30 November 2018

PAKEJ PERKAHWINAN ANI CATERING & WEDDING PLANNER 2018 / 2019

Bila tiba musim perkahwinan terutamanya pada setiap kali cuti sekolah, sudah pasti jadual wedding planner menjadi sangat padat dengan majlis-majlis yang bakal diuruskan. Sama seperti perunding perkahwinan terkenal di Malaysia – Ani Catering & Wedding Planner yang turut merangka pelbagai pakej dan pelan untuk bakal pengantin mendapat majlis yang menjadi idaman mereka.

ani_catering_&_wedding_planner

Kalau zaman dulu orang sibuk merewang segala untuk memenuhi selera tetamu, tapi kini sudah menjadi trend semasa pihak tuan rumah akan mengupah katering untuk menyediakan pelbagai jenis masakan pada harga yang berbaloi dan menepati citarasa. Nah !! Nampaknya sangat relevan menggunakan perkhidmatan katering ni. Hee~ Tuan rumah hanya perlu membayar sejumlah bajet untuk mendapatkan perkhidmatan dari mereka. Untung rezeki baik ( musim promosi ) memang dapatlah harga yang sangat murah.


ANI CATERING & WEDDING PLANNER


Telah berpengalaman dalam menguruskan pelbagai jenis majlis, Ani Catering & Wedding Planner masih berada dalam kelas terbaik diantara yang terbaik dalam memberi perkhidmatan untuk pelbagai majlis termasuklah majlis perkahwinan, harijadi, persaraan dan sebagainya. Sebutkan sahaja apa jenis majlis sudah pasti Ani Catering & Wedding Planner berbesar hati merealisasikan impian pelanggan. Setakat harini, Ani Catering & Wedding Planner mempunyai tiga cawangan yang terletak di Ulu Kelang, Bandar Baru Bangi ( HQ ) dan Shah Alam mempunyai pelbagai pakej yang bersesuaian dengan permintaan semasa pelanggan bermula dari RM 2,500.00.


ani_catering_wedding_planner_murah_selangor

Turut menawarkan pakej lengkap termasuklah khemah, dewan, busana pengantin, jururias, jurugambar, juruvideo, makanan pengantin, set meja makan, pelamin, PA system termasuklah hidangan yang bertemakan fusion tempatan dan juga antarabangsa – Ani Catering & Wedding Planner merupakan pusat sehenti bagi bakal pengantin membuat semakan setiap list sebelum majlis berlansung.


PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP 2018 / 2019


Kalau sebelum ni kakak cuma rasa-rasa makanan pengantin yang biasa-biasa dan tak de lah sampai WOW !! tapi okay lah setakat rasa – sempena Open Day Ani Catering & Wedding Planner yang lepas, kakak sempatlah colek colek makanan yang bakal dihidangkan pada majlis bakal pelanggan mereka nanti. Memang WOW !! sangat sebab semuanya cukup rasa dan sedap. Ada juga pelbagai vendor yang turut serta mempamerkan hasil jualan mereka untuk dilihat secara live oleh bakal pelanggan termasuklah inai, kopi, pelbagai kek dan puding, cookies, apam balik, popcorn dan banyak lagi !!

ani_catering_&_wedding_planner

Majlis yang diadakan di Singgahsana Pengantin Banquet Hall, Seksyen 28 Shah Alam ini mampu memuatkan kira-kira 500 orang dalam satu-satu masa untuk pelbagai majlis yang ingin diadakan terutamanya majlis perkahwinan.

open_day_ani_catering_&_wedding_planner
cantikkan deko pelamin cenggini ? hee~ macam berada di kayangan wakkkkk--
Dengan tawaran harga serendah RM 15.90 / pax untuk setiap jumlah tetamu seramai 1,000 orang – Ani Catering & Wedding Planner menyediakan kelengkapan lengkap dan tuan rumah hanya perlu menyengih dan menunggu tetamu tiba untuk menikmati hidangan je. Selebihnya serahkan pada yang pakar. Hee~

senarai_dewan_untuk_majlis_perkahwinan_selangor

pakej_ani_catering_&_wedding_planner_2018

Tak kisahlah berapa pun bajet korang, korang boleh berbincang dengan team Ani Catering & Wedding Planner sebab dorang mampu menyesuaikan bajet korang dengan majlis yang diimpikan bagi melaksanakan impian setiap pelanggan. Nah !! Kakak rasa dengan apa yang mereka sediakan sangat berbaloi sebab kakak dah dengar sendiri testimoni dari pelanggan setia Ani Catering & Wedding Planner nih. Memang tak sangka betul pakej yang diambil sangat memberi kepuasan kepadanya.

pakej_perkahwinan_murah_kuala_lumpur_2018


Tahniah Ani Catering & Wedding Planner kerana mendapat pujian lima bintang. Hee~ Bukan selalu tu.

pakej_perkahwinan_murah_Selangor


ANIEQA BRIDAL BOUTIQUE


Malas nak singgah keluar masuk banyak tempat untuk mendapatkan kepuasan ? Nah !! Tak payah pergi jauh – macam kakak cakap kat atas nun ; PUSAT SEHENTI pelbagai majlis. Kan ? Di Ani Catering & Wedding Planner juga kini dah ada butik pengantin yang dikenali sebgai Anieqa Bridal Boutique. Disebabkan butik baharu maka ke semua pakaian yang ada dalam koleksi mereka juga pakaian yang masih baharu. Untunglah kalau korang jadi yang terawal dapat menyarung busana eksklusif dari mereka ni.

dewan_singgahsana_shah_alam_selangor

anieqa_bridal_boutique

Kalau korang memang mencari pakej perkahwinan pada harga yang berbaloi, korang boleh singgah di pejabat urusan mereka dan tanya sendiri apa yang korang nak tanya sampai puas hati. Hahahah~ Ye lah ! Majlis perkahwinan sekali seumur hidup kot, mestilah nak kepuasan untuk dijadikan kenangan seumur hidup. Gitu !! 
 

ALAMAT IBU PEJABAT ANI CATERING & WEDDING PLANNER :
No. 15 / 1, Jalan Reko Sentral 2,
Reko Sentral, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

HOTLINE :
019 275 2564
017 320 3060
03 8741 2564


malaysia_blogger

28 November 2018

MENANGI HADIAH BERNILAI RM 40,000.00 DENGAN PEMBELIAN AL FATEH JUNIOR

Menjadi seorang ibu yang prihatin membuatkan kakak sering mencuba pelbagai kaedah untuk membantu Nur Aiman dan Nur Aina menjalani hari-hari dengan lebih cergas dan cerdas termasuklah menjaga apa yang mereka makan. Risau rasanya kalau mereka makan yang bukan-bukan tapi kerisauan tu makin berkurang bila kakak berkenalan dengan Al fateh Junior.

alfateh_junior

Dah nama pun budak-budak, kalau dihulurkan sejenis makanan yang manis – confirm laju semacam ha. Hee~ Sama macam pestil Al Fateh Junior ni cumanya manis Al Fateh Junior mengandungi 1001 khasiat untuk perkembangan minda kanak-kanak tidak sama seperti gula-gula yang ada dipasaran hanya mengandungi manisnya tetapi tidak berkhasiat..


AL FATEH JUNIOR


Dengan formulasi terbaharu yang menggunakan bahan-bahan berkualiti untuk memberi kesan 3 kali ganda lebih cepat dan pantas, Al Fateh Junior dibuat, dikilangkan dan telah mendapat pengiktirafan Green 5S. Mengandungi lima bahan utama iaitu :




  • MADU : anti bakteria yang berfungsi melindungi tubuh badan daripada jangkitan bakteria
  • KISMIS : menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata
  • SAFRON :membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman, menambah selera makan dan membantu merawat masalah sakit di dalam perut
  • GAM ARAB : meningkatkan keupayaan sistem penghadaman, merawat sakit di dalam perut dan membantu menyihatkan tulang
  • BUAH DELIMA : menguatkan sistem imun badan, menyokong pertumbuhan yang sihat


MAJLIS PELANCARAN AL FATEH JUNIOR


Memang produk Al Fateh Junior dah lama berada dipasaran tapi baru-baru ni dorang buat Majlis Pelancaran sekali dengan pembentangan Plan Pemasaran Al Fateh untuk tahun 2019. Memang kakak teruja sangat dengan plan pemasaran dorang ni sebab team Al Fateh sendiri melaburkan sebanyak RM 10 Juta bagi memperkasakan lagi jenama Al Fateh ni. Dengan menggunakan tagline “Rasa Sedap, Minda Mantap” – Al Fateh berazam dapat menempatkan produknya sebagai pelopor produk PASTI HALAL dan berkhasiat pertama di Asia.

majlis_pelancaran_alfateh_junior_2018
Al Fateh mempunyai pasukan yang sangat komited dalam menjalankan kerjasama dengan pelbagai badan kerajaan dan swasta bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berdaya saing secara sihat.  Turut membuka peluang kepada mereka yang mahu menambah pendapatan, sehingga kini pihak pengurusan Al Fateh telah mempunyai lebih daripada 2000 orang ejen berdaftar yang juga terdiri daripada surirumah. Ada yang mampu menjana 5 angka sebulan !! Menjelang tahun 2019, pihak Al Fateh menyasarkan pengeluaran Al Fateh Junior akan mencapai pengiraan dua kali ganda dari jumlah pengeluaran pada tahun ini.



Nah !! 

Merangka kerjasama dengan pihak Astro, Al Fateh Junior dijangka akan bersiaran pada prime time termasuklah slot-slot iklan di Astro dijangka mampu menarik lebih ramai pembeli dan pengguna dalam satu masa. Lebih banyak peluang untuk stokis dan ejen Al Fateh memperkembangkan jalur perniagaan !! Tahniah untuk pencapaian Al Fateh sepanjang penglibatannya melahirkan usahawan-usahawan hebat.


BELI DAN MENANG AL FATEH JUNIOR


Dengan sambutan yang sangat menarik, Al Fateh melancarkan Kempen Beli Dan Menang Al Fateh Junior dengan menawarkan hadiah bernilai RM 40,000.00 !! YA !! RM 40,000.00 gaissssss.. Dengan cara yang sangat mudah, semua orang pun boleh menang.


beli_dan_menang_alfateh_2018

Telah bermula pada 15hb November lepas, Al Fateh Junior mencari 102 orang pemenang untuk merangkul hadiah-hadiah lumayan yang bernilai RM 40,000.00.



“kenapa saya bagi hadiah Pakej Umrah ? perasaan bila menunaikan Umrah tu lain. 
sebab tu saya nak kongsi perasaan yang sama kepada pemenang bertuah.”

- Tuan Ariff bin Subri ; Pengarah Urusan Al Fateh Alami Sdn. Bhd.



Cara-cara untuk memenangi hadiah yang telah ditawarkan ? Mudah je !! Korang beli produk Al Fateh Junior ( JUNIOR sahaja tau !! ) dan tengok pada belah dalam penutup botol samada terdapat sticker yang mengatakan korang adalah pemenang. Kalau tak de sticker maknaya korang tak menang lah ye. Hee~ Kalau ada sticker ( macam kat gambar bawah ni ) – selfie cepat-cepat dengan penutup botol tu dan hantar terus ke nombor +60187934869 untuk menuntut hadiah korang.

TIPS NAK MENANG ?

Lagi banyak korang beli, lagi besar peluang korang nak menang.


LAMANWEB : https://www.alfatehjunior.com
FACEBOOK :  https://www.facebook.com/AlFatehJuniorHQ
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/AlFatehJuniorHQ
YOUTUBE : Al Fateh Junior HQ


Mana tau kot link kat atas tu boleh bantu korang mencari sumber ilham untuk menang ataupun kot berminat nak cari sumber pendapatan dengan menjadi ejen Al Fateh Junior ke.. Hee~ Rezeki tak datang bergolek kalau korang tak mula kan.

malaysia_blogger‍‍

22 November 2018

PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DI MALAYSIA WEDDING FESTIVAL ( MEFA ) EDISI KE-21

Nak cari pakej kahwin ? Korang merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau pun masih lagi tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis nanti ?

pakej_perkahwinan_murah

Kalau ini masalah yang sedang korang hadapi, memang korang wajib singgah ke Pameran Pengantin MEFA yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre ( SACC ) pada bulan Disember 2018 ini. Di sini korang boleh cari semua pakej perkahwinan lengkap untuk majlis dari kad kahwin sehinggalah makanan untuk tetamu. Pameran Pengantin MEFA 2018 Pameran Pengantin yang dinanti-nantikan serta paling BEST di Malaysia akan menemui anda semua terutama bakal-bakal pengantin dari seluruh Lembah Klang.

Kali ini, Pameran oleh Malaysia Wedding Festival ( MEFA ) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre ( SACC ) akan menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin. Kalau korang bakal-bakal pengantin yang mencari produk seperti, katering, pelamin, busana pengantin, pakej lengkap pekahwinan, dewan perkahwinan, kad kahwin, fotografi, videografi, door gift, hantaran dan macam-macam lagi - Pameran Pengantin MEFA adalah pilihan paling tepat.

pameran_pengantin_2018

Jangan lepaskan peluang tau !

Pameran Pengantin MEFA akan berlangsung pada bermula pada 7 Disember 2018 ( Jumaat ) sehingga 9 Disember 2018 ( Ahad ) di SACC, Shah Alam. Apa yang Menarik jika anda membuat tempahan di pameran ? Dengan promosi selama TIGA hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti. Dengan tawaran pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, PERCUMA kambing golek, PERCUMA penghantaran dan paling BEST ! PERCUMA pakej bulan madu. WOW ! Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ini.

pakej_perkahwinan_berbaloi

kad_kahwin_murah_2018

festival_pengantin_2019

Tapi !! 

Antara promosi di pameran paling disukai oleh semua bakal-bakal pengantin adalah cabutan bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, t-shirt limited edition dan banyak lagi. Jika korang adalah orang yang 1,000 terawal datang, penganjur akan menyediakan hadiah istimewa nanti.

Rugi kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti, habis semua orang rebut. Yang paling best pada abad ini, jika anda sukakan pertunjukan fesyen dan makeup, anda boleh saksikan semuanya secara LIVE di pentas MEFA selama TIGA hari. LIVE Makeup daripada makeup artist ( MUA ) ternama di Malaysia akan dilakukan di pentas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala pertunjuk fesyen pada hari terakhir iaitu Ahad. Jangan ketinggalan tau !

Ini tawaran yang bukan main-main untuk bakal-bakal pengantin.



pakej_fotografi_perkahwinan_murah

pakej_perkahwinan_2019

Bagi memudahkan semua yang datang, boleh layari laman social penganjur yang sentiasa up to date perkembangan pameran.

WEBSITE : http://www.mefa.my

P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi: Encik Azahari ( 012- 3871775 ). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan korang tau !!

malaysia_blogger

10 November 2018

LAB 11 ; JENAMA MALAYSIA KUALITI ANTARABANGSA MEMBANTU MERAWAT MASALAH KEROSAKAN RAMBUT

Sangat membimbangkan apabila semakin hari rambut semakin berkurangan akibat faktor usia dan rutin sehari-hari yang membataskan aktiviti untuk memberi perhatian yang lebih terhadap kesihatan serta kesihatan rambut. LAB 11 mempunyai solusi yang mudah cuma dengan dua langkah.

lab11_malaysia

Jenama LAB 11 adalah satu pencapaian terbesar pasukan pakar rambut yang dimiliki oleh Global Story mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun dengan memberi khidmat kepada berjuta-juta pelanggan dari seluruh negara. Global Story yang mempunyai sebelas cawangan salun Hairstory, Akademi Global Story, dua salun kuku Sugar Nails dan dua cawangan Facestory telah menjadi pelopor dalam industri kecantikan rambut dan penyelidikan tentang perkara yang berkaitan.

Seiring dengan visi yang dibawa Global Story untuk memupuk keyakinan diri individu menerusi penjagaan kecantikan untuk pelbagai lapisan masyarakat, LAB 11 adalah platform yang menawarkan rangkaian produk rambut sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

lab11_international

Memberikan yang terbaik, LAB 11 memperkenalkan dua produk yang dipaten tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya, iaitu :




LAB 11 FULL-LIFT SHAMPOO


  • Mengandungi ekstrak Nasturtium Officinale yang mengandungi sejumlah besar sulfur, zink dan magnesium yang berfungsi untuk menjadikan akar rambut lebih kuat dan meningkatkan ketumpatan folikel rambut yang menjadikan rambut kelihatan lebih kuat dan padat. Rambut akan berasa lebih ringan dan tebal. Turut mengandungi ekstrak limau nipis, oren, peppermint dan pati minyak kayu putih mampu memberi kesegaran semasa bersyampu.


LAB 11 FULL-LIFT SOFT MASK


  • Melengkapkan rutin bersyampu, pastinya lapisan soft mask yang kaya dengan minyak argan, minyak zaitun dan tinggi asid amino ini mampu menjadikan rambut lebih lembut dan menyusun semula molekul rambut yang telah rosak menjadikan ia sempurna. Meresap lembut terus ke dalam rambut, ia bertindak meremajakan rambut, melindungi folikel dan memperbaiki sel-sel rambut secara keseluruhannya.



CARA PENGGUNAAN


1. Sikat rambut terlebih dahulu supaya rambut tidak bersimpul dan memberi ruang air menyerap terus ke rambut. 

2. Basahkan rambut hingga sekata.

3. Pam syampu ke tapak tangan mengikut kuantiti yang diperlukan dan sapu terus ke rambut sehingga rata.

4. Bilas sehingga bersih.

5. Keringkan rambut secara lembut menggunakan tuala kering yang bersih.


Dah siap semua ? Jom kita pakai Soft Mask plakkkkk. Soft Mask ni berfungsi sebagai conditioner yang menjaga rambut dari pelbagai punca kerosakan. Nah !! Memang tak lengkaplah penjagaan rambut tanpa Soft Mask ni.


6. Pam Full-Lift Soft Mask secukupnya dan sapu rata dari tengah rambut hingga ke hujungnya.

7. Guna sikat bergigi jarang atau cukup dengan menggunakan jari sahaja supaya soft mask dapat meresap lembut dari akar hingga ke hujung rambut.

8. Biarkan selama 2 - 5 minit dan bilas sehingga bersih.


Penjagaan rambut memang leceh tapi dengan hasil yang korang akan terima pasti memuaskan hati. Mana tidaknya, dapat fliphair dan rambut lebih terurus sepanjang hari.

Jadi !!
Kalau korang memang ada masalah kerosakan rambut, masih sempat untuk rawat menggunakan kombinasi LAB 11 Full-Lift Shampoo dan LAB 11 Full-Lift Soft Mask ni !!


USAHAWAN LAB 11


Dengan permintaan dari pelanggan yang semakin hari semakin meningkat, LAB 11 membuka tawaran untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan secara online di mana LAB 11 turut menyediakan latihan penuh kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan sehingga enam angka ( ataupun lebih !! ). Semuanya hanya dihujung jari termasuklah urusan perniagaan produk LAB 11.

Ramalan perkembangan semasa mengenai teknologi maklumat mengesahkan bahawa beberapa tahun akan datang banyak perniagaan akan bergerak masuk ke dunia siber bagi menggantikan sistem konvensional. Semakin cepat korang memulakan perniagaan internet semakin korang bersedia untuk berkembang dengan lebih positif.

lab11_private_preview

Meletakkan harapan yang tinggi untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berdiri dengan kaki sendiri disamping bersaing secara sihat, LAB 11 merancang untuk memperkembangkan pasaran jenama ke peringkat antarabangsa secara lansung kerana pengunaan internet yang tidak mempunyai jangkauan had waktu dan wilayah. Jadi !! LAB 11 dapat diakses dari mana-mana sahaja.




Setiap usahawan yang mendaftar akan diberi ruangan login atas nama sendiri yang berfungsi sebagai kedai peribadi. Hanya buat pesanan untuk pelanggan, masukkan butiran dan terima bayaran yang sepatutnya dari pelanggan – pihak pengurusan LAB 11 akan mengeposkan pesanan bagi pihak korang. Nampak ? Tak payah beriya nak simpan stok atau buat pembelian dalam kuantiti yang besar.
Hanya bermodalkan semangat, latihan dari mentor yang terlatih, peranti internet – semua pun boleh menjadi usahawan.


Bagi memudahkan korang untuk mencapai info terkini, kakak sediakan beberapa link yang mungkin boleh jadi rujukan.


malaysia_blogger

7 November 2018

PROMOSI BACK TO SCHOOL BERSAMA SUNFEET – PAKAR KAKI ANAK-ANAK

Kesibukan setiap tahun menjelang musim persekolahan adalah menyiapkan pelbagai kelengkapan sekolah anak-anak dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Kalau boleh semua nak baharu sebab nak naikkan semangat belajar anak-anak. Hee~ Seronok kalau dengar ada promosi back to school apatah lagi kalau dikelolakan oleh pakar kaki ; Sunfeet.

kasut_sekolah_sunfeet_petaling_jaya

Mengetahui betapa pentingnya kaki sepanjang tumbesaran anak-anak, kami mengambil inisiatif untuk mempelajari lebih banyak tentang kesihatan kaki. Ye lah. Nak pakai lama kan, sedikit sebanyak kena ambil berat lagi pula anak-anak yang masih kecil – masih sempat untuk dirawat sekiranya terdapat sebarang kesakitan pada kaki dan tapak kaki.


BACK TO SCHOOL 2019


Kalau sebelum ni kita nak pilih kasut untuk anak-anak, asal muat dan bergaya konon dah cukup tapi tidak mementingkan kesesuaian kasut dengan tapak kaki membuatkan mereka mendapat kesan terhadap kesihatan tulang belakang dan lutut. Sehari suntuk berada di sekolah mengisi pelbagai program pembelajaran sudah pastinya kaki yang kuat dapat membantu anak-anak bertahan sehingga waktu balik sekolah. Kasut yang selesa adalah kasut yang mempu memberi sokongan pada tapak kaki dan tulang belakang supaya dapat membesar dengan baik dan sihat.

kasut_sekolah_berkualiti_sunfeet

kasut_sekolah_sunfeet

Telah berpengalaman lebih 30 tahun, Sunfeet mengambil inisiatif untuk menyampaikan kesedaran betapa pentingnya kesihatan kaki sementara anak-anak tengah nak membesar dan tumbesaran tulang masih boleh dibentuk.


“Apabila usia anak menjangkau 15 tahun, tulang anak-anak sudah mula mengeras
dan sukar untuk dibentuk semula.”
- Dr Edmund



SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE


Memakai kasut yang tidak mengikut kesesuai bentuk kaki juga memberi tekanan terhadap tulang dan struktur tulang yang membentuk badan. Selalu kita beli jek kasut kat shopping mall sebab cantik kan ? Cantik tak semestinya elok dan membantu tau. Sebab itu la pentingnya pemakaian insoles yang mengikit bentuk tapak kaki dan pemilihan insoles yang tepat sangat penting. Insoles merupakan pelapik kaki yang direka khusus untuk pengguna ( customade hoccaaayyyy ) bagi mengekalkan kestabilan dan kesihatan tapak kaki.




Di SunfeeT Rehabilitation Centre yang juga merupakan on stop centre untuk membuat pemeriksaan kaki dan terus mendapatkan rawatan yang sesuai bagi merawat masalah kaki. Dari kanak-kanak sehinggalah ke dewasa, semua pun boleh.

sunfeet_petaling_jaya
Nur Aiman memang suka cek cek nih. Dia tak takut lansung. Tapi dapat mencegah awal lagi bagus kan ?
foot_screening_di_sunfeet_petaling_jaya
YA ! Nur Aiman ada masalah tapak kaki rata. Patutlah dia selalu mengadu sakit belakang. Em.
Orang kita memang kurang mengambil berat tentang kesihatan kaki sebaliknya di Sunfeet, para pengunjung akan didedahkan dengan realiti sebenar pelbagai masalah yang berpunca dari kerosakan kaki. Sebab tu mereka menawarkan promosi Back To School untuk ibu ayah membuat semakan kaki anak-anak disamping mendapatkan konsultasi yang sesuai dengan masalah kaki anak.



TIPS KAKAK : Kalau korang nak beli kasu sekolah anak-anak pastikan ada 
ruang 2 jari pada hadapan kasut bagi menjaga keselesaan kuku kaki.



Memilih kasut yang betul dan bersesuaian dengan aktiviti seharian anak-anak pastinya dapat membantu pertumbuhan tulang yang lebih sihat disamping menjaga kesihatan tubuh badan anak-anak. Kini di Sunfeet ada pelbagai promosi menarik untuk pengunjung sama-sama manfaatkan musim cuti sekolah dengan memperbetulkan kesilapan perhatian pada kaki anak-anak termasuklah pemilihan kasut sekolah yang betul dan sesuai mengikut tapak kaki anak. Kaki yang sihat adalah kaki yang gembira ! Ha. Faham tak ?

Kalau kita tak bantu perbetulkan kesihatan anak-anak, mereka tidak mampu buat sendirian. Jadilah ibu ayah yang bijak untuk masa depan mereka yang cemerlang ! Wah ! Jemput singgah di Sunfeet tau !

ALAMAT :
Block C, 18 Jalan 19/1 Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU OPERASI :
Setiap hari dari 10.00 pagi – 7.00 petang


LAMAN WEB : www.sunfeet.com.my

malaysia_blogger

LAZADA 11.11 BLOGGER CONTEST – KAKI SHOPPING KENA STANDBY !!

Setiap tahun dan belum pernah berputus asa memeriahkan komuniti blogger dengan contest !! Yeay !! Lazada 11.11 Blogger Contest menawarkan lebih baucar tunai lebih daripada RM 10,000.00 untuk 103 orang pemenang ! WAH ! Menyambil-nyambil korang ada blog tu, memang sesuai sangatlah join. Kan ?

lazada_blogger_contest_11.11

Heyyyyyy-- 
 
Kakak pun yang memang kaki shopping sejati takkan nak tengok saje. Ha. Kena lah ada sebarang dua barang untuk dibeli. Kan ? Maka. Kakak pun susun strategi penyimpanan duit dari bulan September untuk sama-sama merasai kehangatan meriahnya JUALAN MEGA 11.11 nih. Korang ingat kakak beli kasut lagi ? Hee~ Cukup lah ! Kali ni misi kakak nak tunaikan impian semua orang kat dalam rumah ni. Asyik impian kakak jek.


1. ENCIK SUAMI YANG SUKA MEMASAK


Memang seronok bila memiliki suami yang suka memasak ( dan juga makan !! ) terasa ringan sikit tugasan sebagai seorang isteri sebab boleh bahagi-bahagikan tugas. Hee~ Haritu Encik Suami kakak cakap pemegang pan ( kuali leper ) dah nak patah sebab pernah terjatuh. Memang frust jugak sebab set periuk yang ada sekarang pun Encik Suami yang belikan masa awal-awal pernikahan dulu.

BERLINGER_HAUS _10pcs_Cookware_Set_Copper_Metallic_Line_Rosegold


Jadi !! 
 
Kakak fikir nak pulang paku buah keras dan ada plan nak belikan satu set untuk beliau lah. Tapi minta maaf, dapur memang tak boleh nak masuk warna lain selain warna-warna wanita. Hahahaha~ Walaupun untuk beliau, tapi tetap nak warna kita. Lapar plak mengidamkan kari ayam airtangan Encik Suami kalau pakai set Berlinger Haus nih lagi lah sedap agaknya kot.


2. ANAK LELAKI YANG MINTA PRIVACY !!


Bila ada anak-anak yang sedang membesar ni, penat dia lain macam. Yang sorang berperangai macam ni, sorang lagi perangai macam tu dan susah nak puaskan hati kedua-duanya belum lagi masuk bab bergaduh dan bertumbuk. Pening ! Memang kakak dah asingkan bilik untuk Nur Aiman dan Nur Aina tapi masih belum sempat nak mengemas elok-elok.

katil_murah_lazada

Haritu ada tengok perabot untuk bilik tidur Nur Aiman tapi terlampau mahal dan melebihi bajet. Maka terpaksalah kakak terangkan pada Nur Aiman, nasib juga dia faham. Hee~ Katil yang kami tengok di kedai tu memang serupa macam gambar di atas. Ada ruangan untuk tidur dan meja belajar di bawah nya.




Dia dah plan dah nanti kalau sedara mara datang nak tidur mana, nak bentang tilam extra kat mana. Hee~ Begini rasanya ya bila anak-anak dah pandai merancang mengikut kehendak masaing-masing. Tapi bagus juga sebab ibu tak payah pening kepala nak fikirkan apa yang dia nak. Dia sebut, ibu cari, ayah bayar. Eh !!


3. ALWAYS BE MY PRINCESS


Dia memang tak minta banyak sebab semua dia dah ada. Set meja belajar dengan pelbagai koleksi buku dan rak permainan untuk menyimpan semua koleksi permainan yang dia ada. Cuma selalu dia sibuk menumpang bersiap kat bilik tidur ibu. Hahahaha~ Nak buat macam mana, perempuan kan ? Lagi-lagi bila dah pandai nak melawa.

dressing_table_murah_lazada

Kakak rasa dah sampai masanya nak adakan satu meja solek lengkap dengan bangku untuk Nur Aina perasan princess setiap hari. Dengan design moden sudah tentu tak lapuk dek tahun sebab nanti boleh guna sampai Nur Aina dah besar.




Confirm lepas ni ibu pulak yang menumpang kat bilik dia. Hahahaha~ Tapi tak pe lah. Selagi dia pandai nak bahagikan masa nak belajar, nak melawa dan pandai jaga diri – apa saja pun boleh. Tak de masalah. Pehhhh. Sebak pulak bila bercerita pasal anak-anak ha. Semua ibu pun nak jadi ibu yang terbaik dengan menyediakan kelengkapan terbaik untuk anak-anak. Kan ? Bisalah tu.

Bila anak-anak dah besar, ibu kena lah pandai membahagikan mana perlu ataupun tidak dan berbaloi setakat mana dengan perbelanjaan sehari-hari. Kalau dah Lazada tawarkan harga lebih murah berbanding harga di kedai. Masa ni lah nak jadi pembeli yang bijak ! Untuk ibu tak de ke ? Ibu memang tak de nak beli pape ke ? Haa. Serba salah plak rasa kalau tak de kan. Dah la jualan terlajak murah ni setahun sekali, mana boleh tak beli !!!!!!


4. MARILAH GANTIKAN YANG BAHARU !!


Dah lama kakak simpan item ni dalam cart tapi asyik terlepas pandang untuk dapatkan harga murah tu. Dan kali ni memang kakak taknak terlepas, nekad memang nak kejar siap set alaram dah ni ha. Hee~

sofa_murah_lazada

Disebabkan ruang kerja kakak ( sebelum ni kat bilik Nur Aina ) dah kena jajah, kakak kena lah cari tempat lain untuk kakak buat kerja dan terlelap time kerja. Hahahaha~ Dah kalau dasarnya sejenis tak reti nak tidur malam, memang perlukan ruang yang selesa seperti SOFA !! Ya !! Empuk dan lebar sesuai lah nak dok tergolek sambil tengok drama Korea ! Eh ! Sambil bekerja !! Hee~ Best jugak ni sebab ngam dah nak gantikan sofa lama tu.




Ha. Kalau korang boleh pasang angan-angan, maksudnya korang boleh juga memiliki apa yang korang angankan. Jangan sekat setakat itu sahaja. Salah satu cara untuk korang shopping dengan bergaya macam kakak, sudah tentulah 11.11 Shopping Festival yang akan berlansung pada 11 November 2018 di Lazada ni menjadikan segala impian kakak menjadi kenyataan ! Wah !!

Cuma kali ni bukan impian kakak sahaja, kakak cuba sebaik mungkin untuk tunaikan impian Encik Suami – Nur Aiman dan Nur Aina. Mesti dorang seronok gile kan ! Macam kakak seronok shopping sakan dengna Lazada – lah !! Hee~

malaysia_blogger

5 November 2018

JOLIE DENGAN KESAN SHIMMER SHINE MEMBERI KESAN LEBIH RINGAN

Ehem. Baru tadi ada yang tegur kakak “atie buatlah review untuk beauty product.. mesti laku..” Nah ! Kakak tak amik masa lama sangat sebab kakak memang nak share pasal JOLIE. Hee~ Kalau korang makeup junkie tapi tak ber – Jolie, tak payah nak sembang lebih lah. Wah !! Gitohhhhh--

cc_cream_jolie

Tipikal mak-mak sejenis yang busy dan memang tak amik berat tentang alat solek, kakak kurang peka dengan produk tempatan yang telah berada dipasaran terutamanya bb cream – cc cream – foundation. Bagi kakak semua tu sama dan kalau ada, adalah dan kalau tak de pun tak pe. Sepanjang tahun 2018 ni kakak memang sangat sibuk dengan pelbagai urusan dari dalam rumah sehinggalah menghadiri pelbagai jemputan majlis pelancaran dan sebagainya membuatkan kakak perlu tampil berseri dan manis selalu.

Kalau setakat manis dengan senyuman tapi tersembul kekurangan pada kulit muka yang menjadi first impression prospek / client, sudah pastinya kakak berada dalam keadaan yang rendah diri. Pheww—Rasanya ramai yang pernah berada dalam situasi tu kan ? #sepsket !!


JOLIE SHIMMER SHINE CUSHION


Sebelumnya kakak sangat pandang rendah dengan produk tempatan ( SORRY !! Hahahaha~ ) tapi bukan untuk entri kali ni. Ikhlas dari hati kakak, cinta pertama muncul lagi tapi kali ni dengan Jolie ! Apa plak Jolie ni ? Best sangat ke sampai kakak lambung semacam ? Macam tak femes jekkkkkkk-- 

Heyyyyy. 

Sebelum korang terfikir macam tu, kakak pun fikir benda yang sama sampailah kakak mula ber – Jolie baru kakak tau perasaan yang sebenar.

jolie_shimmer_shine_cushion

Walaupun baru setahun jagung dalam pasaran kecantikan di Malaysia, Jolie yang telah berada dipasaran sejak bulan September 2018 percaya mampu bersaing secara sihat dengan mempertaruhkan dua tona iaitu CARAMEL – sesuai untuk mereka yang mempunya tona kulit sedikit gelap ( sawo matang ) dan CREAM – untuk mereka yang berkulit cerah dan kedua-duanya sangat sesuai untuk wanita Asia. Nah ! Pentingkan kecantikan haruslah mementingkan kandungan yang mampu memelihara kulit supaya sihat juga !

Jangan risau ! Jolie mengandungi vitamin C dengan SPF 35++ yang mampu melindungi kulit dari sinar UV ( sinar nih jahat okay !! )

joilie_cc_cushion
Tak sungguh tak kata !! Hee~
Kakak memang bukan sejenis yang suka ‘menampal’ apa-apa lapisan lain pada kulit muka, sangat tak selesa dan merasakan ada satu benteng lain dari menghalang kulit bernafas. Hee~ Tapi bila ber – Jolie, kakak cuma dap nipis pada kulit muka sehingga rata untuk menutup cela ( biasanya parut jerawat dan lebam bawah mata ) tak terasa macam berbedak lansung. Tekstur yang ringan dan tidak berminyak membuatkan kulit kakak selesa sangat !




Boleh in love lah kalau gini kejadiannya.

Okay ! Dah siap ! Jom pegi dating ! Hee~

Apa yang menariknya, kakak tak perlu beriya tonyoh kulit muka untuk membersihkan sisa-sisa bedak. Cukup dengan sekali cuci dengan pencuci muka, bersih ! Nak singgah solat pun dah tak risau telekung wakaf tertinggal kesan bedak segala. Bersiap ambil masa 2 minit, nak bersihkan 2 minit. Kakak overclaim ? Hee~ Kalau korang nak rasa perasaan kakak – korang kena ada satu. Lepas tu jangan lupa inform kakak perasaan korang semasa ber – Jolie.

Korang kena tau Jolie :

  • Mampu menutup cela pada kulit
  • Tekstur yang ringan dan tidak berminyak pada kulit
  • Tidak meninggalkan kesan bedak pada tudung / baju sekiranya berpelukan
  • Tidak bercapuk apabila berpeluh
  • Mudah dipakai ( kira-kira 2 minit dah siap ! )
  • Merawat jeragat dan mengecilkan liang pori dengan penggunaan berterusan
  • Memberi kesan kilauan ( shimmer shine )

Bukan ATIEHILMI - lah kalau tak geledah habiskan ! Hee~
Sekarang ni dorang ada promosi, DUA Jolie berharga RM 100.00 – kalau tak SATU Jolie = RM 75.00 !! Heyyyyyy. Memang tak lengkap kalau nak keluar tanpa Jolie. Boleh isytihar BFF nih !


malaysia_blogger