2 March 2016

PENDAFTARAN DARJAH 1 MELALUI ONLINE. BETUL KE MEYUSAHKAN ?

Pendaftaran Darjah 1 Melalui Online. Betul Ke Menyusahkan ? - Zaman semua dihujung jari, klik sana klik sini. Siap. Hee~ Tapi. Betul ke sistem online yang Kementerian Pendidikan Malaysia ( MOE ) buat menyusahkan ramai bu bapa untuk mendaftar anak-anak yang nak masum Darjah 1 ? Em.

Pada waktu entri ini disiarkan, YA !! Kakak baru selesai mendaftar Nur Aiman masuk Darjah 1 untuk sesi 2017 melalui online dan proses sangat smooth, mudah serta menjimatkan masa. Maka dengan itu, kakak kongsikan juga step by step untuk memudahkan korang faham bagaimana cara paaaaaaaaaling mudah, tanpa gagal.


Darjah 1 pendaftaran



Mula-mula klik link basah ni.


Sudah ? Hee~ Okay. Marilah kita mulakan pengembaraan kita sebagai ibu ayah yang berani mencuba sesuatu yang baharu demi masa depan pendidikan cemerlang untuk anak-anak. Disebabkan Nur Aiman adalah anak sulong, YA !! Sedikit sebanyak kakak kekok untuk menggunakan laman web ini. Sungguh. Tak tipu.

Pendaftaran Darjah 1 Tahun 2024

LANGKAH SATU :
Daftar untuk menjadi pengguna baharu dengan klik je kat butaan PENGGUNA BARU. Dah siap dafter boleh log in guna ID dan kata laluan yang telah didaftar. ( Ya !! Sakit mata kakak dengan kesalahan perkataan di situ tapi itu bukan fokus kita. Cuma sakit mata sikit je. Hahahaha~ )


Pendaftaran Online Darjah 1

LANGKAH DUA :
Scroll bawah sikit nanti akan jumpa kotak ajaib tu. Jangan takut dan segan untuk klik terus ke kotak PERMOHONAN.


Pendaftaran Online Darjah Satu Sekolah Kerajaan

LANGKAH TIGA :
Sila hangman gelojoh, baca perlahan-lahan dengan teliti. Kefahaman korang akan teruji kat bahagian ni kebab korang kena isi semua empat tabs kat atas tu. ISI SEMUA. 


Darjah 1 Sekolah Rendah Kerajaan

Ya !! Berjaya !!
Kalau kakak boleh maksudnya korang pun boleh.

Darjah 1 2025
Pendaftaran Online Darjah 1

Bahagian ni korang kena peka lebih sikit, kalau korang masukkan simbol RM - Laman web ni takkan approve borang yang korang isi. Makanya. Jangan letak simbol RM, cuma masukkan NOMBOR sahaja.

Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia
Ministry Of Education Malaysia

LANGKAH AKHIR :
Tadaaa. Senang kan ? Korang tekan je butang SIMPAN tu, kira ngam elok siap lah tu. Kalau ada perubahan boleh je edit nanti-nanti.

TAHNIAH dan alhamdulillah.
Nur Aiman akan masuk Darjah 1 untuk sesi 2017 nanti.
* Efek bunga api berdentam-dentum*

Sepanjang proses kakak mengisi borang ni, sambal mengenang betapa kakak dah berusia sebab anak sulong pun dah nak masuk Darjah 1. Mainan emosi dah lain, rutin harian pun akan berbeza. Ada sedikit nervous dan seronok. Tak tau nak utamakan yang mana dulu. Semoga Allah lindungi anak-anak kita sehingga hujung nyawa mereka.

Emosi sket lah bila borak pasal anak-anak.
Hahahahaha~

So !!
Cemana ?
Dah isi borang online Darjah 1 untuk anak-anak korang ?

No comments:

Post a Comment