMPENA PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA



恭喜发钗 !!

恭喜发钗 !!

yeay !! bukan sahaja kaum Cina yang meraikan tapi seluruh bangsa yang ada di Malaysia turut sama merasai impak daripada perayaan ini.. ha ? tak betul ke ? hahaha~ kakak ada bukti la..

wang_with_Shopee

buktinya korang yang bangsa lain pun ikut sama shopping kat Shopee.. hee~ betul kan ? betul kan ?


SHOPEE MALAYSIA


sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan tiba tak lama lagi, e-Dagang paling popular di Malaysia ; Shopee yang juga merupakan platform terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menyaksikan peningkatan carian jualan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shiopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.. lagi-lagi sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari lalu yang telah menawarkan potongan harga sehingga 90% dengan pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM 1 juta !!


kita sedia tahu, setiap kali musim perayaan termasuklah Tahun Baharu Cina memang sakan sungguh kita berbelanja tapi kenalah berpada dengan harga yang berpatutan.. selari dengan misi Shopee yang mahukan penggunanya berbelanja sambil berjimat, telah menyaksikan lonjakan sebanyak 32% !! nampak ? inilah buktinya korang semakin sedar betapa pentingnya berjimat tapi masih mampu membeli belah.. hee~

shopee_discount_90_percent


“Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah
dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar ( 0) ,
rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan..”

- IAN HO ; PENGARAH URUSAN SERANTAU SHOPEE


ini menunjukkan petanda yang baik sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu teguh sektor e-Dagang di Malaysia..

jangan ingat kakak tak tau apa yang korang cari kat laman web / aplikasi Shopee tu.. hee~

carian_tertinggi_shopee

yang paling ramai beli plak..

produk_paling_popular_shopee

eh !! tak pe la kalau korang suka shopping pun, kakak okay jek sebab memang aplikasi Shopee tu dah macam kawan baik kakak dah.. hee~ bila bukak jek, tersenyum dan laju jek jari ni scroll cuci mata tengok apa yang menarik untuk disambar..


dan sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang akan dilanjutkan sehingga 25 Februari ini juga menyediakan pelbagai pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia.. tambahan !! korang juga boleh terus bermain Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan pelbagai hadiah termasuklah wang tunai berjumlah RM 8,888.00 !!

diskaun_shopee_sempena_tahun_baharu_cina

nak jimat ?

tapi nak shopping sakan jugak ?

muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play..
jangan tak muat turun plak sebab lepas ni Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula dari 26 Februari hingga 28 Februari dengan pelbagai tawaran hebat bagi jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee yang membariskan jenama terkemuka seperti ACER, ASUS, Dell dan Lenovo..

apa lagi ?

LAMAN WEB : www.shopee.com.my


10 February 2018

PANDUAN MAKANAN HALAL UNTUK PELANCONG MUSLIM KE JEPUN

hemohemohemohemo-- hahahaha~ terpanggil untuk kakak share semula kandungan Twitter dari HALAL NAVI mengenai label makanan tidak halal yang mengandungi bahan yang meragukan.. nah !! kalau kat Malaysia, ada gak panduan menggunakan kod E ( contoh : E 572 ) tapi kalau kat Jepun, memang tak de kod tu..

kod_babi_dalam_makanan_thumb2

tanpa mengubah kandungan intipati yang telah ditulis oleh HALAL NAVI, kakak screenshot dan ‘cantikkan’ sedikit gambarnya mengikut kegemaran pakcik Google.. hee~

b_thumb2

“sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang ( yang ketika disembelih ) disebut ( nama ) selain Allah..”
- QS. Al Baqarah : 173

MAKANAN TIDAK HALAL


ya !! tak kira ke mana kita pergi, mencari yang halal adalah kewajipan dan bagi peminat negara matahari terbit nota dari HALAL NAVI ini mungkin berguna buat kalian..

aplikasi_halal_travel_muslim_jepun_t
isu_halal_pelancong_muslim_ke_jepun_
daging_tidak_halal_yang_dijual_di_je[1]
gelatin_haram_di_pasaran_jepun_thumb
panduan_makanan_halal_di_jepun_thumb
panduan_makanan_tidak_halal_untuk_pe[2]

semoga kepilan yang kakak re-capture ni memudahkan korang !! tak pun !! install jek aplikasi HALAL NAVI untuk mencari restoran makanan HALAL dan juga tempat solat berdekatan dengan korang..

aplikasi_halal_navi_jepun_travel_mus[1]

haa.. dah tak boleh dijadikan alasan untuk tidak mencari yang halal ye.. hee~ terima kasih HALAL NAVI untuk ilmu / perkongsian yang bermanfaat ni..


selamat melancong ke Jepun !!
a--
gittew--


MERAWAT MASALAH SINUS HANYA DENGAN SEMBURAN THYMOS® ANTI SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY

kerap bersin setiap kali ada sedikit ‘kesilapan’.. huh !! rimas dan kadang kala tak dapat nak perform, habis lari lintang pukang mood seharian.. kan ? alergik teruk pun boleh menjejaskan rutin harian.. haih..

petua_merawat_penyakit_resdung

keluarga kakak sendiri disahkan doktor menghidapi masalah resdung agak kronik, silap sikit ; habis gatal gatal hidung sampai merah mata menahan gatal.. seksa menengoknya tapi memang orang lain tak dapat nak bantu.. setiap hari kena makan ubat tahan gatal bagi mengelak bersin pada awal pagi dan alahan pada habuk..

ubat ?

sampai bila ?


PUNCA RESDUNG


resdung merupakan penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus – mengandungi udara dan permukaan yang diselaputi mukosa ( kulit yang mengeluarkan mucus atau hingus ) ; mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa ( fisiologikal ) dan hingus tadi mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung..

apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada masalah resdung.. jelas ? hee~

nasib keluarga kakak agak baik.. hee~ sudah mampu tersenyum ceria bila bangun pagi sejak diperkenalkan dengan THYMOS®.. botol hitam kecil dan muat diletakkan didalam poket atau handbag, mudah dibawa dan tiada alasan untuk lupa..


THYMOS®


THYMOS® merupakan semburan yang berfungsi sebagai anti-sinus / anti-alahan yang tidak mengandungi alcohol, wangian atau bahan kimia merbahaya sebaliknya hanya menggunakan mineral aktif yang berzaiz lebih kecil daripada sel rambut manusia..

ubat_resdung_untuk_kanak_kanak


APA ITU THYMOS®


THYMOS® dihasilkan dari Teknologi Self-Sanitizing yang menghasilkan electron bakiostatik yang sangat kuat untuk membentuk ‘perisai’ yang tidak kelihatan, tanpa warna dan tidak berbau pada permukaan yang dirawat.. paling best, THYMOS® ni bertindak serta merta untuk melemahkan membrane organic pathogen, memberhentikan replikasi dan akhirnya menyebabkan kematian sel pathogen.. nah !! sebab tu kakak kata, THYMOS® ni selamat digunakan seisi keluarga.. hee~

membunuh punca alergi dengan konsisten, THYMOS® terbukti secara klinikal dan LULUS ujian makmal dalam proses mengurangkan alergi yang disebabkan oleh pathogen dengan membunuh 99.999% daripada Aspergillus, Candida, MRSA, Virus Influenza A, MERS – CoV, Kulat dan Patogen Tahan Antibiotik – hanya dengan satu botol kecil, untuk mengatasi kesemua masalah tersebut..

thymos_sinus_nasal_allergies_spray

didatangkan dengan teknologi yang menakjubkan, semburan THYMOS® mampu bertahan sehingga 12 jam dengan prestasi berkekalan selari dengan misi mereka yang mahukan persekitaran bebas alergi..

teknologi “self sanitizing” ( pembersihan automatik ) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negatif bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang.. mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 12 jam..

kini, pengguna-pengguna dari 400 bandar di 40 buah negara di seluruh dunia menggunakan THYMOS® dan menolak penggunaan ubat untuk memulihkan kembali masalah kesihatan hidung.. nah !! kan bagus kalau dapat hidup tanpa ubat dan bahan kimia.. hee~


CARA MENGGUNAKAN THYMOS® ANTI SINUS / NASAL ALLERGIES SPRAY


tak susah pun, korang mungkin boleh pelbagaikan cara penggunaan seperti :

· semburkan pada pakaian ( seperti menggunakan minyak wangi ) untuk menguatkan antibodi
· semburkan pada bantal / katil untuk mengurangkan masalah alergi sinus
· sembur ke udara untuk melegakan masalah kerengsaan

thymos_penawar_penyakit_resdung

kakak cadangkan supaya korang mengguna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS®, sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil.. cukup.. kalau korang masih berperang dengan masalah yang sama saban tahun ? haa.. inilah masanya korang nak berubah kearah kesihatan yang jauh lebih baik.. hee~


HARGA THYMOS®


buat masa ni, hanya Guardian jek yang ada jual THYMOS® dengan harga RM 75.00 dan kalau korang beli SEKARANG ni jugak, korang akan dapat special price tau.. haa.. hanya RM 69.90 masalah resdung korang yang dah bertahun-tahun boleh sembuh dalam masa 3 hari sahaja.. biar betul !!! haa.. bestkan ? jimat banyak tau kalau korang melabur untuk kesihatan..

nah !!

kakak sertakan link untuk rujukan korang.. mana la tau kot berguna ke kan.. hee~


PENGEDAR SAH MALAYSIA :


kakak dan keluarga sudah, korang bila lagi ?


6 February 2018

RESEPI IKAN TENGGIRI REBUS ASAM 15 MINIT ( TAK SAMPAI KOT– )

hahahaha~ dahsyat tajuknye ha siap dalam kurungan gitu.. disebabkan tekak tak lalu nak makan sangat dengan niat nak diet dan dah berhari-hari kononnya nak masak asam rebus bendi jek.. tapi ada suara suara yang nak menambah pulekkkk.. jadilah seperti tajuk di atas..

masakan_mudah_dari_rumah
macam resepi-resepi yang sebelumnya, kakak tak suka masakan yang renyah dan boleh menyebabkan dapur kakak tonggang terbalik.. cukup dengan bahan-bahan yang simple, tapi rasanya sedap.. wah !! nampak tak betapa demand nya kakak.. hahahaha~

dan terus jadi ikan tenggiri rebus asam bersama bendi biar lebih sebab nanti berebut dengan rakyat..


BAHAN-BAHAN


  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 cubit garam
  • 1 keping asam keping
  • air secukupnya
resepi_orang_bujang_tapi_sedap_nak_arwah
bahan untuk menumis

disebabkan blander kakak rosak dan kakak baru beli lesung batu.. kakak main tumbuk tumbuk jek la.. hee~ ada :

  • 3 biji cili api
  • setengah biji bawang besar ( kakak tak guna bawang kecik tau ; semua masakan guna bawang besar jek )
  • 2 ulas bawang putih
  • se – ibu jari halia
  • 2 batang serai
  • daun kesum ikut suka bau
dah tumbuk semua tu, panaskan minyak tadi dan tumis sampai naik bau.. haa.. kakak suka bau daun kesum, habis semerbak satu dapur ha.. nasib jiran tak tegur.. hee~ dah naik bau, masukkan air – garam – asam keping dan biarkan air mendidih..

sesetengah orang tak tumis poooonnnnn, tapi kakak suka bau tumisan tadi.. belum makan dah tau sedap.. hahahaha~ bila dah menggelegak cantik jek, masukkan bendi.. jangan masukkan ikan dulu tau nanti isi ikan terbarai teruk macam kena langgar steamroll.. jadi, lembutkan dulu bendi sampai korang puas hati..

resepi_ikan_tenggiri
malas nak berebut ; biar bendi lebih jangan terkurang..
dah lembut dah bendi korang ? haa.. rasa la kuah tu, okay ke tak.. kalau dah cukup rasa, masukkan ikan.. kali ni kakak guna ikan tenggiri sebab ikan kembung tak de.. hee~ jadik la kan.. dan ikan tu pun kakak tak masuk lama-lama, agak 3 – 4 minit yang isi dia dah masak, kakak tutup api dan biarkan dorang dalam kuali..

nak makan baru angkat..

3

hidangkan dengan nasi panas.. pergh !! mak mertua lalu pun tak perasan.. hee~ cukup rasa pedas – masam okay la.. serius korang kena try resepi paling senang di dunia ni tu pun kalau korang sejenis sama macam kakak la.. tak suka masak renyah renyah.. hahahaha~ dan kos kakak untuk lauk ni saje tak sampai RM 10.00.. gile jimat kan ?

jangan la korang tanya apa lauk encik suami kakak, sebab masa kakak masak ni.. pan sebelah tengah masak daging kambing tauuuuuuu..

over kan lauk beliau.. hahahaha~


KEMBALIKAN KESEGARAN MATA YANG LETIH DENGAN BERRYBRIGHT

erm.. hampir 12 jam menghadap skrin komputer mahupun menggunakan cermin mata tanpa menanggalkannya membuatkan mata menjadi letih dan tidak bermaya.. sedih jek kalau tengok kesan lebam dark circle sebab kecuaian untuk menjaga kesihatan mata, sedangkan kesihatan anggota lain boleh plak dijaga.. hee~ kan ? cuai kan ?

berry_bright_eye_supplements
bukan korang jek macam tu, kakak pun sama.. ye la.. kalau tak pakai cermin mata, sibuk pakai mask 24 / 7 cemana plak kerja nak jalan kan.. nak tak nak kena la cari masa yang sesuai untuk lakukan rutin penjagaan mata.. rutin ? em.. ni yang masalah sebenarnya.. hahaha~ konsistensi tu.. kadang-kadang cuai dan terus terlupa..


BERRYBRIGHT BLACKCURRANT EYE NOURISHING DRINK

serius la !! dengan minum segelas air pun boleh menjaga mata ? haa.. ni yang kakak nak bagitau korang ni.. kalau dah memang malas nak jaga kesihatan mata dengan nak menyental segala krim la, nak pakai mask la.. baik korang try jek Berry Bright Blackcurrant Eye Nourishing Drink ni yang  diformulasikan untuk meningkatkan peredaran darah dengan menyingkirkan toksin, mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan juga mengandungi vitamin C dan tinggi antioksidan untuk merawat masalah mata dan juga menghilangkan rasa letih pada mata..

berry_bright_eye_supplement
didatangkan dalam bentuk sachet yang mudah di bawa..
setiap sachet memberi faedah yang sama dengan memakan 100 ( seratus ) biji blackcurrant gred terbaik, 10 ( sepuluh ) biji buah oren dan tanpa pewarna dan pengawet.. haa.. ini kalau sehari ni, kalau korang konsisten mengambil 1 ( satu ) sachet setiap hari bermakna korang mampu menstabilkan keperluan vitamin antioksidan dalam badan bagi membantu merawat pelbagai masalah kesihatan..

selain itu, BerryBright juga mengandungi ;

  • NZ Antosianin Blackcurrant
    • membantu melegakan keletihan pada mata
      • mengurangkan lingkaran bawah mata
      • meransang rodopsin ( sel mata ) untuk meningkatkan mutu penglihatan
  • Ekstrak Eyebright
    • sejenis herba dari Eropah yang digunakan secara tradisional sebagai ubat mata untuk merawat penyakit mata serta melegakan mata kering
  • Ekstrak Marigold
    • sumber beta-keroten, lutien dan zeaxanthin yang berfungsi melindungi retina mata dan melindungi mata daripada sinar UV yang bahaya
  • Vitamin C
    • antioksida mudah larut turut berfungis melindungi mata daripada kerosakan akibat radikal bebas
    • meningkatkan keupayaan otot veskular mata dan mengurangkan kerengsaan pada mata


supplement_mata_berry_bright



  • Stevia
    • pemanis semulajadi untuk menggantikan gula putih
    • hanya terdapat di dalam Berry Bright With Stevia
  • Ekstrak Billberry
    • membantu menguatkan kapilari darah dan melancarkan peredaran darah disekitar mata
    • tinggi antioksidan seperti flavonoid dan antosianin
    • hanya terdapat di dalam Berry Bright With Stevia


BERRYBRIGHT ORIGINAL


berry_bright_eye_supplement_original

sedapppppppppp !! hee~

sachet berperisa anggur ni mengandungi :
  • fruktosa semulajadi
  • mengandungi gula ( fruktosa ) bersamaan dengan setengah biji epal
  • memberi 38 kalori bagi setiap hidangan
  • sesuai untuk semua peringkat umur
#kakakcakap : em.. rasa anggur lembut dan tak terlalu pekat.. tak terlalu manis jugak, manis buah kan.. hee~ memang sedap dan boleh telan ber – sachet tanpa sedar.. kakak suka bancuh dengan air sejuk terasa nyaman pada tekak dan tak sedar tetiba dah habis..

BERRYBRIGHT WITH STEVIA ( NO SUGAR )

berry_bright_eye_supplement_with_stevia

tidak mengandungi gula sebaliknya rasa manis digantikan dengan stevia yang memang sangat sesuai untuk pesakit kencing manis.. turut mengandungi 31 kalori bagi setiap hidangan.. BerryBright Blackcurrant Eye Nourishing Drink ini jugak diperkaya dengan antosianinn Billberry Eropah dan pelbagai beri campuran yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur..

#kakakcakap : rasa stevia ? hee~ kakak tak suka rasa stevia dan lagi rela telan air masak dari tepaksa menelan air mengandungi stevia.. tetapi !! untuk setiap satu sachet BerryBright With Stevia ni, tak terasa sangat stevia – nya.. mungkin sudah diseimbangkan dengan rasa anggur.. sedap !! hee~ terasa badan segar dan mata kurang letih setelah seharian menghadap skrin laptop dan telefon..

disebabkan dah memang dorang pack kecik-kecik yang sangat mudah untuk dibawa, kakak tak rasa susah untuk konsisten dah tu pulak.. boleh jek nak bancuh dengan air sejuk atau pun air bersuhu bilik.. senang kan ? capai jek air mineral dan masukkan serbuk BerryBright ni, kacau / goncang rata kemudian boleh minum..

HALAL KE ?

isu yang saban tahun berbangkit.. kan ? in shaa Allah.. produk BerryBright dijamin HALAL tau, sebab tu kakak pun yakin dan menjadi pengguna.. ingat kalau tak halal, wujud ke entri ni ? hee~ kakak tau isu ni sangat sensitif tapi selagi ianya review dari kakak, confirm la halal..

berry_bright_eye_supplement_malaysia

disamping HALAL, serbuk anggur ini juga telah memenangi pelbagai anugerah dan diiktiraf oleh :

  • Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017
    • anjuran bersama Sinchew Daily and Life Magazines ;
    • disokong / disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) bagi kategori “Makanan Kesihatan” ( Health Food )
  • Natural Health Reader’s Choice Awards 2014, 2015, 2017
    • bagi kategori “Supplement Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik” ( Best Natural Eye Care Supplement )
  • Long Life Health & Beauty Awards 2014 & 2015
    • kategori “Penjagaan Mata” ( Eye Care )



PROMOSI BERRYBRIGHT

elelelelele.. kakak tau korang tunggu kan INI kan ? hee~ ada jek ‘habuan’ untuk korang.. untuk mendapatkan 15% diskaun untuk setiap pembelian produk BerryBright di euryka.my, korang jangan lupa masukkan :

sah sehingga : 15th Mac 2018
** t & c apply

kalau korang memang nak buat stok untuk masalah mata korang, mungkin ini masa yang sangat sesuai sebab ada promotion code ni !!

nah !! untuk rujukan korang..

LAMAN WEB : www.euryka.my/influencer-campaign
FACEBOOK : www.facebook.com/berrybrightmy
INSTAGRAM : www.instagram.com/berrybrightmy

kecantikan mata ?
kenapa tidak ?
hee~