Maraton Antarabangsa & Karnival Wellness 2026 Tarik Lebih 2,800 Peserta Ke Stadium Bukit Jalil

Acara yang dinanti-nantikan, Maraton Antarabangsa & Karnival Wellness 2026 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya apabila berjaya menghimpunkan lebih 2,800 pelari, penggemar gaya hidup sihat dan pengunjung dari 9 buah negara.


Merawat Kecederaan Selepas Marathon

Penganjuran selama tiga hari itu sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Malaysia sebagai hab pelancongan wellness, gaya hidup aktif, acara sukan antarabangsa serta inisiatif komuniti di rantau ini.


Lebih daripada sekadar acara larian, program ini membawa misi lebih besar dalam mempromosikan nilai tenaga positif, kesejahteraan holistik, gaya hidup sihat, pembangunan moral serta perpaduan sosial. Acara tersebut turut menjadi platform yang menyatukan pemain industri, sektor swasta, agensi kerajaan, komuniti tempatan dan peserta antarabangsa dalam usaha mewujudkan kerjasama serta penglibatan bermakna. Antara kategori utama yang dipertandingkan termasuk 21KM Half Marathon, 10KM Run dan 5KM Fun Run. Selain itu, pelbagai aktiviti wellness, program komuniti, segmen hiburan dan bazar makanan & minuman (F&B) turut diadakan bagi merancakkan sektor pelancongan, merangsang ekonomi tempatan serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan dan vendor.


Salonpas


Acara ini dianjurkan bersama beberapa organisasi termasuk Nestle, Celebrities Fitness, JCI dan World Top Gourmet, dengan sokongan padu daripada pelbagai rakan strategik.

Bukan sahaja memfokuskan kepada sukan dan kesihatan, inisiatif ini juga mengetengahkan elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial menerusi usaha kutipan dana bagi menyokong Kelab Pengakap Malaysia serta National Cancer Society Malaysia (NCSM). Langkah ini mencerminkan komitmen penganjur terhadap pembangunan komuniti dan impak sosial yang positif.


Positive Energy Run 2026

Majlis pelepasan rasmi bagi kategori 10KM dan 5KM telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Sabran bin Ab Bahar bersama beberapa tetamu kehormat dan wakil jemputan lain termasuk Trade Marketing Manager Mewah Dairies Sdn Bhd, Ms. Chong Wan Pick.


Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja, rakan sokongan, vendor, kementerian, jabatan, agensi, wakil media, sukarelawan dan kolaborator strategik atas sumbangan serta komitmen dalam menjayakan acara tersebut. Penghargaan khas juga diberikan kepada jenama dan rakan kerjasama seperti O’Briens Irish Sandwich Café Malaysia, Mewah Dairies Sdn Bhd, RichestLife serta semua kementerian dan agensi berkaitan pembangunan belia dan sukan di Malaysia.


Stadium Bukit Jalil


Kejayaan penganjuran Maraton Antarabangsa & Karnival Wellness 2026 membuktikan potensi besar Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan wellness, acara sukan bertaraf antarabangsa dan program pembangunan komuniti. Melalui platform ini, penganjur berharap dapat terus menyemarakkan gaya hidup sihat, memperkukuh persahabatan antarabangsa serta memberi impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat di Malaysia dan peringkat global.


Salonpas Melegakan Otot Selepas Maraton

Walaupun hanya menyertai kategori 5KM Fun Run, lepas habis larian memang terasa juga “sana sini lenguh” bila badan dah tak semuda dulu. Jadi, sebagai langkah pemulihan ringkas, i gunakan spray Salonpas untuk bantu legakan sakit dan ketegangan otot selepas berlari. Memang sedikit sebanyak membantu supaya cepat rasa selesa dan boleh bergerak seperti biasa semula. Tapi walau macam mana pun, pengalaman ini tetap menyeronokkan dan bagi motivasi untuk terus kekal aktif serta jaga kesihatan, walaupun usia makin meningkat.


No comments:

Powered by Blogger.