KAWALKENCINGMANIS.COM–MENAWARKAN PROGRAM PERCUMA UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

Statistik telah merekodkan lebih 3.9 juta orang yang berumur 18 tahun ke atas menghidapi kencing manis pada tahun 2019 dan sehingga ke hari ini, ibarat berada dalam perlumbaan – kencing manis masih mengungguli carta penyakit rakyat di Malaysia.


FREE Consultation for diabetes patient

Sebuah platform yang diterajui oleh ahli-ahli professional kesihatan telah dilancarkan pada awal Januari lalu bagi memberi kesedaran dan pantauan secara PERCUMA kepada mereka yang menghidapi masalah kencing manis.


KAWALKENCINGMANIS.COM



Program secara atas talian ini diterajui oleh Doktor Perubatan, Dietitian dan juga Nutrisionist yang akan memberi sokongan dan memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kencingmanis.com akan dijalankan selama 14 hari bermula dari 1hb Februari sehingga 14hb Februari 2021 dan terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh National Health And Morbidity ( NHMS ) pada tahun 2019 merekodkan – 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia merupakan pesakit kencing manis dan jumlah keseluruhannya kira-kira 3.9 juta orang. Agak membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Kajian mendapati bahawa golongan berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga terdahulu menghidapi kencing manis, berat badan yang berlebihan serta berumur diantara 45 tahun dan ke atas. Golongan yang berisiko ini selalunya tidak mempedulikan keadaan kesihatan mereka sehinggalah mereka disahkan menjadi salah seorang dari pesakit kencing manis.

Antara komplikasi yang mungkin menjadikan pesakit kencing manis semakin teruk adalah kegagalan buah pinggang, serangan jantung, lumpuh, kabur pernlihatan dan amputasi.


Set Kencing Manis Shaklee

Simptom Kencing Manis

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, sejumlah 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan kronik dan pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70% dan diikuti oleh pesakit yang mempunyai rekod kesihatan darah tinggi sebanyak 64.9% ( Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020 ).


Statistik Kematian Covid-19 Di Malaysia

Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang bakal menyertai program ini termasuklah :

  • Jadual pemakanan untuk menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
  • Aktiviti senaman tanpa perlu keluar dari rumah
  • Latihan pengawalan stress
  • Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
  • Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi


“Dulu selalu tak boleh tidur malam sebab kaki rasa sangat kebas. Apabila bekerja terasa mudah penat. Selepas dapat konsultasi dari Doktor, kini saya tidur lena dan bacaan gula turun dari 24 ke 8”
Sarasuathy
Agen Insuran, 56

Setiap dari mereka yang sakit sangat mengimpikan kesembuhan dan juga menikmati kehidupan seperti orang normal tanpa sebarang penyakit. Apatah lagi bila melibatkan penyakit kronik – ia bukan satu bahan gurauan. Pastinya ini adalah peluang terbaik dalam usaha menjadi lebih baik dengan menerima rawatan dan pantauan dari mereka yang pakar. Untuk maklumat lanjut tentang program ini boleh terus ke :


LAMAN WEB : https://kawalkencingmanis.com

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Program-Kawal-Kencing-Manis

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/programkawalkencingmanis



Apa kata sebarkan manfaat program PERCUMA ini kepada ibu ayah kita atau mungkin orang sekeliling yang sangat memerlukan bantuan tapi tak tau macam mana. YA !! Sedikit sebanyak kita dapat bantu menyelamatkan nyawa dan mendidik mereka menjadi lebih sihat.

Jaga kesihatan okay ?


    6 comments:

    1. Best nya kan ade platform mcm ni. Tak sabat nak ketahui tentang kesihatan diri

      ReplyDelete
    2. Best nya kan ade platform mcm ni. Tak sabat nak ketahui tentang kesihatan diri

      ReplyDelete
    3. Program yang menarik untuk disertai. Alang-alang pkp ni. Boleh juga tambah ilmu tentang penyakit ni dan cara mencegah

      ReplyDelete
    4. Bagus ada program mcm ni..sedikit sebyk boleh mgurangkan kadar kematian kategori kencig manis.

      ReplyDelete
    5. harap okay la tahap gula dalam badan masa preggy ni. Heee

      ReplyDelete

    Powered by Blogger.