KELAINAN HIDANGAN BERBUKA PUASA DI BLUE CAFE ; MURAH DAN SEDAP BERBANDING TEMPAT LAIN !!
hee~ di satu hari puasa kakak UP lagi tempat berbuka puasa untuk korang yang memang tengah mencari port berbuka puasa yang sedap dan berbaloi.. yang pastinya, WAJIB cuba ni.. nak buat cemana dah kalau kelainan yang ditonjolkan oleh Blue Cafe ni memang lain dari yang lain kotttttt—
kebiasaan kita menikmati hidangan tradisi ala-ala kampung untuk berbuka puasa kan ? nah !! apa salahnya sesekali korang tukar selera dan cuba barisan hidangan WESTERN FUSION untuk keluarga.. oh !! mahal ke ? hee~ ya !! sinonim dengan title makanan kelas atasan, sering kali dianggap hidangan barat – MAHAL.. yang mahal tu kat tempat lain tapi kat Blue Cafe sudah tentulah murah..
BACA SINI --> KORANG TAU ZAKAT TU WAJIB KAN ? HEE~ DAH BAYAR KE ?
BLUE CAFE, BANDAR MAHKOTA CHERAS
BLUE CAFE yang sebelumnya dikenali dengna nama GREY & BLUE CAFE telah di – re – branding semula untuk menepati ciri-ciri dan kesesuaian masyarakat setempat dengan pelbagai pilihan makanan.. terletak di Bandar Mahkota Cheras, Blue Cafe turut mengimarahkan bulan Ramadhan dengan menyediakan BUFFET RAMADHAN bagi memberikan yang terbaik untuk pelanggan.. dengan sentuhan barat, kakak yakin menu mereka pasti menarik perhatian korang !!
terliur tak ? hee~ sudah tentulah kan !! memang banyak hidangan yang dorang sediakan dan kakak dah try semua.. sudah tentulah kakak suka semuanya.. lagi-lagi AGLIO ALIO dorang yang memang cukup rasa pedas dan rempah.. nyumm--
ni kalau anak-anak yang baru belajar berpuasa nampak ni, mesti lagi bersemangat dorang kan.. hee~ kakak pun tak berani nak tunjuk gambar-gambar hidangan Blue Cafe kat Nur Aiman dan Nur Aina.. confirm kakak kena paksa singgah setiap hari.. semua tu makanan kegemaran dorang kot.. lagi-lagi spaghetti tu..
korang mencari kelainan ? nah !! kakak kongsikan kelainan !!
pizza rendang ( sedap gile weyh !! ) |
pizza sayuran – buahan ( serius sedap !! ) |
pizza smoky duck ( pun sedap !! hee~ ) |
untuk hidangan pizza, memang kakak tak boleh tolak ( kalau korang perasan kakak selalu update pasal satu jenama pizza yang femes kat IG kakak ; nampaknya janama tersebut dah ada pesaing.. hee~ ) kalau tanya kakak mana satu yang sedap dan korang kena try sudah tentulah kakak cakap :
“korang kena try ketiga-tiga jenis pizza nih !! kalau tak try, tak lengkap menu berbuka
puasa korang kat Blue Cafe nih..”
dengan tawaran harga yang mampu – milik, kakak percaya korang takkan menyesal !!
cafe yang mesra keluarga ini berkonsep santai – lepak yang mampu memuatkan lebih 50 orang dalam satu satu masa ini sudah pastinya selesa untuk korang berbuka puasa bersama keluarga.. oh !! jangan risau pasal space, sebab nampak macam kecik kan ? sebenarnya, Blue Cafe ni dua tingkat tau.. kroang boleh duduk kat bawah ataupun kat tingkat atas dan juga boleh pilih untuk duduk di kerusi ataupun duduk bersila jekkkk.. ikut selesa korang la..
tak salahkan mempelbagaikan selera berbuka puasa korang..
“mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam..”
“mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam..”
HR Ibnu Abdil-Barr
HARGA BUFFET RAMADHAN BLUE CAFE
serius tak mahal weyh !! dah kalau korang boleh makan macam-macam dengan harga tak sampai RM 30.00 untuk dewasa.. murah lah kan ? eh !! kat tempat lain mau cecah RM 70.00 kotttttt.. ni kat sini boleh makan nasi, rendang, spaghetti, burger, chicken chop, chicken grill, pelbagai variasi pizza.. murah la tu.. hee~
DEWASA : RM 28.00
KANAK-KANAK : RM 16.00
untuk maklumat lanjut ataupun korang nak buat reservation, boleh terus ke link yang kakak sertakan..
FACEBOOK : https://www.facebook.com/bluecafemy
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/b.luecafe
HOTLINE : 03 – 90113891
sedap menu westernnya...teringat ankdara kemain bertambah spaghetti carbonara hehe
ReplyDelete