NESCAFÉ Espresso Concentrate Perkenal 3 Perisa Baharu, Nikmati Kopi Ala Kafe di Rumah

Kopi sejuk kini bukan lagi sekadar trend di kafe, tapi sudah jadi sebahagian daripada gaya hidup generasi muda. Daripada kreativiti hingga ekspresi diri, semuanya boleh diterjemahkan melalui pilihan kopi kegemaran mereka.


NESCAFÉ Espresso Concentrate


Seiring dengan perubahan ini, NESCAFÉ tampil memperkenalkan NESCAFÉ Espresso Concentrate-- kopi cecair premium yang memudahkan pengguna menikmati kopi ala kafe dengan lebih cepat dan mudah.

Dengan semakin ramai, khususnya Gen Z, memilih kopi sejuk sebagai minuman harian, cara menikmati kopi juga semakin berubah. Ia bukan lagi sekadar minuman, tetapi satu pengalaman yang boleh diolah mengikut cita rasa sendiri. Sebab itu, NESCAFÉ Espresso Concentrate dihasilkan untuk mereka yang sukakan kreativiti, kemudahan dan kebebasan mencipta minuman mengikut gaya tersendiri.


NESCAFÉ Baharu
The Devil Wears Prada 2

Trend kopi sejuk juga semakin berkembang di peringkat global apabila 32% pengambilan kopi di luar rumah kini terdiri daripada kopi sejuk, dengan pertumbuhan sebanyak 15% dalam tempoh empat tahun lalu. Generasi muda dilihat menjadi pemacu utama trend ini kerana mereka mahukan bukan sahaja kopi berkualiti, tetapi juga pengalaman yang lebih personal dan fleksibel.


Anne Hathaway


Dihasilkan daripada gabungan biji kopi Arabica dan Robusta terpilih, NESCAFÉ Espresso Concentrate hadir dengan rasa kopi yang kaya, halus dan padu dalam format yang mudah disediakan. Ia memberi pengalaman kopi ala kafe tanpa perlu bersusah payah. Menariknya, produk ini dihasilkan di kilang Nestlé Malaysia di Sri Muda, Shah Alam — fasiliti pertama Nestlé di Asia yang mengeluarkan coffee concentrate serta diperakui Halal.


Kopi


Dengan konsep mudah “tuang, campur dan nikmati”, pengguna boleh hasilkan pelbagai minuman kopi sejuk mengikut cita rasa sendiri di rumah. Sama ada latte ais, Americano ais atau campuran kreatif seperti lemonade soda dan buah-buahan, semuanya boleh disediakan dengan cepat tanpa mesin kopi. Setiap botol pula boleh menghasilkan sekitar 10 hingga 16 hidangan, sekali gus lebih praktikal untuk dinikmati setiap hari.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols, NESCAFÉ Espresso Concentrate dijangka membuka peluang baharu dalam pasaran kopi, terutama dalam kalangan generasi muda yang mahukan kopi lebih fleksibel dan mengikut cita rasa sendiri. Pada masa sama, Malaysia turut memainkan peranan penting sebagai hab utama pengeluaran inovasi ini di rantau Asia.


Kebaikan Kopi Untuk Kesihatan


NESCAFÉ kini tampil dengan rangkaian perisa baharu untuk pengalaman kopi ala kafe di rumah. Tiga varian diperkenalkan iaitu Black, Sweet Vanilla dan Velvet Mocha yang sudah mula dijual di seluruh negara. Sama ada anda sukakan rasa kopi yang kuat dan pekat atau lebih lembut dan creamy, setiap varian memberi pilihan untuk menikmati kopi mengikut citarasa sendiri.


Bagi meraikan pelancaran ini, NESCAFÉ turut mengadakan acara eksklusif di panggung wayang premium bersama tayangan khas The Devil Wears Prada 2. Acara tersebut menggabungkan kopi, kreativiti dan hiburan dalam satu suasana santai, sekali gus menunjukkan bagaimana kopi kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan ekspresi diri. Tetamu juga dapat menikmati minuman khas sepanjang tayangan, membuktikan kopi berkualiti boleh dinikmati pada bila-bila masa.


The Devil Wears Prada

Salah seorang tetamu, Ashley Ng, berkata, “Seronok bila tahu NESCAFÉ keluarkan inovasi terbaru ini. Saya memang suka cuba resipi minuman unik di rumah. Dengan NESCAFÉ Espresso Concentrate, saya boleh buat minuman seperti strawberry latte atau kopi lemonade dengan mudah. Memang kena dengan gaya hidup saya.”


Melalui inovasi ini, NESCAFÉ terus mengikuti perubahan cara rakyat Malaysia menikmati kopi — bukan sekadar minuman harian, tetapi juga sebahagian daripada gaya hidup yang lebih fleksibel, kreatif dan peribadi. Dengan NESCAFÉ Espresso Concentrate, kopi kini menjadi cara untuk pengguna mengekspresikan identiti dan citarasa mereka sendiri.



No comments:

Powered by Blogger.