5 November 2018

JOLIE DENGAN KESAN SHIMMER SHINE MEMBERI KESAN LEBIH RINGAN

Ehem. Baru tadi ada yang tegur kakak “atie buatlah review untuk beauty product.. mesti laku..” Nah ! Kakak tak amik masa lama sangat sebab kakak memang nak share pasal JOLIE. Hee~ Kalau korang makeup junkie tapi tak ber – Jolie, tak payah nak sembang lebih lah. Wah !! Gitohhhhh--

cc_cream_jolie

Tipikal mak-mak sejenis yang busy dan memang tak amik berat tentang alat solek, kakak kurang peka dengan produk tempatan yang telah berada dipasaran terutamanya bb cream – cc cream – foundation. Bagi kakak semua tu sama dan kalau ada, adalah dan kalau tak de pun tak pe. Sepanjang tahun 2018 ni kakak memang sangat sibuk dengan pelbagai urusan dari dalam rumah sehinggalah menghadiri pelbagai jemputan majlis pelancaran dan sebagainya membuatkan kakak perlu tampil berseri dan manis selalu.

Kalau setakat manis dengan senyuman tapi tersembul kekurangan pada kulit muka yang menjadi first impression prospek / client, sudah pastinya kakak berada dalam keadaan yang rendah diri. Pheww—Rasanya ramai yang pernah berada dalam situasi tu kan ? #sepsket !!


JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION


Sebelumnya kakak sangat pandang rendah dengan produk tempatan ( SORRY !! Hahahaha~ ) tapi bukan untuk entri kali ni. Ikhlas dari hati kakak, cinta pertama muncul lagi tapi kali ni dengan Jolie ! Apa plak Jolie ni ? Best sangat ke sampai kakak lambung semacam ? Macam tak femes jekkkkkkk-- 

Heyyyyy. 

Sebelum korang terfikir macam tu, kakak pun fikir benda yang sama sampailah kakak mula ber – Jolie baru kakak tau perasaan yang sebenar.

jolie_shimmer_shine_cushion

Walaupun baru setahun jagung dalam pasaran kecantikan di Malaysia, Jolie yang telah berada dipasaran sejak bulan September 2018 percaya mampu bersaing secara sihat dengan mempertaruhkan dua tona iaitu CARAMEL – sesuai untuk mereka yang mempunya tona kulit sedikit gelap ( sawo matang ) dan CREAM – untuk mereka yang berkulit cerah dan kedua-duanya sangat sesuai untuk wanita Asia. Nah ! Pentingkan kecantikan haruslah mementingkan kandungan yang mampu memelihara kulit supaya sihat juga !

Jangan risau ! Jolie mengandungi vitamin C dengan SPF 35++ yang mampu melindungi kulit dari sinar UV ( sinar nih jahat okay !! )

joilie_cc_cushion
Tak sungguh tak kata !! Hee~
Kakak memang bukan sejenis yang suka ‘menampal’ apa-apa lapisan lain pada kulit muka, sangat tak selesa dan merasakan ada satu benteng lain dari menghalang kulit bernafas. Hee~ Tapi bila ber – Jolie, kakak cuma dap nipis pada kulit muka sehingga rata untuk menutup cela ( biasanya parut jerawat dan lebam bawah mata ) tak terasa macam berbedak lansung. Tekstur yang ringan dan tidak berminyak membuatkan kulit kakak selesa sangat !




Boleh in love lah kalau gini kejadiannya.

Okay ! Dah siap ! Jom pegi dating ! Hee~

Apa yang menariknya, kakak tak perlu beriya tonyoh kulit muka untuk membersihkan sisa-sisa bedak. Cukup dengan sekali cuci dengan pencuci muka, bersih ! Nak singgah solat pun dah tak risau telekung wakaf tertinggal kesan bedak segala. Bersiap ambil masa 2 minit, nak bersihkan 2 minit. Kakak overclaim ? Hee~ Kalau korang nak rasa perasaan kakak – korang kena ada satu. Lepas tu jangan lupa inform kakak perasaan korang semasa ber – Jolie.

Korang kena tau Jolie :

  • Mampu menutup cela pada kulit
  • Tekstur yang ringan dan tidak berminyak pada kulit
  • Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung / baju sekiranya berpelukan
  • Tidak bercapuk apabila berpeluh
  • Mudah dipakai ( kira-kira 2 minit dah siap ! )
  • Merawat jeragat dan mengecilkan liang pori dengan penggunaan berterusan
  • Memberi kesan kilauan ( shimmer shine )

Bukan ATIEHILMI - lah kalau tak geledah habiskan ! Hee~
Sekarang ni dorang ada promosi, DUA Jolie berharga RM 100.00 – kalau tak SATU Jolie = RM 75.00 !! Heyyyyyy. Memang tak lengkap kalau nak keluar tanpa Jolie. Boleh isytihar BFF nih !


malaysia_blogger

6 comments:

  1. hai kakak cantik... pakai apa pon cantik... hihi

    ReplyDelete
  2. I memang suka jolie, tak perlu ber layer layer mekap. Full coverage terussss

    ReplyDelete
  3. ohh...insecure nya kita dengan muka awakkk~

    ReplyDelete
  4. memang nampak bezanya..nampak sempurna..

    ReplyDelete
  5. Sally suka sebab ada fungsi untuk tutup cela dan boleh cover "mata panda" kat bawah mata tuu...lingkaran gelap tu yang kata buat rasa murung sikit selain daripada parut jerawat dan macam-macam lagi la bertepek kat muka ni...tapi lepas guna Jolie, sapu je dah selesai!

    ReplyDelete