BPAM – IBUENCER AWARDS 2018

by - November 02, 2018

Bila sudah mendirikan rumahtangga, impian pertama yang kakak mahukan adalah anak-anak yang menceriakan hari-hari yang bakal kami lalui bersama. Senang ? Oh !! Sangat susah gais. Terima kasih BPAM ( Baby Product Association of Malaysia ) kerana telah mencalonkan kakak berdiri sama tinggi bersama 99 pencalonan Ibuencer 2018 yang super hebat ; memang kakak tak setanding mereka lah !!

ibuencer_2018

Pertama kali seumpamanya ibu-ibu di Malaysia yang menggunakan sosial media sebagai medan ilmu bagi menyampaikan maklumat / tips / petua dan pelbagai informasi tentang keibubapaan mendapat tempat di mata media. Tak pernah kakak impikan satu perjalanan ‘semudah’ ini sebab kakak bukan di bawah niche PARENTING dan lansung tak fokus untuk menyertai mana-mana pertandingan.. Hahahaha~ Sebab niat kakak bukan ke arah itu. Cuma ada sedikit bunga kat hati bila dapat email dari PR yang mengatakan kakak tercalon antara yang terbaik di Malaysia.





Pada pendapat kakak, jarak ukur untuk seseorang itu layak menerima award apabila dia banyak menyumbang dari segi artikel, pendapat, pandangan, tips berkenaan dengan sesuatu niche. Jujur kakak happy tapi bagi kakak, perjalanan kakak masih jauh dan perlu disusun semula supaya tidak ada yang tercicir. Besar tanggungjawab seorang influencer ni sebenarnya cuma kakak belum berada ditahap itu dan masih terkejut sebab tercalon.

social_media_influencer

Memenuhi jemputan dari PR, kakak turut serta pada 5 Oktober 2018 yang lepas bagi menjadi saksi hasil kerja para blogger / instagrammer ini menjadi kenyataan. Begitoh !! Mana taknya, kalau nak dibandingkan dengan nama ATIEHILMI.COM – kakak memang tenggelam jauh dari mereka yang rata-rata mempunyai pengikut setia. Yuyu Zulaikha, Farah Waheda ( Bubblynotes.com ), Iman Abdul Rahim, Ayue Idris, Aiin Baharom, Wui Kathy, Mira Cikcit dan ramai lagi nama besar yang mempertaruhkan masa - tenaga - emosi untuk sampai ke tahap ini dan pada kakak dorang memang layak.

parenting_influencer_malaysia
Walaupun kakak paling tinggi, terasa kerdilnya di situ gaisssss.. Rasa nak lari menyorok jek.. Hahahaha~
Ada yang bertanyakan kakak, cemana boleh tercalon untuk Ibuencer Award 2018 ni ?

Krikkkkkkk—Sebab kakak tak tau macamana nama kakak sampai ke PR dan tetiba jek kakak sedar diri dan tercalon. Hahahaha~ Tapi ! Lepas kakak explore kesemua sosial media yang berkaitan dengan Ibuencer Award nih, kakak jumpa lah cara-cara untuk korang sertai pada tahun berikutnya. Ini sekadar guideline jek tau sebab kakak tak tau lah kot tahun depan tetiba dorang tukar T & C ke kan. Jangan salah kan kakak ya !


IBUENCER AWARD 2018


Pada tempoh masa-masa tertentu pencalonan akan dibuka di laman Facebook BPAM, korang cuma perlu calonkan sesiapa yang korang rasa layak untuk membawa mandat IBUENCER nih jek dengan cara :

1. LIKE akaun Facebook BPAM
2. Like – Share – Tag siapa yang korang rasa layak
3. Tunggu keputusan dikeluarkan !

ibuencer_award_2018

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti :

1. Mestilah warganegara Malaysia
2. Mereka yang tercalon adalah seorang IBU
3. Mempunyai lebih 10k pengikut di sosial media
4. BPAM berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak menepati kelayakan

JADI !!

Kalau nak ikutkan kakak dan kawan-kawan yang lain di – tag oleh rakan-rakan yang merasakan kami layak untuk berada di tangga 100 Parenting Influencer terbaik di Malaysia. Wah !! Begituhhhhh—Korang kena try untuk tahun depan ya sebab ramai lagi kat luar sana yang layak ditakhtakan sebagai Ibuencer.




Tahniah dan jutaan terima kasih yang tak terhingga khusus buat PR yang jaga kakak ( Vicky ) sehingga kakak mampu pergi ke tahap ini. Hahahaha~ Tak dapat bagi ucapan kat atas pentas, dalam blog pun jadilah. Buat penaja-penaja yang sudi menaja pelbagai hadiah untuk majlis pada kali ini, korang memang awesome gile !!


Sehingga berjumpa lagi pada tahun hadapan !

Eh !!
Profile kakak dah boleh letak Nominees 100 BPAM Ibuencer Award 2018 – lah kan ? Hee~

malaysia_blogger

You May Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...