Numinara Review: Produk Vegan & Cruelty-Free Malaysia Yang Wajib Cuba
Numinara by Diana Danielle ialah jenama penjagaan diri vegan Malaysia yang cruelty-free, mesra alam dan selamat untuk kulit. Ketahui kenapa brand tempatan ini semakin mendapat perhatian.
Kalau korang follow dunia beauty tempatan, mesti dah dengar tentang Numinara, kan?
Baru-baru ni, i berpeluang menyaksikan sendiri pelancaran jenama penjagaan diri vegan Malaysia ini yang diasaskan oleh pelakon dan penyanyi kesayangan ramai, Diana Danielle -- dan honestly, it was such a proud moment for local brands! 🇲🇾✨
Apa Sebenarnya Numinara Ni?
Numinara ialah jenama penjagaan diri 100% vegan dan cruelty-free yang fokus pada produk lembut, selamat untuk kulit dan berinspirasikan kecantikan tradisional Asia.
- Kulit sensitif
- Nak elak bahan kimia keras
- Prihatin tentang alam sekitar
- Pilih produk beretika
Antara yang menarik tentang jenama ni:
- Formulasi lembut dan skin-safe.
- Menggunakan bahan semula jadi.
- Tiada bahan kimia keras.
- Pembungkusan boleh dikitar semula ♻️
- Berpegang pada prinsip vegan dan bebas kekejaman.
Dari Perjalanan Peribadi ke Sebuah Jenama
Menurut Diana sendiri, Numinara lahir daripada perjalanan peribadinya mencari penjagaan diri yang lebih lembut dan lebih “real”. Katanya, dari awal lagi dia memang dah tetapkan satu benda -- nilai jenama ini tak boleh dikompromi.
“Sejak awal lagi, penting bagi saya untuk memastikan Numinara adalah 100% vegan dan bebas kekejaman, dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula, kerana menjaga diri kita juga bermaksud menjaga dunia di sekeliling kita.”
Macam Mana Numinara Boleh Grow Cepat?
Di sebalik kejayaan ni, ada sokongan daripada kumpulan e-dagang hujung-ke-hujung, Commerce.Asia. Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Ganesh Kumar Bangah, pengguna hari ini lebih percaya kepada pencipta kandungan dan individu yang mereka rasa dekat dan relatable. Itulah sebabnya model “creator-led brand” macam Numinara ni semakin menjadi. Di bawah kerjasama ini:
- Diana fokus pada nilai, komuniti dan kepercayaan.
- Commerce.Asia uruskan operasi e-dagang, logistik, fulfilment dan pengoptimuman prestasi.
Kiranya, satu fokus pada jenama dan komuniti, satu lagi fokus pada sistem dan scalability. Smart move.
Jualan Cecah RM1 Juta Dalam 6 Bulan?!
Yes, betul!!
Numinara berjaya melepasi RM1 juta jualan dalam masa kurang daripada enam bulan. Ini menunjukkan jenama penjagaan diri vegan Malaysia memang ada pasaran yang kuat — especially bila ia dibina atas asas kepercayaan dan komuniti, bukan sekadar hype semata-mata.
Kenapa Produk Vegan & Cruelty-Free Semakin Popular?
Sebab pengguna sekarang:
- Lebih peka tentang kandungan produk
- Nak sesuatu yang lebih selamat untuk kulit
- Prihatin terhadap isu haiwan dan alam sekitar
- Suka sokong jenama tempatan yang berintegriti
Numinara berada tepat di tengah-tengah trend ini -- gabungan kecantikan, nilai dan tanggungjawab sosial.
Kesimpulan: Worth The Hype?
Bagi i, Numinara bukan sekadar jenama beauty biasa. Ia adalah contoh bagaimana jenama tempatan boleh berkembang dengan:
- Nilai yang jelas
- Komuniti yang kuat
- Strategi e-dagang yang betul
- Produk yang selari dengan gaya hidup moden
Kalau korang tengah cari jenama penjagaan diri vegan Malaysia yang align dengan nilai moden -- gentle on skin, kind to animals, and responsible towards the environment -- Numinara memang patut masuk dalam wishlist.
We need more of this energy 💚✨




No comments: