PEMILIK BLOG

Parenting Blogger
Fuff--
Macam nak buat ucapan ya. Hahaha~ Tapi kakak cuba sampaikan apa yang penting aje kat ruangan ni supaya kalian lebih mengenali kakak. Ya !! Walaupun hanya dalam blog ini dan melalui penulisan kakak yang tak seberapa.

Dalam bidang penulisan, kakak lebih dikenali dengan nama ATIE ADNAN yang juga pemilik :


Facebook Page : www.facebook.com/atiehilmi


Kakak merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar dengan lasak. Hahahahah~ Bila menaip pasal anak-anak, otometik kakak rasa nak demam. Lasaknya dorang - ADEI !! Bukan mengeluh tapi melihat mereka membesar depan mata memang puas hati sungguh.

Kalau ikut tahun 2020 ni, usia kakak ngam 34 tahun dan sangat berharap kakak akan kekal sihat untuk terus menjaga keluarga kecil kakak. Hee~ In shaa Allah..

Kakak telah menulis sejak tahun 2015 dan telah menghasilkan lebih daripada 700 artikel yang merangkumi tips keibubapaan, kesihatan dan kecantikan, port makan best, jenama pakaian, beberapa rangkaian hotel dan chalet di Malaysia ( in shaa Allah akan ke luar negara nanti-nanti.. hee~ ), teknologi dan pelbagai lagi mengikut keperluan dan kehendak dari pelanggan.

Tak de lah semuanya entri review saja, kakak pun ada share pelbagai cerita hidup kakak selama kakak bergelar seorang blogger. Hee~


PENCAPAIAN



Hahahaha~ Bab ni kelakar sebenarnya tapi saja lah kakak nak share sebagai motivasi kakak sendiri untuk terus menulis dan bercerita. Adei. Tak pedulik, segan tapi nak cerita gak !!

Selama EMPAT tahun kakak menulis ada lah juga yang sedar betapa kakak cuba menyelit dalam industri tanpa merosakkan reputasi blogger lain. Ehem-- Tak de lah hebat mana berbanding nama-nama besar yang lain tapi setakat ini kakak dah diiktiraf dan mampu berlari sama laju sebaris blogger yang ada. Alhamdulillah. Kakak akan cuba yang terbaik dan memberikan yang lebih baik dari masa ke semasa.



Dan Top 100 Influencers STAR Award Malaysia 2019 yang membawa kakak setapak lebih berani untuk menyuarakan pendapat dan pandangan kakak. Bukan semata berlandaskan press release tau. Hee~

Blogger Malaysia


SPONSOR & KOLABORASI 


Vivo Malaysia  |  Shopee Malaysia  |  MyNEWS  |  Avon Malaysia  |  Asianic Halal  |  Guardian Malaysia  |  Watsons Malaysia  |  Richworks  |  Vaseline  |  Dumex Dugro  |  Seri Pajam Development  |  Sofearose  |  Marrybrown  |  Realme  |  Dr. Beau  |  The Lost World Of Tambun  |  Kenny Rogers  |  iRehab  |  Traveloka  |  McDonalds Malaysia  |  iBAWAL  |  WeChat Pay  |  BMO 1980  |  StarVendor  |  Osim  |  Boost Malaysia  |  Jakel  |  Bidadari House  |  Syahirah  |  SegiFresh Market  |  Me'nate


MAKLUMAT LANJUT


atiehilmi2u@gmail.com





Post a Comment

Copyright © atiehilmi.com - Malaysian Lifestyle Blogger. Designed by OddThemes