30 April 2018

PROMOSI BERBUKA PUASA DI MAKAN CULTURE, AEON BIG, WANGSA MAJU

makan lagi ? hee~ dah kata kakak memang pencinta makanan sedap, memang tak boleh elak kalau jumpa port – port makanan yang best apatah lagi yang menghidangkan pelbagai jenis makanan yang berpadanan dengan harga.. nak tolak ? diet cuma mampu kirim salam jek la..

makan_culture_wangsa_maju_kuala_lumpur

maklum la, dah nak dekat puasa ni memang banyak restoran yang menonjolkan menu terbaharu dijangka HIT dan sesuai untuk berbuka puasa.. nah !! pertama kali kakak jejakkan kaki di Makan culture memang sangat relax dan santai disambut mesra oleh pekerja.. siapa tak seronok kalau disambut bak VVIP.. hee~


MAKAN CULTURE AEON BIG, WANGSA MAJU


restoran yang mampu memuatkan lebih 50 orang dalam satu-satu masa ini turut menjadikan hidangan Asian Fusion sebagai menu utama dengan harga yang sangat berpatutan untuk setiap hidangan lengkap, sudah pastinya ia harga antara yang termurah dan berbaloi.. tapi !! sedap ke ? em.. kakak ni kalau jenis makan, bayar mahal sikit pun tak pe janji sedap..

promosi_berbuka_puasa_aeon_big_wangsa_maju
Nasi Ayam XL Rendang Ayam
dan sempena bulan Ramadhan yang semakin hampir, Makan Culture turut menyediakan hidangan khusus untuk pelanggan berbuka puasa dengan nikmat kelazatan hasil tangan dari barisan chef tempatan.. ada pelbagai pilihan makanan seperti Nasi Ayam XL Rendang Ayam, Nasi Ayam XL Ayam Goreng yang dijangka akan HIT sepanjang bulan puasa ni nanti..

promosi_makan_culture_aeon_big_wangsa_maju
wajib try !!
dan kalau korang datang dengan keluarga atau rakan-rakan, mungkin korang boleh memilih SET A atau SET B mengikut kesesuaian pax..

promosi_berbuka_puasa_2018
FAMILY SET yang menghidangkan variasi lauk pauk untuk 6 pax

untuk FAMILY SET A dan FAMILY SET B, mereka akan menghidangkan :

  • nasi putih
  • special claypot seafood curry ATAU tom yum soup
  • buttermilk chicken
  • sweet sour fish fillet
  • mixed vege with beancurd
  • crispy siakap sweet sour sauce ( SET B SAHAJA )
  • 1  x  jug sparkling limau kasturi ( FREE 1 x refill )

bagi mengelakkan kesesakan tempahan semasa berbuka, korang tempahan boleh dibuat mulai 01 Mei 2018 ( esok !! ) hee~ maksudnya, kalau korang dah booking dah tak payah nak pening-pening kepala nak berbuka kat mana nanti.. semua serahkan kat Makan Culture jek..

macamana nak tempah ?

HOTLINE : 03 - 4131 6692

blogger_malaysia

26 April 2018

TEMPAHAN MAKANAN ARAB MELALUI APLIKASI SIHAF

menerajui negara maju bukan satu sebab kita rasa selesa dengan apa yang kita ada sebaliknya menambah baik mutu perkhidmatan dan produk berdasarkan rasa tanggungjawab, sangat disarankan.. nah !! mentang-mentang zaman teknologi, semua pun main hujung jari je termasuklah tempahan makanan kegemaran korang.. ada yang minat makanan Arab tak ?

aplikasi_sihaf_google_play_apple_store

restoran Sihaf yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam merupakan restoran makanan Timur Tengah yang dinamakan sempena konsep yang disebutkan dalam al-Quran yang bermaksud MAMPAN EMAS..


APLIKASI SIHAF


bagi memudahkan pelanggan setia, Sihaf telah melancarkan aplikasi yang bertujuan membantu memberikan yang terbaik dari segi kualiti makanan, harga dan perkhidmatan sekaligus beramal dengan setiap sumbangan pelanggan.. kalau kakak cakap, buffet Ramadhan di Sihaf Arabic Restaurant merupakan antara yang termurah dan berbaloi yang korang boleh dapat iaitu RM 39.00 / pax.. tapi !! dengan membuat tempahan menggunakan aplikasi Sihaf, ianya jauh lebih murah.. haa.. kakak serius ni.. hee~

sihaf

ya !! semuanya korang boleh lakukan dengan menggunakan Google Play Store untuk pengguna Android ataupun App Store untuk pengguna IOS.. korang akan nampak logo macam tu la nanti kalau korang taip SIHAF kat search box tu..

bila dah install, memang la kena sign up supaya data korang tersimpan dalam database dorang.. senang la tak payah nak taip banyak kali.. hee~ korang tu bukan nye rajin sangat ponnnnnnn.. dah alang-alang tu, boleh la install ye..

untuk pengguna android, korang boleh ikut step ni.. 
 
1 : buka korang punya Google Play Store
2 : dan boleh cari SIHAF SADAQAT
3 : dan install macam biasa !!
4 : bila dah siap install, korang boleh SIGN UP macam biasa

korang pakai iPhone ? maksudnya korang guna IOS la kan ? haa.. ni untuk korang plak..

1 : buka korang punya IOS App Store
3 : dan install macam biasa !!

senang kan ?
ada apa kat aplikasi Sihaf ni ?

haa.. ni kakak nak cerita la ni.. hee~ melalui aplikasi Sihaf, korang boleh buat tempahan untuk buffet Ramadhan dan buat pesanan menu berbuka puasa untuk dihantar ke lokasi korang.. nah !! senang kan ? kan ?

buffet_ramadhan_murah_shah_alam
dorang kata untuk tempoh masa terhad !! cepat !!
mempunyai lebih 50 jenis makanan yang ke semuanya sensasi dari Timur Tengah membuatkan Sihaf satu-satunya restoran Arab yang berada dalam kelas tersendiri.. dengan persekitaran eksklusif dan pelayan yang sangat mesra, kakak rasa Sihaf boleh masuk ‘port lepak Shah Alam’ lepas ni.. hisshhh.. betapa untungnya orang-orang Shah Alam yang boleh kerap singgah dan makan makanan sedap-sedap ( read : kakak jeles gak aa—)

menu_buffet_ramadhan_shah_alam_2018


SIHAF DELIVERY TEAM


meningkatkan kualiti dan kepelbagaian perkhidmatan bagi memudahkan pelanggan, Sihaf juga boleh buat penghantaran terus ke lokasi korang.. tapi bajet bajet la lokasinye eh.. tak de la sampai ke Melaka nun dorang nak hantar.. tau.. korang jangan melebih-lebih sangat.. hahahahah~

sihaf_delivery_shah_alam_arabic_foods

dengan harga mampu – makan – bayar, sudah pastinya servis ini akak membuatkan korang lebih saaaaaaayyyyyaaaannnnng kat Sihaf Arabic Restaurant ni.. mana tak nya.. sangat murah dan berbaloi.. dengan portion yang besar, sudahpastinya satu set boleh mengenyangkan korang..

REGULAR IFTAR MEAL : RM 7.90
JUMBO IFTAR MEAL : RM 9.90
PREMIUM IFTAR MEAL : RM 14.90

dan kos penghantaran cuma RM 10.00 !! korang kumpul la oder dengan kawan-kawan atau pun ahli keluarga, banyak mana pun tetaplah kos penghantarannya sebanyak itu.. kalau korang bekerja lebih masa bulan puasa nanti dan tak sempat nak berbuka kat rumah / kedai.. jadikan Sihaf pilihan pertama yang pastinya korang akan berpuas hati..









jangan lupa !!
nikmati dengan penuh rasa nikmat masakan Timur Tengah terus ke lokasi korang !!

untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi Sihaf Arabic Restaurant terus :

HOTLINE : 03 5524 6524
LOKASI : SHOP LOT VISTA ALAM, JALAN IKHTISAS, SEKSYEN 14, SHAH ALAM

blogger_malaysia

25 April 2018

PULIHKAN MASALAH JERAWAT DENGAN HIRUSCAR DALAM MASA DUA HARI ? BIAR BETUL !!

Kulit berjerawat dan meninggalkan kesan parut memang sangat memberi kesan terhadap aktiviti seharian kakak termasuklah meruntuhkan rasa yakin apabila berhadapan dengan orang ramai.. Pheewww—Segan weyh !! Lagi menyukarkan pencarian produk yang tepat, jenis kulit muka kombinasi pun membuatkan kakak lebih berhati-hati apabila memilih produk kecantikan..

ubat_jerawat_hiruscar

Dah puas kakak bertukar produk untuk mencari produk yang sesuai dengan kulit tapi belum jumpa produk yang memberikan kesan positif, kalau ada pun sekejap sangat lepas tu mula la naik balik jerawat dan meninggalkan kesan parut.. Hampir putus asa jadinya..

Baru-baru ni kakak ada ternampak iklan produk penjagaan kulit khusus untuk kulit sensitif yang bermasalah seperti jerawat, bitnik hitam dan parut.. Apa lagi.. Kakak memang tak tunggu lama, terus borong dan dapatkan satu set lengkap Hiruscar Anti-Acne Series untuk merawat masalah kulit kakak ni.. Al-maklum lah, nak dekat raya ni kan.. Hee~


KESAN SEAWAL DUA HARI


Sebelum kakak cuba produk Hiruscar ni, kakak nampak kawan update kat Instagram dia yang dia menggunakan produk Hiruscar bagi menangani masalah jerawat teruk dan menghilangkan parut, itu yang membuatkan rasa ingin mencuba tu semakin membuak-buak.. Mana taknya, dia kata masalah kulitnya Nampak hasil positif hanya dalam masa DUA HARI JE !!

Biar betul dua hari je ??


HIRUSCAR ANTI-ACNE


Mengandungi Mukipolisakarida Polisulfat ( MPS ), Asid Salisik, Allium Sepa, Laricyl, Jus Daun Aloevera, Ekstrak Biji Moringa, Ekstral Articok dan juga vitamin C yang terbukti BERKESAN untuk memuliha dan memperbaiki masalah jerawat..

hiruscar

Salah satu faktor penyebab utama jerawat ialah Propionibacterium Acnes ; iaitu bakteria yang menggunakan rembesan kelenjar sebum sebagai sumber makanannya.. Kalau ikut kes kakak, memang jelas lagi nyata puncanya adalah penggunaan kosmetik yang mungkin tak sesuai dengan kulit kakak dan tak cuci mekap sehingga bersih.. Huu~ Kadang-kadang penat sangat sampai nak cuci mekap pun ala kadar je.. Mungkin sebab tu jerawat naik dengan meriahnya !! Dan sekali dia dah naik, memang susah la nak turun malah merebak sehingga mengakibatkan kerengsaan pada kulit.. 

Fuffff—

Cuma dengan TIGA langkah untuk menyingkirkan jerawat dan mengatasi masalah kulit.. Bestkan ? Dah kalau orang yang sibuk macam kakak, tak sempat nak membelek kulit muka dengan teliti dekkkk.. Ni dapat step yang ringkas pun kakak dah cukup bersyukur dah..

ubat_hilangkan_parut_jerawat_hiruscar

LANGKAH 1 : CUCI MUKA

Yeay !! Kakak suka !! Pencuci muka Hiruscar ni mempunyai formula anti-bakteria dan ada asid salisilik yang membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati.. Bertindak membersihkan kulit jauh ke dalam liang-liang mampu menyingkirkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit..
Lepas kakak guna pencuci muka ni, terasa kulit lebih lembut dan moist.. Nampak kulit kakak cerah sikit berbanding sebelumnya ( mungkin sel-sel kulit mati sudah disingkirkan.. hee~ )


LANGKAH 2 : SERUM UNTUK KECILKAN PORI

Siapa kenal kakak, tau la betapa kakak sukakan SERUM dan buat masa ni kakak ada Sembilan jenis serum dari pelbagai jenama.. Dan !! Serum dari Hiruscar antara yang terbaik dan memberi kesan lebih pantas berbanding jenama lain.. Sebab tu la kakak sayang.. Hee~

Serum Hiruscar ni tak berminyak, tidak mengandungi pewarna dan menyerap pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.. Nah !! Jerawat pun terbantut tak sempat nak membesar..


LANGKAH 3 : SPOT GEL

Tekstur yang ringan dan tidak berminyak membuatkan ia mudah meresap dan tidak menjejaskan solekan.. Kalau korang sapu-sapu pun, memang tak Nampak bertompok.. Dan paling best, walaupun ia bertindak memudarkan jerawat, korang takkan Nampak kesan pengelupasan jerawat tadi.. Jerawat akan hilang dengan sendirinya !!

Dah selesai semua barulah boleh tampil yakin dengan kulit yang lebih bersih dan segar.. OH !! Memang la jerawat dah tak de, tapi ada kesan parut yang menjengkelkan !! Arrrgggggghhh—Stress !! 
Nak buat cemana ni ?
Risau ?

Hee~ Untuk mengelakkan mimpi ngeri ni berlaku, korang kena pastikan supaya rawatan mengatasi masalah jerawat ni dimulakan secepat mungkin.. Ya !! Maksudnya, proses penjagaan kulit ni kena berterusan dan tidak bermakna bila masalah jerawat dah pulih, korang kena STOP.. Tak !! Selain memilih rawatan yang khusus untuk parut jerawat, korang boleh guna Hiruscar Post Acne secara rutin untuk mendapatkan kulit yang sihat tanpa parut..


HIRUSCAR POST ACNE


Apa yang best sangat Hiruscar Post Acne ni ? Haa.. Tak best, kakak tak sembang lah.. Hee~

ubat_jerawat_batu_hiruscar

Hiruscar Post Acne ni mengandungi bahan-bahan yang mampu menyekat pertumbuhan bakteria, mengurangkan jerawat dan menghalang pembentukan jerawat baharu di tempat yang sama.. Telah menjalani ujian klinikal, Hiruscar Post Acne ini juga tidak mengandungi alcohol dan tidak memedihkan kulit.. Sapu jek kat tempat yang ada jewarat / parut jerawat secara konsisten, dan nikmati hasilnya dalam tempoh satu minggu..

Mengandungi MPS yang mampu memperbaiki semua jenis jerawat termasuk parut hipotrofik dan tompok hitam serta kesan cela merah..

Nah !! Sempat nak melaram cantik / segak time raya nanti.. Kan ? Dah tak payah nak risau kena sindir dengan tetamu kononnya tak pandai jaga kulit ataupun




Semua pun layak cantik tapi bukan cantik sekadat tepek mekap sebaliknya memiliki kulit yang sihat tanpa cela adalah impian setiap insan.. Hee~ Kakak pun sama !! Dan kalau nak kulit yang diingini, kakak tak nafikan selain dari pengambilan makanan yang betul, set penjagaan kulit juga perlu dititik beratkan dan hanya produk yang terbaik mampu memberi hasil yang baik dalam tempoh yang lama.. Berkesan ? Ya !! Sudah tentulah !!

Terima kasih Hiruscar kerana membantu kakak untuk mengatasi masalah kulit !! Korang nak cantik sama macam kakak ? Hee~ Boleh je !! Korang boleh lawati media social Hiruscar untuk explore lebih tentang produk dorang..


blogger_malaysia

24 April 2018

INSPIRASI PUDORE™ FRAGRANCE ; MURAH – TAHAN LAMA – WANGI

Korang sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk bauan eksklusif dari pengeluar minyak wangi ternama di pasaran ? Phewww—Bukan sikit tau kalau dah RATUS RATUS tu sedangkan korang boleh memiliki Pudore™ Fragrance ; inspired perfume yang 99% sama dengan yang mahal nun..

inspired_perfume_pudore

Wajib pakai perfume ? Alahai.. Jangan kata korang tak minat bau wangi-wangi dan tak de lansung minyak wangi kat rumah.. Haa.. Tak kira lelaki ataupun perempuan, mesti ada.. Kakak sendiri masih menjaga penampilan di dalam mahupun di luar rumah dengan mengekalkan bau badan yang sentiasa wangi.. Al-maklum lah, kerja yang memerlukan kakak bergerak pantas dan berjumpa dengan ramai orang membuatkan kakak cepat berpeluh..

Bila dah berpeluh, mestilah ada bau badan kurang menyenangkan.. Fuuufffff—Rasa segan nak jumpa client / kawan-kawan kalau bau badan tak ‘secantik’ rupa.. hee~


APA ITU INSPIRED PERFUME ?


Tahun ni, sudah masuk tahun ke 12 dan kakak masih setia dengan minyak wangi jenama A ; wangian Vanila sebab kakak tak jumpa bauan yang KENA dengan bajet dan hidung kakak.. Tapi !! Sampailah kakak jumpa Pudore™ Fragrance.. Nampak ? Kesetiaan kakak digugat terok baik punya dan kakak yakin pilihan kakak adalah tepat..

harga_minyak_wangi_pudore

Korang tau tak yang Pudore™ Fragrance ni sebenarnya inspired perfume ? Ha ? Tak tau ? Apa pulak INSPIRED PERFUME ?

Inspired perfume adalah perfume yang diilhamkan dari segi bau dan ketahanan ( tempoh masa ) yang sama dengan perfume original.. Senang kata, kalau korang guna inspired perfume ni berselisih bahu dengan orang, mesti orang ingat korang pakai perfume original dari jenama terkenal tu.. Bau dia memang kuat dan wangi.. Kalau nak ikut packaging pula, memang tak sama lansung lah.. Yang original jauh lebih cantik dan berkualiti ( sebab tu mahal yakmat !! ) tapi kualiti dia memang ummmmmpppphhhh-- 
 
Tak percaya ? Korang kena try dulu sebab kakak dah try, sehari suntuk keluar dan bau Pudore™ Fragrance masih melekat pada tudung.. Macamana tak jatuh cinta ? Hee~

pudore_edt_perfume
why pay more if you have choice ?

PUDORE™ FRAGRANCE


Lambakan minyak wangi pelbagai jenama dipasaran tidak membantutkan misi Pudore™ Fragrance Team untuk sama-sama memeriahkan industri wangian di Malaysia dalam masa yang sama membantu memberi penjimatan berganda kepada pengguna.. Ye la.. Dah kalau harganya cuma RM 22.00 ( 10ml ) dan RM 59.00 ( 30ml ) sudah pastinya pengguna tersenyum lebar.. Kualiti dijamin 99% sama dan didatangkan dengan packaging yang menarik..

Pudore™ Fragrance mempunyai 22 bauan untuk wanita dan 14 bauan macho untuk lelaki sudah pastinya memberi variasi untuk pelanggan memilih dam buat koleksi.. Hadiah ? Cuba korang tengok kotak dia.. Daha cantik sangat dah untuk korang jadikan cenderahati buat yang tersayang..
Kalau kakak, kakak memang suka bau-bauan bunga – lembut – seksi macam Gucci Flora dan Victoria Secret Bombshell..

pudore_fragrance
KEPENATAN ; baru balik event.. hee~ ini !! yang 10ml, kakak letak dalam handbag ; 30ml memang sentiasa ada kat rumah
Kakak memang jarang nak letak harapan yang tinggi untuk produk tempatan ni.. Hee~ Sebab tu kakak amik masa yang lama untuk mencuba dan letak keyakinan yang tinggi supaya kakak boleh ceritakan kat korang !! Nah !! Memang tak menyesal lansung tau.. BOMBSHELL ? Mesti ramai yang minat kan ? Sebab bau dia seksi tapi lembut.. Dan kalau korang tak percaya, try dulu yang 10ml berharga RM 22.00.. Confirm lepas ni tak beli dah hat yang mahal tuuuu..

Buat masa sekarang ni Pudore™ Fragrance hanya dijual secara online jek dan kalau korang nak beli, boleh terus ke laman web dorang.. Nak raya ni.. Banyak nak kena jimat tapi jangan hadkan keperluan harian korang !! Cuma korang kena bijak sikit jek..


"you are never fully dressed without ME.."PUDORE™ FRAGRANCE



blogger_malaysia

21 April 2018

CIC DREAM BIG EXPLORACE 2018 ; NUR AINA RUMAH HIJAU

yeay !! Nur Aina dah besar !! dah masuk acara sukan walaupun sukannya ibu boleh jamin tak berpeluh lansung.. hahahah~ jadik la dari tak de kan ? nasib CIC Dream Big Explorace 2018 memberi peluang untuk Nur Aina dan kawan-kawan beriadah sambil semua pun akan menang..

CIC Dream Big Explorace 2018

pada 08 April 2018 kelmarin, sekolah Nur Aina telah menganjurkan HARI SUKAN ala-ala tak berapa nak sukan.. hee~ tapi okay la.. sedikit sebanyak Nur Aina enjoy dengan kawan-kawan, kakak rasa tak de apa yang kakak nak amik kisah sangat dan hanya mengikut takwim sekolah..

kalau ikutkan sebulan sebelum hari sukan tu Nur Aina dah kecoh dah dengan latihan menari la apa segala dan bila kakak tanya, belajar apa kat sekolah.. memanjang la tak belajar dan menari sepanjang hari.. nak kena cubit budak ni kan.. hahahaha~ memang tanak melayan ibu berborak la tu.. sentap ibu tau.. dah la anak perempuan itu lah sorang haa.. hee~

CIC Dream Big Explorace 2018
singgah 7E beli benda makan..
hari_sukan_tadika_CIC_puncak_jalil

kat mana-masa sekolah pun, kalau hari sukan memang diwajibkan beli kupon.. yang BEST nya sekolah Nur Aina ni, kuponnya sampai RM 30.00.. hahahahah~ pening kejap ibu nak habiskan RM 30.00 tu nak beli apa.. memang la ada jual makanan semua, tapi silap langkah kami.. kami dah singgah 7E beli sarapan.. disebabkan nak mengelak dari anak-anak beli mainan ( mainan dah banyak gais.. ibu tak sanggup dah nak simpan.. ) kami beli aiskrim sampai ke sudah, lama-lama habis jugak la kupon tu..

sukan_tadika_CIC_puncak_jalil_2018
muka dah kena conteng.. hee~ tapi nampak dia senyum, ibu tau dia happy..
tadika_CIC_taman_puncak_jalil
okay.. cuba cari mana satu Nur Aina..
tadika_CIC_puncakjalil

sementara tunggu Nur Aina habis bersukan, Nur Aiman memang macam ulat.. tak reti dok diam.. hee~ bagi dia telefon atok sekejap, mintak update dari atok ( sebab atok kena makan ubat, risaukan atok mengelat jek.. haritu suruh rehat kat hospital pun atok beriya nak balik.. hahahah~ takut lettew—) lepas telefon atok, Nur Aiman meligat tak reti diam lagi.. penat ibu tengok..

parenting_blogger_malaysia
ha.. tu nampak ulat tu ? adoi..
akhirnya !!

habis pun sukan.. terus ibu kejarkan Nur Aina kat dalam gelanggang.. mana tak nya, bila ibu ayah anak-anak yang lain pun turun sama habis tenggelam anak ibu yang masam tu.. kalau tak ibu kesan dia melalui bau jek.. hahahaha~ bila dah jumpa, lega lah sikit tapi dia tanak balik pulak.. adoi.. ibu dah lapar nasi ni..

hari_sukan_sekolah_tadika_CIC_taman_puncak_jalil
bila ngko retis dan terlampau banyak kamera.. ko tak tau nak fokus kat mana..
ya !! rumah hijau ( UTEN 200% ) menang !! punya banggalah ibu dan ayah walaupun anaknya cuma masuk pertandingan lari lari anak jek.. hee~ comel dah kelakar.. tak kisah la.. janji dia ada pengalaman baru.. kan ?

hari_sukan_CIC_taman_puncak_jalil
Nur Aina dengan maskot UTEN 200% – Askar Telo Rebus
g6pd_baby

tu nampak tu ? muka seorang PEMENANG.. hahahah~ masuk je kereta, dia kata dia lapar.. adoi.. ibu sempat bagi dia makan roti sosej dengan vitagen je.. tapi dah memang lumrahnya dia suka makan, macamana pun dia nak kan nasi.. okay !! kita ikut saje lah apa si PEMENANG nak..

hari_sukan_2018_CIC_puncak_jalil
si pemenang yang kecundang
hahahaha~ nampak ? memang di lagi lasak berbanding Nur Aiman, tapi comel jugak dalam apa jua perkara yang dia lakukan ( puji anak sendiri !! ) kekangan G6PD ? lantak !! kakak tetaplah layan Nur Aina macam budak sihat ( memang dia sihat ponnnnn ) selagi ibu ada, adik jangan risau okay.. ibu jaga adik.. kalau ibu tak de, ayah dengan abang ada..

kalau adik kalah nanti nanti, adik kena tau.. adik memang dilahirkan untuk jadi PEMENANG !!

okay ?

terima kasih cikgu yang menjaga + mendidik Nur Aina dari ZERO – TEAM ASKAR TELO REBUS.. hahahaha~ Nur Aina happy, kakak happy.. rasanya tak mampu nak balas jasa baik cikgu semua..

blogger_malaysia

20 April 2018

15 CARA MENGURANGKAN SAKIT KEPALA TANPA UBAT

haish.. dah kalau sakit kepala memang tak boleh buat pape kan ? jadi serba salah bila semua serba tak kena.. jom !! kakak nak kongsi 15 cara mengurangkan sakit kepala tanpa makan ubat.. haa.. boleh ke ? berkesan ke ?

tips_merawat_sakit_kepala_tanpa_panadol

kakak sendiri, kalau dah kena memang tak dapat nak buat ape selain terbaring dalam bilik yang gelap dan CUBA untuk tidur walaupun mata tak mengantuk.. em.. tak tau cemana nak jelaskan betapa tak best bila sakit kepala singgah.. dan selalunya, kakak akan cuba beberapa kaedah untuk mengurangkan rasa sakit berbanding makan ubat..

kalau tak berkesan, baru kakak akan makan ubat dan masa tu memang badan minta rehat.. adakala sampai kakak terlena tanpa sedar.. cuma tu la tu.. kalau boleh nak cuba minimumkan pengambilan ubat.. jadi.. kakak senaraikan tips yang pernah kakak buat untuk kurangkan sakit kepala..


1 : MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA ; ya !! bunyi macam senang.. kan ? hee~ tapi nak lengkapkan 2.5 lite sehari, tak ramai yang mampu tau.. sakit kepala juga berpunca dari dehidrasi / kurang air dalam badan..

kepentingan_air_masak


2 : URUT ; penyelidikan telah membuktikan bahawa mengurut saraf oksipital yang lebih besar ( belakang kepala, dipangkal tengkorak ) mampu melegakan sakit kepala..


3 : TEKAN KAWASAN WEBBED ; urut / tekan selama satu minit di antara ibu jari dan jari telunjuk.. buat dikedua-dua belah tangan tau..


4 : REGANGAN ; kadang-kadang sakit kepala yang kakak hidapi berpunca dari ketegangan otot.. ye la.. dah kalau sehari suntuk duduk kat kerusi dan duduk tegak menghadap laptop untuk menyiapkan kerja.. bila dapat meregangkan otot, lega rasanya..


khasiat_buah_tembikai_merah


5 : MAKAN BUAH TEMBIKAI ; kalau korang sakit kepala disebabkan dehidrasi, makan makanan yang mengandungi air seperti buah tembikai.. kenapa buah tembikai dan bukannya buah lain ? hee~ sebab buah tembikai senang nak jumpa dan kandungan air dalam buah tembikai lebih tinggi berbanding buah-buah yang lain..


6 : SAPU MINYAK PANAS ; jangan la yang panas sangat, nanti pijar plak.. cukup sekadar minyak yang melegakan untuk disapu dan membantu melancarkan pengaliran darah.. urut la sikit, picit-picit sikit ke..


7 : TARIK NAFAS DALAM-DALAM ; bila ada anggota badan kita sakit, tubuh / otot juga mengalami tekanan yang membezakan keadaan adalah tahap keseriusan.. mungkin korang boleh try tarik nafas dalam-dalam dan berehat sebentar dari menjalankan tugas..


8 : KOPI ; dari pembacaan kakak, sakit kepala sering dikaitkan dengan pembesaran saluran darah dan kafien dalam kopi mampu menyekat saluran darah dan menjadikan ia ke saiz normal..


kandungan_cuka_epal


9 : AMALKAN CUKA EPAL ; tak sedap ? ya !! tapi korang tau tak cuka epal sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan.. haa.. dan kalau untuk merawat masalah sakit kepala, cuka epal membantu memulihkan keseimbangan asid – alkali dalam badan dan sekaligus dapat membantu melegakan sakit kepala..


10 : TEH HALIA ; halia mengandungi anti – keradangan yang boleh mengurangkan rasa sakit..


11 : KIUB AIS ; arteri yang membekalkan darah ke lapisan otak berada di belakang tulang nipis di tample.. bila korang sakit kepala jek, lapisan tadi menjadikan suhu darah menurun.. korang boleh menggenggam kiub ais tadi sehingga sakit kepala berkurangan.. tak pun, tekapkan kiub ais di kawasan yang sakit..


12 : MAKANAN PEDAS ; ini pun kakak selalu buat.. hahahaha~ dalam peti sejuk kakak memang dah standby sambal super pedas untuk kakak makan bila sakit kepala.. kadang-kadang tu kakak ratah jek.. kenapa ? bila korang makan pedas waktu sakit kepala, cili yang mengaandungi capsaicin mengalih ‘rasa sakit’ dan mengubah persepsi kesakitan kita.. senang kan ?


13 : MANDI AIR PANAS ; mandi – lah !! dan biarkan haba melegakan otot korang yang tegang tu.. mandi air suam pun boleh melegakan sakit kepala.. try la..


14 : MEDITASI ; tenangkan minda dan fokus pada sesuatu yang boleh membuatkan korang lupa rasa sakit..


macamana ?

kakak harap entri kali ni sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam menangani masalah sakit kepala.. ya !! sakit kepala tak best dan boleh menjejaskan rutian harian.. kalau korang ada tips / cara lain yang korang amalkan, kongsi la kat ruang komen.. mana tau tips / cara korang boleh membantu pembaca yang lain..

apa-apa pun..
kalau tak larat sangat, jangan lupa jumpa doktor dan dapatkan nasihat lanjut..

blogger_malaysia

18 April 2018

A TALE OF SPRING DARI TRACYNC® SCARVES UNTUK GAYA KOLEKSI RAYA 2018

nak raya gaissss ~~ bukan baju je yang dititik beratkan oleh wanita, malahan tudung yang mengikut peredaran fesyen juga menjadi sasaran untuk tampil manis di Hari Raya.. nah !! terunggul dalam kelasnya, Tracync® Scarves tampil dengan kemewahan batu Swarovski disetiap helai tudung pasti membuatkan pemakai tampak mewah – manis – eksklusif..




sempena Gaya Koleksi Raya 2018, Tracync® Scarves tampil mengetengahkan tema A Tale Of Spring yang dijadikan keoleksi khusus sempena lebaran akan tiba tak lama lagi..


A TALE OF SPRING BY TRACYNC® SCARVES


tracync_gaya_koleksi_raya_2018


menampilkan 24 koleksi dari jenis kain bawal premium mudah bentuk ( voile Jepun ) yang terdiri daripada rona cool blue ke dusty dunes.. memang sangat cantik dan sejuk mata memandang.. hee~  tangan kakak pun ikut gatal mintak untuk menyambar barang sehelai dua untuk koleksi peribadi kakak sendiri.. cantik, siapa tak nak.. kan ?




dengan perincian batu Swarovski yang bersinar menghiasi elok disetiap tudung Tracync® Scarves yang dihasilkan secara buatan tangan ( handmade ) juga boleh didapati mengikut citarasa pembeli.. ye la.. kot kalau korang ada design sendiri, bagitau jek dorang nanti dorang boleh buatkan..

Tracync® Scarves
tahniah TRACYNC® SCARVES

nah !!

sedikit sorotan peragaan koleksi A Tale Of Spring by Tracync® Scarves pada Gaya Koleksi Raya 2018..



kalau korang berminat untuk melaram menggayakan tudung bawal eksklusif dari Tracync® Scarves  ni, korang boleh pergi ke :

LAMAN WEB : http://tracync.com

blogger_malaysia

16 April 2018

13 SEBAB UNTUK MENIKMATI MAJLIS BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF RESORT

menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang menggiurkan ? hee~ hilang lapar dan dahaga seharian berpuasa kalau depan mata dihidangkan dengan lebih 200 jenis makanan popular Ala Melayu – Barat – Timur.. bestkan ?

buffet_ramadhan_bangi_golf_resort_2018

nak dekat bulan puasa ni, terlampau banyak pilihan yang akan terpampang depan mata korang yang bakal membuatkan korang pening kepala sebab tak tau nak pilih yang mana satu.. betul tak ? haa.. tak pe.. ni kakak nak kongi 13 SEBAB kenapa korang kena rasa paling kurang sekali untuk berbuka kat Bangi Golf Resort ( BGR ) nih ha..


BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT 2018


1 : DIPERAKUI HALAL

  • restoran BGR merupakan restoran yang dijamin HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu diantara resort golf yang diiktiraf dengan pensijilan halal sejak tahun 2009 lagi, turut menerima pengiktirafan sebagai restoran yang paling mematuhi pensijilan halal daripada Menteri Besar Selangor pada tahun 2017

2 : PENJIMATAN

  • turut dikenali dengan penyajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi setanding kualiti, Restoran BGR tampil dengan lebih 200 jenis hidangan istimewa yang terdiri daripada seleski juadah masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur..
  • dengan membuat pembelian baucar iftar melalui laman web rasmi https://www.bgrrest.com/ dengan harga serendah RM 55.00 untuk dewasa dan RM 26.00 untuk kanak-kanak

3 : HIDANGAN EKSKLUSIF

  • fokus utama mereka sudah pastilah kambing bakar ( kambing dipanggang menggunakan arang ) dan sup kambing mamak yang disediakan oleh chef yang berpengalaman dan pastinya ia tidak akan mengecewakan penggemar daging kambing..

buffet_ramadhan_murah_2018


4 : SAJIAN BARAT KONTEMPORARI

  • penggemar makanan barat ? jangan risau !! sebab dorang turut menghidangkan menu Ala Barat seperti Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma disamping Lasagna Ayam dan Spaghetti Bolognese yang CONFIRM menjadi pilihan utama

5 : JUADAH MELAYU TRADISI

  • dibawakan terus dari kebun dengan konsep Farm In The City, para chef turut menyajikan Nasi Kerabu, Nasi Ayam, Laksa Sarawak dan banyak lagi.. sudah tentunya segar dari ladang..
bangi_golf_resort_buffet_ramadhan_2018

6 : NASI AYAM HAINAN TERBAIK !!

buffet_ramadhan_bangi_2018

  • menerapkan teknologi terkini dalam penghasilan makanan Asia, Restoran BGR telah berjaya mengaplikasikan teknik terkini dalam penciptaan menu Nasi Ayam Hainan dimana isi ayam dimasak sehingga empuk dan mencapai tekstur yang sempurna.. nasi pula ditanak gebu menggunakan lemak ayam yang menjadikan setiap butir nasi lebih enak  dan diperkaya dengan rasa ayam..
  • tidak lengkap hidangan nasi ayam kalau tak dihidangkan dengan sos halia segar dan bawang putih yang pastinya menambat selera

7 : LIMPAHAN PENCUCI MULUT

  • INI tak boleh kalau tak de, mau murung kakak nanti.. hee~ ada seleksi kuih muih tradisional Melayu, agar-agar, buah-buahan, Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brrulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse di dalam cawan, Pandan Gula Melakam Mousse di dalam cendawan dan Cendol Mousse di dalam cawan sudah pastinya memberi seribu satu kepuasan buat penggemar manisan..


buffet_ramadhan_murah_selangor_2018

8 : HARGA ISTIMEWA DURIAN

  • istimewa berbanding tahun sebelumnya, BGR menawarkan Musang King dengan harga serendah RM 110.00 / sekotak dan D24 pada harga RM 55.00 / sekotak.. tapi korang kena buat tempahan awal melalui www.bgrrest.com/product/durian/ tau !!

9 : HIBURAN

  • untuk memeriahkan lagi Buffet Iftar BGR, pengunjung akan dihiburkan secara lansung bermula dari 6.30 petang sehingga 9.30 malam ; setiap hari

10 : TEMPAT LETAK KERETA PERCUMA

  • jangan risau !! sebab ada lebih dari 800 tempat letak kereta PERCUMA !!






11 : SURAU

  • ada juga ruang solat yang selesa untuk para pengunjung

12 : KHIDMAT MASYARAKAT

  • dalam bergembira menikmati hidangan sedap di BGR, mereka tidak lupa untuk membantu mereka yang memerlukan.. dengan menyumbang RM 0.50 kepada Islamic Relief Malaysia ( IRM ) dengan setiap satu hasil jualan buffet ramadhan

13 : ELAKKAN PEMBAZIRAN

  • BGR turut bekerjasama dengan Food Aid Foundation iaitu sebuah badan NGO yang juga dikenali sebagai bank makanan dengan motif untuk mengumpulkan lebihan makanan daripada buffet ramadhan untuk didermakan serta diagihkan kepada mereka yang memerlukan

bangi_golf_resort.jpeg

jadi !!
apa lagi ? jom berbuka puasa sambil beramal supaya semua pun bergembira menanti Syawal, tak salah kan ? hee~

TEMPAHAN : 1700 81 8557

blogger_malaysia