26 June 2022

REVIEW FILEM MAT KILAU ; KEBANGKITAN PAHLAWAN

Bila kata nak bagi review paling jujur untuk filem Mat Kilau ni memang kakak akan berusaha beri yang terbaik, insyaAllah tapi kalau tak kena dengan selera korang - Kakak harap korang pergi tonton sendiri kat mana-mana pawagam yang bekerjasama dengan pihak produksi mulai 23hb ni. Fuh !! Berdebar sebenarnya tapi tak pe lah, kita cuba.


Mat Kilau

Tajuk : Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan


Pengarah : Syamsul Yusof


Penulis Skrip : Syamsul Yusof & Shahruddin Dali


Pelakon : 

  • Dato' Adi Putra (Mat Kilau)
  • Beto Kusyairi (Wahid)
  • Fattah Amin (Awang)
  • Johan Asaári (Yassin)
  • Ali Karimi (Brahim)
  • Yayan Ruhian (Toga)
  • Geoff Andre Feyaerts (Syers)
  • Wan Hanafi Su (Tok Gajah)
  • Khir Rahman (Usup)
  • Farid Amirul (Goh Hoi)
  • A. Galak (Pak Deris)
  • Zarina Zainoordin (Rokiah)
  • Farah Ahmad (Yang Chik)
  • Dato Jalaluddin Hassan (Hj. Muhammad)
  • Dato Rahim Razali (Imam Battoqh)
  • Namron (Hj. Sulong)
  • Shaharuddin Thamby (Datuk Bahaman)
  • Ellie Suriaty (Ibu Yassin)
  • Mubarak Majid (Ayah Yassin)
  • Mark Geoffrry (Stewart)
  • Siraj Al Sagof (Shidu)


Rating : 9 / 10



SINOPSIS FILEM MAT KILAU DARI PIHAK PRODUKSI


Filem Mat Kilau mengisahkan seorang pahlawan Melayu bernama Mat Kilau bersama ayahndanya, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang penjajah British.

Pada tahun 1892, pihak Kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat serta agama penduduk tempatan. Tidak membiarkan kebiadaban British berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Mat Kilau The Movie


REVIEW FILEM MAT KILAU


Rasanya dah bertebaran ulasan tentang filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan kan ? Ada yang tinggalkan komen menyokong jalan cerita, namun ada juga yang memberi kata-kata tidak manis - Seeloknya kata-kata tersebut diselarikan dengan tayangan penuh filem ini dan bukannya merujuk kepada trailer tiga minit yang ditayangkan sebelum ini. Walaupun review filem bukan niche utama kakak tapi, dek kecintaan pada seni warisan silat dan sejarah tentang perjuangan pejuang terdahulu maka terhasillah entri SERUPA ini.

Filem ini bukanlah mengambarkan kisah keseluruhan hidup Mat Kilau (Jangan letak harapan terlampau tinggi untuk korang melihat Mat Kilau main gasing, mengaji dan berdikir maulud - Tak ada !! Serius tak ada.) ataupun dalam bahasa lebih mudah, ianya cuma diinspirasikan dari kisah perjuangan beliau dan penduduk-penduduk Pulau Tawar mempertahankan tanah mereka dari penjajahan British. Antara aspek yang membuatkan bulu roma meremang apabila melihat semangat juang cintakan tanah air yang cuba disampaikan sehingga sanggup memperjudikan kehidupan dan ahli keluarga.

Di waktu garuda alah oleh ular, nama Mat Kilau sendiri sememangnya mahir bertempur membuatkan garapan filem ini menjadi semakin kuat dimana hampir 80% plot dalam filem ini melibatkan aksi bertempur. Dek kerana sudah lama tak de filem aksi yang mengangkat seni silat sebagai medium utama dalam sesebuah penceritaan, filem ini boleh dikatakan berjaya menarik perhatian penonton apabila hasil gandingan koreografi Akmal Effende dan Yayan Ruhian menjadi pertaruhan. Ya !! Surprisingly, kakak anggap ia sebagai key point yang menjayakan filem ini secara keseluruhannya.

Sejarah Mat Kilau

Bagaikan sebuah kamus yang diselak satu persatu, filem ini memberi lembaran baharu buat mereka yang sangat mencintai nilai estetik Bahasa Melayu yang digunakan. Binatang tahan palu, manusia tahan kias sama dengan hasil penulisan yang menggunakan Bahasa Melayu secara keseluruhannya. Ya !! Watak orang British juga berdialog dalam Bahasa Melayu. Itu jam, terasa bangga dan kagum bilamana Bahasa Melayu sekali lagi diangkat sama tinggi.

Review Filem Mat Kilau

Sinonim dengan gelaran 'kayu', kalini Fattah Amin memang tak bagi peluang kat korang nak mengumpat dia. Hahahaha~ Dari ekspresi wajah, dialog, lenggok badan memang menampakkan Fattah Amin jauh berbeza. Mungkin pengalaman dan beliau sendiri belajar untuk menjadi lebih baik.

Beto ?
Tak nak lah cerita pasal Beto. Dia memang dah semulajadi terlahir sebagai anak seni yang dikurniakan bakat membuatkan semua kagum. Maaf kakak cakap, kalau tak de Beto mungkin filem ini sekadar filem biasa dan tak keterlaluan sekiranya kakak anggap watak Wahid yang dimainkan oleh Beto lebih menyerlah berbanding Mat Kilau sendiri. Kenapa ? Pergi tengok sendiri dan nilaikan kenapa. Tak boleh nak cerita lebih nanti korang tak syok dah. Hahahaha~

Filem MAt Kilau

Disebalik kejayaan, pastinya ada beberapa sisi kesilapan yang berlaku. Ini kakak taknak ceritalah, korang tengok sendiri dan tinggalkan komen korang kat bawah. Itu pun kalau perasan lah. Kalau tak perasan, jangan dicari pula.

Tak mustahil juga filem Mat Kilau akan menjadi filem yang terbaik antara yang terbaik pada tahun 2022 ini. Sehingga ke hari ini, kakak masih mempersoalkan : "Kenapalah matikan Elly Suriaty kat awal-awal cerita ?" - Sambil mengelap airmata. Cis. Geram je rasa. Hahahaha~ Apa pun, ada ura-ura mengatakan - Syamsul Yusof sedang merancang untuk Mat Kilau 2.


REKOD TERBAHARU


“Filem ini berbaloi untuk ditonton kerana dengan pelaburan hanya sekitar RM20, penonton dapat berhibur serta mendapat intipati kepada pelbagai tajuk kefahaman asas berkaitan Islam dan kenegaraan, kecintaan pada tanahair, fiqah dalam mempertahankan tanah air, persaudaraan, amanah, kesetiaan kepada negara dan kesetiaan kepada persahabatan. Malah isu pembelotan dan khianat dari  kacamata Islam dan kepimpinan dibawakan dalam filem ini,”luahnya yang menyifatkan hanya dengan dua jam tontonan, segala ini dapat difahami.

 “Filem ini juga membentangkan mesej pengorbanan , keberanian, keyakinan, kecekalan serta potensi diri.  Malah ia juga sebuah seruan perpaduan dan melarang perpecahan,” akhirnya dengan lafaz syukur.


TERIMA KASIH MEDIA DAN FINAS - PENERBIT FILEM MAT KILAU


So !!
Korang dah tonton ? Hee~
Kalau dah, apa komen korang ?
 

3 comments:

  1. Nampak pelakon2 hebat2
    Mesti best ceritanys

    ReplyDelete
  2. Cik Ash dah pergi tengok, memang terbaik mat kilau, ada macam2 perasaan bila pergi tengok aritu, ada jer kekuranngan filem tu tapi biarlah tolak tepi hahaha, kita suka bab silat2 ni semangat jadi, hahaha

    ReplyDelete
  3. Ramai sangat bagi review filem Mat Kilau ni. Takut macam letak high expectation sangat sebab masa awal tu ramai bagi 10/10, 8/10

    ReplyDelete