SUNFEET MALAYSIA, PAKAR ORTOTIK DAN PROSTHETIC UNTUK MERAWAT MASALAH KAKI

menyedari semakin ramai yang terleka dan tidak mengambil berat tentang kesihatan kaki, Sunfeet Malaysia yang juga merupakan Pakar Orthotic & Prosthetic mengambil inisiatif untuk mendekatkan jenama dengan penduduk sekitar yang mempunyai masalah kaki mahupun yang berminat untuk pelajari serba sedikit tentang kesihatan kaki.. al – maklum lah, tanpa kaki yang sihat cemana kita nak teruskan aktiviti sehari-hari dengan baik.. kan ?

sunfeet_malaysia

biasa kita menyarung kasut mengikut keselesaan kita dan bukannya mengikut apa yang diperlukan oleh badan dan bentuk kaki kita.. nah !! tak faham kan ? hee~ ye la.. biasa kita beli kasut mengikut kemampuan tanpa memikirkan kesan jangka panjang pemakaian kasut tersebut untuk kesihatan sehari-hari kita dan kalau kita sendiri lihat, kasut yang murah biasanya tidak memberi sokongan yang baik terhadap tulang dan tapak kaki..

betul tak ?

sedangkan kita tau yang kaki merupakan anggota badan paling penting untuk kita bergerak dan meneruskan aktiviti seharian.. kalau kaki selalu sakit, seksa weyh.. sedangkan orang dewasa pun tak tahan nak menanggung sakit kaki apatah lagi kanak-kanak.. em.. sebab tu korang disarankan membuat pemeriksaan kaki secara berkala dan mendapatkan pendapat dari pakar Ortotik dan Prosthetik secara berkala bagi memastikan kaki korang sihat..




SUNFEET INTENATIONAL REHAB CENTRE


menyedari kepentingan penjagaan kaki, Sunfeet International Rehab Centre yang telah wujud sejak 1978 kini terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya mengambil inisiatif untuk membantu memulihkan pesakit yang mengalami masalah berkaitan kaki.. ya !! semua yang berkaitan termasuklah sakit kaki akibat diabetes.. diasaskan oleh Dr. Lee Joon Wee bagi memenuhi hasrat orang tuanya untuk membina pusat rehabilitasi untuk membantu lebih ramai pesakit kaki termasuklah

  • tapak kaki leper
  • sakit lutut
  • cerebral palsy

sunfeet_malaysia_pakar_orthotic_prosthetic

turut menjadi permintaan hampir kesemua pelanggan, Sunfeet juga menyediakan perkhidmatan mereka kasut mengikut permukaan kaki yang sesuai bagi setiap individu yang mampu membaikpulih struktur tulang yang normal..

pakar_orthotic_prosthetic_malaysia

Sunfeet mempunyai kepakaran dalam menyediakan pendakap ortopedik yang dibuat khusus untuk pesakit.. mereka juga menyediakan peranti pre-fabrik mengikut kesesuaian tapak kaki dan saiz anggota badan..


INSOLES


memakai kasut yang tidak mengikut kesesuai bentuk kaki juga memberi tekanan terhadap tulang dan struktur tulang yang membentuk badan.. ha ? serius la.. selalu kita beli jek kasut kat shopping mall sebab cantik kan ? cantik tak semestinya elok dan membantu tau.. hee~ tapi takkan nak membazir plakkkkkk.. haa.. sebab tu la pentingnya pemakaian insoles yang mengikit bentuk tapak kaki dan pemilihan insoles yang tepat sangat penting.. insoles merupakan pelapik kaki yang direka khusus untuk pengguna ( customade hoccaaayyyy.. ) bagi mengekalkan kestabilan dan kesihatan tapak kaki..

sunfeet_orthotic_prosthetic
insoles dapat membantu membaiki postur badan disamping merawat masalah sakit lutut dan belakang

antara masalah kaki yang banyak dialami oleh orang Malaysia adalah tapak kaki rata yang boleh terjadi sejak kecil lagi.. dan korang kena tau, faktor utama tapak kaki rata juga adalah keturunan tapi masih boleh dirawat untuk membaikpulih tapak kaki sekiranya anak korang belum mencecah 15 tahun.. dan kalau dah berusia, memang tak de jalan lain selain menggunakan kasut yang sesuai dan insoles..

bentuk_kaki_yang_sihat
apa bentuk tapak kaki korang yang boleh menggugat kesihatan korang ?


free_foot_screening_orthotic_prosthetic


di Sunfeet, korang juga boleh buat analisa kesihatan kaki dan ia adalah percuma dengan melihat hasil scan tapak kaki korang di skrin.. haa.. masa ni la nak tau apa punca sakit-sakit korang selama ni.. hee~ jangan risau.. Sunfeet adalah pakar dan bukan sebarangan jenama dan selepas proses analisa, korang akan diberikan penerangan lengkap..

sunfeet_malaysia_orthotic_prosthetic
produk Sunfeet direka khusus mengikut kesesuaian tapak kaki pesakit

memang pengalaman yang sangat bermakna buat kakak ( ya !! kakak memang suka topik topik kesihatan dan kecantikan ni.. hee~ kalau badan tak sihat, cemana nak cantik.. kan ? jadi.. dua dua nya kena selari.. ) mengetahui kepentingan kaki dan keperluan menjaga kaki bagi memastikan aktiviti seharian menjadi lancar, ya !! kakak tidak akan ketinggalan untuk buat semakan kesihatan secara berkala.. dan kalau korang pun mengalami masalah kaki, mungkin boleh singgah di Sunfeet untuk mendapatkan khidmat nasihat..


selain semakan kesihatan kaki, di Sunfeet juga menyediakan perkhidmatan rekabentuk insoles mengikut kesesuaian kaki, ada juga jenis-jenis kasut yang sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah ke dewasa.. dari segi harga, mungkin sedikit mahal tapi pelaburan awal untuk kesihatan lebih berbaloi dari korang dah sakit nanti baru nak cari penawar.. masa tu memang tak de diskaun.. hee~ mungkin kos akan menjadi berkali kali ganda..

kalau korang peka dengan kesihatan kaki, apa kata singgah sekejap dan pelajari sesuatu..


atau terus ke :

Sunfeet Malaysia - International Rehab Centre
Block C, 18 jalan 19/1, Sek 19,
46300 Petaling Jaya, Selangor
HOTLINE : 013 - 528 3939 | 013 - 912 2939

blogger_malaysia

No comments:

Powered by Blogger.