RESEPI PUDING ROTI YEOGURT YEO’S

Dalam kelam kabut membuat persediaan kembali ke sekolah, sempat lah kakak menggeledah dapur untuk sediakan pudding roti yang paling simple tapi sedap !! Hee~ Puji resepi sendiri lah, nak tunggu korang puji lambat.

resepi_puding_roti_mudah

Fuffff—Bukan senang menjadi ibu yang sentiasa memikirkan pengambilan makanan seimbang untuk anak-anak yang sedang membesar. Nak fikirkan jumlah gula lah, fiber lah tu belum lagi masuk bab kalau anak-anak terlebih makan apa yang akan jadi. Dah kalau Namanya ibu, semua benda pun nak diambil kira.


YEOGURT YEO’S


Sempat sambar beberapa kotak Yeogurt Yeo’s Perisa Asli ni masa beli barang dapur sebab baca ingredients dia memang menarik lah kan. Dah la sedap boleh pula membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik. Nak harap anak-anak makan buah-buahan segar ataupun sayur-sayuran – memang susah sikit.

Tapi bila hulurkan Yeogurt Yeo’s semua pun berebut.

yeogurt_yeos_drink

Tak seperti yogurt lain, Yeogurt Yeo’s boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti anggur, epal hijau, manga, laici dan oren yang membekalkan sebahagian sumber kalsium untuk penjagaan tulang dan gigi yang lebih sihat.

Turut mengandungi serat yang tinggi dan bakteria baik, Yeogurt Yeo’s berfungsi menghadamkan laktosa ( gula semulajadi ) dan bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus yang menjadikan usus berfungsi dengan lebih baik.


RESEPI PUDING ROTI YEOGURT YEO’S


Kakak memang bukan seorang ibu yang rajin ya kawan-kawan. Hahahahah~ Sebab tu seboleh mungkin kakak akan sediakan makanan yang ringkas tetapi berkhasiat dan sudah tentulah SEDAP !!

puding_roti_mudah_Dan_Sedap

Bahan-bahan :

  • 6 keping roti putih
  • setengah sudu gula putih
  • setengah gelas minum susu rendah lemak
  • dua biji telur
  • kismis ( ikut selera nak banyak mana )
  • marjerin / butter
  • Yeogurt Yeo’s Perisa Asli

Tengok bahan-bahan pun tau kan kakak cemana ? Hee~ Masak confirm lah campak – agak dan tak de sukatan khusus. Kalau korang suka manis, letak lah gula sikit dan boleh tambah susu pekat manis. Kalau korang suka letak buah-buahan segar yang lain pun boleh. Tak de masalah.





Cara-cara :

  • sapukan marjerin kat roti ( tak payah tebal sangat nanti muak ) dan potong ikut saiz kegemaran korang lah dan susun dalam tray / dulang pembakar
  • taburkan kismis
  • pukul telur + gula + susu + Yeogurt Yeo’s Perisa Asli sehingga sebati dan tuang ke ke dalam tray / dulang – pastikan roti menyerap ‘jus’ yang dah dipukul tadi dengan baik ya
  • bakar pada suhu 225 degrees selama 30 minit

Senang sangat kan ? Yang penting berkhasiat dan dapat membantu memberi kesihatan yang lebih baik kepada ahli keluarga.

puding_roti_bakar

Kawankan dengan teh o suam ataupun kopi o untuk minum petang. Pehhhhhh—Memang terangakat helok nih. Hee~ Selamat mencuba yah !!

Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai rangkaian produk Yeo’s, korang boleh terus ke :
 

LAMAN WEB : http://www.yeos.com.my
FACEBOOK : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/yeosmalaysia


malaysia_blogger

21 comments:

  1. Yummmyyyy...lama xwat puding roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape lagi wakkkkkk.. boleh lah !! hahahaha~

      Delete
  2. Dah lama tak buat..teringinlah pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee~ buatlah nanti cik tie.. senang jek ni sebab kite sendiri malas nak renyah banyak bahan segala..

      Delete
  3. Nampak sedap ni Atie... Kak memang suka roti puding... nanti bila free nak cuba resipi Atie ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay !! kita geng lah kalau gitu ya kak fas.. hee~ atie suka puding roti tapi jarang nak rajin buat..

      Delete
  4. Atie....buat gambar besar sikit cun ni Atie. Kecik lak gambarnya. Sedapnya makan puding roti ni. Tak pernah buat asyik beli ajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke kak.. gambar memang ikut resolution khusus untuk blog nih.. hee~ video pun sama.. akak bukak kat laptop ke handphone ?

      Delete
  5. Mudahnya resepi. Ok boleh buat untuk breakfast anak2 ni. Esok dah mula sesi persekolah,.dah mula kena buat list breakfast diorang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! samalah kita.. semua nak kena ringkas untuk jimatkan masa disamping menjaga khasiat untuk anak-anak.. hee~

      Delete
  6. Mm sedapnyaa nampak tu kak hehee! terliur dah tengok nii haha. rasa mmg perfect buat mengunyah2 time ptg2 or sebenarnya sepanjang masa pon rasa nak makan kan bila ada tuu hahahah. Dah lama jugak ni tak buat puding roti, ni semua lah yang mengundang nak buat jugak ni hehehee 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kena lah tunjuk rajin kan ? hahahah~ rasa tu samada sedap atau tidak belakang cerita sebab akak memang tak pandai masak..

      Delete
  7. Puding roti ni senang je buat tapi tak penah sempat nak buat.hahahah.. hope tahun baru ni ena akan buat resepi ni. Senang buat dan bahan pon senang cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha~ kan.. selalunya memang kekangan masa jek.. tapi nanti kalau free ena try lah ye..

      Delete
  8. Wow...nampaknya memang sedap lar resepi puding ini. Nak cuba dengan yoghurt Yeos lar. :D

    ReplyDelete
  9. Yummy!! Puding roti is my favourite. Saya suka sangat tapi tak pernah try yougurt milk ini. Will try your recipe soon. Thank you.

    ReplyDelete
  10. Eh. Boleh la Rawlins share dengan adik-adik sebab anak depa sejenis yang tak berapa nak makan sayuran. Nak harap Rawlins - makan boleh la. Haha

    ReplyDelete
  11. Bookmark! Thank you share resepi ni. Boleh buat utk birthday my Mom Ahad ni!

    ReplyDelete
  12. Helokkkk sungguh kejadiannya. Tak pernah buat lagi puding roti letak yogurt drink. Boleh try. Terima kasih kakak yang ensem !

    ReplyDelete
  13. uuuish first time tengok yang guna yougurt ni. menarik.. resepi nampak simple sangat. dala memang fevret puding roti.. nk cubala dengan yougut nak tahu rasa dia macam mana hehe..

    ReplyDelete
  14. Ooh tak pernah terfikir pun nak buat pudding guna Yeo's ni. Beza ke recipe kalau guna yogurt drink dengan greek yogurt gitu?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.