JOBBIE x MAKNA DALAM KEMPEN PENGUMPULAN DANA PENDIDIKAN 'PINK WOBBLY BREAST ODYSSEY'.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Oktober Pink), jenama mentega kacang semula jadi terkenal, JOBBIE mengumumkan kerjasama dengan Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas yang diberi nama “Pink Wobbly Breast Odyssey”.


The Pink Wobble Breast Odyssey


Kempen ini telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) dihadiri lebih daripada 100 tetamu yang terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, kolaborator, ahli media dan pencipta kandungan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara sambil menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA. Antara nama-nama terkenal yang hadir adalah Timbalan GM MAKNA, En. Vemanna Appannah, dan pempengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi.


Damansara Specialist Hospital


Di pelancaran kempen, JOBBIE memperkenalkan edisi terhad 5,000 balang kaca Jobbie merah jambu yang direka khas dengan label “Pink Wobbly Breast Odyssey”. Setiap balang menampilkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk berwarna merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang menghidap penyakit ini. Untuk setiap balang yang dijual, RM1 akan diderma kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, demi membantu menyediakan sumber maklumat dan rawatan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.


Nama kempen ini diilhamkan daripada dua elemen utama yang berkaitan perjalanan kanser. Perkataan “Wobbly” melambangkan kerentanan yang dihadapi ketika memerangi kanser payudara, sementara “Odyssey” mencerminkan perjalanan unik dan penuh keberanian setiap orang yang menghadapi penyakit ini. Ini selaras dengan etos JOBBIE untuk menyebarkan kegembiraan dan memperjuangkan kualiti hidup yang lebih baik.


JOBBIE x MAKNA

En. Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE menjelaskan, “Kerjasama JOBBIE dengan MAKNA merupakan peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosi kesihatan payudara. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan 'Pink Wobbly Breast Odyssey' menggalakkan semua orang untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong pesakit dan menyumbang kepada penyelidikan dan rawatan kanser payudara.


“Di JOBBIE, kami percaya bahawa sebagaimana mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, semangat dan sokongan kepada pejuang dan pemandiri kanser payudara melalui inisiatif ini. Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia hidup dengan lebih baik dan lebih sihat, dan pada masa yang sama mengilhamkan rakyat Malaysia untuk peka terhadap penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit tetapi juga keluarganya. Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan komuniti dan penjaga pesakit untuk menyokong satu sama lain dan mengambil kesihatan payudara dengan serius.”


Bulan Pencegahan Kanser Payudara


Acara pelancaran menampilkan pelbagai aktiviti kesihatan yang menyarankan rejim holistik untuk penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang menegaskan kepentingan kesihatan mental bagi mereka yang hidup dengan kanser. Pameran Wobbly Breast Hall of Fame turut menampilkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Wobby Breast. Peserta-peserta juga diberi peluang untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri dan menerima saringan kanser payudara percuma, disediakan oleh penaja kami, Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).


Pink October


Kanser payudara merupakan bentuk kanser nombor satu di kalangan wanita di Malaysia, sebanyak 32% daripada semua kanser yang dikesan dalam wanita. Risiko menghidap kanser payudara meningkat dengan usia, dan berlaku dengan lebih kerap di kalangan individu berusia 50 tahun ke atas.


Malangnya, kebanyakan kes dikesan lewat, dengan hampir separuh kes dikesan pada Tahap 3 atau Tahap 4, apabila pilihan rawatan lebih terhad dan peluang untuk bertahan hidup menurun. Statistik ini menekankan kepentingan pengesanan awal dan saringan berkala, terutamanya bagi wanita berumur 40 tahun ke atas, demi meningkatkan peluang rawatan dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini.


Acara pelancaran kempen turut menampilkan pakar kesihatan dan pemandiri kanser untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser.


Mariam Durian Kimchi


Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), membincangkan hal kesihatan wanita, menekankan kepentingan saringan awal seperti mamogram dan pemeriksaan payudara diri pada pelbagai peringkat kehidupan.


“Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko dan implikasi kesihatan melalui pelbagai peringkat kehidupan mereka. Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan yang terutamanya kanser payudara. Dalam peranan kami dalam ginekologi, kami menekankan kesihatan umum wanita, kebersihan dan kesejahteraan, dan dalam kes kanser payudara, menasihati cara-cara tertentu untuk mengurusnya dengan rawatan, terapi hormon dan rancangan pengurusan kesihatan wanita secara keseluruhan. Adalah penting bagi wanita untuk mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan kepada tubuh mereka dan mengamalkan rejim gaya hidup sihat. Saringan berkala dan pengesanan awal adalah penting bagi mencegah kanser payudara atau menjalani rawatan pada peringkat awal,” kata Dr Haliza.


Pakar Kanser Payudara Malaysia


Pengacara, pemandiri kanser dan aktivis Choo Mei Sze berkongsi pengalaman dan kejayaannya sendiri mengharungi kanser, memberi dorongan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama. “Perjuangan menentang kanser merupakan perjalanan yang sunyi dipenuhi dengan suka duka terutamanya pada usia muda, jadi menerima sokongan dari keluarga dan orang tersayang sangat penting. Kuncinya adalah untuk bersemangat dan berfikiran positif serta mengambil langkah untuk mengurus penyakit dengan maklumat yang betul serta rawatan. Saya amat berbesar hati untuk menyertai inisiatif ini dan berkongsi perjalanan peribadi saya dengan harapan dapat mengilhamkan mereka yang sedang memerangi pertarungan mereka sendiri.”


Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif “Pink Wobbly Breast Odyssey” Jobbie, sila lawati www.jobbienutbutter.com.



JOBBIE Nut Butter

JOBBIE merupakan syarikat sapuan gourmet premium yang berpusat di Malaysia dan terkenal kerana mencipta produk makanan yang sihat dan semula jadi, tanpa menggunakan bahan tiruan dan pengawet. Produk terkemukanya terdiri daripada mentega kacang semula jadi yang bangganya disahkan Halal oleh JAKIM dan 100% dihasilkan di Malaysia. 


JOBBIE Halal

JOBBIE Nut Butter

Fokus JOBBIE adalah untuk mencipta jenama Malaysia yang diiktiraf secara global dengan menawarkan produk semula jadi berkualiti tinggi. JOBBIE percaya dalam mengekalkan identitinya yang penuh keunikan, keriangan, dan sentiasa mencabar norma dengan memberikan nilai kepada pelanggan kami. Maklumat lanjut boleh didapati di www.jobbienutbutter.com

No comments:

Powered by Blogger.