7 April 2015

KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG KETIKA PERUT KOSONG

Pernah buat tak ?

Kat Jepun, sebaik sahaja bangun dari tidur adalah wajib untuk mereka minum segelas air kosong untuk mengekalkan kesihatan jantung. 

Bukan cakap kosong kerana ada ujian saintifik telah mengesahkan bahawa penyakit serius seperti sakit kepala, lenguh-lenguh badan, sistem jantung, artritis, epilespi, kegemukan, asma, tibi, kencing manis, sembelit, kerosakan mata, sakit rahim, gastrik, kanser, sakit hidung dan lain-lain dapat disembuhkan dengan meminum air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.


CARA-CARANYA :

  1. sebaik sahaja bangun dari tidur pada waktu pagi, sebelum meberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air kosong
  2. berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
  3. selepas 45 minit boleh minum atau makan seperti biasa
  4. selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
  5. orang-orang yang sudah berumur atau sedang sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air kosong boleh bermula dengan mengambil sedikit dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap pagi.
  6. keaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara dan tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka, bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan ! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum.

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda. Bukanlah tidak boleh / bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

SAKIT JANTUNG

  • Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada
  • Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
  • Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
  • Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
  • 60 % daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
  • Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. 


Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu dan pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

Perlukan khidmat nasihat untuk mengoptimumkan kesihatan anda ?

Produk dari bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia ?

Anda mahu menjimatkan wang untuk bawa keluarga bercuti ke luar negara ?



JOM !!

Jimat dan sihat dengan kakak !!


PUNCA KULIT MUKA KUSAM DAN CARA MERAWATNYA

Memiliki kulit yang putih, sihat dan berseri adalah dambaan setiap wanita di dunia. Ada yang sanggup berhabisan untuk mencantikkan kulit supaya sentiasa nampak awet muda dan sedap dipandang.



Wajah yang kusan, kotor, berjerawat serta berminyak merupakan salah satu masalah kullit wanita yang sering menjadi mimpi ngeri kaum wanita dan mimpi ngeri itulah yang menjadi punca kulit menjadi kusan dan tidak bermaya.


Berikut adalah penyebab-penyebab lain yang mendorong terjadinya kulit muka menjadi kusam :



1. Stress

  • Stress merupakan gangguan psikologi yang juga merupakan musuh besar untuk mempengaruhi penampilan samada secara fizikal mahupun menta. Stress menyebabkan kelenjar dalam tubuh seseorang tidak dapat mengawal emosi sekaligus menyebabkan  wajah mudah berjerawat, psoriasis ( sejenis penyakit kulit ), eczema, gatal-gatal dan juga bintik-bintik merah.

2. Diet yang tidak sehat dan kurang teratur
  • Ada diantara andara sedang diet ?
  • Adakah jadual anda tersusun dan teratur ?
  • Ada sesetengah program diet yang dijalankan tidak teratur, tidak sihat dan tidak seimbang sehingga tubuh kekurangan tenaga dan nutrisi penting untuk tubuh badan sekaligus memberi impak kepada wajah. Sementara itu, bagi mereka yang mengalami gangguan nafsu makan seperti anoreksia atau bulimia akan kekurangan protein dan vitamin yang menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah mengelupas.

3. Efek dari sinar ultraviolet
  • Seharian bekerja di luar atau ruang terbuka juga mempercepat perubahan pigmentasi kulit dan penuaan kulit dan mulalah kulit menunjukkan tindakbalas dengan bintik-bintik noda hitam / cokelat ( jeragat ). Kalau dibiarkan berterusan, boleh menyebabkan kanser kulit. Minimakan aktiviti luar supaya dapat mengelak dari tergnaggu dengan radikal bebas kesan dari pancaran sinar matahari.

4. Kurangnya waktu istirehat
  • Pola tidur tidak teratur juga mempengaruhi wajah menjadi lebih cepat tua berbanding usia kerana kulit wjah juga memerlukan waktu rehat yang secekupnya bagi mengelakkan menjadi tidak bersemangat dan layu. Waktu tidur yang teratur adalah 6 - 7 jam sehari. 
  • Keperluan waktu tidur sangat diperlukan setiap individu. Kekurangan waktu tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh mengeuarkan hormon stress. Hormon stress yang dihasilkan akan menyebabkan munculnya jerawat, lingkaran hitam disekeliling mata, warna kulit terlihat lebih kusam dan membengkak serta tubuh kekurang darah.


5. Suka minum alkohol

  • Kandungan yang terdapat dalam minuman alkohol juga menjadi salah satu penyebab kulit wajah menjadi kusam seperti tidak dijaga rapi. Minuman beralkohol membutkan kulit kekurangan air dan kelihatan lebih kering dan berkedut.


6. Merokok

  • Bahaya rokok lebih besar risikonya terhadap wanita berbanding lelaki kerana pada hormon estrogen pada wanita tidak mampu mengembang secara baik kesan dari kandungan rokok yang dihisap. Kerana itu rokos dijadikan salah satu penyebab gangguan kesihatan fisikal dan mental bahkan ada sebuah kajian yang berpendapat bahawa wanita yang merokok akan kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding usia asalnya.
  • Rokok menyekat bakteria baik yang terkandung di dalam perut. Selain itu, rokok juga menghapuskan perngaliran darah dan oksigen ke kulit. Rokok juga menjadikan kulit wajah menjadi kusam dan kotor serta berjeragat.

7. Pola makan yang tidak teratur


  • Ada beberapa jenis kulit yang mudah berjerawat, berkudis, berkurap dan berpanau terutama sekali kulit wajah yang sensitif dan kelihatan lebih tua berbanding usia. Elakkan makanan dan minuman yang mengandungi garam, gula, serbuk perasa dan minyak secara berlebihan.

8. Berat badan yang mudah naik dan turun
  • Ada diantara kita memiliki berat badan yang mudah naik dan turun secara tidak selari dan berikut merupakan salah satu punca susah mengembalikan keadaan bentuk tubuh dan berat yang ideal. Perubahan yang terjadi pada berat badan yang mudah naik dan mudah turun juga menjadikan wajah kelihatan tidak segan dan tua berbanding usia asal.

9. Kesan sampingan dari penggunaan kosmetik
  • Jenis kulit setiap orang adalah berbeza. Produk kosmetik dipasaran kini kebanyakkan nya mempunyai merkuri, alkohol dan campuran bahan kimia yang lain untuk memberi impak maksima kepada si pengguna. 
  • Contohnya : merkuri memberi impak putih dengan segera tetapi sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser.
  • Untuk itu, anda disarankan bijak dalam memilih produk kecantikan dan pilihlan produk yang sesuai dengan tubuh anda.